Tuesday, April 21, 2009
~MARI BERCERITA :)~ PISANG DAN HATI
Assalamualaikum.
Jangan makan hati, makan pisang banyak2 tak apa tak obes,
Tapi kalu makan hati walau nan sikit berbahaya dunia & akhirat
PISANG DAN HATI
Aishah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Aishah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Aishah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Aishah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Aishah
Aishah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.begitulah pelajaran ustazah pd hari ini..hehehe..anak2 buleh pk ape yg baek okkkey!
p/s:nk sambung sikit ngan kata-kata nk pujuk diri sendiri ni..boleh bace ramai2..:)
kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri... Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayati la pemberian dr ALLAH..pemberi nikmat teragung!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bagus btl anak2 murid mg.kalu aku xigt dh cikgu pesan mende terus telan je pisang itu..sape xseliur pisang??..hmm..
p/s: amboi2,semangat teh nk jd ustazah,ngajo molek2 deh..meluntur buluh biarlah dari rebungnye..
tu la ank murid ak..hehehe..mu mmg, bape kali nk ajo dh suh sabo..telang slalu..guane yg babel ngak ni..pulah linge kang..hehehe(mood ustzh zolim)
p/s:bkn smgt weh..membine keyakinan..sbb takut lajok..hehe..xbesedie lgsg
Post a Comment