Thursday, January 19, 2012

walau aku lari, Allah tak bagi.

salam.
kali ni aku betul2 malu ngan diri sendiri.
adehhhh.
accident ni buat aku sedar satu perkara.
berhentilah main2!!
bila aku nak serius dgn hidup dlm perjuangan?
aku terpukul.
actually ada program utk student upm [aku cuba utk bersenang-lenang di sabah]
aku dalam hati sangat kagum dgn sofiah.
semangatnya tak pernah luntur!
lastly, pg tadi dia call.
oh, aku menceritakan apa yg berlaku pd keretaku.
then, dia offer nk ambil aku kat tatau dan bawak pergi sana.
aku malu, malu dan malu.
malu pada dia, malu pada Allah.
hari tu aku beralasan taknak pergi usrah sebab jauh.
Allah, aku cintakan kerehatan???
ya!!! teruknya aku.

kali ni aku tak perlu utk berpaling lagi.
aku masih berkepentingan.

hurm..[bagaimana kalau aku harus memilih, oh tidak]
tak sanggup aku fikirkan kemungkinan2 yang bukan2.
Allah! aku sangat berdosa.

Tuesday, January 17, 2012

16 Jan 2012

salam.
baru sempat nk menghelakan nafas.
sungguh.
semalam hari yg sgt mengharukan dalam hidupku sepanjang di perantauan.
pagi2, bangun awal, siap utk pergi bintulu.
hari ni gaji, n kami ke bintulu utk buat pasport.
cadangnya nak ke sabah sempena cuti CNY.
alhamdulillah, urusan selesai.
tp balik lambat sikit, terus bergegas ke sekolah.
then, sampai sekolah, aku dihidangkan dengan masalah student yg konflik.
Islam atau tak tu.
adehla.
sembang2 punya sembang dgn cikgu2 kat situ.
rupanya.
ada telinga yang mendengar.
seingat aku, takde pulak aku kutuk bangsa or what pasal budak tu.
just aku curios, apa tindakan yg patut aku ambil utk budak tu.
tiba2 aku terbaca satu status seorg guru kat situ.
seolah2 sangat terasa dgn kata2ku mungkin.
mati2 dia kutuk kat status dia, najis, ingat keturunan mulia ke mempersoalkan tentang keturunan orang.
astaghfirullah.
terkejut aku.
macam2 ditulisnya.
muka baik sgt ke, agak keturunan elok sgt ke.
aku sangat terasa.
kemudian aku terus bertanya empunya diri.
face to face.
tapi dia tak mengaku.
ah lantaklah! tapi aku tetap tak tenang dgn kenyataannya itu.
macam terngiang2 tau tak??
betul kata Quran [walan tardho ankal yahuda walan nasoro hatta tattabia millatahum! ]
malam tu, tiba2 aku tertinggal laptop dan buku kerja kat sekolah.
igtkan dah malas nk ambil lagi.
tapi entah kenapa, aku tetap berkeras nak pergi.
tragedi betul.
nak belok masuk ke lorong taman aku tu ada bukit,
tiba2 ada hilux dpn aku, mata jadi silau.
aku rapat sangat ke tepi terlanggar benteng batu yg sangat besar kat situ.
Allah!
kesian syida.
terkejut dia.
pintu sebelah dia tak boleh dibuka lagi.
aku kaget.
sangat la teruk kereta tu.
then, boleh yg bwk hilux tu senyum je?
agak kurang ajar di situ.
kemudian nk reverse dah tak dapat.
mujur ada sorg lelaki tu tunggu.
rupa2 nya org perak.
dia ckp dia cam kami.
alhamdulillah.
dia tolong reverse kan dan simpan ke bengkel terdekat.
cakap dgn tuan bengkel.
then aku ckp tlg baiki smpai blh jalan je.
malam tu sgt la tension.
teringatkan guru yg mencaci maki.
teringat kereta.
tak boleh nk call mak.
takut nangis.
last2 aku ngadu kat seseorang yg aku percaya.
sepanjang malam hanya sembang dgn dia saja.
lega.
tulah gunanya kawan kan?
esoknya pukul 6 pagi aku call mak.
mak tak marah.
mak call abg dan kakak.
abang aku marah" hah! sampai bila nak sorok?"
aku terkedu.
then abg aku gtau prosedur mcm mana nak uruskan semua ni.
alhamdulillah, semua dpt aku uruskan sendiri.
dari buat report polis sampailah kereta ditarik.
aku makin kuat kan?!
malam tu, aku peluk syida erat2.
entah kenapa.
tapi airmata tak keluar.
banyak rumor kat keluar kat sekolah.
aku sangat hairan.
kalau ambil berat.
kenapa nak cakap belakang?!
aku pantang betul.
benci pun ada.
tanya aku depan2.
tak boleh?!
mula la macam2 andaian yg dibuat.
kenyataan yg paling bodoh adalah "kawan awk tu mabuk ke?"
kurang ajar betul.



tapi, entah kenapa.
walaupun hati aku sangat sakit, aku rasa tenang.
mungkin, kerana aku tahu ramai yg sayang.
ramai yg betul2 ambil berat dari mengambil kesempatan.
jadi, aku tak peduli dengan rumor bodoh tu semua.
asalkan aku tahu, masih ramai yg ikhlas sayangkan aku.
kau ade? !!!!

ala kulli hal, aku sangat syukur pada Allah.
semua yg terjadi aku pasti mmg ada hikmah tersembunyi.
termasuklah plan ke sabah yg tak jadi.
passport dah siap woi.
mana tau, ada rezeki Allah jemput aku ke makkah?
Allah knows best!

Saturday, January 14, 2012

usaha yang baik! i loike ;p

salam.
baru siap meting panitia.
dan kokurikulum persatuan agama Islam.
tahun ni ramai yg masuk.
sampai ustaz pun pelik.
"apa yg menarik awak masuk persatuan agama Islam ni??"
aku gelak sorang-sorang.
yelah, sebelum ni 5 orang je tau.
n now ------------>40 lebih.
subhanallah!! ;P
actually i got a new prob again about student.
aleha.[masalah sekolah rendah islam, naek menengah dah tak ngaku Islam]
moga Allah mudahkan.

sedang buat kertas kerja.
utk maulidur rasul.
moga Allah redha.
dan turunkan bantuan.
utk membumikan Islam di sini.

Wednesday, January 11, 2012

apa yang membuatkan cikgu menangis?

salam.
sebagaimana semalam saya bahagia.
arini saya rasa macam nak nangis kuat2 biar seluruh dunia dengar.
hehe, ironik sungguh.
budak tingkatan 2 sangat hangjebat.
suara bertukar menjadi halilintar.
tapi memang jadual yang gila sebenarnya.
ada ke 4 waktu kelas yang sama sehari?

dan, simptom2 demam mula kedengaran sayup2 di telinga.
=_= ----------> tak larat sangat!
dari pagi sampai malam minggu ni.
non stop!
ni pun baru balik meting.nota: jam 10.00 malam.
pg esok ada lagi, petang ngajar, malam meting lagi.
demam.demam.demam.=_=

Tuesday, January 10, 2012

apa yang membahagiakan bila anda jadi cikgu?

salam.
soalan saya,apa yang membahagiakan anda bila anda jadi cikgu?
hurm.
arini.
saya sedikit bahagia kot.
sebagai guru pendidikan Islam.
budak yang saya story mory yg konfius tu.
tiba-tiba sebut.
"ustazah, bila nak ajar saya sembahyang?"
what a great question for me!
fuh, rasa nak sujud syukur banyak2 kali tau!
arini budak2 form 4 sangat aktif bertanya.
form 1 sangat tekun mendengar.
wallahi, saya bahagia arini.

TQ Allah.
^^,

Sunday, January 8, 2012

[taklifan] 2012

alhamdulillah.
akhirnya tercapai hajat aku untuk ke sana.
Iqra' centre.
dapat taklifan.
rancang betul2 oke.
biar sistematik.
biar kemas.
biar tersusun.
jangan semedang je.
insya Allah, terbiyah akan membumi di bintulu!
amin ya rob!!

[sangat puas ati arini, rasa sangat tak berpengalaman dan tiada ilmu]
dan rasa macam nak manfaatkan segala yang ada untuk kebangkitan Islam di sini.
redhailah aku ya Allah.

Friday, January 6, 2012

[pembuka catatan 2012]

assalamualaikum.
biasalah, masuk sekolah hidup jadi tunggang langgang la.
heh! subuh2 hari baru sempat nak buka pesbuk or blog.
phew!
kisah awal tahun.
ada sorang budak form one.pompuan.nama Islam.tapi tak pakai tudung.biasalah tu.tapi sebenarnya tak biasa sangat.dia nak tukar balik kepada iban.kat ic tulis islam.nak tukar kepada takde agama tapi tak dapat.mak dan ayah dah berpisah.cikgu-cikgu disiplin bagitau aku. suruh nasihat budak tu sebab tak pakai tudung.guru kelas dia jumpa aku gak.then aku amik keputusan nak jumpa mak dia la senang. susah nak cakap ngan budak.so, bila berjumpa dengan mak dia, mak dia cerita semua la camne.budak tu kena tinggal ngan ayah dia bila dia masih 2 bulan.[aku pulak taching nak nangis] budak tu anggap ayah dia jahat.sebab??? yelah, dari sekolah rendah dia bermasalah utk ambil pendidikan moral or islam. dia nak amik moral takbleh sebab ic dia ada tulis islam.then, bila aku cakap nanti PMR dia tetap kena ambil Islam sebab ic dia jelas tulis camtu.[aku buat alasan sebenarnya, aku takde idea lagi lah camne nak staykan budak tu dalam Islam] dalam masa yang sama aku berdoa supaya dia terbuka hati untuk betul2 menerima Islam. bila aku cakap macam tu, budak tu terus menangis.
aleha! aku pun taching lagi.

aku peluk budak tu.cakap tak susah.alasan dia nangis sebab dia tak pandai baca jawi.[maybe pada mata dia nampak Islam sangat rumit]aku cakap aku akan belikan tudung utk dia.jangan risau.aku sayang dia.aku sayang Islam dia.[muka budak tu sangat baik oke]bincang-bincang, aku suruh dia amik Islam jugak.no matter! [aku taknak tanggung dosa sebab melepaskan dia].

then mak dia setuju je.aku hantar mak dia pergi pasar.cakap-cakap.sembang-sembang.
otak aku terfikirkan kes lina joy.ironi kan? hurm..sebenarnya kat sarawak ni belambak-lambak kes macam tu.sedangkan yang memang sedia Islam pun macam... hurm.

arghhh! tolong doakan aku sahabat-sahabat. alwajibat aksaru minal auqot!

semalam ribat pertama dah start.awal gila.bintulu belum lagi meting aku dah start ribat.haha
budak2 tahun lepas nak buat jugak.rindu katanya.alhamdulillah.sedikit sebanyak aku rasa tujuan ribat ni tercapai.diorang rasa rindu untuk berhalaqah.best what?? ;P

kbai, nak basuh kaen.
nak p servis kete jap ag. cuti raya cina ada big projek bro! heh
salam