Saturday, September 20, 2014

hello cik pinky !:)

ahaaaaa... semalam cakap tak nak update dah.tipu tipu tipu...
Gila betul kan, skrg ni setiap kali kalau nak p bintulu, flight aku kompem ahad malam ke kl and senin pagi ke bintulu. Good girl! yeah!

Hantar ammar ke pra tadi. Then tatau nak buat apa dah. Tetibe tukar templete. Seronok travel sorang-sorang skrg.Main aci redah je. Tidur kat surau.Then sblm subuh p turun kat pelepasan. Pagi buta tido dlm flight, bangun-bangun dah ada kat bintulu.Magic kan? hahahaha...

But still, dalam 4 tahun ni, banyak sgt tgk pengalaman org.Dan jadi pakar motivasi. ngahaha...Diorang mintak nasihat aku sedap sgt diorang ni tatau ke aku hampeh? Lemah kat dalam tu Tuhan saja yg tau.

Antara kes yg aku xleh lupa bila ada sorg kwn satu skola keguguran.Atas nama "ustazah" suaminya telefon aku minta tolong tengok-tengokkan isterinya sebelum aku sampai. Nak tanam darah bagai..hadoi.. Seiyes mati akal.Mana aku pernah buat mende cenggini. Kuatkan smgt, baca apa yg patut, tanam blkg umah.. ketulan darah je sbnrnya.Tapi sbb dia syg sgt kat baby dia, dia panggil darah tu baby...aku pulak yg seram ngahaha... Jarak yg jauh dgn family ni mmg mengajar erti tawakal tinggi pada Allah. Tolong selagi mampu.Allohurobbi....

And then, lupaaa.... ada sorang budak cina masuk pasti kami! Kami berbalah pendapat jugak la kejap. Aku xnak terima.Takut dgn tanggungjawab yg tak tertanggung.Muslimin mmg kompem la suruh masuk je, Cakap banyak tapi yang nak handle nye aku jugak nanti. Then Mak budak tu betul2 merayu kat aku,nak masukkan anak dia, so.. aku yg nampak macam keras kepala ni terpaksa mengalah.. adehnyelah.
Tapi biasalah... bila dah masuk, yg terlebih syg kat budak-budak ni kompemla aku..ngahahaha... excited gila kot. Budak cina masuk pasti.Letakkan syarat supaya budak ni pakai tudung.Takut budak lain kompius ngan dia.Comellll sangatttt! gamba semua dalam phone..Nanti la kalau rajin edit balik letak gambar.

Banyaknye ceritaaaa... hihihi... dah dpt pasword.. mestilah tulis je keja. ngaaaaaa...
nanti sambung lagi.tadaaaaaaaaaaaaaaaa....

Mahu bercerita dgn panjang sekali :)

Oleh kerana saya terlepas untuk menulis di blog ini dengan lama sekali, saya mahu mengambil peluang untuk menulis lagi.Untuk tatapan diri sendiri ketika marah dan sedih. hahaha.Memang biasa, jarang sangat saya menulis ketika happy.Sebab kalo happy mmg x igt apa dahhh.. haha... joking :p
 hujung tahun lepas alhamdulillah, dgn bantuan Allah dan sahabat2, Pasti al-Furqan dapat ditubuhkan di Tatau. Mula-mula macam misi mustahil.Tapi Allah yg susun, maka dapatlah terbinanya Pusat Asuhan Tunas Islam tersebut.

Semangat mula-mula biasalah, sangat semangat.Tambah-tambah aku mmg suka sgt budak-budak (kejap aku kejap saya...lantaklah) seronokkk sgt.Walaupun tanggungjawab mmg bertambah.Dengan sekolah lagi, pasti lagi, jemaah lagi...memang pergh jugak la rasa.But it still sweet.Allah mmg nak suruh aku buat something kat sana, kalau rasa nak tinggal pun, tinggalkan suatu yg bermanfaat utk ummah mungkin? Kalau tgk gaya mmg mcm santai gila, siap sempat update stetes kat pesbuk poyo-poyo.Hakikatnya memang aku hampir tiada hujung minggu.But still, alhamdulilllah ala kulli hal, terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sebuah kehidupan yang indah.

Satu yang mustahil yang aku rasa nak menangis sampai bengkak mata bila berjaya buat kem kepimpinan Islam kat sekolah tu.Oh God, aku rasa ni keja gila.Mana ada org buat kem kita kena jadi semua ajk? haha... But still, aku mmg belajar something la.Kerja Islam, kalo senang, mesti tak best kan? budak manja macam aku kompem la menangis sepanjang malam sebab sedih sangat rasa. [manja sorang2, org lain xtau pon..muka kering oke ]Bengkak mata, esok tu tido lagi xpergi majlis org ajak sampai kena call byk kali.Petang tu ada org bagi kek, oke, diorang memang baik.Terima kasih Allah.

Lagi.. hurmm.. yang happy tahun ni ialah.. YB  Zailah Ketua Muslimat datang tido umah aku! haha... gila tak caya.Tapi this is Sarawak bolehland.Demografi yang sangat luas menyebabkan YB boleh tido umah aku.Bayangkan betapa nebesnya aku dan osmet time tu.kemas bilik macam apa..ekon bagai, tilam baru...last-last dengan sempoinya kaklah cakap, xpayahla ...kaklah duk bawah je.. xlarat nak naik atas, bawak turun tilam je.Alloh..time tu mmg terbayang kalau Rasulullah dtg umah aku, kompem aku nanges xberhenti.Last2 kitorang semua tido bwh, sempoi mcm tido ngan mak2.Cerita2.. story mory.. Pukul 4 tgk2 kaklah bangun dulu..tahajud dan alkahfi..malu betul rasa.Bangun la kitorang yg muda belia sihat walafiat ni.tolong masakkan mknn utk rombongan diorang ke Mukah.Subhanallah.Pengalaman ni mmg xdpt kat tempat lain utk aku yg nothing ni.

Apa lagi ye tahun ni yg aku rasa meaning.Hurmm.. sempat pergi sabah.yeay! Kundasang, Ranau,KK,rumah tebalik, ikan makan kaki orang.. semua sempat pergi.Next time aku nak p pulauuu..insha Allah.. terbayang cerita aA bB si addin dan Ben p karambunai... perghhh... sempat lagi berangan :p tapi rasanya kalau pergi pun aku nak p semporna sebab dia punya pulau lagi banyak dan santekkk...Nak snokeling you!

Nila cara org bujang melepaskan tensen.hahaha...sedih betul dengar.I love my life.
Tempat yg paling aku nak pergi sebenarnya Makkah.Its not about money actually. Mungkin Allah nak aku pergi dlm keadaan betul-betul bersedia dan suci hati. Tiba-tiba tahun 2012 ditetapkan perempuan kalau nak pergi kena ada mahram dia betul2.Adeh.Memang, sibling aku ramai lelaki,tapi semua masa x kena dgn masa aku.Stress betul.Sangat2 berdoa, supaya aku dpt ke sana dalam masa muda ni.Allahumma aminn.
Tak sanggup rasanya nak travel ke luar negara kalau Makkah belum pergi.Tak sanggup sangat-sangat.Tapi dlm negara aku redah jela dah boring sangat...muahaha... :p

oke, just that, maybe tahun dpn la plak kalau menulis lagi ni.. haha...
assalamualaikummmm...:)

Friday, September 19, 2014

fitnah bujang :)

Assalamualaikum.
wargh! lama gila kot xleh nak log in blog ni.Apehal kalau ngan aku punye notebook tu xleh masuk? tapi kalau ngan laptop kat kampung ni elok je? why? why?

Menginjak ke usia 27 tahun.Oke, tua sangat.Orang lain dah anak 3 kot.haha...
Berjanggut tunggu mu kawen? mu ni bila lagi? jangan memilih sangat? jual mahal lettew...
banyak sangat la, sampai dah lali...belum masuk makcik2 adeinyelah....

Tidak tahu ke semua ni berkait dengan akidah.Dah bukan masa aku lagi?so? haaa.....

Kalaulah mereka tahu peritnya bujang, takkan berani kot nak kata macam tu.Weh, ada bini orang sampai taknak cakap dengan aku tahu? tolonglaaaa... aku kerja.
aku pun xpaham. Kalaulah bini-bini orang tu tahu, aku bukannya suka begini. Kalaulah bini-bini orang tu tahu, dia patut bersyukur sangat ada pelindung dalam hidup dia.Ape nak dijeleskan dgn aku yg nothing ni.Tolonggggglaaaa...

Tak semua orang rasa bujang lama.Ada yg tgh belajar dah kawen.So, selamat dari penyakit-penyakit gila.Ada pepatah arab yang lebih kurang bermaksud bujang tu boleh menyebabkan gila,[ banyak sengal la] so, kawenkanlah utk menghilangkan gila. Masing-masing Allah dah tentukan jalan masing-masing. Redha, kunci utama. Tak perlu nak dipaksa jalan yang bukan jalan kita. Syurga ni luas, jalannya bukan hanya dengan berkahwin. Ayat camni bukan xnak kawen ye, jgn salah paham pulak :p

Tahun keempat berada di Tatau.Mungkinkah ini tahun terakhir.Moga-moga diluluskan untuk berpindah. Tiba masa, aku juga nak kembali ke tanah sendiri.

Andaikata, Allah membenarkan aku untuk mempunyai suami pada suatu masa nanti,
semoga ia tidak membawa fitnah kepada diriku dan orang bujang lain. Sungguh, sakit sekali hati.... Andaikata Allah membenarkan aku pada waktu yang tepat itu, moga, ia mendekatkan aku pada Tuhan, bukan untuk berbangga-bangga.Andaikata Allah mengizinkan aku, semoga Allah lindung aku dari membakar hati orang lain dgn kebahagiaanku..cukup.. Allah yang tahu... Andaikata Allah mengizinkan, semoga aku tidak lupa... bahawa aku juga patut membantu orang lain, bukan menambah rasa pedih.warrghhhh marah betul ni.. hahahaha...

Bukan marahkan takdir Tuhan...tidak sama sekali.Walaupun orang itu ditarbiyah, jangan sangka dia faham semua rasa. Kerana, dia juga manusia.Moga-moga, manusia yang memberi sakit hati kpdku, aku tidak balasnya dengan jahat juga.Moga aku bahagia, dgn segala kurniaan Allah.Moga aku bersyukur.

Robbi la tazarni fardan wa anta khoirul warisin....


Monday, December 23, 2013

weird.

salam.
25hb ni aku akan kembali ke tanah bumi kenyalang.
kerja yang bertimbun menanti.
tapi aku suka.
haha.
seriyes.
Jujurnya memang aku tak sabar nak kembali bergerak kerja.
itu satu-satunya reason yg membuat aku happy.
bila rakan ada sebut.. alahhh..sedihnya nak pergi dah.. aku hanya gelak.
dan cuba meraikan perasaannya.
hakikatnya aku tahu, aku tak sabar nak kesana.
gila kan? ye, aku memang gila.
berada di kampung mmg kakiku patah.
aku tak boleh ke mana-mana.
beku.
tepu.
ye, berada di tanah air sendiri mmg mengembirakan.
tapi.. bagi aku.. mana yang boleh aku kembangkan segala pengetahuan.. Islam.. keamanan..
di situ aku lebih aula untuk berada.
terpenjara di dalam syurga? oh, itu bukan pilihan hatiku.
berapa tahun lagi nak duk sana? kenapa tak isi borang pindah? soalan-soalan biasa.
hurmmm... taktaulaaaa... susah nak dapat.
sebenarnya aku memang tak bersedia lagi untuk pindah.
isi borang, apa susah? tapi, biarlah dulu.
sampai masa, aku akan kembali juga jika diizinkan Allah.
Argghhhh.. banyaknya ingin aku luahkan.
k,lah.. babai

Monday, December 2, 2013

cerita-ceriti~

assalamualaikum.
rindunya nak cerita-cerita kat sini.sebenarnya sebelum ni ntah knapa xleh nak log in.
hari ni ingat dah nak putus asa.tiba-tiba dapat plak.apuuu...
keif hal sahabat-sahabat? [biorla xde org bace pun.. bajet ade org bace jela ek.. haha

Selamat tiba di kampung 26hb 11 2013.Punyelah lama aku nak sampai ke ganu kan? start cuti awal. 2hb dah start cuti. ingat nak balik terus.. tak jadii.. kena tolong untuk konvo pasti.. so, 4hb baru ke labuan jumpa haura insiyah.. konon2 nak jaga dia lama.. apuuuuu...skolah call suruh p kursus CPD kat Miri... hampehnye! seminggu je jaga haura, kena p kursus..abis kursus p jumpa n jaga haura balik.. then ke selangor.. hadiri muktamar at shah alam..alhamdulillah.. ada pengalaman jadi perwakilan untuk muktamar dewan muslimat pas pusat.Kurang menarik.. hahahaha... jahat! but i feel something new.utk muktamar penuh best! walaupun xjd perwakilan, seronoknya tengok YB2 berbahas.. jauh sgt la rasaaa..

seronok ada pengalaman jual2 kat muktamar tu.. model tudung telur youu... hahhaa.. ntah pape.. benci betul pakai tudung telur sebelum ni.. tibe2 tersuka plak..haaa... jgn benci lebih2.. nanti tersuka kang susahhh..

just upload gamba la sikit2.. actually upload pun sbnrnya utk simpanan sdiri.. slalu je hilang kalo letak kat lain..








that's all! adios~

Wednesday, August 14, 2013

syawal 1434

bismillah.
salam alaik

1 syawal
tradegi tragis berlaku pada eidul mubarok.Ibu dan bapa saudara dilaporkan tenat.kami semua bergegas ke hospital kuala trganu.Aku dan adik amik part.masuk jugak bilik icu tu tgk bapa saudara.speechless.tenat.rasa macam dia memang dah xde nyawa.nafas melalui angin.

Then tengahari aku melawat haura insiyah si bidadari anak abangku yg baru berumur beberapa hari. Asyik bermain dengan haura, ayah menelefon ckp ibu saudaraku pula yg tenat.Aku mahu ikut sekali.Terus pulang. Balik, solat dan ikut ayah dan family ke jerangau.

sampai sana, ibu saudara dah dihantar ke hospital kuala berang.Pemandu tu memberi isyarat.Ibu saudaraku dah tak lama.Kami bergegas ke Kuala berang pula.Kemudian mendapat berita dari kuala trganu.Bapa Saudara dah meninggal.Lama selepas itu, ibu saudara pula disahkan meninggal dunia.Agak tragik juga di hari yang mulia ini.Allahummaghfirlahuma warhamhuma. Serius time tu aku mmg pk panjang, oke... dunia ni nothing.sangat nothing.If Allah tarik nyawa aku, aku bawak bekal apa? Allah....
haura insiyah si bidadari :)


Raya ini namun tetap menggembiran.
Tahniah nisa'.. dah selamat jadi isteri orang.
tQ kinah, sebab datang raya umah aku ngan farouqi.
semoga bahagia shbt :)
aku tau kembar aku ni tetap akan sygkan aku walau ade  dh ade anak :p 

Just that .
taqabbalallohu minna waminkum shbt2 :)
sayang semua kerna Allah.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434

Assalamualaikum.
Ramadhan kareem shbt-shbt sekalian.
Hari isnin ada program ihya' ramadhan di SMK Asyakirin.
I'm forgot that something there.
Balik program nangis banyak-banyak.
Hati aku tak kuat rupanya.
Sungguh, time drive balik pun mata aku berkaca-kaca.
Mujurlah hari ini aku sedikit bizi.
Menguruskan pelajar yang akan solat di Masjid.
Ihya' ramadhan di sekolah, tazkirah dan sebagainya.
Alhamdulillah,
terima kasih shbt2 teman sekerja yg membantu aku.
Membawa pelajar-pelajar ke masjid.
Tapi yg agak kelakar semua yg menolong adalah cikgu lelaki.
haha.
adoi.
But i'm really appriciate it.
Rasa terharu sangat-sangat.
Orang yang bertanggungjawab tak sudi menguruskan.
Allah akan mengutuskan bantuan melalui mana-mana jalan sekalipun
Terima kasih Allah.
Aku bahagia di malam ramadhan yang pertama ini.
Mungkin kerana sebelum itu terlalu banyak menangis.
Ah,
Ramadhan Kareeem
Allahu Akrom.
Semoga Allah bagi aku kekuatan utk istiqamah.