Friday, June 12, 2009
doakan aku sahabat....
“ Sahabat”
Aku mengangkat kening. Kenapa?
“ Janji pada aku dua perkara” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
“ Pertama, ingati aku dalam setiap doamu”
Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.
“ Kedua?”
Zaman menarik nafas sebentar. “ Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku”
Hati terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“ Sahabat” Zaman berbicara lagi.
Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?
“ Jangan kau asingkan diriku dari kehidupanmu”
Ketika ini, air mata meleleh juga. Tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.
“ Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih”
Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum, bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.
“ Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas ini, mampu melelehkan air matanya juga”
“ Kau perli aku?”
“ Aku bercakap yang benar sahaja”
Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.
“ Saifullah”
“ ya”
“ Uhibbukafillah” Aku cintakan kamu kerana ALLAH.
Hati seperti disapa salju.
“ Uhibbukafillah aidhan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan ALLAH yang indah lagi menyentuh hati.
**************************************************************************
aku jumpe kisah ni dalam langitilahi.com
terfikir-fikir...muhasabah diri sikit...teringat kepada seorang shbtku ini..yg berada jauh drku..aku tetibe diulit rindu yg bersangatan pdnya..aku berdoa supaya dia xpernah lupakan aku dalam doanya...sentiasa hulurkan tangan padaku tika aku jatuh dan dia xpernah mahu mengasingkan aku dari kehidupannya..kerana..aku amat takut jika Allah mengujiku dengan sesuatu yg tidak mampu aku tangani dengan hikmah..dan dengan doa itulah yg bisa menjadi kekuatan padaku! aku sentiasa doakan kamu! itu janjiku!
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
Hujan itu memang rahmat. Hujan melegakan jiwa. Apa yang lebih baik selain basah setelah terbakar? Dan apa yang lebih tenang selain mendengar rintik hujan daripada mendengar cemuh-keluh-kesah manusia yang tidak pernah bersyukur..jangan berhenti memberi. Usah pertikai balasan yang bakal kamu terima...
dedikasi khas buat sahabat dihati dan disisi...
cik syidah
cik kinah
cik teha
cik yuha
cik ziey
cik dya
dan semua shbt2..xkire ade blog ke x..saje nk promote blog kengkawan...hehehe..saje post last sblm naek bas mlm esok..xtau bile pulak boleh ngadap internet lame2 sbb mgu depan dah start ngaja..tmbh2 mgu first ni maybe kene ngaja full seminggu tuisyen malam..sbb ustaz yg ngaja tu ade keje..lau rajin aku bawak laptop pegi skolah..tapi aritu dah bawak skali..xsempat nk bukak jugak..huhu...ade baeknye xpyh bawak la kan..okelah..salam sayang dari ustazah=P
p/s: actually sedih sbb naek bas sorg2 mlm esok..hehehe..layan blues la dalam bas tu karang..sungguh sedih saya ini..ngeh2..life goes on! aja aja fighting!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment