[aku amik gambo lam blog syu]
salam.
argh, akhirnya hari ni sempat gak aku nak bersenang lenang.sehari ni ambil masa untuk rendam semua-semua telekung kat surau, mengemas rumah dan so on la. Petang nanti hilang lagi. Arini last aku nak habiskan puasa nam. ya Robbi, teruk sungguh taun ni. Tersangkut-tersangkut dengan macam-macam. Tapi last-last aku pulun jugak habiskan 6 hari ni. Syok sebab berbuka makin awal. 6.30 ptg lebih kurang, balik sekola terus ngadap periuk kehkehkeh. so, pasni rajin la sikit nk puasa sunat sebab dapat berbuka awal, heeeeeeee..
Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair untuk soulmate yang aku sayang. Nak sebut tak sangka kamu kawin dulu, tak jadi sebab aku memang dah tau dari awal story.keh3.Really, aku heppy sangat-sangat untuk dia.
Mungkin makhluk Allah ni sorang sangat istimewa kat dalam hati aku. Dan seboleh mungkin aku rasa sentiasa nak melindungi dia.Dia macam adik kot..keh3.Banyaknye nak story, nak cerita dari mana ye?
sebelum tu, aku nak doa dulu untuk dia:
ya Allah, kurniakanlah kebaikan dan kebahagiaan buat sahabatku ini,
semoga dia sentiasa melakukan ketaatan dan kebaikan
Jadikanlah dia isteri yang terbaik buat suaminya
Sentiasa dalam redhaMu, dilindungiMu, disayangiMu.
Terima kasih Sakinah Abdul Rahman kerana sentiasa ada di sisiku.Terima kasih Sakinah Abdul Rahman kerana banyak berkongsi suka dan duka denganku, terima kasih Sakinah Abdul Rahman kerana masih lagi mengambil berat tentang diriku. Jangan risau, aku akan sentiasa faham jika tanggungjawabmu bertambah. Terima kasih Sakinah Abdul Rahman, kerana asbab dirimu, aku juga mengenali keluargamu yang baik. Terima kasih Sakinah Abdul Rahman, kerana banyak mengajar aku erti hidup.
dan aku harap, aku takkan dengar ayat ni..
"mungkin ni pertemuan terakhir, maklumlah, masing-masing dah ada tanggungjawab masing-masing" kehkehkeh...
[hurm, actually aku terharu jugak bila beberapa hari lepas,ayat ni keluar,"wei, apesal aku takleh bukak ehsas-jaded tu?? buka kat link orang tak dapat, masuk-masuk kene log in, blog rosak ke?"
kehkehkeh... aku kunci la, rupanya ada orang baca ye blog hampeh ni,hehehe.tQ nah sebab sayang aku sokmo...heeeeeeeee]
Sakinah Abdul Rahman, lepas ni doakan aku pula ye :D actually mu kawen ni sangat menyusahkan aku. Tak larat aku nak jawab, hai.. Izzah bila lagi? Kawan baik dah selesai. Boring aku tau tak? hehe, just joking :P
Okelah, semoga Yang dilangit sentiasa mengasihi kita. Aku tak sempat nak bagi amanat kat Your Ijan tu, ah, balik nanti lepak Gombak ye.Aku bagi amanah kaw-kaw punye. kbai!
No comments:
Post a Comment