Wednesday, April 21, 2010

the rest is still unwritten.....

assalamualaikum.....

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan??? terasa sedikit kelelahanku terurai...Maha suci Engkau mendidikku dengan sebaik-baik didikan...Aku sayang Allah!

sungguh ya Allah...sedikit terubat...aku tau ini bukanlah satu pengakhiran buatku..malah satu awal sebuah cerita baru yang bakal dilakar untuk membuatku semakin teguh berdiri.maha suci Engkau ya Allah...subhanallah...aku tak mampu lagi mengingkari janjiMu...terasa sungguh bahagia menjadi hamba..apa yang aku mahu lagi selain menjadi hambaMu??? tiada lain..tiada lain...

apa yang terjadi selepas ini...sesunnguhnya aku kena hadapi...cabaran keluar selepas ini lebih dahsyat daripada hentakan emosi yang pernah kualami sebelum ini.Kuatkanlah aku ya Allah..tetapkan kakiku.aku hamba..kadang-kadang aku goyah...kadang-kadang aku lemah...namun itu tak bermakna aku tewas...cuma perlukan sedikit kekuatan untuk membina diri..

adikku sayang...ini permulaan buatmu...aku berusaha membuka jalan buatmu...namun kau harus berdiri sendiri..kau lelaki...kau harapanku..tanggungjawabmu lebih besar...bebananmu lebih berat...kesakitanmu sangat pedih...aku tahu itu.maka aku mohon kau terus belajar dan belajar dari kehidupan ini.aku janji takkan meninggalkanmu sendiri...aku terlalu sayangkan kamu!

Tuhanku..yang sentiasa bersamaku...jangan tinggalkan aku.jangan biar aku buat keputusanku sendiri.jangan biarkan aku.jangan biarkan aku.aku sangat takut jika jauh dariMu...

Tuesday, April 20, 2010

~saya jatuh cinta dengan natasha bedingfield!~

assalamualaikum

setelah dibuat bancian pada diri sendiri, semakin banyak tekanan, semakin rajin mengepost!hahahaha;) kalau xde ape2 aku bukan rajin sgt pon nk berblogging.rupenye banyak mende yang aku nak luahkan sampaikan rajin gile aku menulis.xpe..asal aku puas ati.hehehe..peduli la korang bace ke tak bace...asal aku bahagia.sekian.

aku telah menjatuhkan hati pada natasha bedingfield!;) lagu2 nye sgtlah sesuai dengan jiwaku ini...hohohoho....terpujuk hatiku.sedap3...i loikeee;)antara lagu yang menyentap ialah soulmate...yang mahu menjawab2 soalan-soalan korang dan ketidakpercayaan manusia2 ini....ntah ape2...


::soulmate::
Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone


terjawab?????? sekian.

lagu2 laen pon pergh jugak! unwritten..pocket full of sunshine, single, sedapppp..semua aku suke! sejiwe denganku...yeeeha!

Saturday, April 17, 2010

dalam jagaan!

assalamualaikum

alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah....selawat dan salam buat Habibil Mustofa...minggu yang semakin hari semakin pelik...pelik dan pelik...but sweet!

alhamdulillah..segala puji hanya buatNya...alhamdulillah....ketegangan ini hampir berakhir...i.Allah...langkahan i.Allah makin jelas...makin terjaga....;)

saya suka bila saya rasa selamat dan disayangi!

Ya Allah...tuntun langkahku...moga Kau pilih adikku menjadi hamlatul Quran..sedikit ketakutan..ah...ah...pilih adikku ya Allah...pilih adikku..

Monday, April 12, 2010

rasional..rasional.....

assalamualaikum..
benarlah..apabila rasa itu dilayan maka akan binasa.ketenangan akan hilang dan kemanisan ketenangan akan terencat!sudah! hidup sekadar hari ini!~mood menyampah dgn diri sendiri~

kunjungan ke rumah murabbi yang ku kagumi mengundang persepsi baru.sungguh! sangat2 pelik rasanya. sekali lagi aku diberi ruang oleh Allah untuk belajar tentang makna kehidupan dan hidup sebagai manusia selayaknya.aku manusia.aku hamba.hidup sebagaimana selayaknya.

sedih..sungguh bercampur baur rasaku.Allah bagi ruang untuk aku memperbaiki diri dengan seluasnya.maka bagaimana ingin aku menidakkannya lagi?? jika aku tidak mengambil ibrah, maka bodohlah aku!

tidak dapat dinafikan, kadang2 ujian kehidupan ini membuatkan hatiku bergoncang hebat...tapi pujukan-pujukan manja dari Tuhan membuatku tiada ruang....Sungguh Allah mendidikku dengan sebaik-baik didikan!

ah...hidup sekadar hari ini sudah wahai diri!jangan terlalu difikirkan perkara ghaib yang tidak tahu akan berlaku atau tidak.tenang.tenang dan tenanglah(nampak sgt sedang bercelaru) haha.

tapi setelah kembali ke pengkuan kekasihKu yang Maha Agung....aku kembali kepada hatiku.ah....aku sayang sungguh pada hatiku ini.sukar sungguh untuk aku membiarkannya dalam keadaan yang tidak menyelesakannya.kerna....aku hanya punya hati untuk diserahkan pada Tuhanku dalam keadaan suci! kamu juga tidak mampu menggugahku! sekian.

Wednesday, April 7, 2010

saya boleh rasa itu.apakah??

assalamualaikum....

sy boleh rasa awak kecewa dgn sy.sy blh rasa awk tertekan dgn sy.sy boleh rasa itu. betulke rasa sy tu??

wahai kamu yg telah ku lukakan perasaan tanpa ku sedar.aku mohon maaf.kadang-kadang aku fikir aku mahu jd biasa2 saja...yg normal orgnya...jgn terlalu expect tinggi padaku.aku tak mampu.

aku akan berusaha lagi.aku akan kembali lagi.aku janji.sekali aku jatuh.aku tetap akan bangun.takkan berpaling lagi.khilafku mengganggumu.aku tahu.doakan aku sahabat!
jangan penat untuk mendoakan aku.kerana aku berbolak balik hatinya!

kadang-kadang aku benci berada di posisi ini.aku tak suka dikenali.aku tak suka diberi perhatian.inikah harga yang perlu aku bayar??? sejauh mana aku mampu melangkah sedangkan aku seorang perempuan??? perlukan bimbingan kerana akal senipis rambutku!

Monday, April 5, 2010

aku akan rindu akan bandar ilmu ini!

assalamualaikum...

Semalam berakhirnya kerja-kerja yang menggila sem ni. perbentangan sains kehidupan di ibu zain berjalan dengan lancar.walaupun sedikit cuak kerana tetibe kene bentang.aku rabun.buat malu je nk tgk slide pon susah..tp still oke la agaknya...hohoho...

mase perbentangan may msj nak datang kolej.hurrmm..then balik bentang pergi kat may ajak makan2 kat BBB..macam biase la...hehe;) then pas maghrib may pon balik USIM. aku teruskan langkahan ke annur.

best!cerita pasal khalifah2...sejarah tamadun Islam.i looike!tambah-tambah yang sampaikan kuliah org Terengganu..hehe...bukan asobiyah...just nice;)ari khamis ni sekali lagi sheikh nuruddin datang..Tuhan...tolong aku..aku nk tgk muka sheikh..aku nk tgk muka org alim...sape nk ganti aku mengajar lagi.pasni aku tak tau sempat x lg aku nk tgk....Tuhan...tolong aku,,,,hari tu aku hanya sempat solat skali...sbb nk kejar masalah tesis!memang cuak gile time tu.nak marah ng lecturer time tu! tp aku saborkan diri.mungkin niat aku tak brape betul or what so ever menyebabkan kehadiranku terhijab dari mengadap sheikh yg alim...;(

tinggal beberapa minggu je lagi untuk aku kutip sebanyak-banyaknya ilmu dan kenangan di bangi ni.ya Allah...aku cinta bumi bangi ini.bumi bertuah bagiku.juga bertuah untukku yang ditempatkan di perbukitan ilmu ni.sedih...sungguh sedih...sebab lepas ni aku tak tau aku masih berpeluang untuk ke majlis taman-taman syurga lagi atau tak. selepas ini akan timbul pelbagai kekangan.siapa mampu memahami kegilaanku ini! ade yang mengatakan aku takde perasaan.ye ke? bukankah ini satu perasaan yang kuat? kegilaan yang nyata??? oh...aku tidak faham!

aku sedih akan meninggalkan bumi ini.memikirkan soal masa depan membuatku takut sangat2.yelah...sape tak takut.walaupun kita tak tahu bila kita akan mati but perancangan mesti kene ade kan? aku?? ntah,,,,blur je rasenye! tak terlepas juga memikirkan soal pasangan hidup.(normal la kan?? ahaha)

rahsia Tuhan..aku langsung tak tahu.huhu;) kuatkan doa dan terus berdoa.semoga Tuhan kurniakan yang terbaik buatku,duniaku, akhiratku, syurgaku.Robbi la tazarni fardan wa anta khoirul waarisin...Tuhan...jgn biarkan aku sendiri..teringat pula kuliah semalam.aku mesti menjaga diri demi menjaga Al-Fateh yang bakal menggegarkan dunia.aku mahu melahirkan al-Fateh dari rahim suciku! Tuhan...izinkan aku...izinkan aku...aku mahu meramaikan umatmu.aku mahu menjaga al-Fatehku.Aku mahu menjadi ibu kepada al-Fateh yang membuka constantinople...Jagalah aku ya Allah demi keturunanku...demi umatmu yang bakal menggoncang dunia.

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.


p/s: aku pasti akan merindukan bandar ilmu ini!aku sangat pasti itu!

Saturday, April 3, 2010

stay c.o.o.l.........

assalamualaikum.....
hurm.....banyak yg nak dikisahkan.banyak yg berlaku.banyak duka dari suka. namun itulah yang menggembirakan.kerana nilai titisan airmata itu terlalu mahal. ku cinta air mata.hahaha.

ku pegang erat.setiap yang berlaku adalah didikan dari Tuhan.ku pegang erat. setiap yang berlaku kerana Tuhan mahu membentuk dan mendidikku menjadi manusia cantik. ku pegang erat. Tuhan menjadikan segalanya agar aku memahami. ku pegang erat. Tuhan sayang aku!

tak dapat aku nafikan.kadang-kadang aku berkecil hati.yang selalu memberi kadang-kadang ingin jadi penerima.bukan...bukan aku mengeluh..tapi terasa dicari hanya apabila mempunyai masalah.aku tahu.aku perlu bersyukur bila aku dituju. tapi itu tak bermakna aku tak mempunyai rasa untuk meluahkan.bukan bermaksud aku tidak mempunyai masalah.bukan bermaksud aku sentiasa tenang.bukan bermaksud aku tak perlu bahu untuk bersandar.terlalu ego jika aku sedemikian.ego...sungguh ego...

tapi aku tidak boleh bersikap sedemikian rupa.Allah selalu ada untuk memberi ruang sedar padaku.Allah selalu membuka jalannya agar aku tak mengeluh.Allah selalu melapangkan ruangku agar aku sedar bahawa Allah telah memilihku. untuk melalui jalan ini.walau sesukar mana rasaku..walau sepedih mana rasaku...Allah selalu memujukku...Allah selalu memanjakanku...aku tak perlu gusar!selagi Allah bersamaku.

cuma aku mohon...jangan terlalu mengandaikanku terlalu kuat.aku mohon..anggap aku manusia biasa.aku mohon...aku hanya seorang manusia biasa.itu sahaja.aku juga punya rasa! aku juga perlu dipujuk rasanya yang makin hari makin hilang deria rasa...oh Tuhan....kembalikan rasaku!