Sunday, April 22, 2012

mesej hati?

"salam fizah, akak doakan Allah permudahkan semua urusan awak"

petang tadi aku dapat msj ni dari kakzifa.what the? @_@ did she know?? arghh~
aku tertanya-tanya sama ada dia betul2 mengetahui atau tidak.ataupun hati seorang kakak yang menyayangi yang mengetahui bahawa jiwaku mmg tidak tenang skrg ni.

then aku reply..
hurmm...akak tahu ape2 ke ni?

"insya Allah, apa2pun Allah mengetahui segalanya.Dia yang selayaknya menentukan apa yang terbaik untuk kita"

subhanallah!

speechless.
kebelakangan ini, aku selalu menerima kejutan.
mungkin seiring dengan kematangan usia, kurang sikit melatah.
dan mungkin juga, kerna Allah tahu, aku mampu menghadapinya dengan tenang.
Allah sayang aku,rindu tangisanku.aku tahu itu.
dan terima kasih ya Allah, aku redha dengan segalanya.
terima kasih ya Allah, kerana menghubungkan hati-hati orang beriman kepadaku.
sesungguhnya aku tidak layak.
selalu diuji, pedih hati, namun, di satu sudut, Allah mengurniakan kelapangan hati.
semoga hatiku kekal begini dan lebih indah lagi pada masa akan datang.
"ya Allah, kurniakanlah kepadaku kemanisan iman"

Saturday, April 21, 2012

Friday, April 13, 2012

sit-in now! haha

assalamualaikum.
sekarang aku sedang sit-in di dlm kelas.
nak buat RPH sangatla malas.
kerja tak jalan.
apuuuuuuuuuu...

mengulang-ngulang impian di dalam kehidupan di dunia.
apa yang aku terbayangkan di dalam kepala.
hanya satu.
aku ingin memanfaatkan tubuh badanku ini untuk Islam.
bukan untuk kepentingan diri sendiri.
setelah memahami hakikat hidup,
entah, aku jadi tak peduli pada itu semua.
yang penting ISLAM!
orang Islam, itulah tujuan yang sepatutnya disematkan di dalam hati.
untuk menjadi yang bermanfaat dengan sesungguh-sungguhnya.
ya Allah, aku rindu.
bagaimana mungkin impian ini dicapai tanpa bantuan dariMu.
ya Allah aku rindu.
bagaimana perjalananku selepas ini jika tidak dipandu olehMu.
ya Allah aku rindu.
kepada kedamaian yang merajai hati.
ya Allah aku rindu...


adakah perjalanan hidupku semakin susah selepas ini?
Allahumma yassir wala tuassir!
tolong aku ya Allah, buka hati keduanya.
T_T

Thursday, April 12, 2012

::FAITH::

kata seorang sahabat ibrah dari perjalanan semalam yang aku boleh ambil.

"kalau kita sabar dan redha, Allah nak kurniakan yg lebih baik dari yang kita jangka"
"istikharahlah, agar keputusanmu bersandar"
"musuh antara perkara terbaik adalah perkara yang baik"
"semuanya rahsia Allah, yakin, percaya dan lalui sahaja"
..........................................................................................................................................................................
aku?
menangis jela kerjanya.
haha^_~
bantu aku dalam segala keputusan yang akan ku ambil ya Rob!
demi akhirat dan duniaku.

Monday, April 9, 2012

hatiku bergetar lagi--------> tggjwb bertambah T_T


salam.
surat yg baru diterima semalam.
di sini, ia adalah perkara yg agak biasa sbnrnya.
bukanlah satu kebanggaan apabila mendengar lafaz syahadah itu.
namun, aku melihatnya sebagai satu tanggungjawab yg sgt2 berat.
orang Islam yg sedia ada pun sgt2 dahagakan ilmu pengetahuan dan contoh.
apatah lagi bukan Islam.

otakku mereng lagi.
berfikir lagi.
mana mungkin aku mampu uruskannya seorang diri.
ya Robbi.
mudahkanlah.
student2 selalu mintak, ustazah, kita buat ribat tiap2 malam ek?
apuuuuuuu..........aku takdak idea!
mana nak cari student yg tergila-gilakan usrah macam ni?
feenin jugakk...
kena kemaskan sistem usrah tahun ni.
thn lepas main2, tahun ni ambil tajuk berat sikit insya Allah, politik-politik sket! hehehe... ;p
doakanla ek,
Allahumma yassir umuurona, thabbit quluubana.

Saturday, April 7, 2012

down--------------> up up up!!!


ya Allah,
bila aku jatuh, jangan Kau jatuhkan aku lama-lama.
kerna nanti, aku jadi lupa bagaimana utk bangun kembali.
ya Allah,
bila aku jatuh, angkatlah aku dengan kasih sayangMu.
kerna jika Kau murka, aku jadi lupa bagaimana utk berdiri teguh.
ya Rabbi ya Karim,
ketika mana aku terasa seperti semua menghimpit ronggaku,
Kau berikanlah ruang utk aku rasa bahawa semua ini utk kebaikanku.
ya Rahim ya Rahman,
.....................................................................
.....................................................................
.....................................................................
gantikanlah semua kesedihan ini dengan kegembiraan berlipat kali ganda.