Friday, January 8, 2010

Its your birthday…my only one..!




Sanah helwah buat adikku nan seorang yang sangat2 aku sayang…yelah..aku nak sayang adik mane lagi kan?? Sorang ni jelah lagi…hohoho…=) 9 january...cukup 18 sudaaa=)
Adikku sayang….

Seorang lelaki beriman yg hatinya disaluti rasa taqwa kpd Allah swt
Yang sentiasa haus dengan ilmu yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya yg tak gentar berkata benar
Yang tidak pernah takut untuk melawan nafsu.

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan Al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Yang dunia baginya adalah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
(maybe dah biase bace kata-kata ni…but..i really meant it for you!)


Entah kenapa..semakin bertambah umurmu..aku semakin gembira..juga semakin takut…lantaran kerana aku sayangkan agama yang ada padamu..tiada lain yang aku harapkan..melainkan ketaatan dan kekuatanmu untuk bersamaku…membawa agama dalam keluarga kita..(oh..oh…mengalir sudahh)


Kau lelaki harapanku…sungguh!telah ku bilang berkali-kali!walau apa yang berlaku…jangan kau rebah…aku akan tetap bersama denganmu…kau paling memahami apa yang berada dalam hatiku..kau memahami apa yang aku harapkan…kau tahu impianku…kau tahu doaku…tolong….setia bersamaku!~now I can’t stop crying!~


Adik yang aku sayang semakin besar..tanggungjawab adik yang aku sayang semakin besar..lantaran adikku seorang LELAKI!lantaran adikku seorang pembawa agama…lantaran adikku orang yang mahu agama tertegak….!ya Allah…beri kekuatan dan keistiqamahan pada adikku..


Ya Allah…mudahkanlah urusan hidup adikku…lorongkan hatinya ke arah kebaikan dan kebenaran…jika dia khilaf…ampunkan dia ya Allah…sesungguhnya dia sedang menujuMu!itu aku pasti!


p/s: donno why…just cant stop crying….i think u know why my dear! Really love u! sanah helwah ABDUL HADI BIN JALIL!

2 comments:

Aqil Nawfal said...

huhuhu.. beratnya umpama aku memikul sebuah kota yang bercahaya.. lantaran terlalu berat mudah saja aku rasa kesunyian dan terlalu lama untuk menerima sokongan.. positifkan mindaku Ya Allah..

ehsas jaded said...

AKU SENTIASA BERADA DI SISIMU!AKU JANJI!~bersahabat dan positifkan minda...Allah di sisi!jangan rasa sunyi untuk berbuat kebaikan..=)) ku sayang yang teramat sayang agama yang ada padamu!