Showing posts with label my view. Show all posts
Showing posts with label my view. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

TAARE ZAMEEN PAR (star on earth)



Slm..sesungguhnye aku bkn mahu mengajar bahase hindi kat cni..hehe..aku baru saje perabiskan 17 episode cite yg bertajuk kat ats..KEPADA BAKAL2 GURU..SAYA MENYERU ANDA UNTUK MENONTON CERITA INI DI YOUTUBE DARI EPISOD 1-17..kenapa?? sebab cerita ini mampu membuatkan sy menangis secara sopan dalam keharuan..hehe=) cerita pasal seorang budak yg ade penyakit dyslexia(xtau betul xejaan ni) kalau nak tau ape maksud penyakit tu..cari sendiri kat internet..malas nk explain..

Kesungguhan cikgu amir khan mencungkil bakat yg luar biasa ade pd si bdk kecik ni aku tabik spring…sebab cikgu amir khan ni mengalami penyakit yg sama..betul la..org yg mengalami tuh lebih memahami kan? Kesian sgh dekat budak name Ishaan ni..bukan die xpandai..mesti tekanan gile kalau kene kat ats batang hidung sendiri..hatta parents die sendiri pon xpaham ape sbnrnye penyakit anak die yang macam dianggap bodoh, nakal dan sukar diajar ni.
Part yang best time si Ishaan tu menang ptndingan melukis kat skolah die..then die peluk cikgu Amir Khan yang banyak membantu die..cikgu Amir khan ni sensitif dan penyayang die lebih sikit..best la seposen cite ni..hehehe..

Syu: aku tgk dh cite ni..xnangis sebaldi pon..siap mu!hehehe..lupe lak..thanx 4 the cunnest header in the world!

p/s: sambil2 wat tesis sempat lagi layan Hindustan..huh..

Wednesday, September 23, 2009

:CINTA SEMPURNA:


Hola..como istas? Hehe..cakap Spanish lak..macam la pandai sgt..hurm..banyak event jgk sepanjang cuti raye ni..jadi aku xtau nk fokus yang mane aku nak elaborate..huhu..tapi aku rase kalau ikut tajuk kat atas tu..so..aku cerite pasal tajuk jela..cinta sempurna..hadehh..ingat pulak aku cakap kat kawan2..nanti aku nak buat novel tajuk CINTA PACEROH..haha..bdk2 ni kate..awal2 lagi dah kene rejek..sebab tajuk sedap sgt..:) sebenarnya aku baru habis tengok cerita tajuk cinta sempurna.. cerita yang menarik dan sesuai untuk ditonton semua lapisan..cecece..promote pulak..:) pada awalnya jalan cerita agak slow je..then bile part ustaz nazir masuk..tetibe je cerita tu jadi best..soalan-soalan shila tentang agama dengan penuh provokasi..kenapa kena pakai tudung? Bukankah rambut tu anugerah dari Tuhan yang patut kita tunjuk jugak? Kenapa kena solat 5 waktu? Tentang tujuan hidup dan matlamat hidup..tentang cinta dari sudut Islam (kan aku dah cakap cinta paceroh..hahahahaha) aku seronok tengok cerita ni..sebab dipaparkan ustaz nazir ni seorang makhluk Allah yang biasa yang diuji Allah sesuai dengannya..yang diuji keihlasannya dalam berdakwah..yang diuji dengan seorang perempuan…part ustaz akhil masuk pon aku rase macam best jugak..bab-bab mujahadah ni..korang tengok sendiri la cerita ni kat youtube oke? Feel sendiri la…ayat yang best dalam cerita ni suke sangat ulang-ulang ayat buku tajuk THE SEVEN HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE by Stephen Covey tentang habit yang kelima SEEK FIRST TO UNDERSTAND THAN TO BE UNDERSTOOD..aku cuba nak memahami korang..sudi x? hahaha..(korang xkan dapat paham aku punye..sbb aku kan anak November..sukar difahami..haha)

Cinta sempurna-yuna
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurna sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

p/s: tak ada cinta sempurna melainkan cinta Allah pada hambaNya..tak mengharapkan apa-apa..indahkan Islam?? Tapi sebagai manusia, jangan pernah putus harap untuk mendapatkan cinta sempurna..:)

Friday, June 12, 2009

doakan aku sahabat....


“ Sahabat”
Aku mengangkat kening. Kenapa?
“ Janji pada aku dua perkara” Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
“ Pertama, ingati aku dalam setiap doamu”
Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.
“ Kedua?”
Zaman menarik nafas sebentar. “ Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku”
Hati terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam. Bicaranya menyengat. Besar sungguh harapannya. Takut sungguh dia akan kerosakan dirinya. Sememangnya, keimanan manusia ini akan diuji. Dan bagi yang telah merasai kemanisan iman itu, memang dia akan merasa sayang untuk melepaskannya. Mungkin, Zaman sedang merasakan sesuatu yang serupa. Takut teruji dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“ Sahabat” Zaman berbicara lagi.
Aku memandang matanya. Tanpa suara, aku bertanya dengan mataku, kenapa?
“ Jangan kau asingkan diriku dari kehidupanmu”
Ketika ini, air mata meleleh juga. Tangan Zaman yang menyentuh dada, kupegang dan kudekatkan tubuhnya kepada diriku. Dia kudakap seeratnya.
“ Zaman, aku janji dengan kau. Janganlah kau risau macam ini. Kau buat aku sedih”
Dan aku tahu, Zaman sedang tersenyum, bersama air matanya yang meleleh juga. Entah kenapa, aku dapat merasakannya.
“ Tak sangka, Saifullah yang gagah dan tegas ini, mampu melelehkan air matanya juga”
“ Kau perli aku?”
“ Aku bercakap yang benar sahaja”
Aku tersengih. Sempat lagi bercanda.
“ Saifullah”
“ ya”
“ Uhibbukafillah” Aku cintakan kamu kerana ALLAH.
Hati seperti disapa salju.
“ Uhibbukafillah aidhan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Satu janji terpatri. Di hadapan panorama ciptaan ALLAH yang indah lagi menyentuh hati.

**************************************************************************

aku jumpe kisah ni dalam langitilahi.com
terfikir-fikir...muhasabah diri sikit...teringat kepada seorang shbtku ini..yg berada jauh drku..aku tetibe diulit rindu yg bersangatan pdnya..aku berdoa supaya dia xpernah lupakan aku dalam doanya...sentiasa hulurkan tangan padaku tika aku jatuh dan dia xpernah mahu mengasingkan aku dari kehidupannya..kerana..aku amat takut jika Allah mengujiku dengan sesuatu yg tidak mampu aku tangani dengan hikmah..dan dengan doa itulah yg bisa menjadi kekuatan padaku! aku sentiasa doakan kamu! itu janjiku!

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Hujan itu memang rahmat. Hujan melegakan jiwa. Apa yang lebih baik selain basah setelah terbakar? Dan apa yang lebih tenang selain mendengar rintik hujan daripada mendengar cemuh-keluh-kesah manusia yang tidak pernah bersyukur..jangan berhenti memberi. Usah pertikai balasan yang bakal kamu terima...




dedikasi khas buat sahabat dihati dan disisi...

cik syidah
cik kinah
cik teha
cik yuha
cik ziey
cik dya



dan semua shbt2..xkire ade blog ke x..saje nk promote blog kengkawan...hehehe..saje post last sblm naek bas mlm esok..xtau bile pulak boleh ngadap internet lame2 sbb mgu depan dah start ngaja..tmbh2 mgu first ni maybe kene ngaja full seminggu tuisyen malam..sbb ustaz yg ngaja tu ade keje..lau rajin aku bawak laptop pegi skolah..tapi aritu dah bawak skali..xsempat nk bukak jugak..huhu...ade baeknye xpyh bawak la kan..okelah..salam sayang dari ustazah=P

p/s: actually sedih sbb naek bas sorg2 mlm esok..hehehe..layan blues la dalam bas tu karang..sungguh sedih saya ini..ngeh2..life goes on! aja aja fighting!

Tuesday, June 9, 2009

suka berfikirkah saya??



mlm ni aku belek2 buku tajuknye berfikir cerdas dan bijaksana..huhu..suke berfikir ke aku ni? ke suke berkhayal..?? ngeh2..




karya ahmad tarman kasim ni bagus jugak..sbb die gabungkan tentang pengertian hikmah..hikmah dalam al-Quran& sunnah, ilmu & hikmah, hubungan keduanya dengan akal.. nice book..manusia ni ada 2 kekuatan; KEKUATAN MEMAHAMI DAN KEKUATAN MENGGERAKKAN..
dalam tu banyak ditekankan tentang hikmah dalam setiap perbuatan..susah x hikmah ni ye?

Jika kita membayangkan hikmah seperti sebuah kebun, maka kebun tersebut mempunyai pagar yang membatasinya dari yang lain. segala sesuatu yg berada di pagar adalah bhgn drpd kebun, dan yg luar drpdnya adalah bkn dr bhgn. supaya kita memperolehi hikmah maka tingkah laku tdk boleh keluar dr ruang lingkup batas yg ditetapkan.



ali berkata: ambillah hikmah dari mana saja. jika hikmah berada dalam dada org munafik,dia resah, hingga keluar dan menempati tempatnya yg tepat dalam dada org mukmin"

apakah kita terfikir utk menghilangkan brg yg sgt berharga? tentunya kita pernah hilang sesuatu yg berharga dan mencarinya dgn penuh kesungguhan. itulah halnya HIKMAH
bagi org mukmin..tdk penting ia pd siapa, bgmana dan di mana.. yg penting ialah hikmah itu sendiri..bahkan ada yg mengungkapkan"ambillah hikmah walaupun dari orang gila!"


Isa berkata: Jika engkau mendapatkan pelita yg menyala dgn minyak ter di mlm yg gelap gelita, engkau pasti menggunakannya. asap bau yg ditimbulkannya tdk akan mencegahmu dr menggunakannya. demikian juga engkau harus mengambil hikmah dari siapa saja di mana hikmah itu berada. dan jgn smpai penyalahgunaan hikmah yang dilakukannya mencegahmu utk mengambil hikmah darinya"

p/s: carilah hikmah...kurniakan kami hikmah ya Allah..semoga setiap apa yg menghadang jalan kami akan kami dpt laluinya dgn fikiran yg jernih dan lapang dada..:)

Sunday, April 19, 2009

::BAKAL USTAZAHKAH AKU??::



salam alaik..hari sabtu baru ni kami dah dpt buku persediaan mengajar utk praktikum...dgn exam dan sedikit kesulitan yg melanda diri baru-baru ini aku jd xsempat utk memikirkan tentang praktikum.bersediakah aku utk menjadi seorg pendidik?bersediakah aku menjadi pembimbing anak-anak didik?? bersediakah aku menjadi kakak(?) yg baek kpd mereka?? sungguh aku pening!merenung kembali tentang konsep 5M yg dipelajari utk bakal ustaz ustazah...

1.muallim
2.mudarris
3.muaddib
4.murabbi
5.mursyid

waa...xlayaknye diriku ini!aku sgh takuuutt...aku cukup ke sifat2 ni??




kat atas ni sbnrnye gambar ust ku..sungguh aku rindu pd ustaz ustazah kat SMAASZA dulu..igt nk upload semue gmbar, tp gmbr ni je ade lam laptop ni..oh Tuhan..baiknye pendidikku semua!rahmati mereka...

خير الناس انفعهم للناس


sebaik-baik manusia adalah manusia yg bermanfaat bg manusia lain.. bolehkah aku memberi manfaat kpd anak2 didikku nnti?? cabaran yg bakal menanti selepas ini cukup besar sekali..aku akn diasak dgn pelbagai soalan-soalan yg luar batasan akal..(ye ke?)dgn kedegilan dan kenakalan luar biasa..tak sanggup ku fikirkannya lagi..budak2 ni mesti nk tanye pasal fiqh kn?? owhh..cukupke kalau gune kitab fiqh manhaji 8 jilid tu?? kene angkut semua kitab2 pergi sane..musti!xdilupe juge la tahzan utk menguatkan hati tatkala dirudung lemah yg teramat..hati mesti kuat!

wahai seorang bakal ustazah..bersedialah kamu utk menghadapi dunia sebenar yg penuh dugaan..niatkan pengajaran sebagai dakwah utk menyebarkan agama Allah.. tunjukkanlah akhlak terbaik demi Tuhanmu yg menciptakan!sampaikan dengan penuh kasih sayang ilmu Allah itu...agar anak didikmu terkesan di hati..bukan di mata semata2..

ballighu anni walau aayah..sampaikan..sampaikan..

ya Allah..Tuhan yg memiliki keindahan langit dan bumi, yg mempunyai kehebatan, kebesaran dan kemuliaan yang tdk dpt dicapai oleh makhlukNya, aku mohon ya Allah, dengan cahaya wajahMu, agar Engkau pastikan hatiku sentiasa mengingati kitabMu seperti yg telah diajarkan kpdku, anugerahkanlah agar aku membacanya menurut cara yang ia mahu dariku..amin..

mafhum hadith: daripada Abu Darda' r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yg muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya seorang malaikat (pesuruh)setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin!dan bagi engkau kebaikan yang sama..(riwayat Muslim)


p/s: marilah kita sama-sama berdoa utk saudara kita...manfaatnye juga dpt kpd kita! ila huna intaha...huhuhu...(ayat ust mat sidi..igt x?):)

Thursday, April 16, 2009

BEAUTIFULLY IMPERFECT....


hurm..petang-petang ni rajin pulak aku buat researh sal kemanusiaan..kwn2 kuo pegi mkn..so..aku mule mencari bhn2 modal insan ni..terjumpa satu video yg menarik..walaupun bkn org Islam yg ckp lam video ni..tp its really touching n make me think about beautifully imperfect..keindahan ketidaksempurnaan..sangat2 betullah..kalau terlalu sempurna itu bukan manusia namanya..begitulah dlm hidup manusia..keindahan itu ada pada sifat2 tertentu yg tdk sempurna yg ada pd diri seseorang..cthnye kepelbagaian sifat spt ckp banyak ke..nakal..statik..slumber..skema.. or evriting..bile ia hilang dari kita, kita pasti akan terasa kehilangannya..ketidaksempunaan itu sgt indah utk kita.. sesuai untuk kita sebagai manusia biasa..juga dalam kehidupan berkeluarga..ibu yg kuat berleter itu suatu keindahan..ayah yg pendiam itu suatu keindahan..adik beradik yg pelbagai ragam itu satu keindahan..kerana itu bermakna kita mempunyai sebuah keluarga..its beautifull thing!dalam video tersebut ia mengisahkan seorang wanita yg baru kehilangan suami..wanita tu pun bg ucapan terakhir utk suaminya...tentang sifat2 suaminya yg agak tidak sempurna yang menjadi suatu kesempurnaan padanya..yg akan dirinduinya..kerana sifat2 itu yg menghiasi kehidupannya sehari2.yang menjadikan hidupnya lengkap...hurmm..blh amik byk istifadah dr video ni..last2 die berdoa semoga anak2 dia akan temui partner yg bakal menyempurnakan hidup anak2 nya spt dia temui ayah mereka.indah bukan bermakna sempurna..indah itu melalui bagaimana kita melaluinya..menghargainya...hurmm...its touching! leh tgk sendiri video ni...

http://www.youtube.com/watch?v=1eT0oTH15Tk&feature=related

p/s: sesungguhnya Yang Maha Sempurna itu adalah Allah, Tuhan pencipta makhluk..renungi dalam diri yg penuh kelemahan..jadikan setiap yg hadir dlm hidup adalah keindahan yg perlu disyukuri!

Friday, April 10, 2009

A Friend in Need is a Friend Indeed..




Myna was flying home one evening. After a lot of effort she had finally found a delicious worm. It was late evening and her young ones would be waiting eagerly for their dinner. Suddenly Myna heard a shrill scream. It was Mr. Ant, calling out for help. He had fallen into a stream and was struggling to keep afloat.
Myna flew down to see if she could help Mr. Ant. She realized that she could save him. All she had to do was throw Mr. Ant a lifeline and haul him up to safety. But if she opened her beak to pick up a string, the hard-found worm would fall out. Besides it was getting late. On the other hand, if she left Mr. Ant in the stream, he would surely die...smbung crite ni ye..


hurmm..aku terjumpe crite ni time cari bhn untuk proposal..tetibe rase berminat nak smbung...ntahla..camne aku nk buat ye? actually dgn rendah hati, dengan penuh harapan agar Allah membantu, kalau puan Myna tu aku(burung tu la..)aku pasti akan selamatkan en. ant..(tmbah2 kalau encik ant tu mmg kwn baek aku) xpyh pk lagi dah.. mmg terus selamatkan encik ant..ala..setakat makanan dan kelewatan tu apelah sgt nk dibandingkan dgn nyawa seseorang, cume rungsing sikit anak yg sedang kelaparan menunggu mknn di rumah...xpe..suruh anak tu belajar sabar sikit(teknik pendidikan yg baek:)..lebih2 lg seorang kwn..dan lebih lebih lebih lagi kalau orang yg lemas tu yg hampir dgn kite...semoga Allah berikan aku peluang utk membantu..sbb aku nak jgk buat sesuatu utk kwn2 aku..(terutamanya yg terdekat dgnku..)Allah kurniakan kwn2 yg sgt baek kpdku..aku pn nk jd kwn yg baek jgk utk mereka.. terutamanya saudari ketenangan yg berada sebilik dgnku..paling hmpir sekali dgnku..juga w.pun jauh..saudari petunjuk yg berada di perlembahan nil..sungguh..aku xrase jauh langsung dgn die..huhuhu..saudari pembuka yg menjadi rumet keduaku..cian die..dr Za'ba mari ke kris mas skmo..jauh tu..sungguh aku amat menghargai kalian! sebab selalu di sisiku tidak kire dalam keadaan apa pun aku! terutamanya keadaan skrg..sungguh aku terlalu menyayangi kalian..semoga Allah berikan peluang kpdku untuk melakukan pengorbanan juga utk kalian( aku sgt jeles sbb korg sgh baek..byk sgh pahale kamu semue!)aku mahu jadi shbt kalian bkn shj di dunia..bahkan di akhirat..di hari saling menyalahkan...pohon pd Allah kite tetap saling sayang sampai syurga!INSYA ALLAH!!

p/s:cube try smbung cite kat atas tu..ape shbt2 nk buat ye?? jom share..SHARING IS CARING..hehehe..dont kedekut2 hapah nyior..:)