Kata org ‘kehidupan itu penuh dgn pnderitaan dan kepahitan’
Tapi aku katakan ‘tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit!’
Kata-kata ini dikeluarkan oleh bidadari dari timur yg kukagumi..Tuan sabariah, sayap kiri pejuang yang cekal, Tuan Guru Nik Aziz..aku sungguh mengagumi mereka! Sungguh..terima kasih kakak yg menghadirkan buku ini kepadaku tika ini, aku mmg sgt perlukannya! Barangkali ini mmg wasilah dari Allah yg mahukan aku bangkit! Kemana diriku hilang? Mane sentuhan hatiku? Khilaf sungguh rasenye.. buku ini sungguh indah…walaupun sgt ringkas namun titipan ringkas diari hidup seorang isteri itu sungguh membangkit semangatku..insan biasa yg tertulis di luh mahfuz sebagai pendamping ulama’ dan umara’…. Aku kira dia insan luar biasa..bukan biasa2 lagi…
Aku khilaf seketika ketika hatiku dilambung ombak..tidak mampu mengungkap apa-apa…ya Muqallibal Qulub..aku sungguh-sungguh mohon ketetapan hati kala ini! Aku mohon ampun atas kekhilafanku..atas keluh kesahku..atas tangisan yang dialirkan yang tiada gunanya itu! Sungguh jauh diri ini dgn diriMu Rabb..
Bidadari dari timur itu menerima tanggungjawab sebagai pendamping ulama’ dan umara’ seawal 14 tahun!..diriku tika umur itu??? Terlalu mentah..keanak-anakan..hanya fikirkan tentang keseronokan.. terlalu awal bagiku ketika umur tersebut untuk menggalas tanggungjawab yang maha berat..kekaguman muncul lagi..subhanallah….ditambah dengan ujian anaknya Nik Adli yang ditahan selama beberapa tahun..mengalir airmata ibu itu di malam hari lahir anaknya, tabahnya! Bertuah sungguh kerana beliau adalah insan yang paling hampir dengan pemimpin agama itu..peribadi yang terpancar dari iman..sungguh aku terlalu jauh dari peribadi tersebut…antara kata-kata yang menusuk di hatiku.."yah, kalau ade baca tentang abang dari akhbar-akhbar ataupun ada orang yang bercakap-cakap pasal abang,tolong jangan beritahu abang" kata-kata Tuan Guru kepada bidadarinya. betapa pentingnya kata-kata yang keluar daripada insan yang paling hampir dengan seseorang, yang menentukan jatuh bangun seorang pejuang!jika kata-kata insan terhampir itu memusnahkan, maka jatuhlah semangat juang seorang da'ie...owh..beratnye peranan insan terhampir!
Maafkanlah kesalahanku
Nescaya engkau mampu
Kekalkan cintaku kpdmu
Jgnlh engkau berbicara
Saat kemarahanku memuncak
Jgn sesekali dikipas api marah
Spt memukul rebana
Engkau tidak akan mengetahui
Bagaimana buruknya
Sikap org yang tak terkendali
Jgn banyak mengeluh
Kerana ia akan menghakis cinta
Dan hatiku ini mampu
Berubah menolakmu
Kerana tabiat hati itu tidak tetap
Sesungguhnya kulihat cinta dlm hati ini
Bila berpada rasa benci
Dlm waktu singkat
Rasa cinta itulah yg kalah..hilang…
Bidadari dari timur(memoir isteri seorg pejuang)
Tuan sabariah Tuan Ishak
Teringat pula cerita korea yang aku gemari, sad sonata yang kembali aku tonton pagi td..cerita yang paling aku gemari dalam banyak-banyak cerita korea yang pernah aku tonton..ku ulang-ulang sehingga ia membekas..akhirnya kesannya tiba jua…walaupun lewat..part yang paling aku gemari ialah ketika watak utama lelaki itu sanggup menahan diri sendiri untuk ditembak bagi menyelamatkan nyawa kawan baiknya..ayat yang paling aku ingat ialah ‘A FRIEND is someone who carries your burden on his back’ ‘I want to be your friend’ really touching! Sesungguhnya kwn2 ku adalah A FRIEND yang dimaksudkan dlm kata2 itu..terima kasih..i want to be your friend forever lillah! Ini janjiku!
terasa indah sekali hari ini setelah kembara dilakukan..kembara terisi..terisi untuk mencari sesuatu di antara waktu!sehinggakan menunggu bas di waktu petang itu aku terasa seperti satu kebahagiaan yg teramat! kerana langit terbentang luas untukku..angin menerima kehadiranku..
p/s:aku takkan bisa letih untuk berjuang lagi…biar aku jatuh…jangan biar aku tidak bangun lagi ya Rabb.. jangan Kau biarkan aku sendiri..Kau didiklah hatiku ya arhamarrohimin…didik hatiku untuk menjadi insan berjiwa HAMBA!
No comments:
Post a Comment