Saturday, March 31, 2012

[runtuhkan dinding]

[menjahit pon nak ade fb teman..keh3]
[siapa sangka? haha]

assalamualaikum.
hari ini konon2 la nampak macam free.
tapi sambil2 nampak free tadi tu sbnrnye tgh menjahit langsir.haha
aku mmg tak percaya yg aku yg bertangan keras ni willing nk buat bende tu.
siap langsir pink! sah2 aku mereng.haha
alhamdulillah kesyukuran aku rafa'kan pd Allah, sebab setelah sekian lama,
akhirnya kami dapat jugak bilik pendidikan Islam sendiri.Hamdalillah, hanya untuk Allah.
bertahun-tahun selama ini pelajar2 belajar kat surau, takde kerusi meja dan tak selesa.
tahun lepas usahakan angkat surat, akhirnya tahun ni makbul.
dapat bilik sendiri, kunci pegang sendiri.what a bless!! ^^
untuk menjimatkan wang, try2 la tangan keras ni beli langsir murah n try jahit sendiri.
berani mati sungguh.haha.takpe, asalkan nikmat ni mengalir kepada anak didik walaupun waktu tu aku dah takde lagi kat tatau.
usahakan untuk meninggalkan kesan-kesan supaya kemudahan itu dinikmati pada masa akan datang.
semalam ribat lagi.student mintak Qiam.
terpaksa aku tangguhkan.
takde yang willing jadi imam.
actually thanx to ust zul, dia dah banyak hulurkan bantuan spnjang aku kat sini.
dah segan nk mintak tolong dia sbnrnya.tapi mmg terpaksa.aku tak boleh jd imam.
call syidah,lame x dgr khabar.
hurm..
aku syukur sbb dilahirkan dalam keluarga yg bkn semua beraliran agama.
malah, mak ayah aku sendiri biasa-biasa saja.
aku syukur, sbb Allah campak aku kat tempat terpencil ni.
atas sebab inilah, aku mmg byk belajar berdikari.
aku syukur, sbb aku juga mmpunyai kawan yg bukan dari satu kelompok.
dengan itu, aku tak terlalu jumud.
aku jugak syukur, sekarang aku bukan berada di kawasan semua orang Islam.
Islam sangat minoriti, dengan itu, aku cuba memahami apa pandangan mereka tentang Islam.
aku syukur, aku syukur, aku syukur,
nikmat Allah banyak.


bersangka baik.
selemah-lemah ukhuwah adalah sangka baik.
harap mengerti dengan segala tindakan aku.
aku mintak maaf.
that's the point.

argh! badmood betul rasa hari ni.



Sunday, March 25, 2012

[semoga Allah kuatkanmu kakak]

assalamualaikum.
tinta ini doa buat seorang kakak.
yang telah kehilangan suaminya.
hanya berkahwin selama 2 minggu, suaminya kemalangan.
kemudian, 2 minggu selepas itu suaminya meninggal.
kakak.
adik doakan kakak kuat.
kakak, adik tak sanggup melihat kakak dalam dunia sendiri.
kakak, adik tau kakak tak baca blog ini.
ayat kakak yang buat mata ni bergenang.
"fizah, akak tinggal kat bintulu 4 tahun.
akak kawen ngan dia 2 minggu saja.
kenapa kakak jadi macam ni?
akak ada sebut kat suami kakak.
taknak la rindu2 ni.
penuhkan hati dengan cinta Allah.
taknak la duduk jauh2 ni gerak kerja tak jalan.
niat kerna baitul Muslim kan?"
dan suami akak balas, takdapat, ingat jugak.
akak jawab, taknak.taknak taknak macam ni.
penuhkan hati dgn cinta Allah.
fizah,sekarang siapa yg cinta siapa lebih?
Allah jawab kata-kata akak direct.
padan muka akak.
fizah doakan akak ye.

depan dia mmg aku sengeh2 kerang busuk je.
aku taktau nak respon macam mana.
sebab..antara sebab aku masih bertahan adalah kerna kakak ini.
kisah dia betul2 macam dalam novel.
aku yg dgr pun terpempan.
seorang kakak yg bersungguh-sungguh menarik aku.
yg berjaya melembutkan hati aku.
yg dalam diam2, aku mula sayang padanya.
yg ada ikatan kuat hatinya.
yg aku tahu, dia seorang yang kuat.


kakak,
fizah sayang kakak.
hanya doa yg fizah mampu layangkan buat kakak.
tak mampu nak respon.
sebab?
fizah tau, kalau perkara tu jadi kat fizah,
maybe fizah takmampu berdiri lagi.
ambillah masa kakak.
cuma, fizah doa masa mampu menyembuhkan kakak.

sangat sedih melihat dalam keadaan dia sekarang T_T

usrah semalam ohsem ...
banyak ilmu baru,
rasa macam takde ilmu
rasa jahil
rasa jahat
rasa macam-macam
yang penting rasa bahagia dalam hati
sebab?
aku macam dah jumpa betul apa yg aku cari selama ni.
inilah dia yang aku cari!

semoga Allah rahmati mereka2 yg ikhlas berjuang.
mereka baik ya Allah, bawalah aku supaya dapat mencontohi mereka!
amin ya Robbbb

Sunday, March 18, 2012

aku dan sesuatu....

assalamualaikum.
di malam yang agak tenang [semalam aku mmg cuak sangat2]
seorang shbt menelefon.
sahabat lama.
aduh, sbnrnya aku mgkin byk terlepas pandang dgn shbt2 aku.
aku malu bila mereka yg memulakan perkhabaran.
tapi, selalunya aku mmg tewas dalam bab itu.
alasan, aku sgt sibuk[kompem korang takbleh terima kan?]
sembang2 soal kehidupan.
dan tentunya akhir sekali topik terhangat di pasaran.
haha.
takkan habis selagi tak mengakhirinya.
dia juga melalui jalan mujahadahnya.
argh...ada orang jalannya mudah.
ada orang jalannya sedikit sukar.
mungkin aku termasuk dalam golongan yg sukar itu?
boleh terima?
tgk Abdullah khairul Azzam dlm KCB tu...pyh sgh.. sampai last2 tu sujud syukur!
argh, part tu mmg aku nangis.hehe
aku sendiri pun tak tahu.
macam mana aku nak jawab.
orang minta nasihat.
aku lagilah tak tahu nak jawab.
cuma hulurkan pengertian aku mampu.

eh, kejap, sbnrnya aku nak cerita bab ukhuwah tadi! hahaha...
oke2, balik cerita asal.
aku jadi kelu dgn seorg shbt.
perbezaan pemikiran mungkin?
entah.
dia sangat baik.
cuba teruskan ukhuwah.
aku selalu mendoakan yang terbaik untuknya.
walaupun dalam diam.
ye, nampak aku selalu hepy kan?
abis, takkan nak nangis?
ya Allah, aku mendoakan segala yg terbaik utk mereka.

ayah ibu ahli keluarga yang mencintai dan memudahkan urusan.
dengan penuh rendah hati dan rendah diri, aku sayangkan kalian.
mak, akak mintak maaf banyak-banyak.
selalu akak menangis bila ingatkan mak.
akak nak bahagiakan mak sungguh-sungguh.
akak nak mak dapat yang terbaik dari akak.
akak cuba jadi anak yg baik selagi akak sempat.
banyak yang mak ayah family buat utk akak.
akak nak balas sangat-sangat.... T_T

Monday, March 12, 2012

manusia memusuhi apa yg tidak diketahuinya.

[boypreng aku ni]

alhamdulillah, semalam selamat menjejakkan kaki ke bumi semenanjung.
Alhamdulillah ala kulli hal.
cerita ammar, ah laen kali aku cerita [tengah sedih sbnrnya]
semalam, bicara hati seorang ibu.
lagi buat aku sedih.
kali ini aku kena buat keputusan.
dengan tegas.
takdir tak selari kehendak.
itu yang terbaik kan?
semoga Allah redha.
semoga Allah sayang.

Monday, March 5, 2012

minta diluaskan kesabaran

minggu ni
perkataan ini sahaja yang aku duk dengar, ulang.
sabar.
sabar.
sabar.
ye, korang tau maksud sabar?
sabar itu pada pukulan pertama.
ye.
bila terkena, waktu tu rilex.
itulah sabar.
kalau lepas meraung 4 kati.
tu bukan sabar.he he he...

kenapa senyum aku kebelakangan ini rasa macam plastik semacam.
kenapa terasa ada hujan yang mencurah-curah turun dalam hati aku.
kadang-kadang berair sendirian.

penat.
aku x penat bila berterusan buat kerja.
malah kadang-kadang aku sangat gembira.
sebab aku tahu, kebaikan akan terus berkekalan.
yang letih itu akan hilang.
namun,
bila maen jiwa ni.
aku selalu tewas.
bila jiwa ini penat.
inikah namanya futur?
mungkin.
aku sendiri taktahu maksud sebenar keadaan futur itu.
mungkin inilah dia.
kelelahan jiwa.
Allah.
aku menangis lagi.
kekuatan jiwa itu penting.
ujian2 yg datang itu tapisan.
ingat itu!
[wanita yg tidak mempunyai pelindung itu selalu dituju]
duhai diri, bertabahlah!
bukankah kamu kata kamu buat kerna Allah.
nah, buktikan sekarang!

Saturday, March 3, 2012

::karena hati bicara::

[dalam mihrab cinta]

demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

ahaha, feeling gila petang ni.actually aku x minat pun oki ni.cerita dlm mihrab cinta pun aku x minat.
ntah, xtau apehal aku p tulis menda kat ats ni.hampeh je.
errk...tgh serabut sbnrnya.
elleh, macam dia je serabut.
hampeh je.
xkisah la..mmg otak tgh berselirat.
so, kita alihkan keserabutan pada jiwang petang sabtu.
igtkan nak tido td pas abis skola ganti.
tak jadi plak.
terrrlayan jiwang.
dan..
termenangis la plak.
T_T