Tuesday, April 14, 2009

~DOA....SENJATA TERHEBAT..!~




"Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya-upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan orang yang ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasaiku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala segala kegelapan dan teratur di atas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali denganMu."



“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.” (HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)

Ketika kita diancam oleh musuh bacalah:

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.
”Cukuplah Allah bagi kami. Dan Dia-lah, Tuhan yang paling tepat dipasrahi (dalam menghadapi segala urusan).” (HR. Al-Bukhari 5/172.)
Itulah merupakan diantaraa doa-doa yang diajar oleh Rasulmu ketika berada dalam keadaan yang lemah…
Rasulmu itu juga turut mengajarkanmu solat supaya ia boleh menjadi penolongmu..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
[Surat al-Baqarah ayat 153]

Sesungguhnya keikhlasan, solat dan juga doa sentiasa bersama mukmin yang tunduk kepada Allah ‘Azzawajalla. Mukmin yang tunduk sentiasa berasa dirinya lemah dan perlu memperbaiki dirinya. Di saat itu, ia meyakini janji Allah yang sentiasa menolong hambaNya yang lemah.
video

~download kalau nk dgr dgn jelas hihi~
~HAWA-MUADZ~

Darilah tenggelam di lautan rindu
Biarlah ku terbang ke puncak cinta
Harum ku puja bagai harum syurga
Memungkinkan sepasang sayap Janna’im

Darilah tersungkur dicedera rindu
Biarlah ku hancur dimamah cinta
Harum kau hawa bagai harum syurga
Memungkinkan sekalung DOA MUSTAJAB

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka
Dalam senyumanmu aku tidak terkata
Angan-angan mendalam sehingga ku terlupa
Menghulurkan salam menjadi kata pembuka

Selepas hilang sinar gelap baru sinar berharga
Secepat hilang sinar gelap baru rindu cahaya
Secepat hilang siang malam baru siang bermakna
Selepas hilang siang malam baru cinta bersabda
Bagai hilang kau di mata
Baru kasih bergelora

"ان الله جميل يحب الجمال"
"الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة"
P/S:doa wanita lebih mustajab kerana sifat penyayangnya..maka manfaatkanlah..berdoalah selalu:)

~MENCARI KESEDERHANAAN..DALAM KERENDAHAN DIRI..ADA PENGHARAPAN TINGGI..DEMI MENGGAPAI REDHA ILAHI...~

Friday, April 10, 2009

A Friend in Need is a Friend Indeed..




Myna was flying home one evening. After a lot of effort she had finally found a delicious worm. It was late evening and her young ones would be waiting eagerly for their dinner. Suddenly Myna heard a shrill scream. It was Mr. Ant, calling out for help. He had fallen into a stream and was struggling to keep afloat.
Myna flew down to see if she could help Mr. Ant. She realized that she could save him. All she had to do was throw Mr. Ant a lifeline and haul him up to safety. But if she opened her beak to pick up a string, the hard-found worm would fall out. Besides it was getting late. On the other hand, if she left Mr. Ant in the stream, he would surely die...smbung crite ni ye..


hurmm..aku terjumpe crite ni time cari bhn untuk proposal..tetibe rase berminat nak smbung...ntahla..camne aku nk buat ye? actually dgn rendah hati, dengan penuh harapan agar Allah membantu, kalau puan Myna tu aku(burung tu la..)aku pasti akan selamatkan en. ant..(tmbah2 kalau encik ant tu mmg kwn baek aku) xpyh pk lagi dah.. mmg terus selamatkan encik ant..ala..setakat makanan dan kelewatan tu apelah sgt nk dibandingkan dgn nyawa seseorang, cume rungsing sikit anak yg sedang kelaparan menunggu mknn di rumah...xpe..suruh anak tu belajar sabar sikit(teknik pendidikan yg baek:)..lebih2 lg seorang kwn..dan lebih lebih lebih lagi kalau orang yg lemas tu yg hampir dgn kite...semoga Allah berikan aku peluang utk membantu..sbb aku nak jgk buat sesuatu utk kwn2 aku..(terutamanya yg terdekat dgnku..)Allah kurniakan kwn2 yg sgt baek kpdku..aku pn nk jd kwn yg baek jgk utk mereka.. terutamanya saudari ketenangan yg berada sebilik dgnku..paling hmpir sekali dgnku..juga w.pun jauh..saudari petunjuk yg berada di perlembahan nil..sungguh..aku xrase jauh langsung dgn die..huhuhu..saudari pembuka yg menjadi rumet keduaku..cian die..dr Za'ba mari ke kris mas skmo..jauh tu..sungguh aku amat menghargai kalian! sebab selalu di sisiku tidak kire dalam keadaan apa pun aku! terutamanya keadaan skrg..sungguh aku terlalu menyayangi kalian..semoga Allah berikan peluang kpdku untuk melakukan pengorbanan juga utk kalian( aku sgt jeles sbb korg sgh baek..byk sgh pahale kamu semue!)aku mahu jadi shbt kalian bkn shj di dunia..bahkan di akhirat..di hari saling menyalahkan...pohon pd Allah kite tetap saling sayang sampai syurga!INSYA ALLAH!!

p/s:cube try smbung cite kat atas tu..ape shbt2 nk buat ye?? jom share..SHARING IS CARING..hehehe..dont kedekut2 hapah nyior..:)

Monday, April 6, 2009

STAND UP!!

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

hehehe...sungguh suke rasenye diri ini bile mendengar lagu muadz ni..bile dgr je..terus rase nk melompat! huhu..first dgr kat stadium bangi seksyen 15 tuh, time save gaza, muadz sendiri yg nyanyi..time kedua yg best dgr intro lagu ni nk masuk konsert manis v, melompat lagi..kah3..ape da..suke sgt melompat...(melompat itu satu nikmat yg perlu disyukuri..bile xle lompat kite akn rindu nk melompat2..huhu)
p/s: post yg dop au bende..hehehe..

Sunday, April 5, 2009

buku yang kucintai..=)

"orang yg di dalam dadanya ada taman keimanan dan zikir, dan di dalam benaknya ada kebun ilmu dan pengalaman maka dunia yang tak kesampaian tidak pernah membuat jiwanya bersedih..."

carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. setiap yang payah pasti ada kesenangan setiap kesabaran pasti ada ganjaran. jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita maka tiada siapa yang boleh memberi halangan, namun jika sesuatu itu bukan untuk kita pasti TIDAK AKAN DAPAT WALAU SUDAH DALAM GENGGAMAN!"

hari ini hari yg indah sekali..kerana aku udah ketemu kembali "la tahzan" buku bernyawa yg paling kucintai setelah sekian lamanya berada di rumah kakak...uhuhuhu..terharu rasenye..segalanya terasa ringan kembali...alhamdulillah..seronok! syukran dr Aidh al-qarni kerana bukumu yg penuh keindahan..

Saturday, April 4, 2009

::PANDANGAN MATA DALAM ITU::

Tiba di rumah lebih kurang jam sebelas malam lebih..dapur rumah agak gelap..tak lama selepas itu..elektrik pun dinyalakan..hatiku semakin rasa tidak enak..membayangkan pandangan ibu dan ayah kepada diriku…ibu menghampiri kereta..senyum lagi..mungkin tak nampak lagi kot..nak keluar dari kereta..abangku mengambil tongkat, ibu senyum lagi, bila aku mula melangkah keluar, ibu terdiam. Ayah yang berada di depan pintu juga diam tak terkata…aku masih lagi cuba untuk tersenyum, namun mungkin dah nampak agak plastik. Kenapa seluruh rumah diam sahaja?? Nampak air mata di tubir mata ibu. Ayah masih lagi diam di atas kerusi. Tidak berkata. Hanya melihat. Sungguh..rumah sunyi sepi! Aku pura-pura keletihan, mahu tidur secepat mungkin..tapi lapar pula..hehehe..sempat lagi minta nasi nk makan..abg mula membuka cerita.. mungkin cerita dari jauh tidak sama dengan cerita di depan mata. Aku hanya diam. Tidak mampu membuka kata. Ibu mula menunjukkan pandangan matanya yang tidak bisa aku tatap. Membayangkan kesusahan yang dilalui anaknya selama genap seminggu di perantauan. Sungguh, Allah Maha Kuasa kerana mengurniakan perasaan mendalam itu pada seorang ibu. Aku tidak bisa ‘berbohong’ padanya lagi. Dia sangat mengerti akan kesakitan yang dialami anak manjanya ini. Tidak tahukah ibu yang anaknya ini sangat kuat? Tidak tahukah ibu yang anak manjanya ini semakin tabah? Tidak tahukah ibu anak manjanya ini bisa melalui semua ini?? Kerana anak manja ibu ini tahu dia sedang diuji Allah.. ibu membayangkan kesakitan anak manjanya ini..mungkin kerana abangku pengsan semasa menemaniku ketika kakiku dijahit, ibu membayangkan banyak darah yang keluar di kaki kecilku..kalau tidak masakan abang boleh pengsan?? Aku cuba menahan tangis. Kata-kata indah tak mampu lagi aku keluarkan untuk menenangkan hati ibu. Berdiam diri. Sambil mencari kekuatan. Sungguh..lidahku kelu untuk menenangkan ibu. Kerana pandangan mata dalamnya itu.. dia sedang merasai keperitan yang aku rasa. Tidak bolehkah aku rasa sendirian Ya Allah kesakitan ini? Kenapa perlu ibu rasainya juga? Malam itu ibu menemaniku tidur. Aku tidak mampu lagi menahan tangis. Sepanjang malam aku berdoa, semoga aku cepat sembuh. Semoga Allah berikan keajaiban yang amat dasyat kepadaku. Semoga Allah singkatkan tempoh kesakitanku. Kerana aku tidak bisa menatap mata dalam ibu. Supaya ibu tidak bisa lagi melihat kesusahanku…aku inginkan kekuatan. Kekuatan untuk terus melangkah. Pinjamkan kekuatanMU Ya Arhamarrohimin..pinjamkan padaku hambaMu yang tidak punya kuasa. Sungguh, tatkala ini harapanku hanya padaMU.. fa iza maridtu fahuwa yashfiin..Allahlah yang berkuasa menyembuhkan! Aku yakin!
Oleh kerana keadaan yang tidak memungkinkan aku bergerak..maka adik busukku telah menunjukkan ke ‘terer’an nya memasak. Takut jugak aku nak makan mee dia..hehehhee(jgn marah) aku harap sedap dan bisa dimakan. Adik busukku juga telah menginjak dewasa. Jah sayang adi..hehehe..masaklah..jah nk tidor kejap.(kejap ke?)kui3..sungguh tenang bila pulang ke kampung, bunyi burung-burung menghiburkanku(patutla ammar suke beno ngan burung) hujan renyai-renyai..matahari mula menampakkan sinar..bangkitlah mentari, bangkitlah semangatku..jangankau putus di tengah jalan! aja aja fighting!!!!



Pernahkah dikau rasa
Bagaikan berputus asa
Fikiran bak gerhana
Menanti terbit cahaya

Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran
Kepayahan hanya dugaan sementara
Berkat doa kan berakhir jua
Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan

Sesungguhnya setiap manusia
Ada ketikanya resah menempuh usia
Pohonlah semoga kau berbahagia
Berserah kepada Yang Maha Esa

Di kala kesulitan
Tabahkan dirimu kawan
Tadah tapak tanganmu
Di situlah ketenangan
Percayalah..

p/s:lagu nice ni sedap sgt..Teha yg sent..

Wednesday, April 1, 2009

WAHAI PARA PEMIMPIN!LIHAT DAN CONTOHILAH PEMERINTAHAN UMAR AL-KHATTAB

salam..hurm..skrg berlalulah entri2 jiwang berkenaan luahan perasaan..hehe(lengoh!)w.pun still lam mood jiwang, tp kali ni kite berbalik pd topik isu semase yg hangat..POLITIK!tp aku xnak citer sal politik di malaysia ni sbb aku tau semue dh meluat..hehehe(aku yg nk muntah sebenarnye!)rakyat Malaysia yg bijak2 dan beragama boleh menilai mane yg betul mane yg salah..sekalipun ade yg bukan dasar agama..namun atas prinsip keadilan..yg salah tetap nampak jelas kezalimannya..tapi kita2 yg faham agama ni..tau kan nk sokong yg mane?? hehehe..kite ade prinsip kita sendiri..tujuan dan matlamat yg jelas...niatkan keranaNYA..i.Allah..k..di sini aku ingin tuliskan beberapa kisah mengenai khalifah agong saidina umar al-khattab yg dirujuk dr zaharuddin.net...check it out!

KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a [1]

Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.

Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.

Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.

Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]

KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA

Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]

Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-

a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut

"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]

b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]

c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.

d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata

"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]

e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan

"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"

Umar r.a menjawab

"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]

Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.

Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]

KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA

Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.

Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.

Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-

"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]

KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.

c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Kahlid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.

p/s: hurmm..bandingkan hari ini dgn zaman khalifah agung...xtercapai dek akal rasenye..kembalilah ke arah kemuliaan!SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MERINDUI PEMERINTAHAN AL-FAROUQ...

Monday, March 30, 2009

~TERIMA KASIH~



Entri ini khas utk seorang kakak yang baek yang baru kukenali..huhu..k.shuhaila.. pertemuan yg agak unik dan aneh barangkali utk diungkapkan..hehehe..sungguh perancangan Tuhan itu tidak kita ketahui..terima kasih dan terima kasih..sesungguhnya amatku hargai perhatian kakak..dan menjadikan diriku ini bengang jgk..hehe..jgn baek sgt ng sy..nnti sy malu ng diri sdiri..biarlah akak bace ataupun x entri ni..sekurang2 nye terluah jgk kat cni..sy ok..sihat selalu spt yg akak tgk..ceria dan bahagia..jgn bimbangkan sy..hehehe..i.Allah sy blh laluinye dgn bantuan insan sekeliling...jgn rase bersalah..ini ketentuan Allah..tiada sape yg salah...akak baek sgt buat sy rase bersalah sgt2..jgn bebankan diri..buat rilex2 je..akak student jgk..same mcm sy..sy faham..adatlah..hari ni hari sy..ni pon alhamdulillah..sikit je kak...xpe..tiada masalah..org laen lg teruk dr sy..dan alhamdulillah..sy dipertemukan dgn akak..bukankah itu salah satu hikmahnya?? kn? kn? sbnrnye rase nk menangis lg..kesian tgk akak..yg terlalu mengambil berat..sikit je ni..sy kan kuat..hehehe..dont wory la..sy x fobia dan xserik nk bwk moto lg..huhu...6t silap2 smpai umah sewe akak bile dh ok nnti..kn susah? hehehe...dan kwn2 len yg byk membantu..i love u..hehehe...nk cari kwn yg baek kt mane lg selain korang semue? huhu...terima kasih! arigato! syukran!~aku xtau nk tulis camne...speechless~

Sunday, March 29, 2009

~KASIH SAYANG TUHAN:)~






LAMBANG KASIH SAYANG TUHAN
"Kasih sayang Allah itu tanpa batasan dan hadnya. Kasih sayangNya pula tiada apa-apa kepentingan. Bahkan kasih sayangNya tidak meminta balasan. Jika dibandingkan kasih seorang ibu terhadap anaknya, kasih sayang Allah terhadap makhlukNya lebih lagi dari itu. Sebab itulah dikatakan kasih sayang Allah tiada tandingan................. "
Melihat benda yang indah seperti melihat sesuatu yang hijau, lambang kasih sayang Tuhan. Mendengar perkara yang sedap didengar, suara yang merdu. Setiap detik kita menghirup oksigen; Tanda cinta-Nya kepada makhluk.

Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayang-Nya. Pangkat, jawatan, kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih sayang-Nya. Apabila kita letih, mengantuk ditidurkan-Nya. Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi dan segar semula badan kita. ltu semua kasih sayang Tuhan kepada makhluk-Nya.

Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh dan sedap didengar adalah kasih sayang Tuhan. Bahkan apa yang difikirkan menjadi ilmu. Semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan yang Allah anugerahkan kepada manusia. Setiap ilmu baru diperolehi, pengalaman yang baru ditempa adalah kasih sayang Tuhan.

Patutlah Tuhan hendak tarik perhatian pada kita bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita. Dikehendaki setiap pekerjaan dimulai dengan Bismillah agar kita sentiasa sedar Tuhan amat mengasihi dan amat penyayang. Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada Allah, rasa rindu untuk menyembah-Nya. Rindu hendak memuja dan membesarkanNya. Terhibur denganNya, bahagia menyebut namaNya. Kita akan jadikanNya kawan setia. Kita akan terhibur denganNya dan tidak lupakanNya.

Tapi mengapa kita tidak rasa kasih sayang Tuhan itu?????

P/S: lepas x nk jadi hamba yg baek ni ek?? harap2 lulus ujian..:)Ya arhamarrohimin.. sayangi daku..

Saturday, March 28, 2009

KEHIDUPAN :)

Kesenangan yg dtg tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


hehehe..saje je..aku boring duk diam lam bilik...nk buat assigment mate xlarat lg nk tumpu kerje..tgk kejap2 blh ler..esok2 aku nk buat assignment plak. actually smlm mak k.shu dtg bilik, xsangka die dtg bwk tongkat..ahaha..aku dpt tongkat la plak..alhamdulillah..seronok ckp ng mak die..baek sgt:)aku sbnrnye xlarat nk nyusahkan org dah..itu yg paling menyeksa jiwaku..(nk ngalir pulak daaa)satu lg xlarat nk trime kebaikan org..huhu..org buat jahat kat aku, aku blh thn je..tp kalau baek sgt ni...aduhh...tetibe jiwe jd sentimentel..asyik nk ngalir saje..hehehe..xthn..nape baek sgt??? ptg tu k.shu htr msj..my lovely PDQ9710 da sihat..rindunye kat PDQ..die ckp moto da ok, just calar2..(kalau xde calar org xtau plak xcident kan? hehe)xsabar rasenye nk bwk PDQ9710 jln2(xserik tu!)rindu nk basuh die, hehehe..(diri sdiri pon org mandikan..ape daaaa..)kene kuat, kene kuat kene kuat!! esok msti buat assignment! hurmmm xsabar rasenye nk buka simen kaki ni..berat jgk...hehehe...warghh!! aku dah xboleh g kuliah..sampai hujung sem..rindunye dewan kuliah tu kat aku 6t kn?kn?..hehehe..tetibe teringat pesanan dr seorang teman.. "bwk motor tu molek2 ah..skali jatuh..susoh.." hurmm..tetibe teringat kat die plak..hehehe..sory..da langgar amanat..bkn x bwk moto elok2..slow sgt dh tu..kun fayakun..bende nk jadi bos..:)harapnye die masih xtau keadaan aku ni..:)tarbiah, tarbiah, tarbiah....pendidikan mendidik jiwe melalui ujian..hehehe..kalau kat praktikel mengajar 6t ade student tye sal camne nk solat kalau ader balutan agak2 aku boleh jawab x?? hehehe..al-aso'ir wal jaba'ir...sungguh...aku rindu betul ng dwn kuliah.....:(

Friday, March 27, 2009

SESEKALI DIUJI



dgn nama Allah yg MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI

sekali lg tersilap jdkan blog sbg diari...xpe la...Allah menyayangiku..Allah kurniakan hadiah padaku..Allah mahu darjatku ditingkatkan..dan yang paling utama..Allah MAHU MENGHAPUS DOSAKU..kuterima hadiah ini dgn berbesar hati..huhu..itulah yg diulang2 dalam hati utk menjadikan emosiku stabil..sungguh aku tidak sangka ini yg terjadi..kerana lima minit sblm itu aku baru shj menelefon ibu tanyekan khabarnye(sian mok demam)..huhu..whatever pon byk yg aku perlu syukuri..Allah beri hadiah sesuai dgn kemampuan aku..alhamdulillah..aku xkene tahan ward, itu dah cukup baek..bile doc ckp yg mungkin kene tahan di ward, airmate aku xdpt nk thn.. mental la sekejap..kene rehat dua bulan katenye..lagi mental diriku..yg paling mental di antara mental doc ckp kene operate ptg tu jgk!ya amanal kho'ifin..sallimna mimma nakhof..bygkan asigment, proposal exam n PRAKTIKAL mengajar yg bakal ku tempuhi di putrajaya tu..terfikir2 jgk, xkan la aku nk g mengajar naek bus? pakai tongkat n jln xbrape nk elok tu..huhu..dan yg paling aku takuti ialah menyusahkan insan2 sekelilingku..sungguh aku rase sgt sedih bile terpakse menyusahkan org..(air mate aku da ngalir da..huhu)spnjg berada di hospital serdang tu mmg dh mls rasenye nk angkat telefon..huhu..teruk kn? thanx tu my 2 lovely brother yg susah2 dtg..(w.pun ade insiden klako time die teman aku! mok ayh yg xputus2 telefon..semua ahli keluarga yg xletih mendail no phoneku..w.pun aku xangkat(sory, emosi xstabil time tu)alongku..maafla..aku tau die take care gile kat aku..(die mmg syg sgt kt aku..hehehe..perasan sket)k.shu n kwn die yg baek (jgn rase bersalah..i'm ok..huhu) kengkawan2 yg dtg melawat..n very special thank tu my rumet la..(aku tau mu lengoh dh tgk aku nangis maren)aku syg sgt ke mu!

..Allah yg menyayangiku..Allah yg mahu mentarbiahku..Allah yg sgt tahu kelemahan hambaNya..kurniakan aku kekuatan yg luar biasa utk ku terus melangkah..



sesekali diuji-nice
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Thursday, March 26, 2009

~NAK JADI BAEK....~


hurm..xtau nak tulis ape..luahan rase melalui gambar2 jela ye..

Wednesday, March 25, 2009

JIKA AKU JATUH HATI?..





hurm..pelik pulak rasenye..tp sbb video ni mcm menyentuh hati je..mcm nk nangis pon ade jgk..(terrrrrrjiwang la plak)ingin ku kongsikan bersama kalian akan kejiwanganku ini..:)agar ia bisa menyentuh hati kalian juge..hayatilah...kejiwangan dikongsi bersame...kesedihan simpan sorg2..:)

video

Tuesday, March 24, 2009

AKU, PRAKTIKUM, BEAR, DAN HARI KALUT SEDUNIA...



salamun alaik...tiada niatku utk menjadikan blog sbg diari..hehehe..namun..hari ini dalam sejarah..kene tulis jgk..kenape?? sbb aku lewat bangun pg td..hadui...kelas pukul 8..jubah n tudung x iron lg, mandi xlg, tolong...tolong!!hahaha..al-maklum oleh rumetku bile aku dah lewat semua barang akan terbang la..kejap buke loker kejap cari buku kejap masuk kejap kuar..wahaha..mujurle die tolong aku siapkan mane yg patut.. so..hari ni paling kejap aku bersiap..dalam sejarah jgk tu..:)

masuk bab praktikum lak..huhu..abes kls org ckp senarai skolah dh kua dah..hurmm...da tau dah kene kat mane..just nk cmfirm je..SEK Men Keb Presint 16..hurmm..mcm mane upenye ye? ade iras smaasza kah?(semua skolah nk banding ng smaza...hehehe)aku tau..mmg jauh terengganu dgn bangi cnfirm jauh bezanye..xtau ler camne ni..berdebar? of cozz...takut?? byk jgk..xcited?? bersangatan! semua ni bercampur baur..almaklumla...first..sal accountability.. second..behaviour student kwsn elit..third.. i xpandai ckp luar..wakakakaka...aku takut terkeluar pekataan azimatku dalam kls nnti..haha..kenaling..kemah keming..bergelewak...huhu..tolong..pelihara lidahku Ya Rabbi.. whatever pon kene lalui jgk semue ni..aku anggap ini sbgai cbrn..huhu..(mcm nk naek gunung je)..doaku aku dpt smpaikan dgn baek la 6t ilmu Allah..boleh jd murabbi, mursyid, mudarris muallim dan Qudwah yg baek...:)Ya amanal kho'ifin..sallimna mimma nakhof...

lastly...smpai kat bilik..ade bear comel atas katil..huhu..rumet pon ckp la..ma yg bg..thanx ma! really love this cute bear..rase mcm nk gantung kat kunci motor je(boleh x? hehe)you know how much i love...bear..hehe...


sekianlah adenye utk hari ini...

MENERIMA TAKDIR ALLAH DENGAN HATI YANG REDHA..



Rasullullah bersabda "dan ketahuilah olehmu bahawa apa yang menimpamu belum tentu kerana kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu itu belum tentu menimpamu" Rasulullah juga bersabda "jagalah agar kamu selalu dalam keadaan yang bermanfaat bagimu dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah, serta jangan sampai bosan. jika engkau ditimpa sesuatu cubaan, maka janganlah engkau berkata: "kalau senadainya aku berbuat begitu dan begini, tentu TIDAK akan jadi. tetapi ucapkanlah "Allah Maha Kuasa berbuat sekehendaknya, kerana kata seandainya itu memberi peluang bagi syaitan.

seandainya manusia datang dengan kepercayaan sebesar gunung tetapi dia tidak beriman dengan ketentuan dan takdir Allah, maka Allah akan menuangkan air panas ke wajahnya dalam neraka.





orang mukmin yang beriman dengan ketetapan dan takdir Allah adalah orang yang hidup dalam kebahagiaan dan kelapangan hati.


p/s: Ya Rahman, Ya Rahim..kurniakan aku hati yg redha...

Monday, March 23, 2009

GOLONGAN ANTI HADIS


salam alaik kpd semua pembaca...sebenarnye byk sgt aku nk post kat sini sampai xtahu nak post ape..hurm..last2 aku pk pasal ape yg ustaz akil ckp dalam tuto td..pasal kasim ahmad..so..check it out ya!



Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.

Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.

3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.

Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.

Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)




p/s: sekianlah adenye..

Friday, March 20, 2009

CINTA ILAHI BUKAN LAKARAN PUISI saifulislam.com




“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.


Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!





BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?



“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
~saifulislam.com~

p/s: byk kebenaran..hehehe..selalu berlaku di sekeliling..Ya Muqallibal Qulub..tetapkan aku dlm agamamu..dan sentiasa taat padaMU..=)Jauhkan aku drpd segala yang tidak sesuai denganku...

Panduan Mengenal Sumber Utama Ilmu Hadis ~www.zaharuddin.net~






Penulisan ini ditulis khas untuk para pencinta ilmu hadith serta para pelajar ilmu Islam di peringkat permulaan dan pertengahan. Penulisan ini hanya menumpukan aspek sumber rujukan (kitab utama) dalam pengajian ilmu hadith dan tidak akan mengulas bab-bab hadith yang lain. Penulisan ini akan mendedahkan perkara berikut

1.Kitab-kitab utama dalam ilmu hadith.

2.Kitab-kitab utama dalam bidang ‘ulum hadith, maudu’at dll.

3.Kitab-kitab utama dalam ilmu rijal hadith.

Bagaimanapaun, penulisan ini tidak akan melengkapi keseluruhan kitab utama, bahkan ia cuma sebagai panduan kepada beberapa kitab yang muktamad dalam bidang hadith dan ilmu-ilmunya.


KITAB-KITAB UTAMA DALAM ILMU HADITH

1. Shohih al-Bukhari

- Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pada 256 H.

- Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari Nabi SAW”
- Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

- Lebih utama daripada shohih Muslim kerana :

a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.

b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.

c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.

d) Bukhari mengkaji perihal perawi.

e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadtih dalam shohih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.

f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.


- Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf az-Zunun)

- Syarah Bukhari yang paling popular adalah :

a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)

b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)

c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)

d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)

e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)

f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)


- Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari :

a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi (398 H)

b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji (474 H)

2. Shohih Muslim

- Ditulis oleh Imam [[b]color=red]al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi[/color] lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas. B

- Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkehadapan dari shohih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.

a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.

b. Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.

c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :

i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536)

ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)

iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)

iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) - kitab ikhtisor Muslim

v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)

d. Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:

i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)

ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)

3. Sunan An-Nasaie

- Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

- Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah, Al-Maqdisi, ms 12)

- Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

- Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:

a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

b. Hadith shohih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
c. Hadith yang terpisah dari illat hadith, difahami oleh ahli ilmu.

- Kitab syarahnya :

a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)

b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)

4. Sunan Abu Daud

- Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani 202 H- 275 H)

- Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

- Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

- Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)

- Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’. Cthnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

- Syarahnya oleh :

a. Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan

b. Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)

c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)

d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud


- Ikhtisornya oleh :

a. Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)

b. Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.

5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi

- Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H)

- Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.

- Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2 bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

- Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H). Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.

- Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah

a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).

b. Tidak ‘syaz’

c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)

- Syarhnya oleh:

a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.

b. Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)

c. Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)

d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul ahwazi.

6. Sunan Ibn Majah

- Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H),

- Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

- Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507 H).

- Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah krn Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.

- Syarahnya oleh:

a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)

b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah. KITAB GABUNGAN KITAB-KITAB SUNAN, MUSNAD DAN LAIN-LAIN.

Dalam bab ini, berikut disertakan nama-nama kitab yang menggabungkan hadith2 dari pelbagai kitab, berserta manhajnya secara ringkas:

[1) Kitab yang menggabungkan Shohih Bukhari dan Muslim.


* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abu Mas'ud al-Dimashqi(401 H)·

al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Humaidi al-andalusi (488 H). Kitab beliau tidak sekadar menggabungkan tetapi dengan membuat penambahan dan penyempurnaan tanpa terikat dgn lafaz dari Bukhari dan Muslim. Menyusun kitab beliau dengan kaedah bab2 berbanding dua kitab sebelumnya yang disusun secara musnad.

* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Burqani (425 H)

* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abd Haq al-Azdi (581 H), Iltizam dgn lafaz mereka berdua, Imam Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi menyatakan kitab ini amat penting, tetapi masih belum dicetak. Demikian menurut Dr Yusof al-Qaradhawi.

* Al-Lu’lu’ wa al-Marjan, Muhd Fuad abd Baqi

(2) Usaha menggabungkan lebih banyak kitab dalam satu kitab khas. Antara yang terutama:

* At-Tajrid li al-shahhah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi (535 H).
Beliau menggabungkan kitab Al-Shohihan, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasaie dan al- Muwatta’ Imam Malik.

Kitab ini disusun dengan bab-bab dan tajuk-tajuk, ia disusun seperti yang dilakukan oleh al-Humaidi sebelumnya.

* Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir (606 H).

Mengandungi keenam2 kitab dalam al-Ruzain di atas. Bagaimanapun ia merujuk terus ke sumber asal dan bukan kitab al-Ruzain.

Ia menyusun menurut tajuk2 tetapi disusun dengan huruf2. seperti huruf ba’ , mengandungi hadith bab al-Bai’, al-Birr, al-Bunyan dan lain-lain.

Kitabnya mengandungi lebih 9523 hadith.

Bagi sesiapa yang ingin merujuk kitabnya, adalah terlebih baik utk membaca baba permulaan (Tamhid) yang ditulisnya.

Kitab ini telah diringkaskan oleh Az-Zubaydi (944 H) dlm kitab Taysir al-wusul Ila Jami’ al-Usul.

* Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie (774 H)

Beliau menggabungkan kitab sunan yang 6 ( seperti di atas) dan ditambah pula dengan empat buah Musnad yang popular iaitu : Musnad Ahmad, Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Mu’jam al-Tobrani al-Kabir.

Beliau menyusunnya dengan huruf Mu’jam. Yang menyebut nama sahabat menurut urutan huruf dan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat tersebut.

* Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie ( 807 H)

Menggabung sunan yang enam, dengan meletakkan Sunan Ibn Majah di tempat ke 6

Ditambah dengan Musnad Ahmad, Abi Ya’la, Al-Bazzar dan ketiga-tiga Mu’jam at-Tobrani.

Kitab ini istimewa kerana Ibn Hajar al-Haithami meletakkan darjah kekuatan Hadith samada Shohih, Hasan dan Dhoif.

Tidak diketahui jumlah hadith didalamnya. Kerana tidak dinomborkan.


* Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi (1094 H).

Menggabung kedua-dua kitab © dan (d).

Hadith di dalamnya mencecah 10,121 hadith.

Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie ( 852 H)

Memuatkan tambahan kepada kitab sunan yang enam dan musnad ahmad, dengan 8 buah musnad yang lain secara sepenuhnya iaitu : Musnad Abi Daud at-Tayalisi, Musnad al-Humaidi, Ibn Abi Umar, Musaddad, Ibn Muni’, Ibn Abi Syaibah, Abd Bin Hamid, Ibn Abi Usamah dan menambah Musnad Abi Ya’la.

Juga menambah dengan Musnad Ishak Rahawaih secara tidak sepenuhnya. Lebih kurang separuh.

Menyusun hadith2 di dalamnya menggunakan bab-bab.

Telah ditahqiq oleh Ulama’ Hadith India as-Syeikh Habib ar-Rahman al-a’zomi.

Hadithnya hanya mencecah 4702 sahaja. Malangnya Ibn Hajar tidak menerangkan hukum/darjat hadith.

* Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi ( 840 H)

Kitab ini ditulis pada zaman yang sama dgn kitab Ibn Hajar, Cuma Al-Busaoiri ada mengambil dari Ibn Hajar, Kedua-dua mereka berguru dgn Al-Hafiz al-Iraqi.

Kitab beliau banyak menyebut darjat hadith.

Kitab ini masih belum dicetak.


* Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz as-Suyuti (911 H)

dinamakan juga al-Jami’ al-Kabir, menggabungkan hampir 80 kitab dari kitab hadith. Mengandungi 2 jenis hadith :

Hadith2 Qawliyyah/ perkataan- disusun menurut huruf mu’jam.

Hadith2 Af’al / Perbuatan -disusun menurut musnad sahabat.

Bagaimanapun terdapat dalamnya banyak hadith munkar dan maudu’, ini menyebabkan cetakannya dihentikan.

Mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.

* Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi ( 975 H)

Menggabungkan al-Jami’ al-Shoghir Imam As-Suyuti.

Disusun menurut bab-bab feqh, menurut kaedah Jami’ al-Usul.

Mencecah hadithnya sebanyak 46 624 hadith. Bagaimanapun banyak perulangan dan bercampur-campur di antara shohih, dhoif, maqbul dan mardud.

* Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Munawi (1031 H)

Terdapat dlmnya sebanyak 30,000 hadith.

Selepas menyebut hadith, biasanya dikuti dengan keterangan darjah Hadith.


Demikianlah, beberapa kitab utama dan gabungan kitab-kitab yang memuatkan matan-matan hadith serta sanadnya, beserta dengan beberapa kitab syarah.

Selepas mengetahui sumber2 tersebut di atas adalah sangat baik kiranya kita mengetahui kitab-kitab yang memuatkan hadith Dhoif dan Mawdu’.

Sebagai pengenalan ringkas, hadith Dhoif terbahagi kepada 10 jenis iaitu :

1. Al-Mursal 2. Al-Munqati’

3. Al-Mu’dhol 4. Al-Mudallas

5. Al-Mudhtarib 6. Al-Syaz

7. Al-Mungkar 8. Al-Mudraj

9. Al-Maqlub 10. Al-Mu’allal


Sebenarnya pembahagian dhoif adalah lebih banyak dari 10, sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi (802 H), yang mana ia mencecah 42 pecahan. Bagaimanapun penulisan ini tidak akan memfokuskan kepada takrifan pecahan hadith2 dhoif di atas.

Dalam menentukan hadith kelemahan dan kekuatan hadith, ilmu yang mesti dipenuhi adalah ilmu dalam meneliti ‘illat’ atau ‘waham’ atau kesilapan pada matan hadith atau perawi atau sanad. Menurut Ibn Hajar al-‘asqolani ia merupakan ilmu yang sgt sukar ( Syrah nuhbah, Nuzhat an-Nazr, Ibn Hajar). Antara pakar ulama’ hadith dalam bidang mengenal illah pada sanad hadith ini adalah :

a. Syu’bah Bin Al-Hajjaj (160 H). Ibn Rejab menyatakan beliaulah individu terawal yang meluaskan perbincangan mengenai ilm al-jarh wa at-ta’di. Juga membicarakan persoalan bersambung sanad atau terputus.

b. Yahya Bin Said al-Qattan ( 198 H)

c. Imam Ahmad Bin Hanbal, beliau berguru dlm bidang ini antaranya dengan Yahya Bin Said al-Qattan

d. Ali Bin Al-Madini (234 H)- Beliau guru kepada Imam Bukhari.

e. Yahya Bin Ma’in

f. Abd Rahman bin Mahdi ( 198 H)

g. Imam Muhd Bin Ismail Al-Bukhari.

h. Imam Abu Isa at-Tirmidzi.

i. Abu Zur’ah

j. Ad- Dar Qutni (380 H)



Serta ramai lagi, antara kitab utama yang ditulis dalam bidang ini ;

1) al- ‘ilal al-waridah fi al-ahadith an-Nabawiyah, al-Hafiz Ad-Dar Qutni.

2) al-‘ilal, Abd Rahman Abi Hatim al-Razi (327 H)

3) Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)


Sumber rujukan siri pertama:

1) ‘Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah (643 H).

2) Al-Ba’ith al-Hathith Syarh Ikhtisor ‘ulum al-Hadith Ibn Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir

3) Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-‘iraqi.

4) Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah Abd Raouf al-Mannawi.

5) Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie.

6) As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri’ al-Islami, Dr Mustofa as-Siba’ie.

7) at-Tajrid li al-shihah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain al-Andalusi.

8) At-Tamhid fi ‘ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.

9) At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi

10) Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi.

11) Fath al-Bari, Ibn Hajar al-‘asqolani


12) Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi.

13) Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi.

14) Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz Jalal ad- Din as-Suyuti.

15) Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan, Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie.

16) Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir.

17) Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi.

18) Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim


19) Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie.

20) Mausu’ah li al-hadith an-Nabawi, Dr Yusof al-Qaradhawi.

21) Mizan a-I’tidal, al-Hafiz az-Zahabi

22) Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani, Imam Ali Al-Qari.

23) Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.

24) Tarikh at-Turath al-‘arabi, Fuad Sazkin.

25) Zahru al-Ruba, Imam as-Suyuti. Jul 1 2002, 11:08 AM
Siri kedua

Setelah kita mengetahui kitab yang membicarakan 'ilal hadith, maka adalah terlebih baik untuk kita sedari bahawa ilmu dalam mengkelaskan hadith kepada taraf Dhoif, Hasan atau Shohih sangat berkait rapat dengan ilmu tersukar dalam bidang hadith dan juga yang terpenting iaitu ilmu Rijal atau ilmu mengenal perawi-perawi hadith. Ia juga dikenali sebagai ilmu al-Jarh wa at-ta'dil.

Sebelum mengemukakan kitab-kitab utama dalam bidang ini, elok bagi pembaca meneliti istilah yang digunakan dalam menghukum seseorang perawi. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani telah membahagikan martabat perawi kepada 12 martabat, iaitu sebagai berikut :

MARTABAT PERTAMA : Para Sahabat, istilah sahabat menurut pemakaian ahli hadith adalah "Setiap Muslim yang bertemu Nabi SAW selepas kenabiannya dalam keadaan ia hidup dan ia mati dalam keimanan" ( Nuzhat al-Nazr, Ibn Hajar, ms 114, Takrif ini adalah yang tershohih dibina atas takrif dari Imam al-Bukhari, Imam Ahmad dll, Lihat Al-Isobah 1/11) . Takrif ini merangkumi syarat :

1. Muslim

2. Bertemu dengan Nabi SAW secara hidup.

3. Berlaku pertemuan dgn Nabi setelah Baginda menjadi Nabi.

4. Mati dalam keadaan Islam. Mereka yang murtad tidak dikira.

Syarat ini terpakai kepada lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua. Mereka berada di tahap yang tertinggi dalam martabat perawi, Ijma' ulama' mengakui akan adil mereka. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan : "Adilnya para sahabat thabit serta diketahui dengan ta'dil dari Allah dan khabaran Allah tentang ke'adil'an mereka seBagaimana firman Allah dlm surah Al-Imran ayat 110, Surah al-Baqarah, ayat 143, Surah al-Fath ayat 18, Surah At-Tawbah ayat 100, Surah al-Anfal ayat 64." Semua ini membawa hukum qa'tie tentang adilnya mereka."

Antara kitab yang termasyhur menyebut tentang para sahabat adalah :

1. al-Isti'ab fi ma'rifat al-ashab, al-Hafiz Ibn Abd Barr al-Qurtubi (463 H). Ia disusun menurut huruf mu'jam.

2. Asadu al-Ghabat fi Makrifat al-Sahobat, Imam Ibn Athir (630 H), Mengumpulkan 7554 biografi sahabat. Disusun menurut huruf mu'jam. Bagaimanapun disebutkan bahawa ada yang terdapat di dalam kitabnya bukan dari kalangan sahabat. ( guru kami Prof . Dr Syeikh Ibarahim Al-Khalifa , Pakar Tafsir dari Univ AL-Azhar berkata sebutan betulnya adalah “Asadu al-Ghabat” )

3. Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahobah, Al-Hafiz al-Imam Ibn Hajar al-'asqolani (852 H). Disusun menurut huruf mu'jam. Jumlah sahabat di dalam kitabnya mencecah 12,304 orang beserta biografi. Bagaimanapun juga terdapat yang bukan sahabat.

Jumlah Sahabat:

1. Imam as-Syafie menyebut jumlah muslimin ketika kewafatan Nabi seramai 60,000 orang. ( Lihat Ikhtisor 'Ulum al-Hadith)

2. Abu Zur'ah al-Razi menyebut : "Jumlah yang berada di Haji Wida' adalah seramai 40,000 orang, dan yang bersama Nabi semasa perang Tabuk seramai 70,000" ( Ikhtisor 'Ulum al-Hadith Ibn Kathir, (dgn syarah al-Baith al-Hathith- Syeikh Ahmad Syakir) ms 175, cet Dar al-Muayyid.)

Apapun, jumlah sahabat yang meriwayat hadith adalah terhad, Menurut al-Hafiz al-Hakim (sohib al-Mustadrak) iaitu sekitar 4000 orang sahaja, bagaimanapun al-Hafiz az-Zahabi menyatakan hanya lebih kurang 1500 orang dan tidak lebih dari 2000 orang.(Fath al-Mughis, al-Hafiz al-Iraqi, 3/124, cet 'alam al-Kutub) Perbincangan berkenaan jumlah ini dipendekkan dengan pandang yang dianggap palling tepat iaitu:

Senarai perawi dari kalangan sahabat yang disusun oleh al-Imam Ibn Jauzi hanya mencecah 1858 orang. Bagaimanapun di antara mereka ada yang tidak sah sbg perawi.

Di dalam Musnad Ahmad hanya terdapat lebih kurang 1565 orang rawi sahaja dari kalangan sahabat.

Justeru yang paling hampir dgn kebenaran adalah yang disebut oleh al-Hafiz az-Zahabi, demikian menurut Prof. Dr Akram Dhia al-Umari dlm tahqiq kitab Baqi Muhlid al-Qurtubi, ms 151.

Sahabat yang terbanyak meriwayat hadith seperti berikut (Lihat al-Baith al-Hatith ms 85):

1. Abu Hurairah ra : 5374 hadith.

2. Abdullah Bin Umar (Ibn Umar ra) : 2630 hadith.

3. Anas Bin Malik ra :2286 hadith.

4. A'isyah Umm al-Mukminin ra : 2210 hadith.

5. Abdullah Ibn 'Abbas (Ibn 'Abbas) ra : 1660 hadith.

6. Jabir Bin Abdullah ra : 1540 hadith.

7. Abu Sa'id al-Khudri ra : 1170 hadith.


MARTABAT KEDUA : Pujian dengan menggunakan ayat penguat seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan perulangan secara lafaz spt : 'Thiqah Thiqah' , atau perulangan secara ma'na spt : 'thiqah hafidz'
MARTABAT KETIGA:
Kata pujian dengan sesuatu sifat tanpa perulangan spt : Thiqah, Mutqin, Thabat atau 'Adil.

MARTABAT KEEMPAT :Disebut dengan kata spt : “saduq”, “La baksa bih”, “Laisa bihi baksun” ( MARTABAT INI KURANG SEDIKIT DARI TIGA MARTABAT DI ATAS).

MARTABAT KELIMA :Disebut dengan kata spt : “Saduq sayyi’ al-Hifdz”, “Saduq yuhim” atau “lahu awham”, atau taghayyar biakharatin (biaahiratin) atau saduq yukhtik, begitu juga sesiap yang dituduh dengan apa jua bid'ah spt Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah dll.

MARTABAT KEENAM :Iaitu sesiapa yang tidak meriwayat hadith kecuali sedikit, seta tidak thabit pada riwayatnya, maka disebut dgn : Maqbul atau layyin al-hadith.

MARTABAT KETUJUH :Diriwayat darinya lebih dari seorang tetapi ia tidak dipercayai atau tidak disebut apa2 tentangnya dari perawi yang mengambil darinya, maka tidak diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dgn lafadz : Mastur, Majhul al-Hal.

MARTABAT KELAPAN : Mereka yang tidak mendapat kepercayaan dari ahli hadith serta terdapat yang mengatakannya sbg dhoif wp tidak diperincikan. Mereka ini disebut dgn lafadz 'Dhoif.


MARTABAT KESEMBILAN :Sesiapa yang hanya diriwayatkan darinya oleh seorg sahaja serta tidak dipercayai. Maka disebut Majhul.

MARTABAT KESEPULUH :
Sesiapa yang langsung tidak dipercayai, di dhoif kan dgn penjelasan. Mereka disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi al-Hadith atau saqit.


MARTABAT KESEBELAS :Mereka yang ditohmah dgn pembohongan. Iaitu al-kizb.

MARTABAT KEDUA BELAS :
Mereka yang digelar pembohong (al-kizb) atau pereka hadith (al-wad')

Begitulah 12 maratib perawi hadith menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib iaitu di bahagian muqaddimah.

Menurut Al-'Allamah al-Muhaddith al-Syeikh Ahmad Muhd Syakir, kumpulan 1-3 adalah shohih di peringkat tertinggi (bidzatihi), martabat di nombor 4 adalah shohih peringkat kedua (hasan lidzatihi).

Bagaimanapun setelah ditahqiqkan pandangan tersebut maka secara ringkasnya. Martabat 1-6 berada di peringkat ta'dil. Manakala bermula dari 7 ia adalah peringkat 'jarh'( Dr. Walid Hasan al-'Aani, Manhaj ad-Dirasat al-Asanid wa al-Hukm 'alaiha, cet Dar an-Nafais, ms 37).

Manakala seseorang perawi tidak akan di 'ta'dil' kan kecuali memunyai 2 perkara :

1. Beragama daan amanah, iaitu seorg Muslim, baligh, beraqal, serta terpelihara dari sebab2 fasiq dan mencalar maruah.

2. Dhobid dan itqan, iaitu meriwayat hadith sBagaimana yang didengarinya : dhobid terbahagi 2 iaitu dhobid sodr (hafalan) atau dhobid kitab (dgn tulisan). ( Dr Hammam Said, Tamhid fi 'ulum al-hadith, ms 152)

Bagi men'jarh' seseorang rawi maka disyaratkan setelah menyatakan ia sbg matruk contohnya, DISYARATKAN DISUSULI PENJELASAN SEPERTI SELALU LUPA dll. Kitab-kitab utama yang mengandungi maklumat jarh dan ta'dil para perawi hadith adalah seperti berikut :

1. al-Jarh wa at-ta'dil, al-Imam Abi Hatim al-Razi (w 327 H)

2. al-Kamil fi dhu’afa, Al-Hafiz Ibn 'Adi (w ….)

3. Tahzib al-Kamal fi asma' ar-Rijal, al-Imam al-Mizzi (w 742 H)



Sebuah kitab khusus pada perawi-rawi kitab yang enam.

1. Tarikh al- Baghdad, al-Hafiz Ahmad Bin Ali al-Khatib.

2. Mizan al-I'tidal, Al-Imam Al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi (w 748 H).



Menggabungkan pendapat-pendapat imam sebelumnya serta ditambah dengan pandangannya secara peribadi terhadap seseorang perawi.

3. At-Takmil fi ma'rifat at-Thiqat wa dhu'afa' wa al-Majahil, Al-Hafiz Ibn Kathir (w 774 H) Gabungan antara Mizan al-I'tidal dan Tahzib al-Kamal. Beliau menyertakan juga tambahan-tambahan penting.

5. Tahzib al-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H).

Beliau meringkaskan Tahzib al-Kamal serta membuat penambahan dan komentar yang penting.

6. Taqrib at-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H), ringkasan kitab beliau sendiri.

7. Lisan al-Mizan fi naqd al-rijal, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852 H), tambahan terhadap apa yang dinayatakan dlm kitab Mizan al-I'tidal. Dan ratusan lagi kitab yang mengandungi maklumt jarh dan ta'dil, bagaimanapun demkianlah antara kitab yang utama bagi rujukan para pembaca.

Dengan bantuan kitab-kitab ini, maka insyaAllah kita akan dapat mengetahui status hukum sesuatu hadith. Iaitu melalui penelitian terhadap para perawi.

Manakala bagi mereka yang agak kurang mempunyai masa untuk membuat penelitian tersebut, bolehlah merujuk kitab-kitab berikut bagi mengetahui hadith2 mawdu' dan dhoif. Antara kitab yang menyebut hadith mawdu' (hadith palsu serta rekaan) yang utama adalah :-

1. Al-Mawdu'at, Al-Imam al-Hafiz Jamal ad-Din Ibn al-Jawzi (597 H). Menggabungkan hadith2 mawdu' yang diambil dari kitab al-Kamil, Ibn 'adi, ad-Dhua'afak oleh Ibn Hibban, al-'Uqaiyli, abu al-Fath al-azdi, juga apa yang terdapat di dalam tafsir Ibn Mardawaih, ketiga 2 Mu'jam at-Tobrani, Ad-Darul Qutni, juga dari karangan Khatib al-Baghdadi, Ibn Nu'aim, Ibn Shahin, Tarikh al-Hakim.

Berkata Al-Hafiz al-Sakhawi: "Masih tertinggal banyak hadith mawdu' juga beliau merupakan orang yang mutasahil (beringan2) dalam menghukum hadith dalam kitab ini. Beliau juga telah membawa hadith-hadith shohih serta dhoif ke tahap mawdu'".

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani : " Tasahul (sifat meringan-ringan dlm meletak hukum) ia juga tasahulnya al-Hakim menyebabkan ,menghilangkan manfaat dari kitab mereka berdua"( Muqaddimah al-Maqasid al-Hasanah, Al-Hafiz as-Sakhawi, oleh pentahqiq kitab).

Sehinggakan menurut ahli Hadith, Ibn Jawzi telah meletakkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Mawdu'aat oleh beliau.

2. Al-Laalik al-Masnu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti (911 H). Mengandungi banyak kandungan kitab al-Mawdu'at Ibn al-Jawzi serta tambahan2, juga membawakan kandungan dr Tarikh Ibn 'asakir, Ibn al-Najjar, Musnad Firdaus, al-Dailami, dll. Ia telah berperanan juga sebg pentahqiq tasahul Ibn Jawzi.

3. Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah 'an al-akhbar as-Syani'ah al-Mawdu'ah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Bin 'Iraq al-Kanani al-Syafie (963 H). Dianggap sbg kitab yang terlengkap, menggabungkan Ibn Jawzi dan al-Suyuti serta disusun menurut tertib keduanya. Ia juga dianggap sbg khulasah terhadap semua kitab mawdu'at, berserta tahqiq ilmi dan kajian yang lengkap. Dita'liq oleh Al-allamah al-Muhaddith Abdullah bin Muhd al-Ghumari bersama beberapa rakan2nya.

4. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Abu Abdullah Muhd al-Syami al-Solihi (942 H).

5. Al-Habbat al-sunniat fi al-ahadith al-mawdu'at, al-Muhaddith Ali bin Sultan al-Qari (1014 H).

6. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Al-Imam al-Qadhi Muhd bin Ali as-Syawkani (1250 H). Bagaimanapun terdapat dalamnya hadith2 shohih dan hasan. Beliau dianggap mutasyaddidin dalam hal mawdu'aat. Demikian dimaklumkan oleh Abd al-Hayy al-Laknowiyy.

7. Al-athar al-Marfu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Abu al-Hasanat Abd al-Hayy al-Laknowiyy al-Hindi (1304 H).

8. Dhoif al-Jami' al-Shogir wa ziadatihi (al-Fath al-Kabir), dan juga Silsilah al-ahadith ad-dhoifah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Nasiruddin al-Albani. Cetakan al-maktab al-Islami. Mengumpulkan lebih 30 kitab dari pelbagai ulama' mutaqaddimin dan mutakhirin. Bagaimanapun kitab ini dan kitab-kitab tulisan al-Albani mendapat kritikan hebat dari Hasan Saqqaf.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kitab-kitab yang ditulis dlm mendedahkan perihal kedhoifan dan mawdu' hadith, bagaimanapun cukuplah sekdr menyebut yang lebih kerap menjadi rujukan ilmiah, iaitu sebagaimana yang termaktub di atas.

Adalah baik juga kiranya disebutnya beberapa buah kitab yang mashyur tetapi sebenarnya mengandungi banyak hadith-hadith mawdu' dari sumber israiliyyat. Ianya seperti berikut :

1. Kitab-kitab karangan al-Waqidi, spt Futuh as-Syam serta lainnya.

2. Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn Abbas, diriwayatkan dari sumber yang tidak dipercayai dan pembohong iaitu al-Kalabi dan As-Suddi dan al-Muqatil. Demikian menurut Al-Imam as-Suyuti.

3. Qisosul al-Anbiak, al-Tha'labi.

4. Nuzhat al-Majalis, al-Sofuri

5. Ar-Rawd al-Faiq fi al-Mawaidz wa al-Raqaiq, Al-Harrifisyh. SBagaimana dimaklumkan oleh al-Bairuti. Dan lain-lain.



Sebagai akhirnya, disebutkan di sini beberapa kitab-kitab utama dalam 'ulum al-Hadith dan yang berkaitan dengannya :-

1. 'Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah (643 H).

2. Al-Ba'ith al-Hathith Syarh Ikhtisor 'ulum al-Hadith Ibn Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir

3. Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-'iraqi (860 H).

4. Al-Iqtirah, Al-Hafiz Ibn Daqiq al-'aid.

5. Al-Muqni', Ibn Mulaqqin.

6. Al-Nukat 'ala kitab Ibn Solah, Al-Hafiz Ibn Hajar (852 H)

7. Al-Tabshiroh wa al-Tazkirah, al-Hafiz al-Iraqi (860 H)

8. An-Nasikh wa al-Mansukh fi al-ahadith, Ibn Shahin (385 H).

9. An-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-athar, Al-Hafiz Ibn al-Athir (606 H).

10. As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri' al-Islami, Dr Mustofa as-Siba'ie.

11. At-Tamhid fi 'ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.

12. At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi (860 H)

13. Fath al-Bari Syarh Shohih al-Bukhari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani.

14. Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi (902 H).

15. Ikhtilaf al-Hadith, Al-Imam As-Syafie (204 H).

16. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim

17. Ma'rifat al-Sunan wa al-Athar, al-Imam al-Baihaqi al-Syafie (458 H)

18. Musykil al-Hadith wa bayanuh, Ibn Furak (406 H)

19. Nasbu al-Rayah, Al-Hafiz al-Zaila'ie (762 H)

20. Qawaid al-Tahdith min funun Mustolah al-Hadith, Al-Allamah Jamaluddin al-Qosimi (1332 H)

21. Syarh ma'ani al-Athar, al-Imam at-Tohawi al-Hanafi (321 H)

22. Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani, Imam Ali Al-Qari (1014 H).

23. Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.

24. Tadrib al-Rawi, Al-Imam As-Suyuti (911 H).

25. Talkhis al-Khabir, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqolani (852 H).

26. Tarikh at-Turath al-'arabi, Fuad Sazkin.

27. Tawjih al-Nazr Ila Usul al-Athar, Al-Jazairi ( 1332 H)

28. Zad al-Ma'ad, Al-Imam Ibn Al-Qayyim al-Hanbali (751 H).

p/s: ringkasan nota kajian ulum hadith..huhu..diharap shbt2 dpt amik manfaatnye di sini..pakat bace blake..=)

Thursday, March 19, 2009

HANYA SATU KATA...TUKAR..!!



kumulakan kalam dengan syahadah...
semalam,19 mac 2009, surau an-nur telah mengadakan satu forum berkenaan dengan krisis politik di Perak dan Malaysia. Antara ahli panel yg hadir ialah Prof Aziz Bari, Dato' Husam Musa dan Presiden Gabungan Mahasiswa Perak. secara keseluruhannya Prof Madya Aziz Bari ckp kite kene tgk secara kulli, bukan juz'i pada kemelut politik yg sedang berlaku. pndangan beliau, keadaan politik di Malaysia di DARURAT! aku sokong! hmm.. ade Perlembagaan tp kuasa tidak tertakluk di bwh Perlembagaan. juga tertarik dengan analogi yg dilontarkan oleh saudara Presiden Gbgn Mahasiswa Perak tentang persidangan bwh pokok..katenye.."cuba anda fikir, biasanya kita akan solat Jumaat dalam Masjid..tetibe suatu hari tu, masjid dikunci, adakah anda xnak solat jumaat? dan menggantikan solat jumaat dengan solat zohor?? pasti tidak bukan.. kite tetap akan adakan solat Jumaat tersebut..walau di luar Masjid..cantik jgk analogi ni kn???hmm...mmg krisis politik di malaysia semakin menggerunkan.. dah nak jadi ala-ala zaman British gtu..akta hasutan..ISA..semua digunakan utk memudahkan kerja..British guna akta hasutan untuk tangkap Nasionalis pd zaman tu..hmmm...ape beza kerajaan dgn British??! berbalik pada tajuk di atas.. kata-kata di atas diungkapkan oleh Pak Vidji pada zmn Suharto.. oleh kerana utk mghalang kemaraan pejuang tersebut, dia telah diarahkan utk DIJIMATKAN..bhs Indonnye..huhu..senang sekali bg pemerintah utk membuat 'PENJIMATAN' utk menghalang suatu kebenaran...khulasohnye... HANYA SATU KATA...TUKAR!! kerajaan..(aku yg smbung sndiri..hehehe)wallahu a'lam

Wednesday, March 18, 2009

SEHARI DI PARLIMEN




selasa, 17 mac 2009, ISIUKM telah mengadakan satu lawatan sehari ke Parlimen. aku dan kwn2 yg agak asing ng dwn parlimen ni ambil kptusan utk join skali pergi ke sana, nak lihat sendiri camne la YB kite ni berucap dan bergaduh dalam dewan secara life. sampai di sane lam pukul 11 lebih, ok la tu..n then nk tgu masuk dwn tu pnye la lame.. kene check di pak guard n mak guard kat luo..sape x pakai tie, sape paka sluo jean tu xle masuk..cian..huhu..len kali pakai smart2 cam YB kalo nk masuk dwn parlimen.. lps tu..masuk la dwn..kene duk statik je kat lam tu..kebas jgk kaki ni..hua..hua..mane leh duk diam lame2..lps msk dwn rkyat masuk lak lam dwn negara..khas tuk senator kite la bersidang..kat cni ade org bg tklimat sket..hurmm...nmpak gayenye byk sgh die rahsia ng kami..nk tye sal Perak pon, awal2 lg "saya diarahkan utk tdk menyebut apa2 ttg perak" demokrasi sungguh! lps abis taklimat, mkn n solat, then sape nk masuk dwn lg, bole, xnk boleh duk luo...hurmm..baek duk luo je la..hehe..sdp jgk tgk suasana dwn rkyat skrg sbb pro pembangkang dah ramai..perubahan PRU 12 ni mmg byk memberi impak dan kesan kpd negara..so..PRU akn dtg..BULATKAN TEKAD..JANGAN TIMBANG-TIMBANG LAGI..=)