Sunday, January 30, 2011

kehidupan baru yg mendewasakan

alhamdulillah, puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
ah..cuti tahun baru cina di tatau.
syok habis aku rehat.hari ini masuk hari ahad.
bosan sgt td, try buat kuih seri muka...huhuhu..

esok tak tau lagi nak keluar bintulu ke tak.
sepanjang 3 minggu kat skolah ni macam2 perkara baru aku blajar.
alhamdulillah.dapat sesuaikan diri dengan kesibukan tahap gaban di sini.
apa yang paling utama kene pandai sesuaikan diri dengan masyarakat.
semua kene jaga.
yelah, duduk tempat jauh dari keluarga.
apa2 hal kene rujuk org dekat cni jugak.
aku bukan nak duduk cni sekejap.
bkn berniat nak duduk lama.
tapi paling kurang 2 tahun la kot.
kene buat jamuan utk cikgu2 semenanjung.
adui,tak reti nak masak utk banyak hidangan.
tapi...hurm...mase ni la blajar kan??
take as a challenge oke? ;)

walaupun bujang, orang dah keje ni laen dah gayenye.
kene take part la ape2 hal pon.
tak bleh nak buat bodoh je kalau de ape2.
bermasyarakat.
makin kerap telefon mak.
tanye n mengadu macam2.
biase lah.
nak ngadu kat sape lagi kan.
makin rapat dengan adik bradik.
itulah hikmahnya agaknya.
makin saling bergantung.
demi Allah bila jauh macam ni mmg rase rindu yang teramat sgt dekat family.
argggghh...mmg nk peluk mak bile dah sampai semenanjung nanti.

belajar dan terus belajar untuk menjadi dewasa.
yeah!
lepas ni kalau direzekikan untuk berkeluarga, maka kene fikirkan gaya org berkeluarga la pulak.kan?
takkan kekanak ribena je sepanjang mase..huhu
jujurnya aku seronok juga bila jadi macam ni.
macam2 ragam aku tengok.
macam2 org aku dapat blajar sesuatu darinya.
dan yang paling penting, rendahkan hati.
itu kunci utama.

ya Allah, jika Kau mentakdirkan sesuatu,
hadirkanlah ia sesuai dengan kehendakMu.
sesuai dengan waktu.
Allahumma yassir, wala tuassir.

Thursday, January 20, 2011

mak...akak rindu!

hari jumaat yg sgt syahdu.
akak rindu mak sgt-sgt.
tiap2 hari teringat mak.
kadang-kadang sampai berair mata ni.
sblm ni kalau nak balik n rindu rumah.
akak boleh senang-senang je balik.
skrg tak.
ah...mengalir lagi.
rasa mcm tiap2 hari nak call mak.
tapi masa membatasi.
ya Allah.
akak rindu mak.
akak rindu mak.
akak rindu mak.
sangat!sangat!

Saturday, January 15, 2011

ya, sy sgt bizi..tapi sy cuba uruskan masa sy dgn baek!=)


ya Allah.
bagi aku utk menguruskan masa dengan baik.
semoga masa yang kau berikan mampu aku penuhi semua tanggungjawabku.
minggu pertama dari pagi sampai malam.
aku mengajar sesi petang.tapi pagi kena iring orientasi pelajar tingkatan 1.
then petang mengajar.
malam pulak orientasi guru baru @ meeting panitia, matapelajaran @ape2 jelah.
memang tradisi kat sini meeting mlm.sebab takde mase yg sesuai utk jumpekan semua guru pg dan ptg.fuh~~~pagi ptg siang mlm kat skolah.sgt beshhhh...huaahua..

minggu kedua.pagi sibuk dengan latihan sukan pulak.ptg ngajar.mlm orientasi.
masih lagi bizi.fuh!arini hari sabtu, sibuk dengan kokurikulum sekolah plak.ptg ni jelah rilex sikit.tgk2 tb layan intenet.jadi cikgu mmg bizi ke?huuuuuu....

ngajar form 1- 4.huruf alif ba ta pon xigt. banyak kerja aku kene buat utk bdk2 ni.aku tak marah sebab aku faham situasi diorang.ah...hujung minggu lps ni kena ajar al-quran la plak utk budak2 ni.dalam kelas tak sempat nk ajar sorang2 la.

semoga Allah memberi aku kesempatan.
untuk menyebar luaskan agamaNya di muka bumi Tatau ini.
semoga Allah memberi aku kekuatan
untuk aku terus bertabah dengan situasi di sini.
semoga Allah memberi aku ruang,
untuk aku menjadi insan yang bermanfaat pada agamaNya.
katakanlah amin wahai pembaca.
amin ya robbb!

Tuesday, January 4, 2011

minggu serrabai!

ahhh...minggu yg serabai.
banyak kerja.
dari pagi sampai petang.
kadang-kadang sampai malam.
memandangkan 2 org je guru agama, maka
aku automatik jadi penolong panitia.
wow!
xtau ape2.
kene ngajar kat surau.
cari sukatan sendiri.
ah.

erm,rupe aku tak macam ustazah ke?
nak buat bancian skit ni=)