Monday, October 10, 2011

" ustazah, kenapa ustazah tak masuk ustazah pilihan?"

assalamualaikum.
minggu ni macam-macam ayat pelik aku dengar dari student aku.

"ustazah,ikram cakap nk kawen dgn ustazah...dia ckp mcm ni...will u marry me?" -form 4
"ustazah, ade adik pmpuan tak? saya nak kawen dgn dia"- form 2
"ustazah, arshad tanya umur ustazah, dia nk kapel ngan ustazah"-form 2
"ustazah, kenapa tak masuk ustazah pilihan...kami nak vote nihhh" aahahaa...paling takleh blah betul la!

teringat aku tentang kata-kata ust kazim elias tentang susahnya menjadi perempuan.
yelah, tak kawen lagi, org ckp macam-macam.
dah kawen, macam-macam hal.aku mengakui hal itu.

teringat ayat waktu sekolah aritu. aku tak tau hadis ke ape.tapi aku rasa bukan.
LAISA NISA' WASATO TORIQ~ tempat perempuan bukan di tgh2 jalan, bkn utk tayangan.
rasa nak jawab mcm tu je bdk2 duk tanya kenapa tak masuk ustazah pilihan.
last-last aku senyum je.aku dah agak mesti diorang ssh nak faham apa yang akan aku terangkan pd mereka nanti.

memanglah ustazah pilihan tatau! hahaha...kan aku sorang je ustazah kat sini... :)
hari sabtu baru ni alhamdulillah aku berjaya memenuhi hajat student utk ke kampung mereka kat kuala tatau.best siot suasana.tenang, ada pantai.mak ayah diorang sweet sgt.perkampungan nelayan.

banyak ooo dapat belacan.xtau nk makan mcm mana tu.dapat ikan bawal yg bapak punya besar...hohoho...kesimpulannya seronok!

ala kulli hal, aku nak cari ayat terbaik untuk memahamkan diorang bahawa aku mmg ustazah yg telah menjadi pilihan Allah untuk mereka =) bukan utk tayangan di tv!

p/s:agak kelakar bila student berani tanya soal status! jawapan terbaik: dah kawen, anak 3! hahahahaha

2 comments:

nadia said...

napok gayo ustazah kena realitikan status tu...

ehsas jaded said...

amen ya rob! doakan! =P