Assalamualaikum.
wargh! lama gila kot xleh nak log in blog ni.Apehal kalau ngan aku punye notebook tu xleh masuk? tapi kalau ngan laptop kat kampung ni elok je? why? why?
Menginjak ke usia 27 tahun.Oke, tua sangat.Orang lain dah anak 3 kot.haha...
Berjanggut tunggu mu kawen? mu ni bila lagi? jangan memilih sangat? jual mahal lettew...
banyak sangat la, sampai dah lali...belum masuk makcik2 adeinyelah....
Tidak tahu ke semua ni berkait dengan akidah.Dah bukan masa aku lagi?so? haaa.....
Kalaulah mereka tahu peritnya bujang, takkan berani kot nak kata macam tu.Weh, ada bini orang sampai taknak cakap dengan aku tahu? tolonglaaaa... aku kerja.
aku pun xpaham. Kalaulah bini-bini orang tu tahu, aku bukannya suka begini. Kalaulah bini-bini orang tu tahu, dia patut bersyukur sangat ada pelindung dalam hidup dia.Ape nak dijeleskan dgn aku yg nothing ni.Tolonggggglaaaa...
Tak semua orang rasa bujang lama.Ada yg tgh belajar dah kawen.So, selamat dari penyakit-penyakit gila.Ada pepatah arab yang lebih kurang bermaksud bujang tu boleh menyebabkan gila,[ banyak sengal la] so, kawenkanlah utk menghilangkan gila. Masing-masing Allah dah tentukan jalan masing-masing. Redha, kunci utama. Tak perlu nak dipaksa jalan yang bukan jalan kita. Syurga ni luas, jalannya bukan hanya dengan berkahwin. Ayat camni bukan xnak kawen ye, jgn salah paham pulak :p
Tahun keempat berada di Tatau.Mungkinkah ini tahun terakhir.Moga-moga diluluskan untuk berpindah. Tiba masa, aku juga nak kembali ke tanah sendiri.
Andaikata, Allah membenarkan aku untuk mempunyai suami pada suatu masa nanti,
semoga ia tidak membawa fitnah kepada diriku dan orang bujang lain. Sungguh, sakit sekali hati.... Andaikata Allah membenarkan aku pada waktu yang tepat itu, moga, ia mendekatkan aku pada Tuhan, bukan untuk berbangga-bangga.Andaikata Allah mengizinkan aku, semoga Allah lindung aku dari membakar hati orang lain dgn kebahagiaanku..cukup.. Allah yang tahu... Andaikata Allah mengizinkan, semoga aku tidak lupa... bahawa aku juga patut membantu orang lain, bukan menambah rasa pedih.warrghhhh marah betul ni.. hahahaha...
Bukan marahkan takdir Tuhan...tidak sama sekali.Walaupun orang itu ditarbiyah, jangan sangka dia faham semua rasa. Kerana, dia juga manusia.Moga-moga, manusia yang memberi sakit hati kpdku, aku tidak balasnya dengan jahat juga.Moga aku bahagia, dgn segala kurniaan Allah.Moga aku bersyukur.
Robbi la tazarni fardan wa anta khoirul warisin....
No comments:
Post a Comment