Tuesday, October 27, 2009

cuak ke???



Cuak ke??
Hari ini aku cube merajinkan diri untuk stadi dan melayan tesis…cuakkkkkkkkkk…hahaha..sgt2 la cuak..nk muntah betul la mengadap mende alah ni..tak perasan pula yg aku berjaya mengharungi kesendirian kat umah ni tanpa kedua orang rumetku selama 2 minggu…wah…aku rasa ini satu perubahan yg amat dahsyat berlaku pada diriku..please clap your hands guys..:))

Awat aku cakap perubahan?? Mane taknye..sblm ini mane la aku tahan duduk sorang2 dalam bilik walaupun 2 hari tanpa teman2 disisiku..kini…sob…sob…aku mampu rupenye…huhu=) tapi ni bukan bermakne aku tak rindukan kwn2 aku..sangat2 la rindu( aku start nk tangkap leleh ni)…


Tuhan menyayangiku…itu yang selalu diulang2..Allah disisiku….doa insan2 kesayanganku sentiasa mengiringiku..lantas kenapa harusku bersedih?? Aku sematkan dalam hati..aku mesti menjaga diriku untuk insan-insan yang menyayangiku dan mengambil berat tentangku..akan kujaga kesihatanku demi tidak membimbangkan mereka..akan kubelajar untuk mereka bangga akan kejayaanku..akan ku bersahabat demi menceriakan hidupku..untuk memberitahu mereka bahawa aku tidak sepi sendirian.. aku mampu untuk berdiri lagi..aku mampu….Allah sentiasa ada dalam kekuatanku..(aku xdpt menahan air mata tatkala ini..sungguhh…)

Wah…kenapa airmataku ini tidak mahu berhenti?? Sedangkan aku mengaku aku mampu dan kuat?? Aku mengaku yang Allah ada dalam kekuatanku…tak syak lagi aku adalah hamba yang lemah….dan sgt2 la perlukan Allah dlm setiap langkahku..ya Allah…aku sgt2 perlukanMu…tak kira diwaktu sedihku..gembiraku..aku mahu berada dekat denganMu…selalu……..


cuba rasa ini rasamu...huhu...
p/s: adakah ini kerana hujan lebat sdg melanda bumi bangi ditambah aku yg sedap berada ditepi tingkap?? owh...habitku ini tidak berubah dr dulu...
p/s: adakah ini kerana ketensenanku membuat tesis?? Oh tidak..aku tidak tensen…ngeh2…aku hanya dilanda kerinduan yg amat dasyat….rindu pada ketenangan itu..
p/s: hopefully aku dpt siapkan tesis secepat mungkin…ya latif..Kau lembutkan hati penyeliaku..:)))
p/s: kan aku dah ckp kat entry sblm ni…aku jarang dapat hepi yg sbnr2 hepi..bestnye kalau kekal hepi je spnjg mase….tp xsyok la pulak kan?? Tak colourful la hidopp..hehehehe…

No comments: