assalamualaikum...
Semalam berakhirnya kerja-kerja yang menggila sem ni. perbentangan sains kehidupan di ibu zain berjalan dengan lancar.walaupun sedikit cuak kerana tetibe kene bentang.aku rabun.buat malu je nk tgk slide pon susah..tp still oke la agaknya...hohoho...
mase perbentangan may msj nak datang kolej.hurrmm..then balik bentang pergi kat may ajak makan2 kat BBB..macam biase la...hehe;) then pas maghrib may pon balik USIM. aku teruskan langkahan ke annur.
best!cerita pasal khalifah2...sejarah tamadun Islam.i looike!tambah-tambah yang sampaikan kuliah org Terengganu..hehe...bukan asobiyah...just nice;)ari khamis ni sekali lagi sheikh nuruddin datang..Tuhan...tolong aku..aku nk tgk muka sheikh..aku nk tgk muka org alim...sape nk ganti aku mengajar lagi.pasni aku tak tau sempat x lg aku nk tgk....Tuhan...tolong aku,,,,hari tu aku hanya sempat solat skali...sbb nk kejar masalah tesis!memang cuak gile time tu.nak marah ng lecturer time tu! tp aku saborkan diri.mungkin niat aku tak brape betul or what so ever menyebabkan kehadiranku terhijab dari mengadap sheikh yg alim...;(
tinggal beberapa minggu je lagi untuk aku kutip sebanyak-banyaknya ilmu dan kenangan di bangi ni.ya Allah...aku cinta bumi bangi ini.bumi bertuah bagiku.juga bertuah untukku yang ditempatkan di perbukitan ilmu ni.sedih...sungguh sedih...sebab lepas ni aku tak tau aku masih berpeluang untuk ke majlis taman-taman syurga lagi atau tak. selepas ini akan timbul pelbagai kekangan.siapa mampu memahami kegilaanku ini! ade yang mengatakan aku takde perasaan.ye ke? bukankah ini satu perasaan yang kuat? kegilaan yang nyata??? oh...aku tidak faham!
aku sedih akan meninggalkan bumi ini.memikirkan soal masa depan membuatku takut sangat2.yelah...sape tak takut.walaupun kita tak tahu bila kita akan mati but perancangan mesti kene ade kan? aku?? ntah,,,,blur je rasenye! tak terlepas juga memikirkan soal pasangan hidup.(normal la kan?? ahaha)
rahsia Tuhan..aku langsung tak tahu.huhu;) kuatkan doa dan terus berdoa.semoga Tuhan kurniakan yang terbaik buatku,duniaku, akhiratku, syurgaku.Robbi la tazarni fardan wa anta khoirul waarisin...Tuhan...jgn biarkan aku sendiri..teringat pula kuliah semalam.aku mesti menjaga diri demi menjaga Al-Fateh yang bakal menggegarkan dunia.aku mahu melahirkan al-Fateh dari rahim suciku! Tuhan...izinkan aku...izinkan aku...aku mahu meramaikan umatmu.aku mahu menjaga al-Fatehku.Aku mahu menjadi ibu kepada al-Fateh yang membuka constantinople...Jagalah aku ya Allah demi keturunanku...demi umatmu yang bakal menggoncang dunia.
Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.
p/s: aku pasti akan merindukan bandar ilmu ini!aku sangat pasti itu!
2 comments:
wow..melahirkan al-fateh..izzah nak jadi ibu ya...
erkk...doakan...;)) tapi xtau la sempat atau x...mane tau meninggal dulu ke...
Post a Comment