Sunday, February 8, 2009

ingatan pada diri

duhai jasad,

yang sering terlupakan asal usul

tak mengenal diri ,rasa sempuna

sedangkan diuji sementara di muka dunia

kau lupa,kau alpa,kau bersahaja, kau leka

kau masih berlari mengejar mimpi

sedangkan di cari ternyata ilusi

tiada yang kekal abadi...

Duhai jiwa,

yang masih bermenung di dunia yang lohong

apakah masih buta tuli dalam hati

masihkah lagi menipu diri sendiri

kau cuma penyewa alam semesta

namun terpukau dek sihir dunia...

Duhai hati,

yang terdetik rasa bangga

dilubuk hati sering bicara

bermegah diri riak diam berkata

lupa seketika pada Maha Pencipta

sedang diri tak tentu haluan

zahir tenang batin tak keruan....

Duhai minda,

yang masih melayang diawangan

lupakah dimana kaki berpijak

tinggi sayup langit dijunjung

atas nama diri apakah yang kita miliki?

minda masih berilusi, yang nyata berbeza

antara ada dalamnya tiada

apakah harta apakah amalan

akan dibawa sebagai bekalan?

Duhai jasad,jiwa,hati dan minda

berbaliklah pada satu kalimah satu syahadah

isikan hati dengan zikir ibadah

sucikan diri dari haloba,nafsu dan mahu

yang sering terlepas waktu mengabaikan MU.

No comments: