Sunday, March 25, 2012

[semoga Allah kuatkanmu kakak]

assalamualaikum.
tinta ini doa buat seorang kakak.
yang telah kehilangan suaminya.
hanya berkahwin selama 2 minggu, suaminya kemalangan.
kemudian, 2 minggu selepas itu suaminya meninggal.
kakak.
adik doakan kakak kuat.
kakak, adik tak sanggup melihat kakak dalam dunia sendiri.
kakak, adik tau kakak tak baca blog ini.
ayat kakak yang buat mata ni bergenang.
"fizah, akak tinggal kat bintulu 4 tahun.
akak kawen ngan dia 2 minggu saja.
kenapa kakak jadi macam ni?
akak ada sebut kat suami kakak.
taknak la rindu2 ni.
penuhkan hati dengan cinta Allah.
taknak la duduk jauh2 ni gerak kerja tak jalan.
niat kerna baitul Muslim kan?"
dan suami akak balas, takdapat, ingat jugak.
akak jawab, taknak.taknak taknak macam ni.
penuhkan hati dgn cinta Allah.
fizah,sekarang siapa yg cinta siapa lebih?
Allah jawab kata-kata akak direct.
padan muka akak.
fizah doakan akak ye.

depan dia mmg aku sengeh2 kerang busuk je.
aku taktau nak respon macam mana.
sebab..antara sebab aku masih bertahan adalah kerna kakak ini.
kisah dia betul2 macam dalam novel.
aku yg dgr pun terpempan.
seorang kakak yg bersungguh-sungguh menarik aku.
yg berjaya melembutkan hati aku.
yg dalam diam2, aku mula sayang padanya.
yg ada ikatan kuat hatinya.
yg aku tahu, dia seorang yang kuat.


kakak,
fizah sayang kakak.
hanya doa yg fizah mampu layangkan buat kakak.
tak mampu nak respon.
sebab?
fizah tau, kalau perkara tu jadi kat fizah,
maybe fizah takmampu berdiri lagi.
ambillah masa kakak.
cuma, fizah doa masa mampu menyembuhkan kakak.

sangat sedih melihat dalam keadaan dia sekarang T_T

usrah semalam ohsem ...
banyak ilmu baru,
rasa macam takde ilmu
rasa jahil
rasa jahat
rasa macam-macam
yang penting rasa bahagia dalam hati
sebab?
aku macam dah jumpa betul apa yg aku cari selama ni.
inilah dia yang aku cari!

semoga Allah rahmati mereka2 yg ikhlas berjuang.
mereka baik ya Allah, bawalah aku supaya dapat mencontohi mereka!
amin ya Robbbb

No comments: