Saturday, April 3, 2010

stay c.o.o.l.........

assalamualaikum.....
hurm.....banyak yg nak dikisahkan.banyak yg berlaku.banyak duka dari suka. namun itulah yang menggembirakan.kerana nilai titisan airmata itu terlalu mahal. ku cinta air mata.hahaha.

ku pegang erat.setiap yang berlaku adalah didikan dari Tuhan.ku pegang erat. setiap yang berlaku kerana Tuhan mahu membentuk dan mendidikku menjadi manusia cantik. ku pegang erat. Tuhan menjadikan segalanya agar aku memahami. ku pegang erat. Tuhan sayang aku!

tak dapat aku nafikan.kadang-kadang aku berkecil hati.yang selalu memberi kadang-kadang ingin jadi penerima.bukan...bukan aku mengeluh..tapi terasa dicari hanya apabila mempunyai masalah.aku tahu.aku perlu bersyukur bila aku dituju. tapi itu tak bermakna aku tak mempunyai rasa untuk meluahkan.bukan bermaksud aku tidak mempunyai masalah.bukan bermaksud aku sentiasa tenang.bukan bermaksud aku tak perlu bahu untuk bersandar.terlalu ego jika aku sedemikian.ego...sungguh ego...

tapi aku tidak boleh bersikap sedemikian rupa.Allah selalu ada untuk memberi ruang sedar padaku.Allah selalu membuka jalannya agar aku tak mengeluh.Allah selalu melapangkan ruangku agar aku sedar bahawa Allah telah memilihku. untuk melalui jalan ini.walau sesukar mana rasaku..walau sepedih mana rasaku...Allah selalu memujukku...Allah selalu memanjakanku...aku tak perlu gusar!selagi Allah bersamaku.

cuma aku mohon...jangan terlalu mengandaikanku terlalu kuat.aku mohon..anggap aku manusia biasa.aku mohon...aku hanya seorang manusia biasa.itu sahaja.aku juga punya rasa! aku juga perlu dipujuk rasanya yang makin hari makin hilang deria rasa...oh Tuhan....kembalikan rasaku!

No comments: