Saturday, October 31, 2009
wahai diri..bangkitlah dgn ruh kekuatan sultan mohd al-fateh!!
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
p/s: subhanallah...subhanallah...ya Allah..berikan ruh kekuatan ini kpd kami...
Tuesday, October 27, 2009
cuak ke???
Cuak ke??
Hari ini aku cube merajinkan diri untuk stadi dan melayan tesis…cuakkkkkkkkkk…hahaha..sgt2 la cuak..nk muntah betul la mengadap mende alah ni..tak perasan pula yg aku berjaya mengharungi kesendirian kat umah ni tanpa kedua orang rumetku selama 2 minggu…wah…aku rasa ini satu perubahan yg amat dahsyat berlaku pada diriku..please clap your hands guys..:))
Awat aku cakap perubahan?? Mane taknye..sblm ini mane la aku tahan duduk sorang2 dalam bilik walaupun 2 hari tanpa teman2 disisiku..kini…sob…sob…aku mampu rupenye…huhu=) tapi ni bukan bermakne aku tak rindukan kwn2 aku..sangat2 la rindu( aku start nk tangkap leleh ni)…
Tuhan menyayangiku…itu yang selalu diulang2..Allah disisiku….doa insan2 kesayanganku sentiasa mengiringiku..lantas kenapa harusku bersedih?? Aku sematkan dalam hati..aku mesti menjaga diriku untuk insan-insan yang menyayangiku dan mengambil berat tentangku..akan kujaga kesihatanku demi tidak membimbangkan mereka..akan kubelajar untuk mereka bangga akan kejayaanku..akan ku bersahabat demi menceriakan hidupku..untuk memberitahu mereka bahawa aku tidak sepi sendirian.. aku mampu untuk berdiri lagi..aku mampu….Allah sentiasa ada dalam kekuatanku..(aku xdpt menahan air mata tatkala ini..sungguhh…)
Wah…kenapa airmataku ini tidak mahu berhenti?? Sedangkan aku mengaku aku mampu dan kuat?? Aku mengaku yang Allah ada dalam kekuatanku…tak syak lagi aku adalah hamba yang lemah….dan sgt2 la perlukan Allah dlm setiap langkahku..ya Allah…aku sgt2 perlukanMu…tak kira diwaktu sedihku..gembiraku..aku mahu berada dekat denganMu…selalu……..
cuba rasa ini rasamu...huhu...
p/s: adakah ini kerana hujan lebat sdg melanda bumi bangi ditambah aku yg sedap berada ditepi tingkap?? owh...habitku ini tidak berubah dr dulu...
p/s: adakah ini kerana ketensenanku membuat tesis?? Oh tidak..aku tidak tensen…ngeh2…aku hanya dilanda kerinduan yg amat dasyat….rindu pada ketenangan itu..
p/s: hopefully aku dpt siapkan tesis secepat mungkin…ya latif..Kau lembutkan hati penyeliaku..:)))
p/s: kan aku dah ckp kat entry sblm ni…aku jarang dapat hepi yg sbnr2 hepi..bestnye kalau kekal hepi je spnjg mase….tp xsyok la pulak kan?? Tak colourful la hidopp..hehehehe…
Monday, October 26, 2009
what a beautiful feeling.....
I can't describe how I feel right now. But it's an amazing
feeling. I don't feel insecure, lonely, sad, or upset with
anyone. I wish I could feel like this all the time. It truly
is an amazing feeling. I feel happy and it makes me cry. I
feel like I'm crying out all of the negative in me. I really
can't explain it, but I wish I could capture this feeling and
be able to feel like this forever. I feel like I can do
something amazing with this. Maybe this is a dangerous
feeling, but oh does it feel wonderful...huhu..
p/s: Dear God...let me have this feeling forever...or...what does this feeling mean ha?????? i'm crazy??? kekekekeke...nauzubillah...:) take care everyone! i love u!
p/s:ohh...why must i repeat this song again...huh!although this song not too good for me i think..crazy again..:)))
Saturday, October 24, 2009
kuliah dhuha muslimat..mari dgr...!
assalamualaikum..esok aku exam sejarah tamadun islam oke? sila doakan aku..ngeh2.. aku baru sahaja balik dari surau annur nih..ade kuliah muslimat oleh dato' ismail kamus. untuk mengelakkan aku lupe..aku tulis la ape yg aku dgr kat cni oke..aku tak dhobit sgt..kene tulis..hehehe;)sharing is caring..sambil2 aku tulis korang bace skali jugak kan??
dato' ismail kamus story about zalim pagi td...muhasabah diri balik..memang aku sgt2 la zalim takleh blah..cube cek skali ape kezaliman yg aku biasa buat...
1. kita berdoa..tapi tak mintak kat orang lain sama..zalim2..kedekut betul..tukar je dhomir tu jadi jama'..jgn kedekut sgt wahai diri
2. boleh baca al-Quran, tapi tak baca pon sekurang2nye 100 ayat sehari...wahh..aku sgt zalim..pasni kene byk qadha' ni
3. orang yang masuk masjid..tapi xtunai solat tahiyatul masjid..zalim lagi
4. lalu kubur orang islam, tapi xdoakan org dalam kubur..(blkg umah aku ade perkuburan tau..kene doa byk2)
5. lalu sebuah kg pada hari jumaat, tapi xtunai solat jumaat..
6. ade org datang ngajar kat kampung kita (konteks student kat U, kuliah la) tapi xnak g dengar...zalim lagiii
7. 2 orang bertemu..tak tanye khabar pon..paling teruk..name pon tak tau...(habit aku nih,sembang2 xtau name...zalim lagi....)
8. ade jemputan tapi xnak g..
9. pemuda (pemudi masuk skali la) yg xde urusan..tapi xnak blajar..duk je saje2...zalimmm
10. kite kenyang..tapi jiran lapar...zalimmm....
ade lagi dato' kongsi pasal doa2 ni..
*bace surah quraish-elak diracun makanan, untuk mencukupkan makanan lau wat
kenduri..i.Allah
*al-ma'un-nak elak barang pecah..pinggan mangkuk ke
*baca allahumma aghnini bihalaalik an haroomik, wabifadlika amman siwaak(70 kali hari jumaat)
*baca ya alim, ya halim ya ali ya azim-(11 kali) nak elak kejahatan orang
p/s:Tiada daya upaya untuk melakukan ketaatan dan tiada kekuatan untuk meninggalkan maksiat melainkan dengan (izin) Allah sahaja.
"Inni kuntu minaz zolimin, Rabbana zolamna dan inni zolamtu nafsi" pengakuan aku telah menzalimi diriku dengan berbuat dosa, salah dan silap sepertimana Nabi Adam a.s. , Nabi Nuh a.s dan doa yang Rasulullah s.a.w. ajar kepada Saidina Abu Bakar r.a.
wallahu a'lam...;)
p/s: sedap sgh ngadap muke muallim kan??
Wednesday, October 21, 2009
mari study al-hambra bersama sy
Kebetulan aku duk bace tentang ni, teringat kat along n aku memang dah lame mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke al-hambra ni..(kes novel la ni..huh) let me story sikit about al-hambra.
Al-hambra(al-hamra’) adalah satu nama yang dapat membangkitkan kenangan umat Islam kepada sejarah bumi andalus.Ia dianggap sbg sebuah kompleks monumen yang unik kerana menggabungkan keadaan yang luar biasa seperti kedudukan topografinya , di puncak bukit La Sabica, banjaran Sierra Nevada. Dengan demikian, ia semacam menaungi keseluruhan kota Granada dengan dinding kubu pertahanan yang padu dan kukuh ibarat seorang suami melindungi isterinya daripada sebarang ancaman yg bahaya(aku suke ayat ni..haha) .nama Al-hambra asal dr bhs arab yg membawa maksud istana kemerah-merahan(ala-ala name isteri Nabi gtu..huhu)
Sebuah bangunan yang sangat indah, dipenuhi hiasan berwarna emas dan reka bentuk sangat menarik serta dianggap sbg salah satu bangunan terindah di dunia…waaa..nk pergii..pada awalnya digunakan utk tujuan ketenteraan, berkembang menjadi Bandar-kubu, istana dan akhirnya sebuah Bandar kecil, semua dlm satu, special right??
Bahagian yang paling indah- Patio de los leones(the court of lions). Warna istana ni berubah mengikut tahap cahaya dan kedudukan matahari, bulan dan bintang. Kat tengah2 ade pancutan yg dikelilingi 12 patung singa drpd batu marmar dan…singa ni boleh keluarkan air kat mulut die..hihi..dasyat2..mesti romantik la tempat ni..lau pergi mesti xnak balik punye kan..kui3
Actually al-hambra adalah salah satu tempat impian aku..untuk menyaksikan salah satu perkara ajaib di dunia, nak rase kehebatan kalimah tauhid di bumi andalus….subhanallah..
p/s: Isnin ni exam Sejarah Tamadun Islam..sempat lagi koya tuh..huhu..(masuk lam silibus ni tau..)
insya Allah...:))
Insya Allah-Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
p/s: i will find my way ya Allah..i will!~sob...sob..hihihi~
Sunday, October 18, 2009
hampir menjadi kenangan....
Buat-buat bizi…:)
Assalamualaikum..kenapalah posting akhir2 ni macam byk cite2 je yek…aku jadikan blog ni sbg wasilah lepas tension la pulak..huhu:) jgn la ikot oke…tade pekdah=) tesis…masih belum berkesudahan.. final..menghampiri..along…da pergi spain..hukhuk…takiero hermanas…te estrano tanto( betul x ayat ni?) xpe..yg penting Olympus aku pergi sane…hahhahhaa=) along..jage diri baek2 oke..sedih sgh la along xde time raye haji nanti…first time rasenye xcukup ahli family..sob..sob… jgn lupe kirim slm kat Rosalinda & Fernando Jose Altamirano bile sampai sane..wahahaha..:)
Semalam, aku dan k.suzi dijemput kak izan lagi utk pergi ke rumahnye, actually singgap sekejap je, destinasi utama ialah rumah kak hasnah..mamiku time praktikel dulu..mak oi..lawa gile rumah die kat putrajaya tu..decoration yg sgt tersusun dan cantik..kagummmm=) sampai malam aku dan k.suzi duk kat rumah kak izan..bincang2 tesis kak suzi..then balik..
Arini, majlis jamuan dengan budak2 Pend Al-Quran tahun 4, best sgt! Rupenye ramai lagi yang aku tak kenal batch aku sendiri..huhu..teruk sgh..ade tu yang aku xpernah nampak pon..hahahaha..teruk2.. tp jamuan kat tasik kejut ni akan meninggalkan kesan yang mendalam jugak untuk aku..rupenye aku sayang jugak kat bdk2 fak ni walaupun aku xbrape nak suke sgt kos pendidikan..haha..teruk..teruk.. aku xsuke subjek2 pendidikan je..actually bdk2 pend mmg best sbnrnye..i love u all..
Masa semakin suntuk..kaki mesti teruskan langkahan terakhir untuk melengkapkan ape yang masih tak sempurna..semoga setiap langkahan ini diredhai dan diberi manfaat..semoga jalan selepas ini dipermudahkan dan ukhwah ini kekal selamanya..walaupun aku dah pernah ade anak murid..tapi aku masih xpercaya yang aku akan jadi ustazah lepas ni..huhuhu=) semoga anak2 murid aku yang akan datang sebaik anak2 muridku time praktikel aritu..aminnnnn…..
p/s:rumet aku dua org tu cuti 2 minggu..so aku duk sorg2 dalam rumah yg beso ini..sape nak mari menyinggah dan memenuhkan ruang rumah sila kontek aku oke? aku mengalu-alukan kedatangan korang..hehehehe..jom la masak2 ngan aku:))
Sunday, October 11, 2009
TAARE ZAMEEN PAR (star on earth)
Slm..sesungguhnye aku bkn mahu mengajar bahase hindi kat cni..hehe..aku baru saje perabiskan 17 episode cite yg bertajuk kat ats..KEPADA BAKAL2 GURU..SAYA MENYERU ANDA UNTUK MENONTON CERITA INI DI YOUTUBE DARI EPISOD 1-17..kenapa?? sebab cerita ini mampu membuatkan sy menangis secara sopan dalam keharuan..hehe=) cerita pasal seorang budak yg ade penyakit dyslexia(xtau betul xejaan ni) kalau nak tau ape maksud penyakit tu..cari sendiri kat internet..malas nk explain..
Kesungguhan cikgu amir khan mencungkil bakat yg luar biasa ade pd si bdk kecik ni aku tabik spring…sebab cikgu amir khan ni mengalami penyakit yg sama..betul la..org yg mengalami tuh lebih memahami kan? Kesian sgh dekat budak name Ishaan ni..bukan die xpandai..mesti tekanan gile kalau kene kat ats batang hidung sendiri..hatta parents die sendiri pon xpaham ape sbnrnye penyakit anak die yang macam dianggap bodoh, nakal dan sukar diajar ni.
Part yang best time si Ishaan tu menang ptndingan melukis kat skolah die..then die peluk cikgu Amir Khan yang banyak membantu die..cikgu Amir khan ni sensitif dan penyayang die lebih sikit..best la seposen cite ni..hehehe..
Syu: aku tgk dh cite ni..xnangis sebaldi pon..siap mu!hehehe..lupe lak..thanx 4 the cunnest header in the world!
p/s: sambil2 wat tesis sempat lagi layan Hindustan..huh..
Friday, October 9, 2009
thanx syu!
Assalamualaikum..entry ni just nak ucap tenkiu beri2 much to my frenz..syu yang dtg dr jauh nun Tanjung Malim kat UPSI nun dgn niat utk menjagaku yg sakit..ngeh2…sakit la sgt! Setelah seminggu ‘menjagaku’ yg sakit ni aku yakin syu telah jatuh chentaa dgn bangi..tol x syu?? sila jgn nangis merindui bangi bile bace entri ini..ni aku nk wat mu terharu sket ni..huwe2…(ke mu nangis dah lam bas nk g TM td syu? Hahahhahaa)
Syu sampai pd malam jumaat..mlm tu aku dah sihat sikit..just still xlalu makan je..aku amik syu kat komuter & bwk balik kolej..
keesokannya, dlm keadaan yg masih xde selera nk mkn, aku & syu menapak ke shah alam utk sambutan besday I luv islam, syu menang esei..so..nk g amik hadiah la ni..perjalanan yg agak indah dlm komuter then sampai2 ade org blanje teksi..terus buat adik angkat..wahaha=) (betul ke x la adik bdk nih) then majlis kat situ pon agak best la, sbb nmpak layanan yg xde gap antara semua orang..feel hepy!
Then siap melepak2 kat sh. Alam, pergi umah kaklong & abg long syu..igt nak tumpang solat je..last2 murah rezeki lagi..kaklong & abg long antar kami sampai sate kajang haji sahmuri kat bangi ni..wahahaha=) thanx to kaklong & abg long n anak2 nye yg comel..si aish & mujahid yg nakal..
Terlupe pula..sbnrnye aku ade 2 rumah yg perlu aku pergi pd ari sabtu ni..umah cikgu mase pektikel dulu(k.izan) & kak Tie(tuan umah sewe time pektikel) namun kedua2 nya aku terlepas..sangat sedih tp kak izan yang sgt baek itu kirimkan nasik minyak utk aku kpd kak suzi..wah…subhanallah…mood jimat betul! Sory sgt2 pd anak2 k.izan..mesti tunggu kak izzah dtg kan??(perasan!) nantilah..pas kakak korang exam kita convoy beraye ramai2 kat umah ustzh2 yg baek2 ati semua tuh key! Can’t wait! Miss sgt2 kat adik2! Tetibe rindu pada ustzh2 yg sgt baek time praktikel dulu..xsabarnye nak jumpe diorang! Dah mcm mak aku dah rasenye!
Okelah..balik pd story cik syu..hehe..kitorang dah jatuh cinta pd nasik lemak yg dijual kat pasar dkt ngan kolej aku..pergh!! sedap gile..hehe..apelagi yg kami wat ek..masak2..nyum3…makan mcm xmakan setaun je gayenye..haha..uduh beno!then kami pergi kat tasik cempaka yg org ckp selalu je ade org wat dating tuh…tp kami g time xde org la..betul2 pukul 1 hampeh x? hahaha..mmg xde org pon..tapi tasik ni mmg lawa la..sedap pulak bwk PDQ 9710 aku jalan2 situ..romantik semacam je rase..wahahaha…
Pagi tadi sekali lagi pekena nasik lemak berkrim disukai ramai tuh..syu mengidam sgt dah…amik la sekeping gmbo nasik lemak tuh utk tatapan korang…slurppppppp…nyami3….sedap wooo…hahaha=) syu pon dgn tekunnya menolong sahabatnye yg dhaif ini membuat tesis…wahh..arigato gozaimaz kathiran jiddan-jiddan r syu..aku dah nk sewel fikirkan tesis ni! I owe u a lot my dear!
Actually..thanx a lot syu teman aku seminggu kat sini..kejap je rase..but life goes on..aku akan buat2 tabah la duduk sorang2 ni…lau mu leh cakap mu rindu si kinah n si teha time ni..aku lagi2 lah rindu syu oi..huhu…huwaaaa….bertahun2 aku duk ngan diorang..tetibe taun ni jadi cam pelik lak duk sorang2..kalaulah mu tahu betapa payahnye aku nak sesuaikan diri ngan keadaan ni dan wat2 slumber mcm xde ape2 yg berlaku…..sob..sob…hahahaha…semoga setiap kali mu memudahkan insan lain, Allah akan memberikan kemudahan yg berlipat kali ganda padamu! Kerana Allah..ku sayang padamu..!n semua2 insan yg aku sayangi..hehe(tertinggal kan kecit ati lak..kui3)
p/s: aku malas nak nangis sebab malu pade cik spongebob, katok ija n bear bulu2 ni yg selalu duk maen aucak ngan aku!=)) mujur la ade makhluk 3 ekor ni teman aku..hahaha=) (sila amik ibrah drpd katok ija, bear n spongebob yg sentiasa tersenyum..hadapi dgn senyuman oke?)
~slurpppp....sedap woooo~
~buat2 bizi kat majlis besday i luv islam..ngeh2~
~bulat kecil bulat beso di tasik cempaka~
~3 besfren hahaha~
Syu sampai pd malam jumaat..mlm tu aku dah sihat sikit..just still xlalu makan je..aku amik syu kat komuter & bwk balik kolej..
keesokannya, dlm keadaan yg masih xde selera nk mkn, aku & syu menapak ke shah alam utk sambutan besday I luv islam, syu menang esei..so..nk g amik hadiah la ni..perjalanan yg agak indah dlm komuter then sampai2 ade org blanje teksi..terus buat adik angkat..wahaha=) (betul ke x la adik bdk nih) then majlis kat situ pon agak best la, sbb nmpak layanan yg xde gap antara semua orang..feel hepy!
Then siap melepak2 kat sh. Alam, pergi umah kaklong & abg long syu..igt nak tumpang solat je..last2 murah rezeki lagi..kaklong & abg long antar kami sampai sate kajang haji sahmuri kat bangi ni..wahahaha=) thanx to kaklong & abg long n anak2 nye yg comel..si aish & mujahid yg nakal..
Terlupe pula..sbnrnye aku ade 2 rumah yg perlu aku pergi pd ari sabtu ni..umah cikgu mase pektikel dulu(k.izan) & kak Tie(tuan umah sewe time pektikel) namun kedua2 nya aku terlepas..sangat sedih tp kak izan yang sgt baek itu kirimkan nasik minyak utk aku kpd kak suzi..wah…subhanallah…mood jimat betul! Sory sgt2 pd anak2 k.izan..mesti tunggu kak izzah dtg kan??(perasan!) nantilah..pas kakak korang exam kita convoy beraye ramai2 kat umah ustzh2 yg baek2 ati semua tuh key! Can’t wait! Miss sgt2 kat adik2! Tetibe rindu pada ustzh2 yg sgt baek time praktikel dulu..xsabarnye nak jumpe diorang! Dah mcm mak aku dah rasenye!
Okelah..balik pd story cik syu..hehe..kitorang dah jatuh cinta pd nasik lemak yg dijual kat pasar dkt ngan kolej aku..pergh!! sedap gile..hehe..apelagi yg kami wat ek..masak2..nyum3…makan mcm xmakan setaun je gayenye..haha..uduh beno!then kami pergi kat tasik cempaka yg org ckp selalu je ade org wat dating tuh…tp kami g time xde org la..betul2 pukul 1 hampeh x? hahaha..mmg xde org pon..tapi tasik ni mmg lawa la..sedap pulak bwk PDQ 9710 aku jalan2 situ..romantik semacam je rase..wahahaha…
Pagi tadi sekali lagi pekena nasik lemak berkrim disukai ramai tuh..syu mengidam sgt dah…amik la sekeping gmbo nasik lemak tuh utk tatapan korang…slurppppppp…nyami3….sedap wooo…hahaha=) syu pon dgn tekunnya menolong sahabatnye yg dhaif ini membuat tesis…wahh..arigato gozaimaz kathiran jiddan-jiddan r syu..aku dah nk sewel fikirkan tesis ni! I owe u a lot my dear!
Actually..thanx a lot syu teman aku seminggu kat sini..kejap je rase..but life goes on..aku akan buat2 tabah la duduk sorang2 ni…lau mu leh cakap mu rindu si kinah n si teha time ni..aku lagi2 lah rindu syu oi..huhu…huwaaaa….bertahun2 aku duk ngan diorang..tetibe taun ni jadi cam pelik lak duk sorang2..kalaulah mu tahu betapa payahnye aku nak sesuaikan diri ngan keadaan ni dan wat2 slumber mcm xde ape2 yg berlaku…..sob..sob…hahahaha…semoga setiap kali mu memudahkan insan lain, Allah akan memberikan kemudahan yg berlipat kali ganda padamu! Kerana Allah..ku sayang padamu..!n semua2 insan yg aku sayangi..hehe(tertinggal kan kecit ati lak..kui3)
p/s: aku malas nak nangis sebab malu pade cik spongebob, katok ija n bear bulu2 ni yg selalu duk maen aucak ngan aku!=)) mujur la ade makhluk 3 ekor ni teman aku..hahaha=) (sila amik ibrah drpd katok ija, bear n spongebob yg sentiasa tersenyum..hadapi dgn senyuman oke?)
~slurpppp....sedap woooo~
~buat2 bizi kat majlis besday i luv islam..ngeh2~
~bulat kecil bulat beso di tasik cempaka~
~3 besfren hahaha~
Wednesday, October 7, 2009
kita tak boleh paksa...
Bila kita suka seseorang, itu normal.
Bila kita sayang seseorang, itu normal.
Bila kita cinta seseorang, itu normal.
Bila kita kasih seseorang, itu normal.
Bila kita paksa orang menyukai kita, itu tipu.
Bila kita paksa orang menyayangi kita, itu dusta.
Bila kita paksa orang menyayangi kita, itu palsu.
Bila kita paksa orang mengasihi kita, itu sia-sia.
Yang penting,
Bila kita ada semua rasa itu, kita adalah orang yang normal.
Bila kita cuba memaksa untuk mendapat balasan, kita adalah orang yang diluar normal.
Berbahagialah dengan semua rasa yang kita ada walaupun ia sehala.
Tapi perlu ada pagar-pagar supaya kita tidak tersasar...
just...leave it to God!
“… Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (al-Baqarah: 216)
*thanx to eberibady yg menyayangiku tanpa dipaksa2..i lap u too..i'm veri2 appriciate that:)*
p/s: sekadar coretan org yg sedang fenin byk kije...ngeh2..takde kaitan oke!
Thursday, October 1, 2009
apa sebenarnya yang aku cari..
Berfikir...dan mencari tahu tentang keadaan diri.. mencari tahu apa sebenarnya tujuan hidup ini. akalku terus berfikir dan mencari jawapannya.
apa sebenarnya yang aku cari??
apakah aku mencari nama besar, pendamping setia, dan kekayaan?
tapi untuk apa semua itu?apakah semua itu mampu menyelamatkanku?
mampu membebaskan aku dari kematian?
apa yang aku cari...?
mencariNYA..mencuba untuk memahami apa yang DIA kehendaki dari setiap takdir yang telah DIA tuliskan untukku..walau jiwa sudah terasa sangat lelah, dan seakan sudah hampir putus asa, namun tetap ku cuba untuk menyelesaikan tugas utamaku di bumi ini…lelahh…sangat lelah..
apa yang mampu membuat anda merasa bahagia?
dalam keadaan apa anda akan merasa bahagia?
apakah dengan terpenuhinya setiap keinginan anda, anda akan bahagia?
walau apa pun keadaan anda saat ini..,tersenyumlah..!dan berbahagialah dengan apa yang telah TUHAN berikan kepada anda.
bahagiakanlah hati anda walau apa pun jua keadaan anda. apa yang anda terima hari ini, itulah milik anda..terimalah, dan berusahalah untuk lebih baik dihari depan. jika anda di beri dugaan sangat berat, maka tersenyumlah anda..mengapa??? sebab YANG MAHA MENGETAHUI tentang diri anda tahu bahwa anda mampu menghadapinya. jika dugaan untuk anda jauh lebih berat berbanding kawan-kawan yang lain, maka berbahagialah..ternyata anda jauh lebih kuat berbanding kawan-kawan anda. ini satu bukti bahwa ALLAH menyayangi anda, ALLAH menghendaki agar anda semakin dekat dan mengadu padaNYA.
jika engkau sakit...tersenyumlah dengan penuh kebahagiaan... ALLAH telah memberikan kesempatan untuk anda menggugurkan dosa-dosa anda. tersenyumlah..berbahagialah..berbahagialah..!
apa pun keadaan yang anda hadapi, tetaplah tersenyum dengan sepenuh hati..berbahagialah..mengapa anda harus berbahagia?? sebab jika anda bersedih dan menangis sekali pun, keadaan anda tidak akan berubah menjadi lebih baik, malah sebaliknya akan menjadi lebih buruk..
dengan membahagiakan hati anda...
anda tidak akan merasa bahwa anda seorang yang sakit.
anda tidak akan merasa bahwa anda seorang yang miskin,
anda tidak akan merasa bahwa anda adalah seorang yang cacat...
percayalah..TUHAN menyayangi anda...dan sedang memperhatikan anda..
p/s:“Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku dan keputus-asaanku...”
Subscribe to:
Posts (Atom)