Showing posts with label ILMIAH. Show all posts
Showing posts with label ILMIAH. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

contoh surat tak rasmi....hurm..boley try ni kot..=)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.

Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

p/s: hehehhehee.....bagus dop surat x rasmi mohon kawen awal ni? boley la nak praktik utk yg masih student or yg family xbg kawen awal....mane tau....terbuke hati! haha..

Saturday, August 21, 2010

rasa disayangi itu satu keperluan?


fuh....rajinnya saya sekarang ni kan??? suka berteori dan berfalsampah sorang2 lak tuh!huhuhu

wah, saya rasa macama nak ambil teori keibubapaan la pulak.haha
saya baru sedar satu perkara lagi, iaitu keperluan untuk rasa disayangi dalam hidup.
mempengaruhi tingkahlaku manusia.eceh......betul tak?

entahlah, saya semakin suka perhatikan orang kebelakangan ni.bukan untuk menghukum.tapi berfikir dan cuba memahami.

ah, saya sangat-sangat bersyukur.banyak yang saya punyai daripada orang yang tiada dari saya.saya sangat bersyukur.dan kalau boleh, saya mahu sekeliling saya turut bahagia.saya mahu semua orang rasakan kecukupan,kenyamanan, dan rasa selamat.

ya Allah, saya benar-benar berdoa, jika saya diizinkan mempunyai anak,
saya mahu menyayanginya dengan seluruh hati dan kehidupan saya.
biar anak saya tidak merasai kekurangan.
biar anak saya rasa gembira.
biar anak saya sangat bahagia.
sungguh-sungguh saya mahu menjaga dan menyayangi anak saya.
ah..hairan, bagaimana orang boleh melakukan sesuatu yang boleh membuatkan anak-anak mereka rasa tak selesa.
bukankah anak-anak itu anugerah dan amanah?

Allah, saya mahu jadi ibu yang baik.
terbaik untuk anak-anak saya.
supaya anak saya bisa menjadi Qudwah.
kabulkanlah ya Allah.
kabulkanlah.

p/s: nak tergelak pulak bila baca balik, sejak bile aku dah kawen ni? haha=)

Friday, August 13, 2010

ramadhan...ramadhan..ramadhan....mcm mane nak jaga?


assalamualaikum.

hari ini dah masuk hari ke 4.alhamdulillah.sangat seronok.berada di sisi mak ayah macam anak tunggal.hahahaha...xpelah..kasi can sikit, nanti dah tak boleh macam ni lagi.

bertadarus, berteraweh, dan malaluinya seorang, sebenarnya agak janggal.sebelum ni selalu ramai-ramai.tapi yang hairannya, tak pula aku rasa sedih.seronok jugak sbnrnya.mungkin sebelum ni adalah latihan untuk menghadapinya bersendirian.

kenapa seronok? sebab tak payah dengar kalau orang cakap tak elok dalam kuliah.tak payah nak pk macam mana nak jaga ikhtilat ke..tak payah risau perkara-perkara yang membabitkan persekitaran yang boleh menjejaskan puasa.wah!seronoknye!huhu....jahat betul la aku ni.

bolehkah kalau aku beruzlah lagi? untuk menjaga?? aku betul2 mahu ramadhan yang terbaik.yang boleh memberi kekuatan untuk masa-masa hadapan.bolehkah?

Monday, August 2, 2010

cukup Allah sebagai penolong =)


assalamualaikum.

heheheheheehheheh.....senyum3....
dah sihat dah...
bangkit makin kuat dan gagah
dengan bantuan yang Maha Melindung dan Menolong...
yeah!

cukup Allah sebagai pelindung.
cukup Allah sebagai penjaga.
cukup.
cukup.
cukup.
tak perlu yang lain.

sangat indah hidup jika bergantung pada yang sepatutnya.
bahagia
bahagia
bahagia

peace no war!


calling You_outlandish


I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't nobody but you
all i need in my lifee

Saturday, July 24, 2010

ramadhan bulan untuk menggapai ijazah taqwa.

assalamualaikum.

sedar-tak sedar rejab dah berlalu.
sekarang sya'ban.
aduh.
sekejapnye.
macam mane ni?
sempat tak agak2 nak speed laju-laju nak prepare nak masuk madrasah ramadhan ni?

puasa sunat pon jarang2..adoi..camne ni??
kene struggle betul-betul ni.
nanti pancit tengah2 ramadhan.camne?

struggle.
struggle.
struggle.

ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan ramadhan.
agar aku bisa merasai madrasah kehambaan.
agar sebulan itu mampu untuk aku menfaatkannya seluruhnya.
untuk kekuatan sepanjang tahun.
sepanjang masa.
sepanjang detik.
setiap helai nafas.


ijazah taqwa itu berada dalam bulan ramadhan.

what are we waiting for my dear?
let's prepare!
kemaskan puasa sunat.
solat sunat.
every single thing.
every heartbeart.


semoga kita bersedia!go..go...aja aja fighting!

Saturday, July 3, 2010

bahagia.apa yg kamu istilahkan sebagai bahagia?



assalamualaikum.
bahagia.hurm...apa yang anda istilahkan sebagai bahagia?? rata-rata akan menyatakan bahawa aku ni happy go lucky.takde masalah.ye ke? sape cakap? huuu...

manusia tu rasenye bukan manusia kalau takde masalah.yang penting cara handel dan cara penerimaan terhadap masalah tu.just that.its about your heart.your faith.your believe! tapi untuk mencapai tahap tenang tu ia perlukan 'tarbiyah' dari Allah.ujian-ujian untuk latih diri jadi 'cool'.ia takkan dapat mudah-mudah.ingat tu.

pernah dengar kisah cawan yang dibentuk.dibakar,diketuk dicair dan sebagainya sebelum jadi cantik? its just like that sayang.sakit hati yang kamu rasa sekarang, luka pedih yang kamu rasa sekarang...akan jadi manis selepas ini.kenapa? tarbiyah ujian.itulah dia.membuatkan hati kamu tegar.membuatkan kamu teguh.percayalah!

one more...pernah dengar kisah bagaimana segenggam garam yang dimasukkan ke dalam gelas dan perigi.jadikan hati kita seluas perigi, maka kemasinan garam tak terasa! lapangkan dada.terima dengan hati terbuka.inilah yang dinamakan REDHA. lebih tingkatannya dari sabar tau!;)

sebenarnya semua berbalik pada keimanan.

just hayati lirik lagu ni.

hakikat bahagia.UNIC

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Friday, June 11, 2010

bagaimana isteri Rasulullah menghadapi ke'popularan' baginda?

assalamualaikum..

hari ini aku tiba-tiba terfikir, bagaimana isteri2 Rasulullah menghadapi popularnya suami mereka.tiap-tiap hari baginda berurusan dengan masyarakat.tapi dalam sirah baginda tetap suami terhebat?

bagaimana? siapa boleh bantu aku?

Monday, May 31, 2010

keyakinan..siapa yang benar-benar yakin?!!



assalamualaikum.
semakin rajin la pulak.ingat nak tutup je blog ni kejap aritu sbb dah blur sgt.haha
bukan blur sbnrnya.takut dan tak yakin.ya...itu dia.

yakin??kamu yakin ada Tuhan? semua akan jawab.ya...ya yakin...bila berlaku sesuatu yang pelik atau ajaib...banyak la suara-suara sumbang yang akan sebut..inilah dia kuasa Allah..hah!org kafir..tengok ni org kafir..Tuhan dah bersuara..mampus la kau. tapi, keyakinan kita sekadar menanti perkara ajaib dari Tuhankah??? sekadar itu??
mari muhasabah balik! mari...aku mmg tgh marah dengan diri sendiri ni.

kejadian 31 mei 2010 memberi kesan.sebab?? org malaysia ada kat dlm mavi marmara tu.betul..kalau tak, aku sendiri pon tak berapa nak sedar hakikat ni.siapa yang yakin? siapa yang tenang menghadapi laknatullah itu!aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri.yakin bahawa maut itu memang di tangan Allah.kafir mahupun siapa jua tak mampu menarik nyawa jika Allah tak izin.siapa percaya???tapi kita takut.ya..takut!

kesungguhan kita memegang Islam bagaimana? kesungguhan kita membentuk biah solehah macam mana? kesungguhan kita untuk mengejar redha Allah bagaimana? Allah...jauhnya.
bosan sikit, mengeluh.lambat sikit nak marah.tak cukup sikit, banyak komplen. tak selesa sikit kutuk mengutuk.cacat sikit, benci...kutuk kat belakang.aishhhh!!! percaya dengan Allah ke akhlak dan akidah macam tu?? percaya dengan pembalasan ke buat jahat macam tak ingat ade yang tengok!Allah..Allah...Allah....

bersihkan akidah kami...muliakan akhlak kami.kami akan berusaha untuk mendapat Izzah Islam itu...kami akan berusaha!

Wednesday, February 10, 2010

Dhuha ini dhuhaMU......


”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

p/s:ya Allah...kurniakan keistiqamahan untuk kami menunaikan dan merasai keindahan Dhuha.....

Monday, January 25, 2010

rindu padanya....


~alam nashrah laka sodrok~
Bukankah hati kami telah lapangkan dadamu??

Wahai Nabi..sesungguhnya Kami telah lapangkan hatimu hingga kau dapat bersikap lapang dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Engkau dapat memahami kekurangan mereka, memperbaiki kesalahan mereka dan menutupi aib mereka. Engkau alihkan kejahatan mereka, engkau ubati kebodohan mereka, dan engkau sayangi mereka yang berada dalam situasi teraniaya.

Kami telah lapangkan hatimu. Dengan hati yang demikian, senyum masih menghiasi wajahmu meski engkau berada dalam situasi dan keadaan yang terdesak. Dengan hati yang demikian, tawamu masih terdengar meski keadaan sedang kritis, kegembiraan selalu menghiasi dirimu, meski berada di tengah badai dan bersikap tenang, meski posisimu berada di hujung tanduk. Ketika serangan datang secara tiba-tiba, engkau tetap tenang, sedangkan ketika terjadi peristiwa yang menggoncangkan hati, engkau tetap memiliki keteguhan hati. Sebab hatimu telah dilapangkan dan jiwamu selalu terjaga.

Sesungguhnya Kami telah melapangkan hatimu. Dengan demikian, sikapmu tidak kasar, tidak kejam dan tidak keras. Kewujudanmu menjadi rahmat, mendatangkan kedamaian serta meniupkan kelembutan dan kasih sayang. Sikap lembut dan kasih sayang manusia diambil dari sebahagian sifatmu, sikap dermawan berkiblat padamu, sikap pemaaf diambil sebahagian daripada perbendaharaan sikapmu.

Hanya pada Tuhanmu seharusnya engkau arahkan seluruh keinginan dan jangan mengharapkan sesuatu dari yang lain. Hanya padaNya engkau bersandar dan pasrah.
Hanya Allah yang mampu wujudkan harap dan keinginan sebab Dialah yang memiliki seluruh kunci perbendaharaan dan keperluan makhluk!

Allahumma solli ala Muhammad…..kami rindu padamu! Sebenar-benar rindu…..!

Sunday, January 17, 2010

panorama waktu subuh...



subuh laksana awal kehidupan yang indah.semi memulainya dari waktu ini.udara bertiup dengan tenang, air memancar dengan riang, dan burung-burung bergembira menyambut datangnya sinar mentari..

"wassubhi iza tanaffus"

bagaimana mungkin waktu subuh dikatakan bernafas? pertanyaan seperti ini hanya dapat dijawab oleh orang yang mampu membaca lembaran kehidupan semesta. waktu subuh ialah waktu yang seakan-akan bernafas, laksana orang sedih kerana ditinggal kekasih, kemudian nafas yang panas keluar dari kedalaman perasaannya. atau seperti orang yang terjatuh kemudian mengerang dan mengadu penderitaannya.

lihatlah untaian ayat yang diberikan al-Quran. setiap hurufnya adalah mutiara yang tidak ternilai. orang menyangka subuh adalah waktu yang bernafas, setelah ia melewati gelapnya malam. ia bernafas lega seperti bernafasnya orang yang bertemu dengan kekasihnya yang sudah lama tidak bertemu.sebab subuh adalah awal keindahan siang dan awal dari gerak kehidupan. maksudnya adalah waktu sebelumnya, ketika subuh menahan nafasnya, kemudian saat tiba waktunya ia bernafas lega..........


p/s: saya sangat-sangat suka waktu subuh!!=)))

Friday, December 18, 2009

~forum pemikiran bangi...best..best..best~=)



Salam satu Islam…wah3..mukaddimah mantap bile balik dari forum pemikiran bangi .tajuk die ANALISIS PEMIKIRAN POLITIK & DAKWAH TG DATO NIK AZIZ NIK MAT….bangge lak rase jadi warga bangi..=) pagi tadi setelah dgn berseleranya aku k.ida & syu makan nasik lemak yg enak tu..kami ke surau annur utk join forum tu…panel dia 3 org, annual bakri haron(s/u politik mb klate) prof madya abu hasan hasbullah(lectrr UM) prof bad( lectrr ukm) moderator die ust jameer saad(exco BBB). Then ade jugak dr Tajol( ydp pesatuan penduduk BBB) n adun bangi Dr syafie abu bakar..
Aku buat summarise jelah ek apa yg aku dgr kat sane…adun bangi yg cakap TGNA ni seorg yg ada paradigm(pemikiran sistematik yg boleh dirujuk). ciri kuat yg ada pdnya ialah


1. Ada matlamat-cari jalan pulang
2. Prinsip-cinta Allah dan Rasul
3. Strategi-bersyukur
4. Kaedah-amar ma’ruf nahi munkar


Panel pertama ..annual bakri harun..yg ni aku suke sgt dgr…sbb die ant org yg paling rapat n knal betul ngan TG..point penting yg die ckp..TG seorang yg ajaib sbb istiqamah pemimpin yg pegang Islam, diuji dgn satu wilayah selama 22 tahun….subhanallah.. ant pesanan TG pd die “apa saja di tangan orang..kalau cantik camne skalipun jgn ambik” antara perkara yg baru aku tau pasal TG ni beliau xde dompet..subhanallah…zuhud….


Then panel kedua..dr abu hasan hasbullah..ant 3 ciri yg ada pd TG ialah

1. Wara’
2. Pragmatic-
3. Progresif


Panel ketiga dr bad lak cite pasal membangun bersama Islam..amal jama’ie..n so on..
Actually banyak fakta baru yg boleh dpt time pergi sane td..cume aku mls nk tulis pnjang2…amik point jelah ek..subhanallah…makin kenal peribadi..makin cinta akan ulama’…kagum sekali.. =)


"Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada tulang-tulangku. Wahai Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya. Aamiin."


Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"

Saturday, October 31, 2009

wahai diri..bangkitlah dgn ruh kekuatan sultan mohd al-fateh!!


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.


PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.


PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


p/s: subhanallah...subhanallah...ya Allah..berikan ruh kekuatan ini kpd kami...

Wednesday, October 21, 2009

mari study al-hambra bersama sy




Kebetulan aku duk bace tentang ni, teringat kat along n aku memang dah lame mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke al-hambra ni..(kes novel la ni..huh) let me story sikit about al-hambra.
Al-hambra(al-hamra’) adalah satu nama yang dapat membangkitkan kenangan umat Islam kepada sejarah bumi andalus.Ia dianggap sbg sebuah kompleks monumen yang unik kerana menggabungkan keadaan yang luar biasa seperti kedudukan topografinya , di puncak bukit La Sabica, banjaran Sierra Nevada. Dengan demikian, ia semacam menaungi keseluruhan kota Granada dengan dinding kubu pertahanan yang padu dan kukuh ibarat seorang suami melindungi isterinya daripada sebarang ancaman yg bahaya(aku suke ayat ni..haha) .nama Al-hambra asal dr bhs arab yg membawa maksud istana kemerah-merahan(ala-ala name isteri Nabi gtu..huhu)
Sebuah bangunan yang sangat indah, dipenuhi hiasan berwarna emas dan reka bentuk sangat menarik serta dianggap sbg salah satu bangunan terindah di dunia…waaa..nk pergii..pada awalnya digunakan utk tujuan ketenteraan, berkembang menjadi Bandar-kubu, istana dan akhirnya sebuah Bandar kecil, semua dlm satu, special right??
Bahagian yang paling indah- Patio de los leones(the court of lions). Warna istana ni berubah mengikut tahap cahaya dan kedudukan matahari, bulan dan bintang. Kat tengah2 ade pancutan yg dikelilingi 12 patung singa drpd batu marmar dan…singa ni boleh keluarkan air kat mulut die..hihi..dasyat2..mesti romantik la tempat ni..lau pergi mesti xnak balik punye kan..kui3

Actually al-hambra adalah salah satu tempat impian aku..untuk menyaksikan salah satu perkara ajaib di dunia, nak rase kehebatan kalimah tauhid di bumi andalus….subhanallah..

p/s: Isnin ni exam Sejarah Tamadun Islam..sempat lagi koya tuh..huhu..(masuk lam silibus ni tau..)

Monday, August 17, 2009

sedia...sedia...dah dekat dah ni..



Persediaan Menghadapi Ramadhan

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.


Keluarga


1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.


Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.


Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Credit to: www.ismamesir.com


p/s:Allahumma balligna Ramadhan...jadikan Ramadhan yg bakal kami tempuhi ini adalah Ramadhan yg terbaik untuk kami ya Allah...sape nk join tadarus ng aku?? jom..sedap sikit tadarus ramai2..

Saturday, July 4, 2009

KAEDAH-KAEDAH MENDIDIK ANAK MENURUT NABI



“banyak orang yang tidak tahu bahawa anak merupakan salah satu bahagian dari lelakinya umat ini. Bezanya adalah kerana dia dilitupi oleh baju kanak-kanak. Andaikan saja baju itu tersingkap oleh kita, maka disebalik baju itu kita akan melihat bahawa ternyata dia sesuai dengan sahsiah kaum lelaki yang menjadi para pemimpin. Namun memang sudah berlaku sunnatullah bahawa lenyapnya tirai itu hanya dapat melalui pendidikan setahap demi setahap dan hanya dapat dilakukakan dengan menggunakan siasah yang baik dan dilakukan secara bertahap.

Aku baru siap belek2 sebuah buku minggu ni..utk mengelakkan lupa..so..isi pentingnya aku tulis dan paste kat blog aku ni..hehehe..sbb xtau mcm mane la nk jd pendidik agung macam Kekasih Allah Nabi Muhammad guru terbaik kita..so..bacela buku ni..harap memberi manfaat

*asas-asas kaedah yang harus dipegangi oleh kedua ibubapa
*asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap akal anak
*asas-asas kaedah kejiwaan yang berpengaruh terhadap kejiwaan anak

*asas-asas kaedah yang harus dipegangi oleh kedua ibu bapa dan para pendidik
-keteladanan yang baik
-waktu yang tepat untuk memberikan bimbingan
#Waktu berkelah, ketika dalam perjalanan dan ketika atas kenderaan
#Waktu makan
#Ketika anak sedang sakit

-bersikap adil dan sama terhadap sesama anak
-memenuhi hak-hak anak
-mendoakan anak
-membelikan alat permainan untuk anak
-membantu anak untuk berbuat baik dan patuh
Menjauhi banyak mencela

*asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap akal anak
#membawakan kisah
#bercakap secara langsung
#bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya
#perbincangan yang dingin
#kaedah pengalaman praktis
#mengajarkan keperibadian nabi agar diteladani



*asas-asas kaedah kejiwaan yang berpengaruh terhadap kejiwaan anak
“sesungguhnya rohani akan tumbuh dengan pendidikan yang lembut sebagaimana jasmani akan tumbuh dengan makanan sihat. Tumbuhnya jasmani mempunyai batas tertentu dan matlamat yang tidak dapat dilampaui, jika tujuannya sudah teraih(masa tua), maka dia akan mulai mundur ke belakang. Berbeza halnya dengan rohani, dia akan terus berkembang sepanjang hidup manusia dan tidak akan pernah berhenti berhenti kecuali jika nafasnya sudah terhenti dan meninggalkan sekolahan dunia yang besar ini”
#menemani anak
#menanamkan keceriaan dan kebahagiaan ke dalam jiwa anak
#menanamkan jiwa persaingan yang membina antara sesama anak serta memberikan penghargaan kepada yang menang
#prinsip merangsang anak
#ujian dan sanjungan
#bermain dengan mereka dan bertingkah seperti anak ketika bersama mereka
#menumbuhkan kepercayaan anak terhadap diri sendiri
#targhib dan tarhib
#memenuhi keinginan dan membuatnya puas
#pengaruh pengulangan dalam jiwa anak
#bertahap dalam melangkah
#penggilan yang baik





alhamdulillah..sempat jugak menulis minggu ni..gambar adik2 comel kat atas tu gambar adik2 yg selalu menemani aku dalam bilik guru..comel kan?? hehe.. lepas ni ustazah nk letak gambar student2 ustazah yg comel2 pulak..1 bijaksana dan 4 alpha 1( comel lg ke besar2 ni?? hehhe..cantik2 dan hensem2 serta baek:P) yg ustazah x ajar pon lau ader gambar diorang lam kamera pon nk letak jugak..hehehe..:)

tinggal 2 minggu lagi masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya..semoga Allah memberi ruang dan peluang itu walaupun dalam masa yg singkat..khairunnas anfa'uhum linnas.. siiru ala barakatillah:)

Saturday, May 2, 2009

::MARI STUDY KITAB HADITH BERSAMA-SAMA::


semoga Allah memberkati kita semua.. hari ini rase nk masuk mood study lak..sbb esok exam kajian ulum hadith..nk tulis semua yg blaja lam kuliah kat cni xlarat la..so, ustzh nk tulis kat sini kitab-kitab yang patut kita tau la sikit-sikit berkenaan dengan ulum hadith..

1. TAISIR MUSTOLAH HADITH

*DR MAHMUD TOHAN
(kitab ni ustaz Aqil guna lam kuliah..tp aku baca buku kot melayu je..hehehe..tp sbnrnya lebih faham gune kot kitab arab..bhs asal die..tp nnti aku xreti nk terjemah..phm sorg2 tu boleh lerr..so..bace yg versi b.m punye)

2. QAWAID TAHDITH MIN FUNUN MUSTOLAH HADITH

*JAMALUDDIN AL-QASIMY
(kitab ni aku yg kene bentang..aku xbace sgt pon sbnrnye..tp belek2 camtu jelah..bahasa dia agak mudah utk difahami, tulisan pon jelas..ade bait syair n ade footnote, cthnye:hadith muaallaq, dia buat footnote kt bwh tu ape mksud hadith muallaq..aku tgk kat blkg seminar takhrij aritu byk penulis menjadikan kitab ni sebagai rujukan...so..aku rase kitab ni okey la kot..n bagus..aku rase la..)

3. MA'RIFAH ULUM HADITH

*AN-NAISABURI

4. AL-KIFAYAH FI ILMI RIWAYAH

*KHATIB BAHGDADI

5. AL-JAMI' AKHLAK AR-RAWI WA ADAAB AS-SAMI'

*KHATIB BAGHDADI

6. SUNNAH QABLA TADWIN

*MUHAMMAD AJAJ KHATIB

7. AL-HADITH WAL MUHADDITHUN

*SHEIKH MUHAMMAD MUHAMMAD ABU ZAHU

8. ULUM HADITH ASILUHA WAMAASIRUHA

*ABU LAITH

9. TADRIBURRAWI FI SYARAH TAQRIB NAWAWI

*AS-SUYUTI

10. DIFA' ANI SUNNAH

*SHEIKH MUHAMMAD BIN ABU SYAHBAH

11. MABAHITH FI ULUM HADITH

*MANNA' QATTAN

12. AS-SUNNAH WAMAKANATUHA FI TASHRI' ISLAM

*DR MUSTOFA SIBA'IE

13. FATHUL MUGHITH BISYARARHI ALFIYAH HADITH

*AS-SAKHAWI

14. DIRASAT FIL HADITHI NABI WA TARIKH TADWINUHU

*DR MUSTAPHA A'ZOMI

p/s: sekian sahaja..lau ade silap leh tolong betulkan..saje nk ngapal kat cni lak..boleh jugak org len tlg bace utk aku jgk..huhu..hazzun sa'ied fil imtihan i.Allah!

Wednesday, April 1, 2009

WAHAI PARA PEMIMPIN!LIHAT DAN CONTOHILAH PEMERINTAHAN UMAR AL-KHATTAB

salam..hurm..skrg berlalulah entri2 jiwang berkenaan luahan perasaan..hehe(lengoh!)w.pun still lam mood jiwang, tp kali ni kite berbalik pd topik isu semase yg hangat..POLITIK!tp aku xnak citer sal politik di malaysia ni sbb aku tau semue dh meluat..hehehe(aku yg nk muntah sebenarnye!)rakyat Malaysia yg bijak2 dan beragama boleh menilai mane yg betul mane yg salah..sekalipun ade yg bukan dasar agama..namun atas prinsip keadilan..yg salah tetap nampak jelas kezalimannya..tapi kita2 yg faham agama ni..tau kan nk sokong yg mane?? hehehe..kite ade prinsip kita sendiri..tujuan dan matlamat yg jelas...niatkan keranaNYA..i.Allah..k..di sini aku ingin tuliskan beberapa kisah mengenai khalifah agong saidina umar al-khattab yg dirujuk dr zaharuddin.net...check it out!

KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a [1]

Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.

Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.

Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.

Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]

KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA

Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. [3] Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. [4]

Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :-

a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut

"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" [5]

b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.[6]

c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya[7]. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.

d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata

"barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" [8]

e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan

"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)"

Umar r.a menjawab

"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" [9]

Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.

Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.[10]

KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA

Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.

Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.

Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :-

"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" [11]

KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.

c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-

"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"

Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Kahlid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya"[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.

p/s: hurmm..bandingkan hari ini dgn zaman khalifah agung...xtercapai dek akal rasenye..kembalilah ke arah kemuliaan!SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT MERINDUI PEMERINTAHAN AL-FAROUQ...

Monday, March 23, 2009

GOLONGAN ANTI HADIS


salam alaik kpd semua pembaca...sebenarnye byk sgt aku nk post kat sini sampai xtahu nak post ape..hurm..last2 aku pk pasal ape yg ustaz akil ckp dalam tuto td..pasal kasim ahmad..so..check it out ya!



Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadisnya.

Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.

3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.

Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.

Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)




p/s: sekianlah adenye..

Friday, March 20, 2009

CINTA ILAHI BUKAN LAKARAN PUISI saifulislam.com




“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.


Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!





BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?



“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?



“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
~saifulislam.com~

p/s: byk kebenaran..hehehe..selalu berlaku di sekeliling..Ya Muqallibal Qulub..tetapkan aku dlm agamamu..dan sentiasa taat padaMU..=)Jauhkan aku drpd segala yang tidak sesuai denganku...