Friday, August 28, 2009

miss u my dear..sungguh!


assalamualaikum..hadehh..mlm ni feeling lagi..apehalnye tiap2 mlm feeling lebih je ni....actually ptg td jumpe ngan penyelia tesis..adoyai..banyaknye nak kene baiki..nanti aku nak pergi berkhemah la kat ptsl tuh..tensionisme..xdelahh..bese je...:)adat buat tesis la kan..hurmm..sebenarnye aku ni dah rindu sgt2 kat si budak kecik ammar anakku bkn anakku tuh!ape yg hepinye?? esok aku naek bas awal2 pagi nk pegi meleraikan rindu nih! yippi!!!siap la ammar kene gentel ngan aku sesampainye aku kat larkin esok! si itik ni kat atas aku beli dekat paso malam...teringat sgt2 kat si kecik tuh..xpasal2 aku beli itik tu..hadehhh..melampau betul..selame ni xdela mcm ni sgt...apehalnye cik kamu ni ammar oii..

aritu mak call..cakap abg aku dah g KL..then adik aku plak g study n tido umah kwn die..lame lak tuh..adehh..mmg nk nangis time tu..cian mak & ayah feeling lebih la.buke puase dua org je kat umah..lps tu jgk aku call adik aku..owhh..adikku teramatla hampes..adehh...(mood geram kat die xabis lg nih!)dgn ini sy melancarkan mogok ke atas adik sy..(betul ke ni??) hehehhe...korang sile mogok jgk ngan adik sy ye..tp td ceting ngan die..die da balik umah da..but still geram sgt lg ni..(kalo adi bace ni..buat xtau jela yerk..tgh geram ni...wahai sheikh kabir...jah geram betul ngan sheikh kabir nih!!...hehehe)

xsabau nk tunggu esok..


~when i dream at night~
I have been in love and been alone
I have traveled over many miles to find a home
There's that little place inside of me
That I never thought could take control of everything
But, now, I just spend all my time with anyone
Who makes me feel the way she does


'Cause I only feel alive when I dream at night
Even though she's not real, it's all right
'Cause I only feel alive when I dream at night
Ev'ry move that she makes holds my eyes
And I fall for her every time

I've so many things I want to say
I'll be ready when the perfect moment comes my way
I had never known what's right for me
'Til the night she opened up my heart and set it free
But, now, I just spend all my time with anyone
Who makes me feel the way she does

p/s:sgh xbetul lyn marc anthony malam2 ni..xdek pekdah..g tadarus cepat!!!!

Tuesday, August 25, 2009

SUKE MENANGIS?>>>



assalamualaikum..awat ni?? suke sgt posting bab nangis2..mcm dh xde bende laen dh..:)Actually tuan empunya blog ni xtau la nk dikategorikan kuat menangis ataupun tidak..korang penah nampak aku nangis ke?? hehe..rasenye lau yg betul2 rapat tau la.. dh penat agaknye tgk aku nangis..tapi lau xrapat sgt.."aku mmg xpenah nampak pon die nangis" itula agaknye kate2 hati korang kan? kan? hehe..ni aku nk bagi mutiara kata sikit bab nangis2 ni..jangan pandang remeh bab tangisan tau!

janganlah engkau memmandang hina air mataku, kerana ia merupakan sari darah hatiku( Mushtasyme Kasyani-penyair)

Demi Allah, seluruh sumber air di dunia ini iri pada titisan air hangat yang mengalir dari mata seorang pencinta (maulawi-penyair)

orang-orang lalai sama sekali tidak memiliki tenaga seperti orang-orang yang berhati suci. demi setitis airmata, mereka sanggup menggantinya dengan tidak tidur semalaman (Shaib tabrizi-penyair)

Cinta yang telah dicuci dengan air mata akan selalu suci bersih lagi indah (shakespeare)

Beruntunglah orang yg telah dianugerahi oleh Tuhan sebuah hati yang dapat mencinta dan menangis(victor hugo)

airmata adalah ungkapan cinta yang ditujukan untuk orang lain, sedangkan tawa adalah ungkapan kegembiraan pada org yg tenggelam dlm egonya sendiri...


adapun komposisi air mata itu tidak sama antara satu sama lain.skemanye ayat...:)ia bergantung pada sebab tangisan tersebut la..sesungguhnya tangisan yg bermutu itu tentu korang dah dpt agak kn? kn? tentulah air mata yg ikhlas bermunajat kpd Allah.. atau airmata mengenang pengorbanan manusia-manusia suci dalam menegakkan agama Allah dan kebenaran..atau air mata penyesalan atas dosa yg telah dilakukan..

adehhh..aku nangis sebab ape ek?? muhasabah sket..hurmmm....semoga airmata yg dititiskan sblm dan selepas ini adalah airmata yg bernilai di sisinya..bukan air mata sia-sia....

p/s:ape kes la bab menangis ni???

wahai sahabat yg bergelar da'ie, ajarlah jiwamu terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwamu kemuliaan agar ia bencikan kehinaan..berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yg agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yg sementara....

Friday, August 21, 2009

DI MANA ALLAH DALAM KEKUATANMU??


Pernah suatu ketika, seorang sahabat mendekati saya tika jiwa berkecamuk dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Tampak jelas saya seolah-olah tidak mampu untuk berdiri teguh merentas hari-hari yang sarat dengan isu dan masalah. Sahabat itu, dengan galak matanya dan senyuman manisnya menyapaku dengan tenang. Ketenangan yang sudah agak asing bagi diri aku. Tidak banyak yang dilontarkan dari bibir sahabat itu. Namun, kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga, terpasak di minda dan mengakar di sanubari ini.

Saya masih ingat persoalan yang dilemparkan olehnya. Persoalan yang diajukannya membuatkan saya terpaku tanpa kata.
Ia bertanya, apakah kekuatan yang mendorong kamu untuk beramal dan menyampaikan risalah Allah?

Saya masih ingat persoalan yang dilemparkan olehnya. Persoalan yang diajukannya membuatkan saya terpaku tanpa kata.

Ia bertanya, apakah kekuatan yang mendorong kamu untuk beramal dan menyampaikan risalah Allah?

Saya tersentak.

What kind of question is this? Where is he going with the question? Is this a trick question?

All kinds ofqueries raced through my mind, but I was still mum with no answer.

“Faham ke tak soalannya?” dia bertanya lagi sambil mengukir senyuman.

Saya mengangguk, meskipun hati masih belum 100% pasti dengan pemahaman sendiri.

“Erm, rasanya, banyak juga punca-punca kekuatan saya. Saya sentiasa terdorong oleh sahabat-sahabat lain yang sama-sama beramal untuk Allah SWT. Ramai sahabat-sahabat yang sentiasa memberi teguran, peringatan dan mengajak meningkatkan amalan-amalan seharian. Kemudian, tarbiyyah yang saya lalui juga banyak membantu membina zatiyah dalam diri. Tarbiyyah itu memberi kesedaran yang besar tentang tanggungjawab sebenar seorang muslim. Rasanya, fitrah manusia itu sendiri juga mainkan peranan. Kita sebagai manusia sememangnya diciptakan untuk memakmurkan bumi Allah berlandaskan hukum-hukum Allah, semestinya elemen fitrah juga menolak diri saya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.”

Itulah celoteh saya untuk meyakinkan sahabat itu.

Sekali lagi, dia tersenyum. Saya senyum kembali sambil memandang tepat ke matanya.

Dia pun bersuara, “Okay, so, you mentioned your friends, tarbiyyah and fitrah.” Saya mengangguk tanda setuju.

Dia menambah, “Di mana Allah dalam kekuatan kamu?”

Astaghfirullahalazim. Saya tertampar dengan persoalan itu. Tamparan itu masih terasa sehingga kini. Persoalan itu membuka mata dan minda saya yang masih cetek ketika itu.

Di mana Allah? Apa peranan Allah dalam kekuatan dan zatiyah diri saya? Mengapa saya tidak sebutkan Allah sebagai kekuatan saya, sedangkan Allah sepatutnya menjadi tunjang utama kekuatan seorang daie.

Sejujurnya, saya sungguh kecewa dengan diri sendiri. Saya sedar, akhlak manusia itu terpancar pada pertuturan dan perbuatannya yang paling spontan. I was disappointed with the fact that I did not spontaneously mention Allah as my core strength. I listed other factors like the constant reminders from my peers, the upbringing and knowledge gained through education and tarbiyyah, as well as the nature of humankind as Allah’s slave. But, I failed to mention Allah per se.

“Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini, terimalah taubat aku seadanya.”

Sahabat saya mendekati saya, lalu duduk sebelah-menyebelah. He wisely said,

“Selayaknya, Allah perlu menjadi sebab utama kita berada di sini. Allah perlu menjadi kekuatan utama kita dalam menghadapi hari-hari sebagai pembawa risalahNya. Memang tak dinafikan, kawan-kawan kita sangat banyak membantu kita, mereka banyak mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amalan yang perlu dibuat. Sahabat-sahabat kita juga yang selalu ada bersama kita dalam keadaan susah dan senang. Peranan mereka besar dalam memastikan kita terus tsabat dalam menjalankan amanah Allah. Namun begitu, hakikatnya semua datang dari Allah SWT.”

“Kita sering lupa hakikat di sebalik yang terlihat oleh mata kasar. Kita nampak sahabat-sahabat kita bersama kita. Kita nampak mereka ketawa dan menangis bersama. Makan, masak, riadah dan bersiar-siar bersama-sama. Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa di sebalik itu semua, Allah yang merancang segalanya. Mungkin kalau kita duduk sendirian, muhasabah di waktu malam, kita tidak lupa bahawa Allah adalah perancang utama yang mengizinkan segalanya berlaku. However, in the spur of the moment, when we are around other people, having fun or feeling sad, we tend to forget that fact. We usually see and acknowledge things that we can physically visualize, failing to acknowledge the main superior in our lives, which is Allah.”

Saya masih lagi rasa malu dengan jawapanku tadi. Malu pada diri sendiri, malu pada sahabatku itu dan paling penting, malu pada Allah. Seorang daie hendaknya, meletakkan Allah di puncak segala-galanya. Apabila saya merenung kembali peristiwa ini, banyak pengajaran boleh saya perolehi.

In my opinion, it all relates back to the initial intention that we had when we first told ourselves, “we want to be a better muslim, we want to spread Islam, we want to be a daie.” Why? What was the reason behind all that wants? Is it truthfully and honestly because of Allah, or was there another agenda lurking beneath that beautiful action? If we truly did it because of Allah, with He’s will, we won’t forget Allah throughout the course of our life as a Muslim. However, if we had other intentions, don’t fret. We still have time to repent and renew our intentions. Allah is Most Merciful and surely He loves His slaves who are constantly trying to improve and become better Muslims.

Jika kita meletakkan kekuatan kita pada sahabat-sahabat kita, apa agaknya akan berlaku jika kita tidak lagi bersama-sama sahabat kita? Apakah kita masih akan bertahan dan menjalankan amal dakwah dan menyebarkan risalah agung ini? Apakah kita masih mampu mengekalkan amalan-amalan Islami yang saban hari kita lakukan?

Maka, kekuatan kita perlu diletakkan pada Allah S.W.T. Allah yang menentukan segalanya. Dia yang memberi hidayah dan taufiq pada kita dan sahabat-sahabat kita. Kehadiran kita pada saat ini berada di bawah kekuasaan Allah semata-mata. Siapa kita untuk berserah kepada yang lain dariNya?

InsyaAllah, jika kita terus-menerus meletakkan Allah sebagai kekuatan utama, tak kira di mana kita berada, berseorangan atau beramai-ramai, di Malaysia atau di luar negara, kaya atau miskin, susah atau senang, sihat atau sakit; kita akan sentiasa mengingati amanah dan tanggungjawab kita sebagai Muslim sebenar.

Thus, in this very moment, truthfully and honestly,

Di mana Allah dalam kekuatan kamu?

kredit to:link
p/s: muhasabah diri!Astaghfirullahal azim...maafkan aku Tuhan...

Thursday, August 20, 2009

aku rindu suasana itu...



entah kenapa malam ni sgt mengundang sayu di hatiku..sebenarnya bkn sekadar mlm ini.. dr ptg td lg..balik dr mengajar tuisyen..merempit dlm hujan balik kolej..xkisah la...sampai2..mkn mee bandung (sempat lg tu..hihi)owh..kenape ye?? aku terfikirkan ramadhan ini..mampukah aku mengimarahkannya sendiri?? mampukah aku mengajak insan sekelilingku merasai nikmatnya bulan penuh barakah ini?? aku rindu bi'ah solehah... kata temanku..rindu bi'ah solehah itu tandanya iman...benarkah? atau selemah-lemah iman yg ada padaku ini?? aku rindu...benar-benar rindu..

ni mesej yg yana bg semalam..aku copy utk tatapan korang & diriku yg lemah lagi mendambakan kekuatan dan doa kudus dr teman-teman...


"dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..maka jadikalah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah..jadikanlah dirimu diantara fatayat yang dijulang ...cantik dipandang tetapi susah untuk dipegang..jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam..biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan dakwah dan airmata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan..dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan....~sekadar renungan~

p/s: awat rase nk nangis je ni???
I want to spend my lifetime loving You
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving You...Allahu Rabbi>>

Monday, August 17, 2009

sedia...sedia...dah dekat dah ni..



Persediaan Menghadapi Ramadhan

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.


Keluarga


1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.


Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.


Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Credit to: www.ismamesir.com


p/s:Allahumma balligna Ramadhan...jadikan Ramadhan yg bakal kami tempuhi ini adalah Ramadhan yg terbaik untuk kami ya Allah...sape nk join tadarus ng aku?? jom..sedap sikit tadarus ramai2..

MABRUK....



salam...hurmm....minggu ini adalah minggu konvokesyen UKM..tahniah kepada abgku encik Taufieq yg akhirnye berjaye konvo..hehe..setelah bertungkus lumus menyiapkan projek beliau..mabruk ya bro! then arini kinah, ma n niyah yang knvo..seronoknye tengok diorang dpt bunge..huhu:) (nanti aku knvo sila bagi bunga n bear selori oke??)esok cik ateha lak yang knvo..arini semua dah meninggalkan bilikku..semua dah pakat balik dah.. so..kembali sendirian dalam bilik yg besau ni..hihi...kasihan sungguh diriku..:(

tidak lupe mabruk juge pd sahabatku yang jauh diperlembahan nil sane..cik syidah... sebab dpt naek taun..juga kepada yang lain yg berjaya naek taun juge..:) tahniah..korang blaja rajin2 dan cepat2 balik oke?? aku dah rindu sgt dh ni:)

Macam zaman mude2 dulu lak duk ngan diorang lebih kurang seminggu ni..hadui..dah xde ni rase semacam lak..nape ye?? minggu ni jugak berlangsungnya kejohanan sukan PIPAQ untuk kursus pengurusan ko-k sekolah..aku group badminton..alhamdulillah..team aku menang untuk bola sepak & bola jaring yang dipertandingkan..its ok, its alright badminton fight!fight!fight! waaa...sakit urat betul sebab dah lame xmaen bola jaring..tetibe maen..letihnye xterkire la..tp puas hati sgt2 sbb menang...mabruk team badminton ya!

nanti aku uploadkan gambar2 event kat ats..kamera xde kat tgn aku lagi...so...kene tunggu dulu la..maklumla..aku jadi graduan FPI,KEJUT & FSSK sekaligus...hihi..owh tesis...ku pening bila memikirkanmu.....


Menjemput Bidadari- Epicentrum



Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan


Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

p/s: ape kes lak lagu ni?? aku xtau..haha..xde motif tul la..

Thursday, August 13, 2009

guru yang mempunyai ruh Islami..:)


Diceritakan pada masa dahulu tinggal tiga orang murid bersama dengan seorang tuan guru di sebuah perkampungan di pinggir hutan. Ketiga-tiga orang murid tersebut berguru dengan tuan guru tentang pelbagai ilmu yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Setelah hampir genap tempoh perguruan, pada suatu hari mereka pun dipanggil oleh tuan guru untuk berjumpa dengannya.

Setibanya ketiga-tiga murid itu ke teratak tuan guru, maka si tuan guru bertanya kepada murid-muridnya, “Tahukah kamu apakah tujuan aku memanggil kamu sekalian?” Setelah mendengar soalan tersebut, lantas ketiga-tiga muridnya menggeleng-gelengkan kepala. Lalu tuan guru memberikan seekor burung dan sebilah pisau kepada setiap seorang muridnya seraya berkata, “Tujuanku menyuruh kalian datang ke rumahku pada hari ini adalah untuk melakukan satu tugasan. Di dalam sangkar ini, terdapat tiga ekor burung. Kamu ambillah pisau yang aku berikan ini dan sembelihhlah burung yang ada di dalam sangkar ini di tempat yang tiada sesiapa boleh melihat perbuatan kamu.”

Sebaik sahaja mendengar arahan tuan guru itu, tanpa berlengah-lengah lagi ketiga-tiga murid itu pun pergi meninggalkan tuan guru mereka. Masing-masing mencari tempat yang agak sulit untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Sejurus selesai menunaikan tanggugjawab, mereka kembali kepada tuan guru mereka dengan membawa hasil tugasan. Dua orang dari mereka membawa burung sembelihan dengan pisaunya sekali. Tetapi agak terkejut juga tuan guru itu apabila melihat seorang lagi itu hanya membawa pulang burung yang masih hidup.

Untuk pengesahan beliau bertanya kepada muridnya itu akan sebab tindakannya itu. “Mengapa kamu ingkar kepada perintahku? Bukankah aku menyuruhmu menyembelih burung ini? Tanya si tuan guru.

Dengan tenang muridnya menjawab, “Wahai guruku. Aku tidak dapat dilihat oleh sesiapa sebagaimana yang kamu maksudkan itu. Oleh sebab itu. Aku tidak dapat melakukannya.”

“Kamu tidak masuk ke dalam hutan yang tebal?” tanya guru itu menguji.

“Sudah, tetapi ke mana pun aku pergi. Aku dapat rasai bahawa Allah Taala sentiasa memerhati gerak langkahku,” jawabnya spontan.

Si tuan guru itu berasa bangga setelah mendengar penjelasan itu. Ia berasa puas hati kerana di kalangan ketiga-tiga muridnya itu ada juga seorang muridnya yang berjaya menghayati isi pengajarannya. Murid ini memang beanr-benar faham ilmu yang disampaikan selama ini.


sedang mencari bahan-bahan untuk tesis..terjumpe satu kisah yang menarik..so..check it out!



p/s: aku hanya mahu jadi orang yang baik, melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat..jika aku tidak mampu..janganlah kiranya aku melakukan kejahatan..atau kejahatan dalam kebaikan..biarlah aku diam andai aku belum bersedia..kiniku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya..aku harap aku kan kuat..biar aku kuat untuk buat kebaikan..dengan itu aku kan berusaha..dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau Tuhanku ya Allah...redhailah aku ya Allah..( MFR IBNU MUKHTAR)

Sunday, August 9, 2009

Hujung minggu terisi..



SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA 8 &9 OGOS 2009 PERKIM UKM

Slm..hujung minggu aku terisi dgn something yg buatkan aku berfikir….actually aku dah pergi seminar ni pada taun lepas..tapi sehari je n byk persoalan2 xsempat terjawab..taun ni best..sbb 2 hari..on the spot je aku pergi setelah dipelawa k.ida..Allah pilih aku..alhamdulillah..
Antara tajuk yg dibahaskan ialah kewajipan berdakwah, sejarah kristian, asas kepercayaan kristian, Hinduism, salah faham terhadap Islam, pengalaman bersama paderi dan memahami saudara baru. Pada pendapat aku la..org kristian ni sendiri xpaham ape yg diorang anuti..sbb bile aku dah dengar pasal konsep trinity ni mmg aku jd semakin xpaham..dan sememangnye mende ni xkan difahami selama-lamanya..1+1+1=1?? Adakah aku xpandai math?? Hehehe..aku pening..then sal hindu pun still xpaham jugak..byk betul Tuhan...but kene cuba fahami apa yg diorang pegang untuk mendekati…cari titik persamaan..kate brother shah kirit..
Cara nak bace bible pon diajar..but aku mmg xbrape nk tangkap sgt..old testament new testament ni.. tgh mengantuk..hihi..buruk perangai sy..:) part yg menarik time soal jawab..salah faham terhadap Islam.. antaranya Islam ni susah, terrorist, double standard Islam pd perempuan, pasal nabi Muhammad, masuk Islam ke masuk melayu, kenapa pakai tudung, Islam xadil..macam2 lg.. n brother shah terang mcm mane nk jawab..ingat pulak time praktikel aritu ade student tnye aku sal kenapa nk kena pakai tudung..huhu..harap2 aku dpt jwb dgn baek n memuaskan hati dan akal diorang.. istiqamah ye anak2 murid ustazah =)
Kesimpulan yg aku boleh buat adalah...Islam agama hak…Islam agama di sisi Allah dan kene selalu mencari kebenaran dalam hidup ni..utk menambah keyakinan dan disebarkan pada org lain.. semampu mungkin..bersyukurlah lahir dalam Islam..berdoalah kekal dalam Islam..sebarkan nikmat Islam & Iman semampu mungkin..Allahu Rabbi…kekalkan dua nikmat ini selamanya padaku…

Thursday, August 6, 2009

Mampukah aku??



"di akhir zaman ini..memegang Islam ibarat memegang bara api..dipegang kita sakit..dilepaskan ia padam..."

adakah aku mengalaminya skrg? berpegangkah aku pada Islam? aku terasa sakitkah skrg?? blog ini tempat aku meluahkan kesedihan la plak..huhu:) sbb mgkin aku jarang nampak sedih depan kwn-kwn..xpe..bile aku berkongsi di sini..aku tidak terasa seorang diri..terasa ada yang mendoakan aku terus tsabat pada jalan ini!syukran awi!

kenapa sbnrnye ni? hurmm..sbnrnya aku dilanda kerunsingan 360 darjah..kali pertama aku keluar mkn bersama rumet2ku yang cantik..hihi...owh tidak...baruku sedar rumetku tidak bertudung..hanya bertudung ke kelas rupenye.yg sorg lg mmg free hair...nak bertanya terus ke?? aku diam dulu..then pergi mkn2...sblm ni mmg aku selalu tolak kalau diajak mkn sekali..aku lebih suke masak sendiri n mkn je kat rumah..biarpun xsedap..hihi...

sampai aje kat kedai makan..terasa ramai yg memandang...mungkin sedikit pelik... huhu:)awek2 cun semeja ng ustazah 'cun'?? hihihi..ye lah..rumetku rambutnye semua cantik2..indahnya kalau disembunyikan:)yg tertutup itu indah...indahnya Islam.. aku mengambil langkah pertama..berbicara soal mahu berteraweh bersama di bulan ramadhan yg bakal menjelang..diorang hanya diam..okelah drpd xdengar terus...sbnrnya kami mmg rapat sgt dlm bilik ni..semuanya baek2...lebih indah kalau diterapkan nilai Islam kan?? sape setuju ckp aku??

mmg kala ini aku sgt2 rindu dgn rumetku yg dulu..owh..cik sakinah..ku rindu pdmu!keindahan berjemaah bersama....berlumba2 bertadarus di bulan ramadhan..berteraweh..berbuka...bersahur..pergi dgr ceramah..bestnye! sape nak teman aku lg cik sakinah oii?? huhu..xpe..cik syidah ade pesan kat aku..xpe la..ni Allah buka ruang pdku utk buat amal..kalau selalu duduk sedap je..mcm Allah xbg ruang pulak nk buat pahala..die pesan suruh buat jadual mcm si fahri(ayat2 cinta) mampukah aku???? bile bace ayat2 cinta..tautan hati..syabab musafir kasih tu terasa kuat la sekejap..tapi mampukah aku???




BAIKNYA TUHAN-MAWADDAH
oh Baiknya Tuhan kita
di waktu kita tidur Dialah yg menjaga
Di waktu seorang Dia yang menghiburkan
Di waktu kita lupa Dia yang mengingatkan
Jika kita buat baik diberi pahala..
Baiknya Tuhan kita
Apabila terbuat jahat, diampunkannya kita jika kita bertaubat
Kalau tersalah dan tersilap, dimaafkannnya kita jika kita insaf
Di waktu lapar Dia beri makan
Di waktu kita sakit Dia yg menyembuhkan
Tuhan pelindung kita, Dia tempat bergantung
Tuhan adalah segalanya....

Saturday, August 1, 2009

kuhilang ruh dakwah...



salamun alaik..tika & saat ini..aku berada di kampungku tercinta..alhamdulillah..perjalanan yg sedikit sulit kerana bas yg kunaiki berasap di tgh jalan..but still sweet..pengalaman indah jugak..:)sebab ade bodyguard kat sebelah..hihihi..

kenapa tajuk di ats?...hurmm...tika dan saat ini..kurasakan sangat tidak berdaya..mungkin kerana aku tengah fikirkan soal anak didikku..mad'u ku yg sgt aku sayangi..isu tudung yg dibangkitkan..aku sygkan agama anak didikku..aku doakan dia tetap dengan tudung itu..walaupun dihalang ibu sendiri..aku sedang fikirkan cara terbaik untuk berbaik2 dengan ibu pelajarku ini..
sblm ini,dia selalu menghubungiku..namun sejak dia mengadu ibunya menghalang dia memakai tudung..slps itu khabarnya hilang..aku menelefon bertanya khabar..namun hambar..aku mghntar msj..tidak dibalas..ada sesuatu yg berlakukah?? ustazah sangat sygkan kamu..ustazah sygkan agama yg ada padamu..ustazah sygkan keinginanmu mendalami & memahami Islam..kerana Allah..ustazah sgt sygkan kamu..tolong..bacalah buku indahnya hidup bersyariat yg ustazah berikan itu..kerana katamu buku itu sgt menarik..

ustazah xkan lupakan tangisanmu ketika ustazah membuka video tentang kematian..sungguh,ustazah tahu hatimu lunak dengan Islam..kamu mahu Islam sbg cara hidup..


Tuhan..tunjukkan kujalan..bukalah ruang dan peluang itu..kerana aku sangat mencintai mereka keranaMU..


***rayuan nurani***
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu


p/s: doakan aku...