Wednesday, November 11, 2009

1.19 a.m 12 november 2009

Hari ini genap umurku 22 tahun..hari khamis..hari yang sama aku dilahirkan 22 tahun yg dulu.....tibe-tibe aku dikenakan penyakit tak boleh tidur..huhu..aku yang nyenyak tidur ini tibe-tibe terbangun kerana mendapat mesej2 dari sahabat-sahabat…mendoakan kebaikan atasku….terima kasih! Ohh…tiba-tiba hatiku jadi sangat tidak tenang malam ini..kenapakah? aku tidak mengerti…lalu kutunaikan nasihat seorang sahabat…solat hajat katanya…mungkin Allah mahu memberi petunjuk..petunjuk pada apa? Aku sendiri tidak tahu…

Tapi yang pasti..aku tidak tahu mengapa aku boleh menangis teresak-esak mengadu pada Tuhanku Yang Maha Penyayang malam ini…mengadu kelemahan yang ada padaku..mengadu tanggungjawabku semakin berat…mengadu amanah orang kesayanganku padaku yang tidak mampu aku tunaikan…sehingga dadaku terasa begitu sakit….lemahnya aku Tuhan!....

Sungguh…aku mengadu pada Tuhanku Yang Maha Penyayang..Tuhanku Yang Maha Penyayang sentiasa ada denganku..mendengar pengaduanku..oh….Terima kasih Tuhan! Tuhan..beri aku ketenangan….Tuhan..yakinkan diriku bahawa aku mampu..Tuhan…beri aku kekuatan…Tuhan..amanah kasih sayang yang Kau berikan padaku menyakitkanku…kerana kutahu..aku perlu berbuat sesuatu dengannya….oh………………………………………………………………aku sangat takut!

p/s: kupohon ya Allah..kurniakan apa yang aku perlu...bukan apa yang aku mahu..kerana kutahu..segala yang Kau berikan adalah yg terbaek untukku..walaupun kutidak nampak hikmahnya buat masa sekarang...maka kau kurniakanlah hatiku redha dan lapang dada menerima segalanya...agar semakin kuat pergantunganku padaMu...agar kusedar aku seorang HAMBA!

4 comments:

Mami Hadeef said...

salam.. hepi besday izzah!!! semoga panjang umur dan murah rezeki.. semoga apa yg dihjati dimakbulkan ALLAH..

ehsas jaded said...

salam..thanx dear aniem syg...jgn lupe doa aku dpt tok laki soleh mcm mu jugokk..huhu=))

Anonymous said...

awek mesir
huhu.. doa peting tu.mane buleh lupe!!

ehsas jaded said...

Allahumma zawwijna zaujan soolihan warzuqna rizqon hasana:))