Thursday, August 13, 2009

guru yang mempunyai ruh Islami..:)


Diceritakan pada masa dahulu tinggal tiga orang murid bersama dengan seorang tuan guru di sebuah perkampungan di pinggir hutan. Ketiga-tiga orang murid tersebut berguru dengan tuan guru tentang pelbagai ilmu yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Setelah hampir genap tempoh perguruan, pada suatu hari mereka pun dipanggil oleh tuan guru untuk berjumpa dengannya.

Setibanya ketiga-tiga murid itu ke teratak tuan guru, maka si tuan guru bertanya kepada murid-muridnya, “Tahukah kamu apakah tujuan aku memanggil kamu sekalian?” Setelah mendengar soalan tersebut, lantas ketiga-tiga muridnya menggeleng-gelengkan kepala. Lalu tuan guru memberikan seekor burung dan sebilah pisau kepada setiap seorang muridnya seraya berkata, “Tujuanku menyuruh kalian datang ke rumahku pada hari ini adalah untuk melakukan satu tugasan. Di dalam sangkar ini, terdapat tiga ekor burung. Kamu ambillah pisau yang aku berikan ini dan sembelihhlah burung yang ada di dalam sangkar ini di tempat yang tiada sesiapa boleh melihat perbuatan kamu.”

Sebaik sahaja mendengar arahan tuan guru itu, tanpa berlengah-lengah lagi ketiga-tiga murid itu pun pergi meninggalkan tuan guru mereka. Masing-masing mencari tempat yang agak sulit untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Sejurus selesai menunaikan tanggugjawab, mereka kembali kepada tuan guru mereka dengan membawa hasil tugasan. Dua orang dari mereka membawa burung sembelihan dengan pisaunya sekali. Tetapi agak terkejut juga tuan guru itu apabila melihat seorang lagi itu hanya membawa pulang burung yang masih hidup.

Untuk pengesahan beliau bertanya kepada muridnya itu akan sebab tindakannya itu. “Mengapa kamu ingkar kepada perintahku? Bukankah aku menyuruhmu menyembelih burung ini? Tanya si tuan guru.

Dengan tenang muridnya menjawab, “Wahai guruku. Aku tidak dapat dilihat oleh sesiapa sebagaimana yang kamu maksudkan itu. Oleh sebab itu. Aku tidak dapat melakukannya.”

“Kamu tidak masuk ke dalam hutan yang tebal?” tanya guru itu menguji.

“Sudah, tetapi ke mana pun aku pergi. Aku dapat rasai bahawa Allah Taala sentiasa memerhati gerak langkahku,” jawabnya spontan.

Si tuan guru itu berasa bangga setelah mendengar penjelasan itu. Ia berasa puas hati kerana di kalangan ketiga-tiga muridnya itu ada juga seorang muridnya yang berjaya menghayati isi pengajarannya. Murid ini memang beanr-benar faham ilmu yang disampaikan selama ini.


sedang mencari bahan-bahan untuk tesis..terjumpe satu kisah yang menarik..so..check it out!



p/s: aku hanya mahu jadi orang yang baik, melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat..jika aku tidak mampu..janganlah kiranya aku melakukan kejahatan..atau kejahatan dalam kebaikan..biarlah aku diam andai aku belum bersedia..kiniku lemah namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya..aku harap aku kan kuat..biar aku kuat untuk buat kebaikan..dengan itu aku kan berusaha..dan Engkau saja tempat aku mengadu kerana Kau Tuhanku ya Allah...redhailah aku ya Allah..( MFR IBNU MUKHTAR)

No comments: