Monday, March 12, 2012

manusia memusuhi apa yg tidak diketahuinya.

[boypreng aku ni]

alhamdulillah, semalam selamat menjejakkan kaki ke bumi semenanjung.
Alhamdulillah ala kulli hal.
cerita ammar, ah laen kali aku cerita [tengah sedih sbnrnya]
semalam, bicara hati seorang ibu.
lagi buat aku sedih.
kali ini aku kena buat keputusan.
dengan tegas.
takdir tak selari kehendak.
itu yang terbaik kan?
semoga Allah redha.
semoga Allah sayang.

Monday, March 5, 2012

minta diluaskan kesabaran

minggu ni
perkataan ini sahaja yang aku duk dengar, ulang.
sabar.
sabar.
sabar.
ye, korang tau maksud sabar?
sabar itu pada pukulan pertama.
ye.
bila terkena, waktu tu rilex.
itulah sabar.
kalau lepas meraung 4 kati.
tu bukan sabar.he he he...

kenapa senyum aku kebelakangan ini rasa macam plastik semacam.
kenapa terasa ada hujan yang mencurah-curah turun dalam hati aku.
kadang-kadang berair sendirian.

penat.
aku x penat bila berterusan buat kerja.
malah kadang-kadang aku sangat gembira.
sebab aku tahu, kebaikan akan terus berkekalan.
yang letih itu akan hilang.
namun,
bila maen jiwa ni.
aku selalu tewas.
bila jiwa ini penat.
inikah namanya futur?
mungkin.
aku sendiri taktahu maksud sebenar keadaan futur itu.
mungkin inilah dia.
kelelahan jiwa.
Allah.
aku menangis lagi.
kekuatan jiwa itu penting.
ujian2 yg datang itu tapisan.
ingat itu!
[wanita yg tidak mempunyai pelindung itu selalu dituju]
duhai diri, bertabahlah!
bukankah kamu kata kamu buat kerna Allah.
nah, buktikan sekarang!

Saturday, March 3, 2012

::karena hati bicara::

[dalam mihrab cinta]

demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

ahaha, feeling gila petang ni.actually aku x minat pun oki ni.cerita dlm mihrab cinta pun aku x minat.
ntah, xtau apehal aku p tulis menda kat ats ni.hampeh je.
errk...tgh serabut sbnrnya.
elleh, macam dia je serabut.
hampeh je.
xkisah la..mmg otak tgh berselirat.
so, kita alihkan keserabutan pada jiwang petang sabtu.
igtkan nak tido td pas abis skola ganti.
tak jadi plak.
terrrlayan jiwang.
dan..
termenangis la plak.
T_T

Friday, February 24, 2012

terkesan dgn kebizian Rasulullah.

assalamualaikum.
aku adalah orang yang perasan bizi.
ye!tapi bila aku menghadiri kuliah muslimat by kakwan kidurong, aku terkesan.
ya!kuliah tu pasal ibubapa.
masa kuliah kalau sebut2 pasal persediaan orang2 bujang, dia selalu jeling2 kami.
malu la haha ^_~
antara isi kuliah tu,
anak bukan kesan perkahwinan, tapi tanggungjawab.
jangan perasan bizi sangat, duduk2 bersama anak juga kadang2 merupakan tanggungjawab.
Rasulullah yang sgt bizi itu masih sempat nak lumba lari dgn isteri.
masih sempat nak bergurau dgn shbt2.
masih sempat mencium cucu-cucu.
insan mulia yang paling bizi dalam dakwah, kesannya sampai pada kita sekarang sempat buat semua tu.kita??????
perasan bizi!
jangan kerana keperasanan bizi kita, tanggungjawab yg sebenar kita terabai.
kita kerja sebab apa?
sebab nak redha Allah kan?
nak bahagiakan keluarga.
jadi, matlamat utama itu haruslah diutamakan.
so, watch out yourself ya!!
[muhasabah diri sbnrnya ni]
pagi petang siang malam yang awak perasankan sebagai dakwah itu sia-sia jika insan yang sepatutnya awak utamakan terabai.
first thing first!
muhasabah, muhasabah muhasabahhhhh


Wednesday, February 15, 2012

move forward!=)

assalamualaikum.
lama kunci blog buat jeruk.
hehe.
akhirnya telefon ke bengkel tidak menyedihkan lagi.
dah siap bro!haha
betapa aku bersyukur sgt2.
budak2 dah hilang banyak waktu sepanjang kereta aku rosak.
ribat xleh nak buat.
ngaji dah kurang.
nak ajar budak yang baru nk solat tu lagilah xsempat.
ya Robbi, bersalah sangat2.
tiap2 hari penat aku nak menjawab soalan diorang tau??
akhirnya.
Allah, bersyukur sangat2.
berkat doa mak aku ni.
aku mohon mak doakan supaya dimudahkan urusanku.
Allah,aku bersyukur.
Allah, mudahkanlah urusanku.
Allah, mereka tidak faham betapa aku kehilangan pergerakan ni bukanlah perkara yang sangat menyesakkan.
ia menjadi sesak apabila aku sangat terkilan program diorang tak dapat diaktifkan.
korang tak faham.
korang tak faham.
dan sesungguhnya korang tak faham!
ah ya Robbi, mudahkan urusanku.
erkk...nak mintak tolong sape plak ni nak amik ni?? !!!!

Thursday, January 19, 2012

walau aku lari, Allah tak bagi.

salam.
kali ni aku betul2 malu ngan diri sendiri.
adehhhh.
accident ni buat aku sedar satu perkara.
berhentilah main2!!
bila aku nak serius dgn hidup dlm perjuangan?
aku terpukul.
actually ada program utk student upm [aku cuba utk bersenang-lenang di sabah]
aku dalam hati sangat kagum dgn sofiah.
semangatnya tak pernah luntur!
lastly, pg tadi dia call.
oh, aku menceritakan apa yg berlaku pd keretaku.
then, dia offer nk ambil aku kat tatau dan bawak pergi sana.
aku malu, malu dan malu.
malu pada dia, malu pada Allah.
hari tu aku beralasan taknak pergi usrah sebab jauh.
Allah, aku cintakan kerehatan???
ya!!! teruknya aku.

kali ni aku tak perlu utk berpaling lagi.
aku masih berkepentingan.

hurm..[bagaimana kalau aku harus memilih, oh tidak]
tak sanggup aku fikirkan kemungkinan2 yang bukan2.
Allah! aku sangat berdosa.

Tuesday, January 17, 2012

16 Jan 2012

salam.
baru sempat nk menghelakan nafas.
sungguh.
semalam hari yg sgt mengharukan dalam hidupku sepanjang di perantauan.
pagi2, bangun awal, siap utk pergi bintulu.
hari ni gaji, n kami ke bintulu utk buat pasport.
cadangnya nak ke sabah sempena cuti CNY.
alhamdulillah, urusan selesai.
tp balik lambat sikit, terus bergegas ke sekolah.
then, sampai sekolah, aku dihidangkan dengan masalah student yg konflik.
Islam atau tak tu.
adehla.
sembang2 punya sembang dgn cikgu2 kat situ.
rupanya.
ada telinga yang mendengar.
seingat aku, takde pulak aku kutuk bangsa or what pasal budak tu.
just aku curios, apa tindakan yg patut aku ambil utk budak tu.
tiba2 aku terbaca satu status seorg guru kat situ.
seolah2 sangat terasa dgn kata2ku mungkin.
mati2 dia kutuk kat status dia, najis, ingat keturunan mulia ke mempersoalkan tentang keturunan orang.
astaghfirullah.
terkejut aku.
macam2 ditulisnya.
muka baik sgt ke, agak keturunan elok sgt ke.
aku sangat terasa.
kemudian aku terus bertanya empunya diri.
face to face.
tapi dia tak mengaku.
ah lantaklah! tapi aku tetap tak tenang dgn kenyataannya itu.
macam terngiang2 tau tak??
betul kata Quran [walan tardho ankal yahuda walan nasoro hatta tattabia millatahum! ]
malam tu, tiba2 aku tertinggal laptop dan buku kerja kat sekolah.
igtkan dah malas nk ambil lagi.
tapi entah kenapa, aku tetap berkeras nak pergi.
tragedi betul.
nak belok masuk ke lorong taman aku tu ada bukit,
tiba2 ada hilux dpn aku, mata jadi silau.
aku rapat sangat ke tepi terlanggar benteng batu yg sangat besar kat situ.
Allah!
kesian syida.
terkejut dia.
pintu sebelah dia tak boleh dibuka lagi.
aku kaget.
sangat la teruk kereta tu.
then, boleh yg bwk hilux tu senyum je?
agak kurang ajar di situ.
kemudian nk reverse dah tak dapat.
mujur ada sorg lelaki tu tunggu.
rupa2 nya org perak.
dia ckp dia cam kami.
alhamdulillah.
dia tolong reverse kan dan simpan ke bengkel terdekat.
cakap dgn tuan bengkel.
then aku ckp tlg baiki smpai blh jalan je.
malam tu sgt la tension.
teringatkan guru yg mencaci maki.
teringat kereta.
tak boleh nk call mak.
takut nangis.
last2 aku ngadu kat seseorang yg aku percaya.
sepanjang malam hanya sembang dgn dia saja.
lega.
tulah gunanya kawan kan?
esoknya pukul 6 pagi aku call mak.
mak tak marah.
mak call abg dan kakak.
abang aku marah" hah! sampai bila nak sorok?"
aku terkedu.
then abg aku gtau prosedur mcm mana nak uruskan semua ni.
alhamdulillah, semua dpt aku uruskan sendiri.
dari buat report polis sampailah kereta ditarik.
aku makin kuat kan?!
malam tu, aku peluk syida erat2.
entah kenapa.
tapi airmata tak keluar.
banyak rumor kat keluar kat sekolah.
aku sangat hairan.
kalau ambil berat.
kenapa nak cakap belakang?!
aku pantang betul.
benci pun ada.
tanya aku depan2.
tak boleh?!
mula la macam2 andaian yg dibuat.
kenyataan yg paling bodoh adalah "kawan awk tu mabuk ke?"
kurang ajar betul.



tapi, entah kenapa.
walaupun hati aku sangat sakit, aku rasa tenang.
mungkin, kerana aku tahu ramai yg sayang.
ramai yg betul2 ambil berat dari mengambil kesempatan.
jadi, aku tak peduli dengan rumor bodoh tu semua.
asalkan aku tahu, masih ramai yg ikhlas sayangkan aku.
kau ade? !!!!

ala kulli hal, aku sangat syukur pada Allah.
semua yg terjadi aku pasti mmg ada hikmah tersembunyi.
termasuklah plan ke sabah yg tak jadi.
passport dah siap woi.
mana tau, ada rezeki Allah jemput aku ke makkah?
Allah knows best!