Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

saya seorang manusia.

ya.
saya seorang manusia.
yang kadang-kadang saya sangat-sangat terasa jauh hati.
sangat.
sangat.
sangat.

tapi saya bukanlah jenis sukar menerima.
cuma, kadang-kadang, saya rasa macam,
ah, entahlah.
mungkin saya perlukan masa.

saya kesal dengan diri saya.
sebab saya tak mampu nak menjauh.
walaupun saya sangat berkecil hati.
ah!

teringat kata-kata pahrol mohd juoi,
orang baek selalunya ditindas?
saya bukan baek sangat pon!
hurm....
hurm....
hurm....

semoga kata-kata orang yang melihat saya macam tiada masalah adalah doa yang makbul!

Sunday, August 15, 2010

saya tak kisah kalau orang tak faham saya, yang penting sy cuba memahami.

assalamualaikum.

saya dah tegaskan pada diri saya.
dari awal2 lagi.
dari dulu lagi.
dari dulu lagi.
dari dulu lagi.
semenjak saya faham erti taklifan seorang da'ie.
maka saya tak paksa sesiapa memahami saya.
asalkan saya berusaha untuk memahami.
walaupun apa yang saya hadapi tak mampu difahami mata kasar seorang teman.
maka saya tegaskan pada diri saya.
saya tidak kisah!
saya tidak kisah!

saya diciptakan oleh Allah.
maka Allah mengetahui setakat mana saya mampu menghadapi taklifnya.
kerana...saya adalah ciptaanNya.
maka kenapa saya mahu memaksa ciptaanNya yang lain untuk memahami bebanan jiwa saya?
bukankan saya ada yang Maha Tahu dan Memahami?
bukankah saya telah biasa menghadapi semua ini?
makanya...tugas saya hanyalah meneruskannya.
teruskan.
teruskan.
dan jangan berhenti.

saya dah biasa begini.
ah~~~seronoknya menerima taklifan dari Allah.
kerana Allah tahu saya mampu.....oh...oh.....T.T

dikala saya rasa saya dah tak mampu nak meneruskan kerana kesendirian saya,
Allah menghadirkan kekuatan.
makanya saya perlu faham, bahawa Allah tetap mahu saya terus berdiri.

saya bukan tidak perlukan manusia lain.
bukan begitu, saya bukanlah begitu.
namun, saya mahu memutuskan harapan saya terhadap makhluk.
kerana saya tidak mahu menyalahkan manusia lain atas apa yang berlaku pada diri saya.

sungguh....kadang-kadang saya tak mampu nak tanggung lagi.
tapi semalam...
eceh....hepi ni...saya berbicara soal masa depan saya dengan ibu.
dan.....jeng, jeng, jeng.....
mungkin, masa saya dah tiba! =)

Saturday, August 14, 2010

jantung yg meletup-letup.

assalamualaikum.


hurm....tajuk pon semacam je.kenapa dgn sy ni? mcm nak marah je....ish.
saya kena uzlah.
kalaulah semua boleh menjadi sahabat yang menyenangkan kan bagus?
apa guna merapat kalau tidak cuba memahami?
apa guna merapat jika hanya mahu menyakiti?
apa guna merapat jika hanya mahu membebani?

saya ini.....apakah saya lupa saya seorang da'ie????
saya kena sabar.
saya kena sabar.


ah....

tahap sabar saya masih di tahap rendah rupanya.
oh...kena baiki diri.
kena baiki diri.
kena baiki diri.

Allohu robbi.
tarbiyahlah aku dengan sebaik-baik didikan.

Sunday, August 1, 2010

selalu saya memujuk diri saya.......



selalu saya memujuk diri saya...
supaya jangan menangis bila tiada yang memahami
selalu saya memujuk diri saya...
supaya jangan rebah bila tiada yang memapah...
selalu saya pujuk diri saya...
penuhkan hak orang lain biar hak diri saya terabai...
selalu saya pujuk diri saya...
merapat...jangan menjauh......
selalu saya memujuk diri saya....
orang lain sangat cintakan senyuman saya....
dan mungkin membenci tangisan saya....
selalu saya pujuk diri saya....
jangan meminta....teruskan memberi....
selalu saya pujuk diri saya....
jangan memberontak dan jangan menangis macam dunia dah nak kiamat....
selalu saya pujuk diri saya...
saya sangatlah berharga!
selalu saya pujuk diri saya....
jangan salahkan diri sendiri...bukan salah saya!
selalu saya pujuk diri saya...
memahamilah...walau satu dunia tidak memahami saya.....
selalu saya pujuk diri saya...sayanglah...jangan membenci...
selalu saya pujuk diri saya...
berbaik sangkalah...tiada orang inginkan yang tidak baik....
selalu saya pujuk diri saya....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....
selalu saya pujuk diri saya.....

usaplah air mata saya sendiri!dah 3 hari awak menangis macam orang gila!sudah!
teruskan hidup...orang lain banyak lagi yang susah dari hidup awak!

saya mesti pujuk diri saya!
saya mesti pujuk diri saya!
saya mesti pujuk diri saya!
saya sangatlah kuat!
saya sangatlah kuat!
bahu saya mampu menanggung beban yang banyak!
kerana.......Allah sangat-sangat mencintai saya!
Allah sayang saya
Allah sayang saya
Allah sayang saya

Thursday, July 22, 2010

cinta dan couple tu sama ke?

assalamualaikum.

hurm...untuk merungkaikan kekusutan anda.
aku pelik betul bila orang samakan cinta dengan couple.
sama ke?
sama ke?
bagi aku tak sama.
ye!tak pernah sama!
cinta fitrah.
couple nafsu.

salah ke jatuh cinta? pelik betul la manusia ni.
jatuh cinta tapi tak couple..salah ke?
takde salahnye pun.
dah namanye manusia.memang fitrahnya begitu.
Islam tu bukan turun untuk mengharamkan fitrah.
tapi untuk mengawalnya.
dah namanya jatuh cinta.nak jatuh tu jatuhla jugak.
tapi ada caranya.
siapkan diri.
jangan berhubung,langsung!
tu je.
sekse la sikit.
alah, bukan lame pon.
aku sangat pelik bila manusia ini seolah2 si polis cinta.
lahh...jatuh cinta haram.haram.haram.tu je tau.
solusinye tak bagi.
hanya tahu perkataan haram saje.

dahlah.
budak kecik maen jauh2.
saya bukan kacau awak.
saya bukan buat sesuatu untuk awak percaya atau saya dihormati.
saya bukan hidup untuk cari redha awak.
awak suka atau tidak.
no choice!
adios!~fuh,,,,gaya macam marah je aku punye ayat.huhuhu

take it easy =)

Tuesday, July 20, 2010

cuba untuk memahami.


assalamualaikum.

saya tengah xpaham.
ye...saya tak paham.
kenapa apa yg saya rasa tak selari dengan yang saya lihat.
salah ke apa yg saya rasa ni?
hurmmm...

mungkin saya akan perlahan-lahan memahaminya.
saya akan cuba.
walau susah.
tapi betul ni.perasaan yang kuat.tapi kenapa feedbacknye jauh benar dari rasa ni.
hurm...saya kene muhasabah.
mungkin saya yang silap.
ya.kita tetap berbeza peranan.maka di situlah letaknya lengkap melengkapi.
cuba memahami.ya!
terus cuba dan cuba walaupun saya memang sangat tak paham sekarang!!~agak marah~huhuhuhu...

saya pening dengan kamu.sekian.

Sunday, June 27, 2010

terasing?

assalamualaikum.

actually baru je abis baca novel hilal ni hah, terasing.tadi pi bando ngan adik aku, minggu lepas bersungguh dia cakap sinergi ade kat kedai buku banggol.aku tak amik pot, tadi tibe2 semangat lak pi...thennnnnnnnnnnnnn....buku itu sudaaa habis...huuu....terhangat di pasaran la encik hilal nih;)

untuk tidak mensia-siakan kesungguhan kami pergi ke bando maka kami beli jugaklah novel dia yang tajuk terasing ni hah.sedap jugak...tapi aku still xpuas hati sebab xdapat sinergi.tuan penulis, tolong hadiahkan pada saya buku-buku awak boleh?? saya malas nak cari buku awak lagi,cepat sgt habis!

tiba-tiba insap semacam je ngan novel tu.kisah persahabatan dan cinta.but lebih tentang persahabatan la.

hurm....ade orang terasa tak saya macam mengasingkan diri ni?
ade yang rasa tersisih tak?
let me now if its really happen.really.sapa yang rasa saya mengasingkan diri dari mereka baik cepat cakap.

tolong jangan tuntut kat akhirat nanti sebab saya tak tarik kamu ke arah jalan Allah.saya masih memegang janji.kamu semua tetap dalam doa saya.jangan kira kesepian saya di fesbuk tu.tolong beritahu saya.jangan pendam.jangan tuntut di akhirat nanti tolonglah!

Thursday, June 24, 2010

sederhana itu indah.

Bila kita azamkan sesuatu, bila kita inginkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, sepertinya seluruh alam ini memusuhi kita, ingin gagalkan apa yang kita cita-citakan...from blog rdanz.

yep...seperti yang aku rasa sekarang ini.hohoho.............xpelah...nak menguji setakat mane keazaman aku la tu.aku akan berusaha.terus berusaha untuk sederhana.ye!

terkenang kisah luqmanul hakim bersama anaknya dan seekor himar tentang telatah manusia."Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu"

saya memang nak jadi penghuni gua.harap maklum.

Wednesday, June 23, 2010

apa rencana Allah untukku

assalamualaikum.

terfikir..berfikir...dan tak lain dan tak bukan.aku pening!haha
ammar dah balik johor.sunyi.kokko dah tak ade.pagi esok aku akan bangun pagi tanpa bunyi kokko lagi.owh...sangat sadis.

duduk rumah.sorang-sorang.ape aku nak buat ni?hoho.orang lain dah ada hidup masing-masing.aku sendiri? entah! tapi kalau nk mulakan alam lain macam tak bersedia je lagi.macam blur je.huhu.bila la nak sebut sedia tu ye?? hokhokhok...

tapi awat aku macam xbimbang pon ni? rilex semacam!aku sangat konpius dengan diri sendiri.harap maklum.

marilah isi borang posting.dan masa ini, aku dapat call dari pejabat yayasan kafa.nk pegi temuduga.malasnya!hahahaha...semuanya ditetapkan.ya Allah, aku baru tertanya-tanya.Kau sudah buka ruang untukku.entah la...malasnyeeeeeeeeee..hahaha...

kene jadi ustazah balik la ni??hokhokhok....aigooooooooooooooooo...malas,malas,malas!

Sunday, June 20, 2010

mencari sesuatu di antara waktu!

assalamualaikum.
hari-hari yang dilalui makin pening.makin tak paham dan makin kompius! semalam baru hantar along n bank in duit yuran konvo dlm akaun kinah.

dan tiba-tiba...aku rasa macam nak sambung blajar lagi! aku tak nak kije lagi.aku tak nak kawen lagi.aku taknak pk masalah2 yg tak best!huhuhu....

kemungkinan akan ikut akak aku ke johor esok atau lusa.tapi xsure lagilah.erk..apesal aku deactivate akaun fb tu? huhuhu...nanti la aku bukak balik.sory lah...takde org perasan kot aku buat macam tu...huhuhu;)

aku masih dalam proses mencari makna.jangan salahkan aku.kalau salahkan aku pon apa aku boleh buat.sungguh aku pening dan tak paham!silap itu menambah ilmu.itu yg aku pegang.
sebab setiap kesilapan yg berlaku, aku akan pikir balik dan selepas itu aku akan sedar bahawa aku telah silap.dan selepas itu cuba membaikinya.

sungguh...aku menangis dalam hati.aku penat.aku penat.aku penat.aku taknak laluinya!bolehkah.................aku nak sambung blajar!taknak mengajar lagi.tak layak!bolehkah?

ya Allah...engkau mengetahui apa yang terbaik untukku.segalanya aku serahkan pada kekuasaanMu untuk mengatur hidupku.aku tidak tahu apa yang terbaik untukku.hanya Engkau yang tahu.

Sunday, June 6, 2010

demam luka di jiwa.

assalamualaikum.
ades...semalam mengalami kecederaan di tangan sebenarnye.bengkak habis tangan kiriku.tak rase sakit sangat kot sebab sebelum ni pernah rasa yang lebih sakit drpd ni.
tapi...oh...kali ini aku rase mcm betul2 nak demam.
manusia...sampai bila kau mahu cari kesalahanku? kenapa aku? kadang-kadang aku rasa aku seperti anak kecil yg dipermainkan.kenapa???sebelum ni aku memang seolah-olah sudah kebal dengan puji maki manusia.tapi kali ini...kenapa aku yg menjadi subjek perbahasan?? kamu sudah melampau wahai manusia!

apa yg aku lakukan terhadapmu?? aku tak pernah mengusikmu,memujimu apatah lagi memakimu.namun atas dasar apa kamu tetap mahu lagi mengusik ketenangan dan kesabaranku.kalau manusia itu tahu bahawa aku begitu benci sekali berada di posisi ini!

aku takkan berhenti.ya..itu pasti sekali.aku tetap akan menjadi aku.puji makimu tak menjejaskan aku.yang aku kejar hanya redha Tuhanku.kamu apa tahu????!!namun mungkin aku perlu rehat sebentar.kerana kali ini aku memang diserang demam jiwa yg dahsyat. aku akan bangkit dengan lebih terang lagi.menangkis semua kata-katamu!bahawa apa yg aku lakukan bukan kerna manusia atau nama.

p/s: mata bergenang, kenapa emosi mahu dipujuk seperti anak kecil ni?? adoyai....
bulan...bidadari rindu padamu.;(
p/s: really need a rest..demam sampai tak boleh bangun dah rasenye ni.pening amat...fa iza maridtu fahuwa yashfiin.Allohu Alloh.

Tuesday, May 18, 2010

setitis air mata seulas senyuman.

assalamualaikum.setelah ditegur syu barulah aku sedar bahawa dah lama sgt aku tak hapdate blog.betulla....semakin byk tekanan semakin byk posting.duk kat umah ni w.pun tekanan ade tapi tak sehebat di sana.jauh dari orang.cepat sikit aku reda kalau stress or whatsoever.

take me away.kadang-kadang aku rase nak lari!sungguh!tapi aku dah janji dengan diri sendiri takkan berpaling lagi.ya Allah.kadang-kadang bila teringat aku boleh mengalirkan air mata dengan sendirinya.bukan tak redha.bukan tak sabar.cuma mengadu bahawa sesungguhnya aku memang lemah dan tak ada apa satupun jika tidak dibantu Allah.Arghhhh......tapisan demi tapisan.ujian demi ujian.takkan berhenti sampai mati.sekarang baru tersingkap hikmah segalanya.subhanallah!Allah menyediakan sesuatu yang terbaik buatku.cuma......mungkin perlu sedikit masa untuk aku analisis dan menyedari bahawa itu memang untukku...atau tidak.

rindu.ye....aku rindu.siapa tak rindu.tapi....mungkin ada hikmah tersembunyi.semoga dia terus maju.aku sangat gembira melihat kemajuan dan kebahagiaan orang yang aku sayang.bila aku dah buat keputusan, aku takkan berpaling lagi.semoga Allah redha dengan keputusanku.

takdir.takdir.takdir.hurmmmmmm......biar Allah yang selesaikan untukku wahai kamu!jika memang kamu, hatiku takkan teragak-agak lagi.yakinlah!

Monday, May 3, 2010

mengertilah!

assalamualaikum..
hari ke tiga menjadi surirumah sepenuh masa.sweet! mmg bizi la jugak sbb macam mak plak uruskan adik aku nan seorang tu.td pergi amik die kat IQT sbb die nk test motor.then ajak makan2, pastu balik rumah sekejap sbb nak amik brg2 die tertinggal..lastly hantar die kat IQT balik.

Alhamdulillah.dia lulus td.aku hepi..sebab dpt mengurangkan kerunsingan mak aku yg selalu risaukan adik.mak senyum td.aku hepi giler!ah....moga jalan adikku makin terang slps ini.aku akan cuba jadi kakak yang terbaik untukmu!

ah....langsung takde kaitan ngan tajuk kan? entahlah...ketakutan makin terasa.aku takut!aku takut! ya Allah...mudahkanlah....manusia takkan faham.itu aku sudah biasa.si polis cinta! ah! pegangi hatiku ya Rab...aku takut untuk melukakan. tolong jaga aku!permudahkanlah agar semuanya terlerai.kadang2 aku pk...aku tak sanggup lg...oh...oh...;(

Wednesday, April 21, 2010

the rest is still unwritten.....

assalamualaikum.....

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan??? terasa sedikit kelelahanku terurai...Maha suci Engkau mendidikku dengan sebaik-baik didikan...Aku sayang Allah!

sungguh ya Allah...sedikit terubat...aku tau ini bukanlah satu pengakhiran buatku..malah satu awal sebuah cerita baru yang bakal dilakar untuk membuatku semakin teguh berdiri.maha suci Engkau ya Allah...subhanallah...aku tak mampu lagi mengingkari janjiMu...terasa sungguh bahagia menjadi hamba..apa yang aku mahu lagi selain menjadi hambaMu??? tiada lain..tiada lain...

apa yang terjadi selepas ini...sesunnguhnya aku kena hadapi...cabaran keluar selepas ini lebih dahsyat daripada hentakan emosi yang pernah kualami sebelum ini.Kuatkanlah aku ya Allah..tetapkan kakiku.aku hamba..kadang-kadang aku goyah...kadang-kadang aku lemah...namun itu tak bermakna aku tewas...cuma perlukan sedikit kekuatan untuk membina diri..

adikku sayang...ini permulaan buatmu...aku berusaha membuka jalan buatmu...namun kau harus berdiri sendiri..kau lelaki...kau harapanku..tanggungjawabmu lebih besar...bebananmu lebih berat...kesakitanmu sangat pedih...aku tahu itu.maka aku mohon kau terus belajar dan belajar dari kehidupan ini.aku janji takkan meninggalkanmu sendiri...aku terlalu sayangkan kamu!

Tuhanku..yang sentiasa bersamaku...jangan tinggalkan aku.jangan biar aku buat keputusanku sendiri.jangan biarkan aku.jangan biarkan aku.aku sangat takut jika jauh dariMu...

Tuesday, April 20, 2010

~saya jatuh cinta dengan natasha bedingfield!~

assalamualaikum

setelah dibuat bancian pada diri sendiri, semakin banyak tekanan, semakin rajin mengepost!hahahaha;) kalau xde ape2 aku bukan rajin sgt pon nk berblogging.rupenye banyak mende yang aku nak luahkan sampaikan rajin gile aku menulis.xpe..asal aku puas ati.hehehe..peduli la korang bace ke tak bace...asal aku bahagia.sekian.

aku telah menjatuhkan hati pada natasha bedingfield!;) lagu2 nye sgtlah sesuai dengan jiwaku ini...hohohoho....terpujuk hatiku.sedap3...i loikeee;)antara lagu yang menyentap ialah soulmate...yang mahu menjawab2 soalan-soalan korang dan ketidakpercayaan manusia2 ini....ntah ape2...


::soulmate::
Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone


terjawab?????? sekian.

lagu2 laen pon pergh jugak! unwritten..pocket full of sunshine, single, sedapppp..semua aku suke! sejiwe denganku...yeeeha!

Saturday, April 17, 2010

dalam jagaan!

assalamualaikum

alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah....selawat dan salam buat Habibil Mustofa...minggu yang semakin hari semakin pelik...pelik dan pelik...but sweet!

alhamdulillah..segala puji hanya buatNya...alhamdulillah....ketegangan ini hampir berakhir...i.Allah...langkahan i.Allah makin jelas...makin terjaga....;)

saya suka bila saya rasa selamat dan disayangi!

Ya Allah...tuntun langkahku...moga Kau pilih adikku menjadi hamlatul Quran..sedikit ketakutan..ah...ah...pilih adikku ya Allah...pilih adikku..

Wednesday, April 7, 2010

saya boleh rasa itu.apakah??

assalamualaikum....

sy boleh rasa awak kecewa dgn sy.sy blh rasa awk tertekan dgn sy.sy boleh rasa itu. betulke rasa sy tu??

wahai kamu yg telah ku lukakan perasaan tanpa ku sedar.aku mohon maaf.kadang-kadang aku fikir aku mahu jd biasa2 saja...yg normal orgnya...jgn terlalu expect tinggi padaku.aku tak mampu.

aku akan berusaha lagi.aku akan kembali lagi.aku janji.sekali aku jatuh.aku tetap akan bangun.takkan berpaling lagi.khilafku mengganggumu.aku tahu.doakan aku sahabat!
jangan penat untuk mendoakan aku.kerana aku berbolak balik hatinya!

kadang-kadang aku benci berada di posisi ini.aku tak suka dikenali.aku tak suka diberi perhatian.inikah harga yang perlu aku bayar??? sejauh mana aku mampu melangkah sedangkan aku seorang perempuan??? perlukan bimbingan kerana akal senipis rambutku!

Monday, April 5, 2010

aku akan rindu akan bandar ilmu ini!

assalamualaikum...

Semalam berakhirnya kerja-kerja yang menggila sem ni. perbentangan sains kehidupan di ibu zain berjalan dengan lancar.walaupun sedikit cuak kerana tetibe kene bentang.aku rabun.buat malu je nk tgk slide pon susah..tp still oke la agaknya...hohoho...

mase perbentangan may msj nak datang kolej.hurrmm..then balik bentang pergi kat may ajak makan2 kat BBB..macam biase la...hehe;) then pas maghrib may pon balik USIM. aku teruskan langkahan ke annur.

best!cerita pasal khalifah2...sejarah tamadun Islam.i looike!tambah-tambah yang sampaikan kuliah org Terengganu..hehe...bukan asobiyah...just nice;)ari khamis ni sekali lagi sheikh nuruddin datang..Tuhan...tolong aku..aku nk tgk muka sheikh..aku nk tgk muka org alim...sape nk ganti aku mengajar lagi.pasni aku tak tau sempat x lg aku nk tgk....Tuhan...tolong aku,,,,hari tu aku hanya sempat solat skali...sbb nk kejar masalah tesis!memang cuak gile time tu.nak marah ng lecturer time tu! tp aku saborkan diri.mungkin niat aku tak brape betul or what so ever menyebabkan kehadiranku terhijab dari mengadap sheikh yg alim...;(

tinggal beberapa minggu je lagi untuk aku kutip sebanyak-banyaknya ilmu dan kenangan di bangi ni.ya Allah...aku cinta bumi bangi ini.bumi bertuah bagiku.juga bertuah untukku yang ditempatkan di perbukitan ilmu ni.sedih...sungguh sedih...sebab lepas ni aku tak tau aku masih berpeluang untuk ke majlis taman-taman syurga lagi atau tak. selepas ini akan timbul pelbagai kekangan.siapa mampu memahami kegilaanku ini! ade yang mengatakan aku takde perasaan.ye ke? bukankah ini satu perasaan yang kuat? kegilaan yang nyata??? oh...aku tidak faham!

aku sedih akan meninggalkan bumi ini.memikirkan soal masa depan membuatku takut sangat2.yelah...sape tak takut.walaupun kita tak tahu bila kita akan mati but perancangan mesti kene ade kan? aku?? ntah,,,,blur je rasenye! tak terlepas juga memikirkan soal pasangan hidup.(normal la kan?? ahaha)

rahsia Tuhan..aku langsung tak tahu.huhu;) kuatkan doa dan terus berdoa.semoga Tuhan kurniakan yang terbaik buatku,duniaku, akhiratku, syurgaku.Robbi la tazarni fardan wa anta khoirul waarisin...Tuhan...jgn biarkan aku sendiri..teringat pula kuliah semalam.aku mesti menjaga diri demi menjaga Al-Fateh yang bakal menggegarkan dunia.aku mahu melahirkan al-Fateh dari rahim suciku! Tuhan...izinkan aku...izinkan aku...aku mahu meramaikan umatmu.aku mahu menjaga al-Fatehku.Aku mahu menjadi ibu kepada al-Fateh yang membuka constantinople...Jagalah aku ya Allah demi keturunanku...demi umatmu yang bakal menggoncang dunia.

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.


p/s: aku pasti akan merindukan bandar ilmu ini!aku sangat pasti itu!

Saturday, April 3, 2010

stay c.o.o.l.........

assalamualaikum.....
hurm.....banyak yg nak dikisahkan.banyak yg berlaku.banyak duka dari suka. namun itulah yang menggembirakan.kerana nilai titisan airmata itu terlalu mahal. ku cinta air mata.hahaha.

ku pegang erat.setiap yang berlaku adalah didikan dari Tuhan.ku pegang erat. setiap yang berlaku kerana Tuhan mahu membentuk dan mendidikku menjadi manusia cantik. ku pegang erat. Tuhan menjadikan segalanya agar aku memahami. ku pegang erat. Tuhan sayang aku!

tak dapat aku nafikan.kadang-kadang aku berkecil hati.yang selalu memberi kadang-kadang ingin jadi penerima.bukan...bukan aku mengeluh..tapi terasa dicari hanya apabila mempunyai masalah.aku tahu.aku perlu bersyukur bila aku dituju. tapi itu tak bermakna aku tak mempunyai rasa untuk meluahkan.bukan bermaksud aku tidak mempunyai masalah.bukan bermaksud aku sentiasa tenang.bukan bermaksud aku tak perlu bahu untuk bersandar.terlalu ego jika aku sedemikian.ego...sungguh ego...

tapi aku tidak boleh bersikap sedemikian rupa.Allah selalu ada untuk memberi ruang sedar padaku.Allah selalu membuka jalannya agar aku tak mengeluh.Allah selalu melapangkan ruangku agar aku sedar bahawa Allah telah memilihku. untuk melalui jalan ini.walau sesukar mana rasaku..walau sepedih mana rasaku...Allah selalu memujukku...Allah selalu memanjakanku...aku tak perlu gusar!selagi Allah bersamaku.

cuma aku mohon...jangan terlalu mengandaikanku terlalu kuat.aku mohon..anggap aku manusia biasa.aku mohon...aku hanya seorang manusia biasa.itu sahaja.aku juga punya rasa! aku juga perlu dipujuk rasanya yang makin hari makin hilang deria rasa...oh Tuhan....kembalikan rasaku!

Friday, March 26, 2010

aku rindu nasihat!

salam...
di dalam keramaian aku masih merasa sepi...ohoho...mukaddimah baek punya. entahlah..kenape dengan aku ni? something wrong with me?? sbnrnya aku sgt merindukan org yg mahu menegur tingkahku, langkahku, percakapanku. agama terbina atas dasar nasihat. aku sebenarnya bukanlah terlalu kuat untuk menasihati yg terdekat. aku rindu nasihat! nasihat yang mengalir dalam tubuh yg mempunyai ruh Islami. yang menyayangiku kerana Tuhan!

aku penat. sangat-sangat penat.siapa cakap aku tak penat? siapa cakap hatiku sentiasa tough dan kuat? siapa cakap aku tak perlukan nasihat. aku terlalu perlu itu. terlalu....hatiku rapuh saat ini. Tuhan....bantu aku. Aku rindu rahmatMu.Aku rindu mahu sujud padaMu dengan jiwa hamba. Aku rindu Tuhanku!

bukan masalah asigment atau ape2 yang aku rasa remeh. namun seolah2 gelombang baru pula yang muncul dlm hidupku.penat.sgt2 penat.nak berpaling.tak mungkin. entahlah. keliru kembali bertandang.aku tak suke bile aku konfius!

beriktikaf di annur tadi sempat membuahkan ketenangan yang tak terungkap. tiada majlis ilmu sebab ade tadarus di surau laen.ramai jemaah ke sana.so..aku amik peluang untuk bertadarus dan berfikir sedalam-dalamnya. sampailah penat dan sempat pulak terlelap.haha.penat seyh! seronok sebab kosong je annur. yang ada hanyalah makcik2 dan tabligh2 kat situ. entah siapa lagi aku tak perasan.

aku..bagaimana kesudahannya? terlalu banyak yang kufikir menyebabkan aku jadi pusing! tak layakkah aku?? ada apa denganku?? terlalu tiada padaku.sungguh. aku tak punya apa-apa.dibandingkan dengan sahabat-sahabat.kosong! aku tak mampu membawa keluargaku. aku tak mampu menjaga keluargaku dari api neraka. aku tak mampu menasihati mereka.aku tak mampu membawa mereka.aku..aku..aku...aku...aku tak layak!

Tuhan...bila ketidakberdayaan ini hadir dalam hatiku..Kau sertakanlah kekuatannya sekali.Tuhan..bila keputus asaan menjengah rasaku...Kau berikanlah aku sinar.Tuhan..bila aku terlalu rasa rendah dan rendah...Kau tinggikanlah ya Allah. Tuhan...aku hamba.aku hamba.aku hamba.aku hamba.aku hamba.Aku terlalu memerlukanMu mengiringi langkahku.Beri aku kekuatan untuk memegang erat kitab dan sunnah. agar aku tak tersesat selamanya!