Monday, September 3, 2012

::bedtime story::

"ana tak kisah ustazah, kalau nak suruh ana jumpa parents dia dlm masa terdekat pun ana sanggup"
kataku tegas kepada orang tengah antara kami.Bunyinya agak terdesak.Entahlah.Mungkin sudah tiba waktuku.
"Enta tahu tak Sarawak dan semenanjung tu jauh?" tanya ustazah yang boleh aku labelkan sebagai kakak.
"Bukankah ustazah pun tinggal di sini? rasa jauh ke?" balasku pula.
"hurmm..nanti ana tanyakan pihak di sana macam mana" ustazah membalas ringkas.

Entah macam mana, dia boleh muncul dalam perjalanan hidupku.Dan latarbelakang hidupnya sangat menarik minatku.Sama mungkin? Tuannya? belum jumpa.Inilah kali pertama aku begitu resah.Macam mana ia bermula? Apabila ia hadir dalam keputus asaanku.

Aku menjelaskan kedudukanku kepada kakak tersebut.Kadang-kadang, sampai mengalir air mataku.Selesa mungkin, bercerita dengannya.Dan dengan izin Allah, kakak tersebut mengenali seorang adik, sama umur denganku dan yang pastinya orang semenanjung.Kakak tersebut menunjukkan gambar dia.Subhanallah! biasa sahaja, namun terlihat indah di mataku.
"tak boleh tidur ana malam ni ustazahhhhh" kataku tanpa segan.
"nanti ana tanya pihak sana dulu, jangan berharap sangat" kata ustazah tersebut memberi ingatan.

********************************************************************************

Syura tak nak tau langsung pasal dia? tanya Kak Sarah merangkap seniorku." Syura istikharah dulu la kakak.Syura tengah keliru.Nanti Syura jelaskan keadaan sebenar Syura kepada kakak."oke, tapi akak nak Syura tau yang dia tau pasal Syura, sepertimana Syura tau pasal dia, lebihnya, dia dah tengok gambar Syura dan.... dia cakap Syura macam peramah" Kak Sarah menyambung. Tiba-tiba aku merasakan pipiku tiba-tiba merah.Tak pernah pula sebelum ni aku malu bila orang melihat gambarku. Oh Tuhan...... "So, Syura, akak sent gambar Farhan ye? " Kak Sarah menekan lagi. " okela... " balasku teragak-agak.

*********************************************************************************
Mungkin inilah yang dijanjikan Allah.Aku benar-benar berharap agar dia menjadi suri hidupku. Aku ingin bertaaruf dengannya. ya Allah, permudahkanlah. "Farhan, sebelum tu akak nak jelaskan bahawa ibubapa dia tak bersetuju dengan hubungan ini. Tapi di pihak dia, dia sanggup kalau enta sanggup untuk turun berjumpa parents dia.Katanya, dia serahkan atas usaha enta untuk hubungan ini"  Subhanallah!! subhanallah!! aku bersyukur di dalam hati.
*********************************************************************************
"Farhan, ana dalam perjalanan ke Ireland untuk memujuk puteri ana supaya dilangsungkan pernikahan secepat mungkin." mesej daripada murabbiku, Ustaz Hasan menggegar jantung.ya Allah, apakah?? setelah aku berputus asa terhadap puterimu itu, setelah aku cuba mendapatkan kebahagiaanku sendiri, apakah susunanMu ini ya Allah? aku mula buntu. Telah lama aku nyatakan kepada murabbiku itu supaya pernikahan ini segera dilangsungkan.Namun seolah-olah permintaanku diabaikan.Kini? ya Allah, tenangkanlah jiwaku.
*********************************************************************************
"Syura ok kak, actually Syura sangat suka hati sebab beban ni seolah-olah hilang dari Syura.Nak menolak, Syura takut dapat kebinasaan dari Allah kerana dia kira baik agamanya.Jadi Syura betul-betul serahkan pada Allah. Alhamdulillah, beban ni terlepas.Akak jangan risau, Syura gembira untuk Ustaz Farhan. Betul-betul gembira. Bagi Syura, itu lebih sekufu buatnya." jawabku tenang menerima pengkhabaran daripada Kak sarah. Betul-betul luhur dari hatiku."Akak doakan yang terbaik buat Syura' dan Ustaz Farhan."
***********************************************************************************
Berbulan berlalu. Tidak sempat bertaaruf, tidak sempat mengenali.Aku sendiri sudah mula sibuk dengan kerjaku.Hari ini, seperti biasa, mesyuarat untuk bahagian daerah kami. Adakah dia di sana?? Aku melihat-lihat sekeliling dewan mesyuarat. Berjubah ungu dan tudung sedondon. Subhanallah, ujian  apakah ini? Seperti yang ku dambakan. Sempat aku melahirkan rasa kecewaku kepada Ustazah Sarah. Ya Allah, andai tiada jodohku dengan anak murabbiku, satukanlah aku dengannya Ya Allah. Aku insan yang tak pernah merasakan cinta. Kenapa hatiku tiba-tiba berbunga? tapi dengan orang yang salah mungkin?
************************************************************************************
"Syura'....ada orang menyesal tak sudah" Kak Sarah menghampiriku." "haha...akak jangan buat lawak la, dah takde jodoh, nak buat macam mana. lagipun, sebenarnya hati saya kat orang lain la kak." aku menjawab tenang, memang dengan setenang-tenangnya. Namun mungkin di pihak sana tiada ketenangan? Kesiannya dia. Seorang hafiz Quran yang berwajah tenang itu menyukaiku. Itu sudah cukup satu penghormatan besar buatku.Semoga dia bahagia dengan bakal zaujah ya Allah.
************************************************************************************
" Yakinlah, pasangan kita adalah yang terbaik buat kita, bukankah Allah yang memasangkan kita? "
Akanku ulang ayat ini hingga akhir hayatku.  Buanglah dia dari ingatanku ya Allah.Andai dia selalu hadir di hadapanku mahu di hatiku, kuatkanlah aku ya Allah.Bantu aku hamba yang lemah ini. Jadikan aku suami yang baik kepada zaujahku yang solehah.
************************************************************************************
Dalam banyak-banyak orang yang pernah hadir dalam hidupku, dia adalah antara yang memberi kesan besar kepadaku. Mungkin kerana aku mengenal kebaikannya sebelum aku mengenal dirinya.Mungkin kerana aku merasa ketaatannya pada Allah sebelum aku melihat rupanya.Mungkin kerana dia menyukaiku dengan yakin dan niat yang baik.Dan mungkin kerana aku tidak menolaknya dan Allah menjauhkan aku daripadanya dengan sejauhnya. Allah ingin menyampaikan mesej kepadaku. ya Allah, jadikanlah aku, Ashura seorang perempuan yang baik, solehah dan kurniakanlah aku imam yang baik dan soleh, yang sesuai dengan diriku.
************************************************************************************
*THE END*

No comments: