Saturday, May 21, 2011

kerasnya hati.

assalamualaikum.

ya rabbi.
kenapa keras sgt hati ni???
banyak kena muhasabah diri lah.
semalam buat qiamullail dgn student2.
ade student lelaki yang beria2 sgt nk ikut.
so..diorang tidur kat asrama.
sblm tidur aku buat tayangan sikit.
palestin.
cakap2 sikit.ntah ape yg aku bebelkan...wakaka.
punyelah semangat budak ni nk qiam, pukul 3 dah datang kat surau.
adeh, aku dh ckp kul 4.30..terpaksa suruh pegi tidur balik.
sebab budak pompuan tak bangun lagi.
and then..pukul 4.30 diorang bangun.

solat sama2.subhanallah, seronok dgr diorang aminkan al-fatihah kuat2.
hahaha...malam tu aku dah brainwash cukup2 kat diorang.
awak kuat2 sikit bace ikut imam.
baru org takut n gerun..jin2 pon ikut solat skali.
mmg sound bapak punye kuat.
masuk plak ngan imam yg syahdu, amat terkesan!

serius, tengah malu ngan diri sendiri.
tak cukup bagus utk jadi seorang pendidik utk diorang.
adeh....diorang tak tau yang aku ni hampeh semacam je.
aduila...kena baiki diri nih!
teruk sgt nak jadi murabbi.
kalau gni la murabbi nk didik budak2 khali zihni ni.
malu.
malu.
malu.

semalam ade latihan firedrill utk bdk hostel.
kesian anak2 banat aku.
kena bantai ngan org iban.
"sempat lagi nak pakai tudung, kang mati terbakar baru tau"
"unduk laut"
macam2 lah..
diorang bengang.
kesian.
aku dah pesan,ape2 hal jgn tanggalkan tudung.
latihan awal utk anak2....sabar ye.
diorang dah lame takde pelindung...cikgu islam sblm ni tak bela diorang.
yg warden islam pon tak bela jugak.
hurmm....kena jadi pembela la plak skrg.huhu
kesian anak-anak aku.
nak amalkan Islam betul2 mcm genggam bara api.
ishhhhhhh..........kena tanam betul2 akidah dlm hati mereka.
agar slps ni mereka tak tergugat!
amin ya rob!

Monday, May 16, 2011

hari guru 2011

salam.
lame x menconteng arang di sini.hehe
rindu sgh nk coret pengalaman di sini.semakin pemalas ini orang daaa..
hari ni hari guru.hurmm....jika nk dibandingkan dgn semenanjung sgt jauh bezanya.
yelah...walaupun aku praktikal..sgt2 dihargai rasanya.sambutan sgt meriah.
zuqq keguruan itu naik tiba-tiba.
tapi jujurnya bila disambut hari ni..aku makin tak semangat pula nak teruskan misi asal.ya Allah...
aku tak boleh bandingkan mereka.pelajar-pelajar aku berbeza.kondisi berbeza.suasana berbeza didikan berbeza.aku tak boleh bezakan mereka! aku yg perlu didik mereka.ubah manusia bukan mcm ubah plastisin.aku perlukan seni, sabar dan teguh!

tapi bila baca kad-kad hari guru yang diterima hasil buatan tangan mereka, hati yg keras ini tersentuh juga.

"terima kasih ummi..kerana jadi sumber inspirasi utk ateh solat...walaupun subuh masih susah nk tunaikan"

"khas buat ummi tersayang"

haha...cam lawak kan? nampak macam tua sgt.but i'm really appriciate it.awal2 janggal bila stdent nk panggil cenggitu.macam tua sangat.tp bila dah ready aku mula bahasakan diri dgn sendiri.lantak la nampak tua pun.yg penting hubungan tu dibina.

RIBAT-banyak yang aku tak story pasal usrah untuk budak2 cni.alhamdulillah..tiap2 minggu aku akan adakan usrah utk bdk2...ikut hati malas jugak.tapi mengenangkan mereka nak...aku gagahkan diri jugak.

macam qiamullail jugak...korang tak rasa lawak ke bila budak2 berebut2 suruh aku dtg tidur surau lagi utk qiamullail? aku igtkan diorang dah serik aritu...rupanya suke plak diorang dgn qiamullail.ya Allah,,,,bersalahnya aku kerana tak sumbat betul2 dalam kepala diorang.

dalam hati berbagi-bagi.ya!aku nak sangat balik semenanjung!sangat2! tapi bila fikirkan diorang, fikirkan siapa yang akan meneruskan semua ini, fikirkan mereka nak bergantung pada sape lepas ni..aku tak sampai hati nak fikir lagi semua tu.sedih bila diorang tanya...ustazah ngajar cni sampai bila...takut betul pindah awal2...

ada sorang student tu..lelaki.sangat baik budaknya.aku tau dia mmg sygkan aku(perasan..haha) dpt hadiah gak dari dia sempena hari guru ni.siyes, aku sgt take care sal budak ni.masalah family, tp budaknya baik.nk jaga die sgh2 biar jadi orang.aku ade ckp kalau blh aku nk tgk diorang berjaya dulu baru aku nk tinggal...haha...xtau la jadi ke tak...lame beno nk tunggu tu.

sebelum ni student2 aku tak kenal qiamullail.tak kenal ukhuwah.tak kenal usrah.aku nak kenalkan bi'ah solehah pada diorang.aku tak diorang tau islam yg sebenar.sempatkah?

hurmm....itu saja kot utk hari ni.da lame xpost something.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA MURABBI TERUTAMANYA DI SMAASZA...USTAZ USTAZAH DI TERATAK THANAWI, LECTURER UKM..DAN SEMUA SAHABAT2 YG BERGELAR GURU.

May God Bless=)