aku cinta padamu...
wahai laut yang bergelora
kerana aku bisa belajar
untuk kekal tabah ibarat pantai
biar dipukul ombak ganas
kekal menjunjung tinggi kasih setia
aku cinta padamu....
wahai gunung-ganang yang tinggi
kiranya aku bisa menjadi pendaki gagah
yang tak mudah menyerah kalah
biar seribu kali rebah..
aku cinta padamu....
wahai langit biru yang luas
kiranya aku bisa terbang bebas
menjelajah tanpa batas
biarpun kekadang kehujanan merintih
masih mampu pamer serikan wajahmu
dengan jalur-jalur pelangi
tanpa pernah ada jemu.
kecintaan ku pada laut luas
pada gunung ganang tersergam megah
pada hamparan laut membiru
aku bagai tenggelam rasa sebati bersama
betapa aku insan kerdil yang tak punya
membangkit keinsafan diri
pada PENCIPTA MAHA SEMPURNA
No comments:
Post a Comment