Sunday, June 28, 2009

rindu sama blog...huhuhu...




salamun alaik pembaca yg disayangi..arini ustazah xde kelas dan ustazah dengan selambenye mengonlinekan diri...hehehe...bzi sgt2..tu antara gmbar program skolah..nntilah upload byk lg..xsempat nk crite ni..nk upload pon xsempat..tatata..ustazah nk g observe bdk solat kat surau jap yek! take care..miss you!(sape entah??hahaha)

Friday, June 12, 2009

doakan aku sahabat....


“ Sahabat”
Aku mengangkat kening. Kenapa?
“ Janji pada aku dua perkara” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
“ Pertama, ingati aku dalam setiap doamu”
Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.
“ Kedua?”
Zaman menarik nafas sebentar. “ Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku”
Hati terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“ Sahabat” Zaman berbicara lagi.
Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?
“ Jangan kau asingkan diriku dari kehidupanmu”
Ketika ini, air mata meleleh juga. Tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.
“ Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih”
Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum, bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.
“ Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas ini, mampu melelehkan air matanya juga”
“ Kau perli aku?”
“ Aku bercakap yang benar sahaja”
Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.
“ Saifullah”
“ ya”
“ Uhibbukafillah” Aku cintakan kamu kerana ALLAH.
Hati seperti disapa salju.
“ Uhibbukafillah aidhan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan ALLAH yang indah lagi menyentuh hati.

**************************************************************************

aku jumpe kisah ni dalam langitilahi.com
terfikir-fikir...muhasabah diri sikit...teringat kepada seorang shbtku ini..yg berada jauh drku..aku tetibe diulit rindu yg bersangatan pdnya..aku berdoa supaya dia xpernah lupakan aku dalam doanya...sentiasa hulurkan tangan padaku tika aku jatuh dan dia xpernah mahu mengasingkan aku dari kehidupannya..kerana..aku amat takut jika Allah mengujiku dengan sesuatu yg tidak mampu aku tangani dengan hikmah..dan dengan doa itulah yg bisa menjadi kekuatan padaku! aku sentiasa doakan kamu! itu janjiku!

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Hujan itu memang rahmat. Hujan melegakan jiwa. Apa yang lebih baik selain basah setelah terbakar? Dan apa yang lebih tenang selain mendengar rintik hujan daripada mendengar cemuh-keluh-kesah manusia yang tidak pernah bersyukur..jangan berhenti memberi. Usah pertikai balasan yang bakal kamu terima...




dedikasi khas buat sahabat dihati dan disisi...

cik syidah
cik kinah
cik teha
cik yuha
cik ziey
cik dya



dan semua shbt2..xkire ade blog ke x..saje nk promote blog kengkawan...hehehe..saje post last sblm naek bas mlm esok..xtau bile pulak boleh ngadap internet lame2 sbb mgu depan dah start ngaja..tmbh2 mgu first ni maybe kene ngaja full seminggu tuisyen malam..sbb ustaz yg ngaja tu ade keje..lau rajin aku bawak laptop pegi skolah..tapi aritu dah bawak skali..xsempat nk bukak jugak..huhu...ade baeknye xpyh bawak la kan..okelah..salam sayang dari ustazah=P

p/s: actually sedih sbb naek bas sorg2 mlm esok..hehehe..layan blues la dalam bas tu karang..sungguh sedih saya ini..ngeh2..life goes on! aja aja fighting!

Tuesday, June 9, 2009

suka berfikirkah saya??



mlm ni aku belek2 buku tajuknye berfikir cerdas dan bijaksana..huhu..suke berfikir ke aku ni? ke suke berkhayal..?? ngeh2..




karya ahmad tarman kasim ni bagus jugak..sbb die gabungkan tentang pengertian hikmah..hikmah dalam al-Quran& sunnah, ilmu & hikmah, hubungan keduanya dengan akal.. nice book..manusia ni ada 2 kekuatan; KEKUATAN MEMAHAMI DAN KEKUATAN MENGGERAKKAN..
dalam tu banyak ditekankan tentang hikmah dalam setiap perbuatan..susah x hikmah ni ye?

Jika kita membayangkan hikmah seperti sebuah kebun, maka kebun tersebut mempunyai pagar yang membatasinya dari yang lain. segala sesuatu yg berada di pagar adalah bhgn drpd kebun, dan yg luar drpdnya adalah bkn dr bhgn. supaya kita memperolehi hikmah maka tingkah laku tdk boleh keluar dr ruang lingkup batas yg ditetapkan.



ali berkata: ambillah hikmah dari mana saja. jika hikmah berada dalam dada org munafik,dia resah, hingga keluar dan menempati tempatnya yg tepat dalam dada org mukmin"

apakah kita terfikir utk menghilangkan brg yg sgt berharga? tentunya kita pernah hilang sesuatu yg berharga dan mencarinya dgn penuh kesungguhan. itulah halnya HIKMAH
bagi org mukmin..tdk penting ia pd siapa, bgmana dan di mana.. yg penting ialah hikmah itu sendiri..bahkan ada yg mengungkapkan"ambillah hikmah walaupun dari orang gila!"


Isa berkata: Jika engkau mendapatkan pelita yg menyala dgn minyak ter di mlm yg gelap gelita, engkau pasti menggunakannya. asap bau yg ditimbulkannya tdk akan mencegahmu dr menggunakannya. demikian juga engkau harus mengambil hikmah dari siapa saja di mana hikmah itu berada. dan jgn smpai penyalahgunaan hikmah yang dilakukannya mencegahmu utk mengambil hikmah darinya"

p/s: carilah hikmah...kurniakan kami hikmah ya Allah..semoga setiap apa yg menghadang jalan kami akan kami dpt laluinya dgn fikiran yg jernih dan lapang dada..:)

Sunday, June 7, 2009

H.U.R.M.M.M.......


slm..aku mesti manfaatkan mase yg ade di rumah ni utk update blogku..ngeh2..smlm aku menjadi anak bungsu merangkap tunggal slps along balik ke kedah..adikku ke kem di dungun..abang semua takde..kakwa dah balik johor..owh..sungguh tidak seronok! nikmat mempunyai adik beradik perlu disyukuri..=P

pagi ni aku ambil peluang menjadi anak tunggal dgn kemas rumah dan sapu segala sawang2 kat rumah ni..hadui..kesian la emakku bile anak pompuan die dah xde kat umah..balik sekali lagi lps ni cnfirm rumah aku dah jd macam gua sbb berdebu balik..huhuhu..so kpd adikku yg berada di rumah..phm2 la..buat2 la rajin menyapu ye..(org laki nyapu comel je napok adi weh..hihi)nk masak xlapar lg..sbb dh mkn jemput2 td..so..aku mula la menghapdet lagi blogku agar tdk bersawang jgk..(terlebih rajin semacam je ni..hehe)aku bace balik artikel kat saifulislam.com yg aku terlepas sblm2 ni..mmg xleh tinggal la bace blog ust hasrizal ni..then belek2 paper online yg aku dah ketinggalan(macam la duk lam gue..hik2)teruk sgh sy ini.. ade satu artikel ni mmg mmbuat aku jd terpk panjang...dr saifulislam.com

"Jika mahu bersahabat, bersahabatlah puas-puas semasa di UK dan Ireland.
Pulang ke Malaysia, biar pun kita seposkod, namun peluang untuk bertemu semakin sukar. Semua orang ter’sihir’ oleh kalimah berkuasa tinggi bernama S.I.B.U.K. Tiada lagi masa untuk bersama. Tiada lagi peluang untuk bertandang. Tiada berita mungkin sebaik-baik berita. Kalau sakit adalah bunyinya. Kalau mati adalah beritanya. Tanpa berita, mungkin semua baik-baik belaka.
Tambah-tambah pula bagi Muslimat.
Selepas kahwin, sahabatnya hanya suami dan anak.
Teman yang begitu rapat dan mesra semasa di perantauan, yang berkongsi tudung, baju, bantal dan tilam, mungkin tidak akan lagi dihubungi. Sekali berjumpa, update mungkin tentang jumlah anak dan produk pelangsingan tubuh yang diguna.
Jangan begitu.
Telefon ada.
Mailing list ada.
Semua ada.
Apa yang mungkin tiada ialah keinginan untuk mengekalkan persahabatan. Sedangkan sahabat-sahabat itulah yang sekapal dengan kalian semasa mengembara mengenal Iman dan kehidupan, semasa di perantauan dulu. Jangan lupakan mereka. Jangan tinggalkan mereka.
Jika tidak dapat bertemu 20 orang, hargai peluang bertemu dengan 2..."


ohoho..mmg..skrg ni pon dah terasa jauhnya...tp whatever kami tetap cuba utk bertemu dan mesej2 ni..sungguh...mmg syg sekali kalau teman2 sebantal ni lost mcm tu je..aku rase mmg hidupku dikelilingi dgn shbt2 dari aku form 1 lagi..sampai la skrg.. mase berada kat rumah sgtla sedikit berbanding berada dengan shbt2 aku ni..sakit demam mmg kbykannya bersama..semoga kesibukan yg dialami oleh kami tdk menjadi alasan utk kami terputus hubungan.."allahumma innakata'lam anna hazihil qulub..qodijtama'at ala mahabbatik..waltaqot ala too'atik" syukran kpd semua shbt yg sentiasa di sisi dan di hatiku..jauh bkn bermakna kite xleh berhubung kn? kn? =P sungguh..i luv u all!lillah..

Saturday, June 6, 2009

tahniah aniem & zubir:)




alhamdulillah..barakallahu lakuma..seronok g mjlis umah anim td...sbb?? mcm reunion plak..mmg lame sgt dh xjumpe ngan bdk2 ni..abes skolah terus hilang..mcm la jauh sgt kan?? huhu..nk2 jumpe si aman, meen, adah, norlida, ain, tihah, nana, zue, nor, wani, pijah(aku dh xlarat nk tulis semua...sory yek..)semua2 la..rindu sgt..huhuhu..tenkiu buat driver cik teha yg menjemput dr umah..cik syu yg membeli adiah..cik kinah yg merempit bersama utk membeli smpul...hehehe..nice moment! actually igt nk upload gmbar..tp tunggu si pengantin upload dulu la..hormat pengantin baru nih..ngeh2..:)

entri ni mmg edisi khas ni..pelik pulak nk tulis sal kawen2 ni..but need something to share..sharing is caring kan? kan?


PERKAHWINAN SEJAHTERAKAN HATI


Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.
Menolak perkahwinan juga akan mengalami kerugian di dunia iaitu tidak memiliki zuriat keturunan, kerana memiliki zuriat yang sah merupakan antara matlamat sesuatu perkahwinan. Apatah lagi, apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah pahala di dunia ini, melainkan tiga perkara antaranya anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa mereka.
Seseorang juga akan mengalami kerugian dari sudut keagamaan (akhirat). Dengan menolak perkahwinan besar kemungkinan akan terjebak dengan kemungkaran atau dosa-dosa besar yang mengakibatkan mereka diazab dengan azab yang dahsyat pada hari pembalasan nanti seperti dosa zina, jenayah rogol dan seumpamanya.
Perkahwinan sebenarnya menjadi benteng berlakunya perbuatan-perbuatan keji dan sabda Rasulullah bermaksud: Wahai pemuda pemudi, barang sesiapa di kalangan kamu mampu untuk berkawin, maka berkahwinlah, kerana dengan perkahwinan akan dapat menundukkan pandanganmu (dari memandang maksiat) dan menjaga kemaluanmu (dari melakukan zina). Dan sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi perisai bagimu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pepatah Arab menyebut: “Kita tidak akan menuai hasil tanaman hari ini, selain daripada penat lelah pada semalamnya”. Sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti susah sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.
Firman Allah: Dan orang-orang berjihad (untuk mencari keredaan) Kami, nescaya Kami benar-benar akan menunjuk jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ankabut: 69)
Begitulah juga dalam kehidupan berkeluarga, sekiranya kita sanggup mengharungi segala dugaan dan ujian dalam melayani kerenah pasangan dengan penuh kesabaran di samping mendidik dan mengajar mereka, nescaya akan kita kecapi kemanisan dan kebahagiaan yang sejati di kemudian hari.
Isteri yang bersusah payah melayani suaminya tanpa menghirau penat lelah, siang atau malam, semata-mata untuk mendapat keredaan suaminya, maka akan diberi ganjaran syurga oleh Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia dan suami reda kepadanya maka ia akan dimasukkan ke syurga.” (Riwayat al-Tirmizi).
Selain itu, suami isteri yang berkerjasama mendidik dan mengajar anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, nescaya anak tersebut akan menjadi saham yang amat bernilai apabila berhadapan dengan Allah kelak.
Kenyataan ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti yang dinyatakan di atas.
Ini membuktikan betapa berbaloi penat lelah selama ini, dengan nikmat yang diperoleh di kemudian hari dan kesemua ini mustahil dapat dikecapi melainkan dengan kesabaran dalam melayari bahtera rumah tangga.


p/s:bagi yg sudah sempurna separuh dr agama maka bartakwalah ia pada separuh yg laen..:)doaku buat kalian:

Barakallahu lakuma, wa barik 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"

Friday, June 5, 2009

HIKMAH SEPERTI LUQMANUL HAKIM??


my boypren

salam...salam..rindu sgt2 kat blog ni..lame tak menconteng sesuatu...3 minggu pengalaman praktikel kat sekolah menengah kebangsaan putrajaya presint 16(1) maybe xpyh story la kot..same je ngan org laen..huhu..okey..ape kes tajuk kat ats ni..hurm?? aku terbaca satu buku ni..tajuk buku x igt..pnjang sgt..tapi ade kaitan ngan luqmanul hakim..siapa luqmanul hakim? kalau ikut ape yg aku igt dari buku tu..menurut pendapat Ibnu Kathir ialah hakim pada zaman Nabi Daud..ade pendapat menyatakan dia hamba..dan byk lagi..seorang yang berkulit gelap..dari Ethopia...hurm...tentu hebat sekali luqmanul hakim ini..jika tidak xkan la ade surah name luqman kan? sungguh dia sangat dimuliakan Tuhan...Allahu akbar! ya Allah kurniakan kami hikmah..seorang bapa yang penyayang dan mendidik anaknya dengan lemah lembut..ya bunayya..la tushrik billah...actually baru balik dr johor..gi jage si ammar ni..dah pndai babling sorg2...ntah ape2..mule2 aku jage die bdk ni agak zalim dgnku..buas sgh! last2 nk balik tu boleh pulak die buat muke comey..jage pon xssh..siap die yg ngagah aku balik(teknik die pujuk aku suh ajak die balik trganu skli la tuu..bolayan..ngeh2)owh..miss u my dear..


Dari Hasan Al Banna : Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"


CINTA YANG SEMPURNA~YUNA~
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

p/s: ntah ape2 tetibe letak lagu yuna..hehe..jiwang sekejap...:)mengarut sungguh saya ini:P

(kat bwh ni gambr bdk2 tuisyen yg aku ngajo)