Sunday, March 29, 2009
~KASIH SAYANG TUHAN:)~
LAMBANG KASIH SAYANG TUHAN
"Kasih sayang Allah itu tanpa batasan dan hadnya. Kasih sayangNya pula tiada apa-apa kepentingan. Bahkan kasih sayangNya tidak meminta balasan. Jika dibandingkan kasih seorang ibu terhadap anaknya, kasih sayang Allah terhadap makhlukNya lebih lagi dari itu. Sebab itulah dikatakan kasih sayang Allah tiada tandingan................. "
Melihat benda yang indah seperti melihat sesuatu yang hijau, lambang kasih sayang Tuhan. Mendengar perkara yang sedap didengar, suara yang merdu. Setiap detik kita menghirup oksigen; Tanda cinta-Nya kepada makhluk.
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayang-Nya. Pangkat, jawatan, kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih sayang-Nya. Apabila kita letih, mengantuk ditidurkan-Nya. Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi dan segar semula badan kita. ltu semua kasih sayang Tuhan kepada makhluk-Nya.
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh dan sedap didengar adalah kasih sayang Tuhan. Bahkan apa yang difikirkan menjadi ilmu. Semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan yang Allah anugerahkan kepada manusia. Setiap ilmu baru diperolehi, pengalaman yang baru ditempa adalah kasih sayang Tuhan.
Patutlah Tuhan hendak tarik perhatian pada kita bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita. Dikehendaki setiap pekerjaan dimulai dengan Bismillah agar kita sentiasa sedar Tuhan amat mengasihi dan amat penyayang. Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada Allah, rasa rindu untuk menyembah-Nya. Rindu hendak memuja dan membesarkanNya. Terhibur denganNya, bahagia menyebut namaNya. Kita akan jadikanNya kawan setia. Kita akan terhibur denganNya dan tidak lupakanNya.
Tapi mengapa kita tidak rasa kasih sayang Tuhan itu?????
P/S: lepas x nk jadi hamba yg baek ni ek?? harap2 lulus ujian..:)Ya arhamarrohimin.. sayangi daku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cinta pada Allah
Rindu pada Allah
Sayang pada Allah
Kasih pada Allah
Minta pada Allah
Sayang semua yang ada dibumi,InsyaAllah
yang ada di langit akan ,sayang pada kita.....
"Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi kukuh nescaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka membantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya daripada harta, jiwa dan nasihat yang baik" - iMAM GHAZALI:iHYA ULUMUDDIN
dipetik dr blog a.long :)
(http://zamrileks.blogspot.com)
ehsas jaded to yuhaisya
moga aku dikurniakan sifat itu.. moga kita semua dikurniakan sifat itu..kerana ia membuat kita hidup bahagia:)
Post a Comment