Sunday, June 27, 2010

terasing?

assalamualaikum.

actually baru je abis baca novel hilal ni hah, terasing.tadi pi bando ngan adik aku, minggu lepas bersungguh dia cakap sinergi ade kat kedai buku banggol.aku tak amik pot, tadi tibe2 semangat lak pi...thennnnnnnnnnnnnn....buku itu sudaaa habis...huuu....terhangat di pasaran la encik hilal nih;)

untuk tidak mensia-siakan kesungguhan kami pergi ke bando maka kami beli jugaklah novel dia yang tajuk terasing ni hah.sedap jugak...tapi aku still xpuas hati sebab xdapat sinergi.tuan penulis, tolong hadiahkan pada saya buku-buku awak boleh?? saya malas nak cari buku awak lagi,cepat sgt habis!

tiba-tiba insap semacam je ngan novel tu.kisah persahabatan dan cinta.but lebih tentang persahabatan la.

hurm....ade orang terasa tak saya macam mengasingkan diri ni?
ade yang rasa tersisih tak?
let me now if its really happen.really.sapa yang rasa saya mengasingkan diri dari mereka baik cepat cakap.

tolong jangan tuntut kat akhirat nanti sebab saya tak tarik kamu ke arah jalan Allah.saya masih memegang janji.kamu semua tetap dalam doa saya.jangan kira kesepian saya di fesbuk tu.tolong beritahu saya.jangan pendam.jangan tuntut di akhirat nanti tolonglah!

Thursday, June 24, 2010

sederhana itu indah.

Bila kita azamkan sesuatu, bila kita inginkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, sepertinya seluruh alam ini memusuhi kita, ingin gagalkan apa yang kita cita-citakan...from blog rdanz.

yep...seperti yang aku rasa sekarang ini.hohoho.............xpelah...nak menguji setakat mane keazaman aku la tu.aku akan berusaha.terus berusaha untuk sederhana.ye!

terkenang kisah luqmanul hakim bersama anaknya dan seekor himar tentang telatah manusia."Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu"

saya memang nak jadi penghuni gua.harap maklum.

Wednesday, June 23, 2010

apa rencana Allah untukku

assalamualaikum.

terfikir..berfikir...dan tak lain dan tak bukan.aku pening!haha
ammar dah balik johor.sunyi.kokko dah tak ade.pagi esok aku akan bangun pagi tanpa bunyi kokko lagi.owh...sangat sadis.

duduk rumah.sorang-sorang.ape aku nak buat ni?hoho.orang lain dah ada hidup masing-masing.aku sendiri? entah! tapi kalau nk mulakan alam lain macam tak bersedia je lagi.macam blur je.huhu.bila la nak sebut sedia tu ye?? hokhokhok...

tapi awat aku macam xbimbang pon ni? rilex semacam!aku sangat konpius dengan diri sendiri.harap maklum.

marilah isi borang posting.dan masa ini, aku dapat call dari pejabat yayasan kafa.nk pegi temuduga.malasnya!hahahaha...semuanya ditetapkan.ya Allah, aku baru tertanya-tanya.Kau sudah buka ruang untukku.entah la...malasnyeeeeeeeeee..hahaha...

kene jadi ustazah balik la ni??hokhokhok....aigooooooooooooooooo...malas,malas,malas!

Sunday, June 20, 2010

mencari sesuatu di antara waktu!

assalamualaikum.
hari-hari yang dilalui makin pening.makin tak paham dan makin kompius! semalam baru hantar along n bank in duit yuran konvo dlm akaun kinah.

dan tiba-tiba...aku rasa macam nak sambung blajar lagi! aku tak nak kije lagi.aku tak nak kawen lagi.aku taknak pk masalah2 yg tak best!huhuhu....

kemungkinan akan ikut akak aku ke johor esok atau lusa.tapi xsure lagilah.erk..apesal aku deactivate akaun fb tu? huhuhu...nanti la aku bukak balik.sory lah...takde org perasan kot aku buat macam tu...huhuhu;)

aku masih dalam proses mencari makna.jangan salahkan aku.kalau salahkan aku pon apa aku boleh buat.sungguh aku pening dan tak paham!silap itu menambah ilmu.itu yg aku pegang.
sebab setiap kesilapan yg berlaku, aku akan pikir balik dan selepas itu aku akan sedar bahawa aku telah silap.dan selepas itu cuba membaikinya.

sungguh...aku menangis dalam hati.aku penat.aku penat.aku penat.aku taknak laluinya!bolehkah.................aku nak sambung blajar!taknak mengajar lagi.tak layak!bolehkah?

ya Allah...engkau mengetahui apa yang terbaik untukku.segalanya aku serahkan pada kekuasaanMu untuk mengatur hidupku.aku tidak tahu apa yang terbaik untukku.hanya Engkau yang tahu.

Friday, June 11, 2010

bagaimana isteri Rasulullah menghadapi ke'popularan' baginda?

assalamualaikum..

hari ini aku tiba-tiba terfikir, bagaimana isteri2 Rasulullah menghadapi popularnya suami mereka.tiap-tiap hari baginda berurusan dengan masyarakat.tapi dalam sirah baginda tetap suami terhebat?

bagaimana? siapa boleh bantu aku?

Sunday, June 6, 2010

demam luka di jiwa.

assalamualaikum.
ades...semalam mengalami kecederaan di tangan sebenarnye.bengkak habis tangan kiriku.tak rase sakit sangat kot sebab sebelum ni pernah rasa yang lebih sakit drpd ni.
tapi...oh...kali ini aku rase mcm betul2 nak demam.
manusia...sampai bila kau mahu cari kesalahanku? kenapa aku? kadang-kadang aku rasa aku seperti anak kecil yg dipermainkan.kenapa???sebelum ni aku memang seolah-olah sudah kebal dengan puji maki manusia.tapi kali ini...kenapa aku yg menjadi subjek perbahasan?? kamu sudah melampau wahai manusia!

apa yg aku lakukan terhadapmu?? aku tak pernah mengusikmu,memujimu apatah lagi memakimu.namun atas dasar apa kamu tetap mahu lagi mengusik ketenangan dan kesabaranku.kalau manusia itu tahu bahawa aku begitu benci sekali berada di posisi ini!

aku takkan berhenti.ya..itu pasti sekali.aku tetap akan menjadi aku.puji makimu tak menjejaskan aku.yang aku kejar hanya redha Tuhanku.kamu apa tahu????!!namun mungkin aku perlu rehat sebentar.kerana kali ini aku memang diserang demam jiwa yg dahsyat. aku akan bangkit dengan lebih terang lagi.menangkis semua kata-katamu!bahawa apa yg aku lakukan bukan kerna manusia atau nama.

p/s: mata bergenang, kenapa emosi mahu dipujuk seperti anak kecil ni?? adoyai....
bulan...bidadari rindu padamu.;(
p/s: really need a rest..demam sampai tak boleh bangun dah rasenye ni.pening amat...fa iza maridtu fahuwa yashfiin.Allohu Alloh.

Saturday, June 5, 2010

you just too good to be true.

assalamualaikum..
maaflah..sejak akhir-akhir ni aku rase blog ni mcm tempat aku layan perasaan pulak;)semoga ehsas(perasaan) yang aku lontarkan ini memberi manfaat walaupun sedikit kepada insan-insan yang mahu mengambil manfaat.aku lebih senang melontarkan apa yang aku rasa daripada aku memberi peringatan tanpa perasaan dan sekadar kata-kata yang kosong tanpa aku lakukannya pun.~semoga nama blog ini sesuai dengan lontarannya~

tajuknya? hehe...entahlah...hurm...camne ek? xpela..tajuk tu biar jelah.aku rase nak buat tajuk tu...suke ati akula kan...blog aku....wakaka;)

selepas satu fasa...yang dinamakan seorang mahasiswi..aku mungkin akan melalui pelbagai lagi fasa yang mencabar iman dan kesabaran.jujurnya aku takut nak hadapi..sampai tahap aku blur sendiri...tanpa orang lain tahu la...(bajet tenang..haha)perancangan Allah maha cantik.maha cantik maha cantik.

aku mahu membicarakan soal fasa baru.
ya..itulah dia kehidupan berumahtangga.aku sebenarnya jarang membicarakan soal ini dalam blog kerana entahla...mungkin sebelum ini aku kurang memikirkan soal itu.manusia yang normal pasti akan merasakan hidupnya tak lengkap tanpa pasangan. kenapa ya?? agak hampeh soalan aku ni kan? ya...berpasangan itu fitrah...namun..fitrah ini perlu dijaga agar tidak berubah menjadi fitnah!

sebenarnya aku cukup malu untuk melontarkan pendapat tentang ini semua.entahlah..kerana aku tidak tahu siapa yang bakal menjadi teman aku untuk wasilah menjadi hamba Allah yang baik.namun...aku tetap mempunyai pendapat aku sendiri.

kenapa aku mengimpikan yang soleh? kerana itu akan memudahkan proses untuk aku menjadi solehah.itu sahaja.semua itu bermula daripada batasan kita menjaga syariat Allah.kenapa aku tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki ajnabi sebelum ini? kerana jika aku berbuat demikian, mesti peribadi anakku akan terkesan dengan tingkahku yang melanggar syariat.bukankah aku yang akan melahirkan salahudin al-ayubi? bagaimana peribadi ibu salahudin al-ayubi? kawan-kawan boleh cari sendiri bagaimana bersihnya peribadi ibu salahudin al-ayubi yang berjaya menawan constantinople.

jujurnya aku gembira kerana berjaya melepasi satu fasa di mana aku tidak perlu untuk memikirkan tentang sedapnya kapel..bersembang berdating dan yang sewaktu dengannya.Alhamdulillah aku dikelilingi sahabat yang sama fikrah denganku. membantu aku untuk kekal menjaga diri.Alhamdulillah..aku sangat menyayangi teman-temanku.

kenapa bila sebut berumahtangga, orang hanya memikirkan tentang pasangan yang ideal? aku juga hairan dengan situasi ini.kenapa? nak kawen sehari je ke? dah kawen tu kire happy ending macam dalam novel ke? kenapa aku tak berfikir macam tu ye? apa yang aku nampak..kalau kawen..bermula satu fasa tarbiyah baru dalam hidup.cabaran menjadi lebih besar.bakal mempunyai anak yang perlu dididik dengan sepenuhnya.maka persediannya perlu dari sebelum kawen.

peribadi perlu dijaga sebelum kawen.gaya hidup mesti dijaga sebelum kawen.hubungan dengan sahabat mesti dijana sebelum kawen.semua ini perlu dilakukan untuk melatih diri lebih matang bila berhadapan dengan masalah-masalah rumahtangga yang mancabar. ingat senang ke nak hadapi kalau tak matang???

entahlah..mungkin pendapat aku ini mengguris hati sesetengah pihak.aku minta maaf.aku minta maaf aku minta maaf.mungkin ada yang menyatakan syadid dan sebagainya. lantaklah.aku memang perlu syadid untuk peribadi anak-anakku.

aku juga tidak tahu sama ada akan mendapat yang soleh menepati apa yang aku idamkan ataupun tidak.kerana yang maha Tahu tentulah Pencipta. aku hanya berusaha. dapat atau tidak bukan menjadi persoalan.yang penting usaha. itu pada pandanganku.semuanya aku serahkan kepada Allah yang maha Tahu.

duhai bakal peneman hidupku.
terima aku apa adanya aku.
aku mahu berusaha menjadi lebih baik.
aku mahu berusaha menjadi sederhana.
kerana kata Rasulullah...
sederhana itu sebaik-baik urusan.
aku harap kamu selalu mendoakan aku.
agar kita kan tetap dipertemukan..
walau tidak di dunia...di syurga sana....
aku sangat-sangat mencintaimu sayangku.

with love,
bidadari bulan.