Tuesday, September 15, 2009

::MUHASABAH RAMADHAN::


assalamualaikum warahmatullah..ramadhan bersisa beberapa hari cuma..xtergambar sedihnya hati ni..hadehh..mmg betul2 rase cepat sekali..Bila kita memasuki bulan Ramadhan, bererti kita memasuki bulan yang paling mulia, hati kita akan terasa tentu bulan ini berbeza dari bulan yang lain. Kita terasa sangat berbeza seolah-olahnya kita pergi ke Mekah, kalau pergi Mekah tidak terasa apa-apa perbezaannya sama seperti pergi Amerika, pergi melancong, seronok-seronok, lepas tu balik, tak rasa apa-apa, tak dapat apa-apa.. Itu sangat pelik kan? kan?

Sepatutnya 3, 4 hari lagi sebelum kedatangan Ramadhan, hati dah terasa bimbang, cemas dan takut. Boleh ke kita menghadapinya? Itu baru rasa-rasa di ambang pintu belum lagi memasuki bulan Ramadhan. Pengaruh atau perasaan itu kalau dihayati ia dapat membina hati kita dalam menjalankan ibadah puasa...

Sebab itulah kalau kita faham, waktu membaca Al Quran yang penting kita faham, bukannya baca semata-mata untuk khatam Quran. kalau baca tidak habis satu Quran pun tak apa. Yang penting semasa membaca Quran itu terasa bersama ALLAH. Terasa pesanan dan amaran dari ALLAH, ada khabar gembira, ada cerita qiamat yang menakutkan, ada cerita nabi dan orang-orang soleh..yg boleh pujuk dan kuatkan hati kita yg gundah ni..seolah-olah al-Quran itu berbicara dengan kita..

Cuba setkan target bahawa keseluruhan amalan kita pada bulan Ramadhan ini adalah untuk mendidik hati. Jika Ramadhan tidak boleh mengubah sikap dan peribadi itu adalah pelik..(pelik lagi..hehe) Bayangkan apa tidaknya kerana sepanjang ramadhan banyak dosa-dosa kita yang gugur. Sepatutnya kita sudah boleh membuang segala sifat buruk kita seperti pemarah,sombong, busuk ati,kedekut, kuat tido(masuk jugak ea?) dan sebagainya sepanjang sebulan Ramadhan ini.

Hari raya itu pula adalah menyambut hari mulia. Hari raya bukan untuk bersuka ria. Bersuka ria itu adalah nafsu. Sebab itu orang-orang soleh zaman dahulu terasa diri tidak layak untuk berhari raya. Mereka sedih dan tidak keluar rumah sebab mereka rasakan bahawa puasa mereka tidak sempurna. Layakkah kita berhari raya jika puasa tidak sempurna ?(xraye la aku....huwaa..)

Mari kita kaji dan lihat bagaimana mujahadah kita di bulan Ramadhan ? Waktu berpuasa bila kita terasa nak marah, kita kena ingat, aku ini sedang puasa mana boleh marah, mana boleh sembur orang sesuke ati je... Tidak ada gunanya kita berpuasa sebulan sekiranya selepas berbuka itu kita kembali menjadi orang yang pemarah, hasad, busuk ati dan malas mandi..(ape kaitan? hehe)

Puasa itu menahan daripada perkara-perkara yang tak sepatutnya kita buat. Ia bersifat mardhiah dan maknawiyah. Contohnya jika kita membaca benda-benda yang tidak menakutkan kita dengan Tuhan dan melalaikan, kita kena tinggalkan. Walaupun perkara itu tidak berdosa tapi tidak mendapat pahala...(ha..dah2 la bace novel tu...)

Kita berpuasa sekadar tidak makan dan minum, tapi belum mampu nak mengawal diri dari sifat mazmumah. Belum mampu untuk menjaga hati supaya sentiasa tidak terputus dengan Tuhan, yang penting segala-galanya mestilah bertunjang pada tauhid dan rasa bertuhan. Bila rasa bertuhan kuat secara automatik akan membuahkan rasa hamba.

Orang yang dah bertunjang rasa bertuhan dengan kuat maka bila masuk Ramadhan akan mudahlah, dia hanya menghayati secara mendalam lagi. Tapi kalau pemikiran kita masih ditahap ilmu, maka susah nak menghayatinya. Samalah seperti ilmu takutkan harimau, sudah pasti berbeza dengan keadaan orang yang betul-betul berhadapan sendiri dengan harimau.

Bagi memastikan puasa benar-benar dapat membentuk peribadi solihin bermula daripada sejauh mana seseorang itu boleh mengenali dan menghayati Tuhan, barulah puasa boleh menghilangkan mazmumah. Puasa untuk melahirkan rasa kehambaan. Kalau puasa tidak boleh melahirkan rasa hamba seperti pokok yang tidak berbuah. Maka apalah ertinya puasa kita. Seharusnya puasa menjadikan kita lebih tawadhu',sabau, penyayang pemurah dan sifat2 mahmudah yg lain..

Bulan ramadhan itu adalah bulan peperiksaan. Bagi orang yang menghayatinya dia akan cemas dan bimbang untuk menghadapinya lalu membuat persiapan . Tapi kalau atas dasar ilmu sahaja tanpa penghayatan kita tidak akan faham apa ertinya kedatangan Ramadhan. Puasa itu ada lahir dan batinnya, iaitu kita tidak terlibat dengan segala yang Tuhan larang dan apa yang Tuhan tidak suka. Kalau sekadar tidak makan dan minum tetapi melayan segala kehendak nafsu, itu tandanya tidak puasa...xde pekdahnye..

Ingatlah bahawasanya Bulan Ramadhan itu adalah bulan kemenangan, rahsianya ialah apabila kita dekat dengan Tuhan, waktu itu kalau berperang kita akan menang. Jadi kalau kita hendak mendapat kemenangan kena usahakan puasa sungguh-sungguh dalam mendidik nafsu kita dan dalam mengekang sifat-sifat mazmumah yan bersarang di dalam diri kita. Tambah lagi seteru utama kita iblis dan syaitan sudahpun dirantai. Kalau ada lagi bisikan kearah kejahatan, itu bukan lagi dari hasutan syaitan sebaliknya dari nafsu kita yang cuba menjadi raja. Kalau puasa sekadar nilaiannya 2 singgit.. belum layak untuk mendapat kemenangan.

teruskan usaha untuk hari-hari yang berbaki..akhirinya dengan tangisan dan senyuman..yang penting..semoga ia lebih baik daripada ramadhan yg lepas dan berjaya mendidik hati kita..salam kasih sayang lebaran untuk semua sahabat-sahabat..selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta, ibu ayah abg adik dan kakak sedang menanti penuh kerinduan beserta kerja-kerja mengemas dan membuat kue raye..(ucapan pd diri sendiri sbb xsabau nk balik mlm ni..huhu)jemputlah beraye kat umah..melihat keindahan kampungku..jalan-jalan atas jambatan sambil menikmati udara segar melihat air sungai yang mengalir ditemani kambing-kambing tok su awang..(sesungguhnya kepala otakku sudah berada di kampung)oke oke..sblm aku melalut lagi..akhir kalam..mari sama-sama muhasabah ramadhan kita..mari lipatgandakan usaha menghayati sisa-sisa ramadhan yg berbaki..dan..selamat hari raya..hehe..maafkan salah silapku..adios..chow..amik kad raye ni simpan lam laptop masing2 oke? hehe

4 comments:

Anonymous said...

awek mesir

aik, mane aci gt..bg kad buatan hasil sendirian berhadla.hk copy paste x aci.baru rase syok nk simpan bertahun2,hand made tu..hihihi...

ehsas jaded said...

malah aku nok buat..nk bagi ke sape??hhaha..bazir je...kekgi ar..taun depan lau idup ag..bi nk balik kapong nk beraye dgn sesungguhnye..

saye 'dia' said...

salam eid mubarak
semoga eidulfitri mengembalikan kite kepada fitrah islam hasil kemenangan di bulan ramdhan...
takbir!!!!

ehsas jaded said...

amin..takbir!!