Wednesday, November 4, 2009
Allah sayang???
Allah sayang???
Slm…tidak tahu untuk memulakan dari mana…just aku tengah fikir-fikir…hati aku tengah kering kontang,,perlukan siraman iman dari ar-Rahman,,,,
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fajr,harus kita fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya…
ya..memang benar..ada yang selalu berpendapat bahawa nikmat dan lapang itu kemuliaan..aku terseksa dengan salah satu rasa yang telah Kau ujikan untuk aku ya Allah….terasa serba tidak kena!
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza…!! Nikmat itu ujian..bukan kemuliaan!!
p/s: bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu..yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu…pasti akan damailah hatimu..kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan dengan sia-sia..bukan Dia tidak tahu berkocak hatimu..tapi mungkin itulah yang DIA MAHU kerana Dia TAHU hati yang sebeginilah yang selalunya lebih :LUNAK dan AKRAB denganNYa…….sob…sob…sakok dada tobak r wase …..=(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
definitely right..do your best!
Post a Comment