Monday, December 23, 2013

weird.

salam.
25hb ni aku akan kembali ke tanah bumi kenyalang.
kerja yang bertimbun menanti.
tapi aku suka.
haha.
seriyes.
Jujurnya memang aku tak sabar nak kembali bergerak kerja.
itu satu-satunya reason yg membuat aku happy.
bila rakan ada sebut.. alahhh..sedihnya nak pergi dah.. aku hanya gelak.
dan cuba meraikan perasaannya.
hakikatnya aku tahu, aku tak sabar nak kesana.
gila kan? ye, aku memang gila.
berada di kampung mmg kakiku patah.
aku tak boleh ke mana-mana.
beku.
tepu.
ye, berada di tanah air sendiri mmg mengembirakan.
tapi.. bagi aku.. mana yang boleh aku kembangkan segala pengetahuan.. Islam.. keamanan..
di situ aku lebih aula untuk berada.
terpenjara di dalam syurga? oh, itu bukan pilihan hatiku.
berapa tahun lagi nak duk sana? kenapa tak isi borang pindah? soalan-soalan biasa.
hurmmm... taktaulaaaa... susah nak dapat.
sebenarnya aku memang tak bersedia lagi untuk pindah.
isi borang, apa susah? tapi, biarlah dulu.
sampai masa, aku akan kembali juga jika diizinkan Allah.
Argghhhh.. banyaknya ingin aku luahkan.
k,lah.. babai

Monday, December 2, 2013

cerita-ceriti~

assalamualaikum.
rindunya nak cerita-cerita kat sini.sebenarnya sebelum ni ntah knapa xleh nak log in.
hari ni ingat dah nak putus asa.tiba-tiba dapat plak.apuuu...
keif hal sahabat-sahabat? [biorla xde org bace pun.. bajet ade org bace jela ek.. haha

Selamat tiba di kampung 26hb 11 2013.Punyelah lama aku nak sampai ke ganu kan? start cuti awal. 2hb dah start cuti. ingat nak balik terus.. tak jadii.. kena tolong untuk konvo pasti.. so, 4hb baru ke labuan jumpa haura insiyah.. konon2 nak jaga dia lama.. apuuuuu...skolah call suruh p kursus CPD kat Miri... hampehnye! seminggu je jaga haura, kena p kursus..abis kursus p jumpa n jaga haura balik.. then ke selangor.. hadiri muktamar at shah alam..alhamdulillah.. ada pengalaman jadi perwakilan untuk muktamar dewan muslimat pas pusat.Kurang menarik.. hahahaha... jahat! but i feel something new.utk muktamar penuh best! walaupun xjd perwakilan, seronoknya tengok YB2 berbahas.. jauh sgt la rasaaa..

seronok ada pengalaman jual2 kat muktamar tu.. model tudung telur youu... hahhaa.. ntah pape.. benci betul pakai tudung telur sebelum ni.. tibe2 tersuka plak..haaa... jgn benci lebih2.. nanti tersuka kang susahhh..

just upload gamba la sikit2.. actually upload pun sbnrnya utk simpanan sdiri.. slalu je hilang kalo letak kat lain..








that's all! adios~

Wednesday, August 14, 2013

syawal 1434

bismillah.
salam alaik

1 syawal
tradegi tragis berlaku pada eidul mubarok.Ibu dan bapa saudara dilaporkan tenat.kami semua bergegas ke hospital kuala trganu.Aku dan adik amik part.masuk jugak bilik icu tu tgk bapa saudara.speechless.tenat.rasa macam dia memang dah xde nyawa.nafas melalui angin.

Then tengahari aku melawat haura insiyah si bidadari anak abangku yg baru berumur beberapa hari. Asyik bermain dengan haura, ayah menelefon ckp ibu saudaraku pula yg tenat.Aku mahu ikut sekali.Terus pulang. Balik, solat dan ikut ayah dan family ke jerangau.

sampai sana, ibu saudara dah dihantar ke hospital kuala berang.Pemandu tu memberi isyarat.Ibu saudaraku dah tak lama.Kami bergegas ke Kuala berang pula.Kemudian mendapat berita dari kuala trganu.Bapa Saudara dah meninggal.Lama selepas itu, ibu saudara pula disahkan meninggal dunia.Agak tragik juga di hari yang mulia ini.Allahummaghfirlahuma warhamhuma. Serius time tu aku mmg pk panjang, oke... dunia ni nothing.sangat nothing.If Allah tarik nyawa aku, aku bawak bekal apa? Allah....
haura insiyah si bidadari :)


Raya ini namun tetap menggembiran.
Tahniah nisa'.. dah selamat jadi isteri orang.
tQ kinah, sebab datang raya umah aku ngan farouqi.
semoga bahagia shbt :)
aku tau kembar aku ni tetap akan sygkan aku walau ade  dh ade anak :p 

Just that .
taqabbalallohu minna waminkum shbt2 :)
sayang semua kerna Allah.


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 1434

Assalamualaikum.
Ramadhan kareem shbt-shbt sekalian.
Hari isnin ada program ihya' ramadhan di SMK Asyakirin.
I'm forgot that something there.
Balik program nangis banyak-banyak.
Hati aku tak kuat rupanya.
Sungguh, time drive balik pun mata aku berkaca-kaca.
Mujurlah hari ini aku sedikit bizi.
Menguruskan pelajar yang akan solat di Masjid.
Ihya' ramadhan di sekolah, tazkirah dan sebagainya.
Alhamdulillah,
terima kasih shbt2 teman sekerja yg membantu aku.
Membawa pelajar-pelajar ke masjid.
Tapi yg agak kelakar semua yg menolong adalah cikgu lelaki.
haha.
adoi.
But i'm really appriciate it.
Rasa terharu sangat-sangat.
Orang yang bertanggungjawab tak sudi menguruskan.
Allah akan mengutuskan bantuan melalui mana-mana jalan sekalipun
Terima kasih Allah.
Aku bahagia di malam ramadhan yang pertama ini.
Mungkin kerana sebelum itu terlalu banyak menangis.
Ah,
Ramadhan Kareeem
Allahu Akrom.
Semoga Allah bagi aku kekuatan utk istiqamah.


Monday, June 24, 2013

cerita Henry Abit dan pisang goreng.

assalamualaikum.
wah, lama tak story mory.sihat semua?Jerebu teruk ni, jaga kesihatan oke? Alhamdulillah, tadi Tatau baru je hujan.Reda la sikit panas dan rimas tu.

sedikit cerita lagi-lagi mengenai seorang pelajar Iban.Lupa pula nak cerita pasal ada sorang student form 4 thn lepas Anak paderi yang suka bercerita dengan aku.Laen kalilah.Fokus budak Henry Abit ni skrg oke.Macam biasa, aku suka jugak sebenarnya bila diberi subjek bukan agama.So, aku ada peluang nak grab non muslim.Walau bukan dengan aku, sekurang-kurangnya aku ada saham jika Allah memberikannya hidayah.Insya Allah.Henry abit, student form 4.Kelas hujung.paling last.pantang kalau aku masuk mengajar sivik, pasti kerusinya dirapatkan ke meja guru.hurmm..untuk bertanya soalan.

macam-macam.karma, dosa pahala syurga neraka solat zakat arak dan sebagainya.Namun hari ini aku sedikit tersentuh.Sebab dia lebih cerita pasal family dia.Mengaku dengan jelas pada aku dia kurang kasih sayang.erkkkkkkkkk... takut jugak sikit-sikit tapi aku positif dan tak perasan lebih lebih.haha.Joking ;) aku dengan terbukanya menawarkan ruang yang luas utk dia berjinak dengan Islam. Dia cerita lagi, susaahhh... orang panggil dia budak pailang[jahat gile la kotnye] pastu tunjuk tatu kat lengan dia pada aku. uihhhhh.. seram jugak.Tapi kontrol macho lagi la.. Sebab aku tau dia respek dengan title aku sebagai satu satunya ustazah di smk Tatau :)

Then aku kata awak buat apa sampai orang panggil macam tu.Dia cakap semua saya buat cikgu.Tak larat nak bagitau sebab macam buih di lautan.Adeh, so aku cakap la.. taubat, jadi bayi yang baru lahir.Tatu tak payah fokus dulu.Yang penting bersihkan akidah.Aku jugak ajak dia puasa.Kebetulan arini nisfu syaaban, dia pelik kenapa aku selalu puasa.Bukan ke bulan depan baru puasa.Cerita la sikit tentang kelebihan puasa sunat.

Then dia cerita lagi, dia selalu puasa jugak.Aku terkejut.hurmm.. sebabnya tiada makanan nak di makan.Then berlapar.Takde selera, takde orang masak.macam-macam lah.Balik rumah ngadap dinding.Sunyi.Tak bahagia.takde kawan-kawan yang baik.Aku senyum dalam-dalam.Faham.. kesian dan macam-macam.

Doakan anak murid aku ni ye sahabat-sahabat.Dia baik.Dia nak bahagia.Moga Allah pilih dia.

****************
oke, kita masuk story pisang goreng.heh heh heh
lawak betul la.Hari koperasi sekolah.
takde idea sangat nk jual apa.
gurau-gurau.
last-last aku buat betul-betul
tapi yang best, student aku 1J yang comel semua efisien dan komited
haha pengetua datang 2 kali.
kagum ke ape entah.
tak paham.
oke, just that, babaiiii :)
my memory






















































Saturday, May 18, 2013

::Jalan ini jalan cinta::

benda kecik akan jadi meaning kalau kena gayanya, oh hati :)
budak terkiut:)
assalamualaikum.
Lama tak bersua muka di blog.Bilamana sy sempat membuka blog, oh, saya tak bizi :)
Pilihanraya sudah berlalu.Masing-masing meneruskan hidup masing-masing.Just wanna share about my life :)
Jenteri Bintulu yang gagah perkasa :)
Nothing much utk share. Last but not least.
Apa kaitan? eh? 

Wednesday, February 20, 2013

::aku menulis lagi::

assalamualaikum.
Lama tidak menjenguk cik ehsas.Kesian dia.Takde orang caring kat dia.Tuan punya blog dia konon-konon bizi ini baru teringatkan dia.

oke.aku claim sikit cerita yang sangat banyak dan minimizekan sekecilnya.

Surau sekolah baru.
alhamdulillah, surau dah baru.tapi macam-macam cerita di sebaliknya.kisah pembinaannya dan korupsinya.
bayangkan, kosnya 84 000, aduh, pening den.ala kulli hal, alhamdulillah.

Panitia.
yang ni lagi xleh blah.haha. macam no komen je.xlarat nak story.by the it's mean a lot to me.sebab aku belajar mandiri.

Jemaah.
semakin hampir pilihanraya, mmg sangat semakin sibuk.Sekarang aku memahami maksud pengorbanan.
Pengorbanan yang sebenar.Terima kasih Allah krn memberi ruang.Aku tenang.

Sahabat.
Mungkin ini masa terbaik.Aku harus mengundurkan diri dan menguruskan hidupku sendiri.

Kehidupan.
Cuba menyerahkan sepenuh hati kepada Islam.Tiada yang lebih tenang melainkan menyerahkan diri hanya pada Allah.

Sekian.babai.