Saturday, July 24, 2010

ramadhan bulan untuk menggapai ijazah taqwa.

assalamualaikum.

sedar-tak sedar rejab dah berlalu.
sekarang sya'ban.
aduh.
sekejapnye.
macam mane ni?
sempat tak agak2 nak speed laju-laju nak prepare nak masuk madrasah ramadhan ni?

puasa sunat pon jarang2..adoi..camne ni??
kene struggle betul-betul ni.
nanti pancit tengah2 ramadhan.camne?

struggle.
struggle.
struggle.

ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan ramadhan.
agar aku bisa merasai madrasah kehambaan.
agar sebulan itu mampu untuk aku menfaatkannya seluruhnya.
untuk kekuatan sepanjang tahun.
sepanjang masa.
sepanjang detik.
setiap helai nafas.


ijazah taqwa itu berada dalam bulan ramadhan.

what are we waiting for my dear?
let's prepare!
kemaskan puasa sunat.
solat sunat.
every single thing.
every heartbeart.


semoga kita bersedia!go..go...aja aja fighting!

Thursday, July 22, 2010

cinta dan couple tu sama ke?

assalamualaikum.

hurm...untuk merungkaikan kekusutan anda.
aku pelik betul bila orang samakan cinta dengan couple.
sama ke?
sama ke?
bagi aku tak sama.
ye!tak pernah sama!
cinta fitrah.
couple nafsu.

salah ke jatuh cinta? pelik betul la manusia ni.
jatuh cinta tapi tak couple..salah ke?
takde salahnye pun.
dah namanye manusia.memang fitrahnya begitu.
Islam tu bukan turun untuk mengharamkan fitrah.
tapi untuk mengawalnya.
dah namanya jatuh cinta.nak jatuh tu jatuhla jugak.
tapi ada caranya.
siapkan diri.
jangan berhubung,langsung!
tu je.
sekse la sikit.
alah, bukan lame pon.
aku sangat pelik bila manusia ini seolah2 si polis cinta.
lahh...jatuh cinta haram.haram.haram.tu je tau.
solusinye tak bagi.
hanya tahu perkataan haram saje.

dahlah.
budak kecik maen jauh2.
saya bukan kacau awak.
saya bukan buat sesuatu untuk awak percaya atau saya dihormati.
saya bukan hidup untuk cari redha awak.
awak suka atau tidak.
no choice!
adios!~fuh,,,,gaya macam marah je aku punye ayat.huhuhu

take it easy =)

Tuesday, July 20, 2010

maaf, blog bersepah.


assalamualaikum.

bagi yg buka link blog ni sy minta maaf ye.sedang merombak dan nak ubah sikit tentang blog ni.ingat nk kunci dulu.tapi xpelah....mari bersepah bersama saya.haha

dah lama sangat tak tukar templete dan perkakasan blog ni.saya sendiri pon dah naek bosan dan menyampah je ngan blog saya.so...saya berkeputusan nak jadikan ia seperti bayi yang baru lahir.tolong saya ya.awak yang pandai2 tu...boleh la bagi idea ye.

sebab kat feedgit nampak mcm ade org bukak jugak blog ni, so..tak jadi nak kunci lah..mungkin ade yg bace post2 lama.ambil bermanfaat sudah la ye =)

any idea?? share lah.memang blog ni bersepah.hehe=)

sedang memikirkan konsep dan warna yang betul2 saya suka serta mendatangkan ketenangan.pink ni macam terang sgt je.rupanya saya semakin sedar diri yang saya semakin tua.so...slow and steady la warnenye.udah2 la ribena2 sgt.menyampah!haha.

hurm...awak tolong saya ye? plisss!=)

cuba untuk memahami.


assalamualaikum.

saya tengah xpaham.
ye...saya tak paham.
kenapa apa yg saya rasa tak selari dengan yang saya lihat.
salah ke apa yg saya rasa ni?
hurmmm...

mungkin saya akan perlahan-lahan memahaminya.
saya akan cuba.
walau susah.
tapi betul ni.perasaan yang kuat.tapi kenapa feedbacknye jauh benar dari rasa ni.
hurm...saya kene muhasabah.
mungkin saya yang silap.
ya.kita tetap berbeza peranan.maka di situlah letaknya lengkap melengkapi.
cuba memahami.ya!
terus cuba dan cuba walaupun saya memang sangat tak paham sekarang!!~agak marah~huhuhuhu...

saya pening dengan kamu.sekian.

Saturday, July 3, 2010

bahagia.apa yg kamu istilahkan sebagai bahagia?



assalamualaikum.
bahagia.hurm...apa yang anda istilahkan sebagai bahagia?? rata-rata akan menyatakan bahawa aku ni happy go lucky.takde masalah.ye ke? sape cakap? huuu...

manusia tu rasenye bukan manusia kalau takde masalah.yang penting cara handel dan cara penerimaan terhadap masalah tu.just that.its about your heart.your faith.your believe! tapi untuk mencapai tahap tenang tu ia perlukan 'tarbiyah' dari Allah.ujian-ujian untuk latih diri jadi 'cool'.ia takkan dapat mudah-mudah.ingat tu.

pernah dengar kisah cawan yang dibentuk.dibakar,diketuk dicair dan sebagainya sebelum jadi cantik? its just like that sayang.sakit hati yang kamu rasa sekarang, luka pedih yang kamu rasa sekarang...akan jadi manis selepas ini.kenapa? tarbiyah ujian.itulah dia.membuatkan hati kamu tegar.membuatkan kamu teguh.percayalah!

one more...pernah dengar kisah bagaimana segenggam garam yang dimasukkan ke dalam gelas dan perigi.jadikan hati kita seluas perigi, maka kemasinan garam tak terasa! lapangkan dada.terima dengan hati terbuka.inilah yang dinamakan REDHA. lebih tingkatannya dari sabar tau!;)

sebenarnya semua berbalik pada keimanan.

just hayati lirik lagu ni.

hakikat bahagia.UNIC

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki