Saturday, February 27, 2010

menasihati diri sendiri....=)

kalian menginginkan org berbuat baik, namun kalian sendiri enggan berbuat kebaikan. kalian gemar menasihati org lain, namun kalian tidak menasihati diri sendiri. kalian mencegah org laen melakukan maksiat.sedangkan kalian sendiri mengerjakannya.

jika seorang doktor meminum racun serangga di hadapan pesakit, bagaimana si pesakit akan percaya nasihat doktor tersebut.

jika seorang penjahit merobek-robek baju yg baru dijahitnya..bukankah itu menunjukkan sikap tidak percaya pada hasil jahitannya sendiri???

p/s: hanya seruan dan peringatan kpd diri sendiri....=)

Monday, February 22, 2010

tak layak....

semester terakhir...betul2 memeningkan kepala otakku...sungguh,,,aku dah jd semakin bingung...bingung dan bingung.....tiada dayaku untuk mengawalnya lagi....
entahlah...semester yg kuharapkan segera berakhir dan aku mahu lupakan segalanya...namun,,yg jadi sgtlah terbalik...

macam-macam perkara yang langsung aku tak pernah fikir dan terlintas terjadi kpdku! aku tak layak..sungguh! aku tak layak...

bila betul-betul terjadi macam ni barulah aku mengerti makna bingung! ahaha...

Tuhanku...kurniakan yg terbaik utk agamaku, akhiratku, duniaku dan seluruh kebaikan utk insan2 yg kucintai....aku tak mampu membuat keputusan andai Kau tidak membimbingku,,,,temani langkahku dan setiap helai nafasku,,,aku takut!

Saturday, February 20, 2010

Sudah-sudahlah……


Apabila anda melihat satu sikap saudaramu yg anda tidak mampu menafsirkannya maka maafkanlah dia. Katakan mungkin dia dikejutkan dengan sesuatu atau dia mempunyai satu masalah dan ingatlah sifat-sifatnya yang baik. Siapalah yang maksum dari kesalahan selain dari Muhammad yg mulia???

Kita semua tak terlepas dari kekurangan..mahu seorang yang maksum?? Maka carilah seorang Nabi! Anda tidak melakukan kesalahankah???
Wahai diri….maafkanlah…maafkanlahh…..pandang ke langit…yang sudah tu sudah…
Kehidupan yang pendek dan sementara ..jauhkanlah dari pertelingkahan murahan…maafkan,,berbuat baik dan melupakannya!lupakan…lupakann….

Ya Allah…berilah kelapangan dadaku..malaikat..doakan aku…org2 beriman…iringi aku dgn doa….
Hari yang cerah datanglah padaku!Aku mahu terbang bebas lagi…

Wednesday, February 17, 2010

bosan buat perkara sama......



pernah tak dalam hidup korang rase boring sgt??? bukan sbb boring xde keje,,,tp sbb melakukan rutin yg sama je...aku tengah rasa itu sekarang! dan aku cube menasihati diri sendiri ni,,,hahaha.....

*tidak ada bersamamu melainkan semata-mata maka engkau jangan terpedaya, bahkan ikhlaskanlah ibadah kpd TuhanMu!


*aku mengadukan diriku kpd diriMu..dan menangisi diriku disisi diriMu aku berkata kpdnya: wahai amarah jika datang ketaatan maka engkau mencari-cari alasan dan malas, dan jika datang hiburan maka engkau cergas!

*ya Allah..aku mohon pertolonganMu ke atas diriku...jadikanlah aku menguasainya sehingga ia tunduk kpd kebenaran yg engkau turunkan!

Monday, February 15, 2010

lagi-lagi kawen,,,,=))


~barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fil khair WAN AMIZA DAN PASANGAN~

alhamdulillah, 12 feb 2010, satu lagi pasangan drpd batch aku selamat diijabkabulkan,,,tahniah mija,,dengki betol rasenye,,hehe,,

trime kasih buat syidah Abdullah yg sudi nk bwk kami naek kereta dia menuju ke besut dgn jayanya,,trima kasih buat facebook yg menyatukan kami kembali,,dan syukur alhamdulilah segala pujian hnya untuk Allah Tuhan sekalian alam kerana sebaik2 perancangan ke atas kami semua.

bersatu kembali!sungguh gembira bertemu kawan2 lama,,yg dah biasa jumpa,,yg jarang jumpa..sweet sgt!aniem,,tahniah,,,suke tgk seri anim yg mcm dipam2 pipinya,,hehe,, seri ibu,,,,so...sweet...(tolong doakan aku plak pasni,,,hahhaa,,)

majlis kawenlah yg selalu menyatukan kami kembali,,harap2 pasni ade lagi ye majlis kwn,,,setakat ni batch aku lau budak sains yg dah lepas...anim & zubir, amalina, farah alia n mija. then kalau thanawi, nadhirah( dah ade baby pon) n syamsul (pon dah ade baby).....wa,,,so sweet!

but its not the point...the point is,, wanita dan masyarakat ibarat kilauan mutiara pada mahkota raja, baik atau buruknya akhlak wanita akan menggambarkan kesucian pembangunan modal insan di kalangan masyarakat madani.so,,,wahai wanita mulia sekalian,,mari kita sama2 menjaga diri,,demi Islam...(ape kaitan ng point kat ats ni??)haha,,,mari membina diri,,,lepas ni cabaran lebih hebat yg akan menguji tahap kehambaan kita semua,,,

pesan buat diri....
perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membiarkan mana2 lelaki menyentuhnya walaupun hatinya,
kerana Allah teramat mencintai dirinya,Tuhan,,,cintai diriku,lindungi diriku,jgn serahkan hatiku selagimana bukan waktunya,,
jangan biarkan aku uruskan diriku sendiri,,,pegangi hatiku!

p/s: teringat sembang malam bersama adikku semalam,,,oh...tanggungjawab agamaku masih tak terlunas terhadap keluargaku,,,,,how can it be so weight,,,akanku laluinya sekadar termampuku,,,oh,,,air mata menitis lagi.......................

DATANGKANLAH IA SESUAI DENGAN KADAR KESEDIAANKU......ya Allah,,,,siapkanlah hatiku dgn kekuatan dan kesabaran,,,

Wednesday, February 10, 2010

Dhuha ini dhuhaMU......


”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

p/s:ya Allah...kurniakan keistiqamahan untuk kami menunaikan dan merasai keindahan Dhuha.....

Sunday, February 7, 2010

kem bina insan murabbi...best!

assalamualaikum,,sihat semua?? oh,,,sgt2 rindu same blog,,huhu,,

i wanna bAZZI
i wanna BEST
bazzi the best
bazzi the best
bazzi the best!(trademark juare...biase la...hehehe)

sape2 yang dengki dengan trademark kump bazzi boleh kontek aku oke?? kite diskus dekat BBB tomyam..hehe,,alhamdulillah,,semuanya telah selesai..dengan baek jugak aku kira,,,2-7 februari aku dan kwn2 kump A join kem ni kat pangkor..mula2 sgt2 cuak..kene train macam askar...adehh...nak nangis betol rasenye!

okeh..kita crite pglaman pulak,,,mula2 abseiling..hurmm...alhamdulillah oke je kot,, sronok pulak tergantung2 kat atas bukit tu,,hahaha,,mujur aku xde penyakit gayat..kire okelah,, then jungle tracking,,best jugak,,,part paling best bile kami kene nyanyi lagu dalam hutan ramai2,,,so..sweett!

snorkelling!! argghh,,,,xleh ingat betul la,,sempat jugak aku n kwn2 kene hanyut ngan air..mmg gabra giler time tu..yg paling kesian dekat nad,,dia paling jauh kene bwk air,,,mmg igt mati betul time tu!luka abis tangan kene ngan batu2 tajam.berdarah dan dalam betul luka,,,.sakitt!! cover lagi time tu...sampai dekat khemah baru nangis sorang2..hahaha..call mak..smbung nangis lagi..kene marah ngan mak sbb maen air....(dah wajib nk buat mcm mane) pastu aku dah malas nk join snokelling yg betul2 punye,,takut terpegang org yg bkn mahram..tak sanggup!

perkhemahan malam....ngeri,,,but still sweet,,sbb ade kwn si dayah ni teman kami~ keesokan harinya barulah kami tau bahawa tmpat tu keras n bdk tu teman sbb bimbangkan kami~ alhamdulillah...tiada apa2 yg berlaku..balik dlm keadaan selamat!

malam kebudayaan! cuak gile!! ade ke patut bdk2 kump aku bg watak utama jugak la kot lam crite tu....kemaen aku dah menyorok nyorokkan diri,,,,malu gile weii~ jadi cikgu fatimah gtu,,,hahaha,,,yang paling tak tahan kumpulan kami menang! yeehaa....bazzi the best!

banyak cerita sbnrnye,,tapi ringkaskan jelah,,gambar2 aku upload kemudian,,aku xbwk kamera,,so,, tumpang kamera orang jelah,,hehe,,,baru aku sedar,,,aku sayang jugak dgn budak2 PIPAQ ni..huhuhu....sblm ni xde ape yg merapatkan kami,,,bile dah dalam satu program,,betul2 best! mujur sempat jugak melakar kenangan ngan kwn2 sblm grad..
kawan2 PIPAQ.....SAYA BETUL2 SAYANG KAMU SEMUA! TAKE CARE N SEMOGA IKATAN UKHUWAH INI BERKEKALAN~ trima kasih atas pengalaman indah ini!



Monday, February 1, 2010

makin kompius,,,,

Assalamualaikum…

Izaiyyak?? Hurmm….hari ni aku nk tulis simple thing je…just nak update ape yg berlaku dalam masa sekitar 2,3 hari ni..hari ini..oke..aku mengonlinekan diri (tu pun nak cerite ke?) yelah..nk crite gak… entah…maafkan aku shbt..rupenye aku telah mengabaikan seorang shbt rapat aku dari form 1 dulu lagi akibat aku menginsiblekan diri..adehh…teruk3!banyak yang diceritakan oleh salwa sepanjang dia berada di Jordan..masalah…kisah2 yang berlaku dan apa yang dialaminya…tiba-tiba aku jadi amat rindu dengannya!

Then tentang seorang pembaca blog yang membaca blog aku ni…actually aku amat terharu sebab ade jugak orang concern dengan penulisan yang aku rase entah ape2 ni..Alhamdulillah…aku mula nampak manfaat aku berblogging skrg! juga yang menjadikan aku semakin takut..sebab…tanggungjawab penulisan aku semakin berat rasenye…blogging sbgai salah satu metod dakwah…juga tempat aku meluahkan perasaan…hohoho…kpd encik teddy..ambik yang bermanfaat shj…sy hanya seorang manusia biasa…yg hanya cuba meneruskan perjuangan Rasulullah….


Then sbnrnya aku baru sahaja balik dari meting untuk kem bina insan murabbi…adehh…takut jugak tengok masing2 meluahkan perasaan masing-masing..aku pandai tersengih2 je dalam meting.. kesian dekat MT..byk kerja..hurmm…tertekan…dahlah tak biasa berpersatuan…kesian2…harap2 lepas ni dapat kenangan indah lah…


Esok kump A untuk KBIM ni akan bertolak…aku langsung takde persediaan ape2…mental n fizikal..ntahlah..takder perasaan la…barang-barang semua tak abis cari lagi..ni mungkin program terakhir untuk aku untuk final sem ni…tolong ya Allah..bagi semangat dan kekuatan untuk aku!

Semakin hari aku semakin kabur….kenapa ye?? Cuma satu pintaku ya Allah…jangan tinggalkan aku!aku tak mampu nak hadapinya jika Kau tidak mengiringi setiap helai nafasku!