baru sempat nk menghelakan nafas.
sungguh.
semalam hari yg sgt mengharukan dalam hidupku sepanjang di perantauan.
pagi2, bangun awal, siap utk pergi bintulu.
hari ni gaji, n kami ke bintulu utk buat pasport.
cadangnya nak ke sabah sempena cuti CNY.
alhamdulillah, urusan selesai.
tp balik lambat sikit, terus bergegas ke sekolah.
then, sampai sekolah, aku dihidangkan dengan masalah student yg konflik.
Islam atau tak tu.
adehla.
sembang2 punya sembang dgn cikgu2 kat situ.
rupanya.
ada telinga yang mendengar.
seingat aku, takde pulak aku kutuk bangsa or what pasal budak tu.
just aku curios, apa tindakan yg patut aku ambil utk budak tu.
tiba2 aku terbaca satu status seorg guru kat situ.
seolah2 sangat terasa dgn kata2ku mungkin.
mati2 dia kutuk kat status dia, najis, ingat keturunan mulia ke mempersoalkan tentang keturunan orang.
astaghfirullah.
terkejut aku.
macam2 ditulisnya.
muka baik sgt ke, agak keturunan elok sgt ke.
aku sangat terasa.
kemudian aku terus bertanya empunya diri.
face to face.
tapi dia tak mengaku.
ah lantaklah! tapi aku tetap tak tenang dgn kenyataannya itu.
macam terngiang2 tau tak??
betul kata Quran [walan tardho ankal yahuda walan nasoro hatta tattabia millatahum! ]
malam tu, tiba2 aku tertinggal laptop dan buku kerja kat sekolah.
igtkan dah malas nk ambil lagi.
tapi entah kenapa, aku tetap berkeras nak pergi.
tragedi betul.
nak belok masuk ke lorong taman aku tu ada bukit,
tiba2 ada hilux dpn aku, mata jadi silau.
aku rapat sangat ke tepi terlanggar benteng batu yg sangat besar kat situ.
Allah!
kesian syida.
terkejut dia.
pintu sebelah dia tak boleh dibuka lagi.
aku kaget.
sangat la teruk kereta tu.
then, boleh yg bwk hilux tu senyum je?
agak kurang ajar di situ.
kemudian nk reverse dah tak dapat.
mujur ada sorg lelaki tu tunggu.
rupa2 nya org perak.
dia ckp dia cam kami.
alhamdulillah.
dia tolong reverse kan dan simpan ke bengkel terdekat.
cakap dgn tuan bengkel.
then aku ckp tlg baiki smpai blh jalan je.
malam tu sgt la tension.
teringatkan guru yg mencaci maki.
teringat kereta.
tak boleh nk call mak.
takut nangis.
last2 aku ngadu kat seseorang yg aku percaya.
sepanjang malam hanya sembang dgn dia saja.
lega.
tulah gunanya kawan kan?
esoknya pukul 6 pagi aku call mak.
mak tak marah.
mak call abg dan kakak.
abang aku marah" hah! sampai bila nak sorok?"
aku terkedu.
then abg aku gtau prosedur mcm mana nak uruskan semua ni.
alhamdulillah, semua dpt aku uruskan sendiri.
dari buat report polis sampailah kereta ditarik.
aku makin kuat kan?!
malam tu, aku peluk syida erat2.
entah kenapa.
tapi airmata tak keluar.
banyak rumor kat keluar kat sekolah.
aku sangat hairan.
kalau ambil berat.
kenapa nak cakap belakang?!
aku pantang betul.
benci pun ada.
tanya aku depan2.
tak boleh?!
mula la macam2 andaian yg dibuat.
kenyataan yg paling bodoh adalah "kawan awk tu mabuk ke?"
kurang ajar betul.
tapi, entah kenapa.
walaupun hati aku sangat sakit, aku rasa tenang.
mungkin, kerana aku tahu ramai yg sayang.
ramai yg betul2 ambil berat dari mengambil kesempatan.
jadi, aku tak peduli dengan rumor bodoh tu semua.
asalkan aku tahu, masih ramai yg ikhlas sayangkan aku.
kau ade? !!!!
ala kulli hal, aku sangat syukur pada Allah.
semua yg terjadi aku pasti mmg ada hikmah tersembunyi.
termasuklah plan ke sabah yg tak jadi.
passport dah siap woi.
mana tau, ada rezeki Allah jemput aku ke makkah?
Allah knows best!
No comments:
Post a Comment