Showing posts with label cerita ustazah. Show all posts
Showing posts with label cerita ustazah. Show all posts

Monday, August 30, 2010

kad raya, rasa macam jadi budak balik.



assalamualaikum.

adeh,baru balik dari mengajar.minggu depan dah start cuti skolah.esok cuti merdeka.
so....cerita menarik hari ni? haha...budak2 kelas aku bagi kad raya."ustazah, ustazah wajib balas tau!" hahaha...adoih...ade plak mcm tu.nak bagi, wajib pulak kena balas.bertuah betul!

rupenye baru aku perasan, budak2 suka menomborkan ustazah kegemaran mereka.aduh...macam2!aku dulu xde pulak main nombor2 camtu.cuma kalau suka, suka jelah....takdela maen bagi nombor kat ustazah febret aku.maybe aku xpernah ade ustazah febret agaknye? haha..

apepon, mmg tgk budak2 ni aku akan hilang duka lara.bercerita ngan diorang, kena keliling penuh...rase mcm semua anak2 aku.haha...seronok tgk muke diorang.seronok dgr celoteh diorang.seronok dgn pandangan budak2...soalan2 dan mcm2 ragam.kelakar! aku senyum jelah kalau yang pelik2 sgt tu.

ustazah...tunang ustazah nama ape? ustazah, ustazah nak kawen bile? ustazah ade anak tak? ustazah nak anak berape orang(paling xleh blah).....senyum jelah senang.dulu praktikal sekolah menengah dah lali soalan camtu.

ustazah...nak biodata ustazah...hahhaha...aku jawab pesal? nak mai meminang ke? xpelah...dah tunang!hahahaaha....adoih....sakit perut la aku ngan budak2 ni.but its really make me smile! n hepi.mmg xpikir berat2 duk ngan budak2 ni.sangat seronok!=)

Thursday, August 13, 2009

guru yang mempunyai ruh Islami..:)


Diceritakan pada masa dahulu tinggal tiga orang murid bersama dengan seorang tuan guru di sebuah perkampungan di pinggir hutan. Ketiga-tiga orang murid tersebut berguru dengan tuan guru tentang pelbagai ilmu yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Setelah hampir genap tempoh perguruan, pada suatu hari mereka pun dipanggil oleh tuan guru untuk berjumpa dengannya.

Setibanya ketiga-tiga murid itu ke teratak tuan guru, maka si tuan guru bertanya kepada murid-muridnya, “Tahukah kamu apakah tujuan aku memanggil kamu sekalian?” Setelah mendengar soalan tersebut, lantas ketiga-tiga muridnya menggeleng-gelengkan kepala. Lalu tuan guru memberikan seekor burung dan sebilah pisau kepada setiap seorang muridnya seraya berkata, “Tujuanku menyuruh kalian datang ke rumahku pada hari ini adalah untuk melakukan satu tugasan. Di dalam sangkar ini, terdapat tiga ekor burung. Kamu ambillah pisau yang aku berikan ini dan sembelihhlah burung yang ada di dalam sangkar ini di tempat yang tiada sesiapa boleh melihat perbuatan kamu.”

Sebaik sahaja mendengar arahan tuan guru itu, tanpa berlengah-lengah lagi ketiga-tiga murid itu pun pergi meninggalkan tuan guru mereka. Masing-masing mencari tempat yang agak sulit untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Sejurus selesai menunaikan tanggugjawab, mereka kembali kepada tuan guru mereka dengan membawa hasil tugasan. Dua orang dari mereka membawa burung sembelihan dengan pisaunya sekali. Tetapi agak terkejut juga tuan guru itu apabila melihat seorang lagi itu hanya membawa pulang burung yang masih hidup.

Untuk pengesahan beliau bertanya kepada muridnya itu akan sebab tindakannya itu. “Mengapa kamu ingkar kepada perintahku? Bukankah aku menyuruhmu menyembelih burung ini? Tanya si tuan guru.

Dengan tenang muridnya menjawab, “Wahai guruku. Aku tidak dapat dilihat oleh sesiapa sebagaimana yang kamu maksudkan itu. Oleh sebab itu. Aku tidak dapat melakukannya.”

“Kamu tidak masuk ke dalam hutan yang tebal?” tanya guru itu menguji.

“Sudah, tetapi ke mana pun aku pergi. Aku dapat rasai bahawa Allah Taala sentiasa memerhati gerak langkahku,” jawabnya spontan.

Si tuan guru itu berasa bangga setelah mendengar penjelasan itu. Ia berasa puas hati kerana di kalangan ketiga-tiga muridnya itu ada juga seorang muridnya yang berjaya menghayati isi pengajarannya. Murid ini memang beanr-benar faham ilmu yang disampaikan selama ini.


sedang mencari bahan-bahan untuk tesis..terjumpe satu kisah yang menarik..so..check it out!



p/s: aku hanya mahu jadi orang yang baik, melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat..jika aku tidak mampu..janganlah kiranya aku melakukan kejahatan..atau kejahatan dalam kebaikan..biarlah aku diam andai aku belum bersedia..kiniku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya..aku harap aku kan kuat..biar aku kuat untuk buat kebaikan..dengan itu aku kan berusaha..dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau Tuhanku ya Allah...redhailah aku ya Allah..( MFR IBNU MUKHTAR)

Saturday, August 1, 2009

kuhilang ruh dakwah...



salamun alaik..tika & saat ini..aku berada di kampungku tercinta..alhamdulillah..perjalanan yg sedikit sulit kerana bas yg kunaiki berasap di tgh jalan..but still sweet..pengalaman indah jugak..:)sebab ade bodyguard kat sebelah..hihihi..

kenapa tajuk di ats?...hurmm...tika dan saat ini..kurasakan sangat tidak berdaya..mungkin kerana aku tengah fikirkan soal anak didikku..mad'u ku yg sgt aku sayangi..isu tudung yg dibangkitkan..aku sygkan agama anak didikku..aku doakan dia tetap dengan tudung itu..walaupun dihalang ibu sendiri..aku sedang fikirkan cara terbaik untuk berbaik2 dengan ibu pelajarku ini..
sblm ini,dia selalu menghubungiku..namun sejak dia mengadu ibunya menghalang dia memakai tudung..slps itu khabarnya hilang..aku menelefon bertanya khabar..namun hambar..aku mghntar msj..tidak dibalas..ada sesuatu yg berlakukah?? ustazah sangat sygkan kamu..ustazah sygkan agama yg ada padamu..ustazah sygkan keinginanmu mendalami & memahami Islam..kerana Allah..ustazah sgt sygkan kamu..tolong..bacalah buku indahnya hidup bersyariat yg ustazah berikan itu..kerana katamu buku itu sgt menarik..

ustazah xkan lupakan tangisanmu ketika ustazah membuka video tentang kematian..sungguh,ustazah tahu hatimu lunak dengan Islam..kamu mahu Islam sbg cara hidup..


Tuhan..tunjukkan kujalan..bukalah ruang dan peluang itu..kerana aku sangat mencintai mereka keranaMU..


***rayuan nurani***
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu


p/s: doakan aku...

Saturday, July 18, 2009

I love you all…:) smk Putrajaya Presint 16(1) part 2

thanx 4 all this...terharu betulll....

from Dini

rizman & aisha

panitia pendidikan Islam

k.an, k.hasnah, k.izan, k.hasiah & student 2s..

ahnaf & erfi

huda & d geng

majlis 1 bijaksana

black forest from haizal

from Dini jugak..

maheran..

majlis panitia pendidikan Islam

4 Alpha 1


1 bijaksana



orang ckp gmbar boleh bercerita..so aku xpyh cerita la time ni..hanya nk tunjuk gambar je..dan utk jelaskan betapa aku sgt menyayangi kalian..n terima kasih atas pengalaman manis ni..:)

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu...

p/s: versi ustazah jiwang la pulak...adoii..hehe:)

I love you all…:) smk Putrajaya Presint 16(1) part 1



Salam alaik..hehe…si ustazah ini sudah kembali lagi menjadi student..seronok! yahoo..no more handbag(aku mmg xsuke pakai handbag sbnrnye).. ni cerita hari terakhir menjadi seorang guru praktikal di smk Putrajaya Presint 16(1).. huhuhu.. sampai kat sekolah…macam biase..just terlewat sikit pergi bace yasin sbb ngangkut hadiah utk diberi pd adik-adik 1 bijaksana & 4 alpha 1…then sudah bace yasin..kalut2 pergi buke surau..konon2 nk spent last time ngan student la ni…ceewah..last2 pengetua nak bagi amanat la plak…hadui…sungguh keciwa diri ini :(dengan muke yang agak sedih terpakse la dengar amanat..ustazah cemerlang kene taat ngan pengetua kan? Kan? Hehehe..pergi pesan dekat 1 bijaksana suruh kak An yang gantikan sekejap…then sempat la tunjuk video gmbar ngan diorang...(secover mungkin utk xnangis nih..kui3) Alhamdulillah..lam pukul 9 dah abis amanat..sempat masuk la untuk kelas 1 bijaksana… mmg niat nk bagi al-ma’thurat dan hadiah2 tertangguh semua tuh..misi terlaksana! Maha suci Allah..:) then diorang pesan ade majlis sikit untuk ustazah ptg ni…(terharu..huhu)…

Lepas 1 bijaksana xde gap masa ngan 4 alpha 1…huhu…terus masuk plak( dalam ati berdoa la time ni kak hasnah x masuk..hehehe) konon2 malas nk blajar la ni..tapi niat jahat lagi skali dihalang..huuuu…kak hasnah masuk then aku kene la teruskan P&P macam biasa.. uhhh..sungguh tidak seronok..but its oke la..sbb aku mmg dah xbnyak mase mengajar diorang.. kalau ikutkan hati mmg nk ajar mcm2..tapi kekangan masa, aku kene redha je la… then perbentangan Ira, Izzati Maizan n Atun berjalan mcm biase..time ni nazren, ezat n rafiq tengah wt powerpoint utk diorang bentang..xpelah…asal ade usaha nak bentang aku dah cukup hargai.. then tunjuk la video yang ader gambar diorang..huhu..xsempat buat cantik2..tapi dah hepi tengok diorang gelak....then mmg aku dah niat dari awal lg nk bagi al-ma’thurat n sikit hamper pd student kelas aku..alhamdulillah..tercapai…=) tapi sedih sikit sbb aku lupe pulak nk ambik gambar ng diorang time diorang smart pakai baju melayu n songkok nih..ish3…huwaaaa…xperlah..dah ader gmbar ngan diorang skali..its oke..
Then masuk bilik guru..nampak ade sejadah kat atas kerusi dalam bekas cantik…aku ingatkan k.suzi punye…xamik pot..then rase something lak..tengok la kad utk sape..terharunye…dari ahnaf n erfi..nak nangis lagi rasenye.sbb xsangka diorang syg jugak dekat aku..hehehehee.(mode perasan)..thanx ya!nanti makin rajin la ustzh solat sbb gune sejadah ahnaf & erfi..kui3..after that ade majlis dari panitia Pendidikan Islam utk kami..pengetua and ustaz ustazah buat khas untuk kami…ade sesi nasihat n luahan perasaan la sikit…adui…kenapa la diorang ni baek sgt?? Mmg rase nk nangis lagi.. then duduk kejap kat ctu..after that bersedia nk naik atas untuk majlis ngan 1 bijaksana lak..thanx to k.an, k.izan, k.hasnah,k.hasiah, k.safari, k.hazrina sbb susah2 aturkan majlis…terharu sgt2 guru praktikal lain xdpt majlis mcm kami dapat..betul2 rasa dihargai..jimat duit kami utk lunch hehehe…
Naik awal sikit..tunggu Ida xsampai2..tengok kotak kek atas meje guru..besar tu…Haizal bwk khas untuk majlis ni..Thanx ya Haizal..i’m really appreciate the black forest! Sedap sangat… then duduk2 cakap2 ngan diorang..yang tak boleh tahan time diorang nyanyi ramai2 lagu jiwang ape entah..aku memang xboleh tahan dah…(sbnrnye dah janji pd diri xnak nangis) adui..mengalir jugak..kenape la korang ni pandai sgt dlm bab touching2 ni? Ustazah really love u all ! sungguh!maaf sbb macam nk turun awal..secara jujurnya ustazah xnak nangis depan korang..sbb bile ustzh dh nangis mmg xpandai nk brenti la.. dan mmg betul2 ustazah rase nk nangis lagi pon..huhuhu…mesti lepas ni ustzh sunyi sbb xngajar kamu lg.. xtgk gelagat nakal kamu n ustazah paling suke gelak ngan kamu ramai2.. ustazah akan ingat sampai mati bile kamu nyanyi ramai2 “terima kasih cikgu..” (mengalir pulak daaa…ish2) mujurla ustazah amik byk gambar ng kamu semua..boleh la ustazah tawaf tujuh round tgk gambar tu tiap2 malam kalau ustazah rindukan kamu semua=)
Then masuk la bilik guru..adik2 dalam bilik guru tu bagi hadiah yang menyentuh hati.. muffin cup hasil dari kumpul duit sesame diorang..touching betul.. hadiah ikhlas dari adik2 yang sgt baik hati serta menghiburkan..k.izah xpernah bezakan antara hadiah2 yg k.izah dapat la adik2..huda, shida, kamilia, Sabrina, Ilham, Amri Aiman..k.Izah mmg betul2 syg adik2 =)thanx ya! Akak dpt rasa yg adik2 betul2 ikhlas bagi muffin n the biggest card in the world..so sweet! Semoga doa ikhlas yg adik2 doakan dimakbulkan Allah..istajibillahumma dua’ana ya Allah…
Then kemas2 barang.. Ya Allah..banyaknye barang nk bawak balik ni..kesian dekat motor k.suzi..huhuhu..xperla..last moment kat skolah ni..mujur Dini dah bagi bear yang besar tu semalam..aku mmg xboleh nk bayang lau bear tu ader skali..cmfirm terbalik ego k.suzi tuh..kui3.. ustazah terharu betul dengan hadiah Dini..thanx a lot ya adik syg..sweet n I love your present! Ustazah akan peluk betul2 bear Dini tu..:)
Okelah..ni baru part 1…to be continued..daaaa…

Sunday, June 28, 2009

rindu sama blog...huhuhu...




salamun alaik pembaca yg disayangi..arini ustazah xde kelas dan ustazah dengan selambenye mengonlinekan diri...hehehe...bzi sgt2..tu antara gmbar program skolah..nntilah upload byk lg..xsempat nk crite ni..nk upload pon xsempat..tatata..ustazah nk g observe bdk solat kat surau jap yek! take care..miss you!(sape entah??hahaha)

Friday, June 5, 2009

HIKMAH SEPERTI LUQMANUL HAKIM??


my boypren

salam...salam..rindu sgt2 kat blog ni..lame tak menconteng sesuatu...3 minggu pengalaman praktikel kat sekolah menengah kebangsaan putrajaya presint 16(1) maybe xpyh story la kot..same je ngan org laen..huhu..okey..ape kes tajuk kat ats ni..hurm?? aku terbaca satu buku ni..tajuk buku x igt..pnjang sgt..tapi ade kaitan ngan luqmanul hakim..siapa luqmanul hakim? kalau ikut ape yg aku igt dari buku tu..menurut pendapat Ibnu Kathir ialah hakim pada zaman Nabi Daud..ade pendapat menyatakan dia hamba..dan byk lagi..seorang yang berkulit gelap..dari Ethopia...hurm...tentu hebat sekali luqmanul hakim ini..jika tidak xkan la ade surah name luqman kan? sungguh dia sangat dimuliakan Tuhan...Allahu akbar! ya Allah kurniakan kami hikmah..seorang bapa yang penyayang dan mendidik anaknya dengan lemah lembut..ya bunayya..la tushrik billah...actually baru balik dr johor..gi jage si ammar ni..dah pndai babling sorg2...ntah ape2..mule2 aku jage die bdk ni agak zalim dgnku..buas sgh! last2 nk balik tu boleh pulak die buat muke comey..jage pon xssh..siap die yg ngagah aku balik(teknik die pujuk aku suh ajak die balik trganu skli la tuu..bolayan..ngeh2)owh..miss u my dear..


Dari Hasan Al Banna : Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"


CINTA YANG SEMPURNA~YUNA~
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

p/s: ntah ape2 tetibe letak lagu yuna..hehe..jiwang sekejap...:)mengarut sungguh saya ini:P

(kat bwh ni gambr bdk2 tuisyen yg aku ngajo)


Saturday, May 16, 2009

~MENANGIS?? eiiiii...~





Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


ape kes la aku post mende ni? patutnye aku post sal guru ke..kan ari ni HARI GURU..16 MEI 2009..hehe(sila ucapkan kpd aku skrg jgk!) dah genap seminggu praktikel kat skolah..pengalaman baru yg menarik dan mencabar...seronok!letih yg best...mlm2 ngajar tuisyen pulak..kelakar bile ade bdk ni panggil aku teacher.aku yg ngajar quran dipanggil teacher lak..sbnrnye huzaifah ni xpndai sgt ckp melayu..comel gile! student form 1 yg aku ajar pon comel2..cume form 4 aku xtau la cmne..tkutjgk..budak2 beso pd aku..kene buli nnti kang..hahaha...arini leh rilex sket..g jln2 kat ukm lepak2 jap ng bdk2 yg duk wat tesis..nnti da xde peluang..naek cuti nnti pon aku sdiri lg la bzi..mcm2 nk cite..tp tgu mase cuti pnjg sket la..boleh upload gmbar anak2 murid ustazah yg comel2 tu...:)doakan aku boleh manfaatkan masa yg diberikan ini sepenuh hati..semoga ia memberi manfaat.. dan memberikan pengalaman yg berharga untuk masa hadapan..

Thursday, April 23, 2009

SENYUM JE..:) KEMUDIAN FIKIR...


Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
http://www.izoblog.com




hurmm..kenape pasal cerite cikgu-cikgu je ni..hurmmmm...xkisahla kan..janji ade something yg boleh dikongsikan bersama:)ok, bile bace dialog kat ats mmg agak kelakar bunyinya..tp ade sesuatu yg boleh buatkan otak kita bergerak..hehe...kenape pljr2 ni taat tak bertempat ni?? last2..guru keluar saje tnpa penyelesaian..takutnye aku..kalau jd kat aku mcmmane ek? nangis la aku..hehehe...kalau jd kat korang nk buat mcm mane ye? buang pelajar-pelajar camni kat laut ke camne?? renung-renungkan dan selamat beramal...hehehehe....

Tuesday, April 21, 2009

~MARI BERCERITA :)~ PISANG DAN HATI


Assalamualaikum.

Jangan makan hati, makan pisang banyak2 tak apa tak obes,
Tapi kalu makan hati walau nan sikit berbahaya dunia & akhirat








PISANG DAN HATI


Aishah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Aishah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Aishah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Aishah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Aishah

Aishah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.


Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.begitulah pelajaran ustazah pd hari ini..hehehe..anak2 buleh pk ape yg baek okkkey!


p/s:nk sambung sikit ngan kata-kata nk pujuk diri sendiri ni..boleh bace ramai2..:)


kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH..pemberi nikmat teragung!