Saturday, June 5, 2010

you just too good to be true.

assalamualaikum..
maaflah..sejak akhir-akhir ni aku rase blog ni mcm tempat aku layan perasaan pulak;)semoga ehsas(perasaan) yang aku lontarkan ini memberi manfaat walaupun sedikit kepada insan-insan yang mahu mengambil manfaat.aku lebih senang melontarkan apa yang aku rasa daripada aku memberi peringatan tanpa perasaan dan sekadar kata-kata yang kosong tanpa aku lakukannya pun.~semoga nama blog ini sesuai dengan lontarannya~

tajuknya? hehe...entahlah...hurm...camne ek? xpela..tajuk tu biar jelah.aku rase nak buat tajuk tu...suke ati akula kan...blog aku....wakaka;)

selepas satu fasa...yang dinamakan seorang mahasiswi..aku mungkin akan melalui pelbagai lagi fasa yang mencabar iman dan kesabaran.jujurnya aku takut nak hadapi..sampai tahap aku blur sendiri...tanpa orang lain tahu la...(bajet tenang..haha)perancangan Allah maha cantik.maha cantik maha cantik.

aku mahu membicarakan soal fasa baru.
ya..itulah dia kehidupan berumahtangga.aku sebenarnya jarang membicarakan soal ini dalam blog kerana entahla...mungkin sebelum ini aku kurang memikirkan soal itu.manusia yang normal pasti akan merasakan hidupnya tak lengkap tanpa pasangan. kenapa ya?? agak hampeh soalan aku ni kan? ya...berpasangan itu fitrah...namun..fitrah ini perlu dijaga agar tidak berubah menjadi fitnah!

sebenarnya aku cukup malu untuk melontarkan pendapat tentang ini semua.entahlah..kerana aku tidak tahu siapa yang bakal menjadi teman aku untuk wasilah menjadi hamba Allah yang baik.namun...aku tetap mempunyai pendapat aku sendiri.

kenapa aku mengimpikan yang soleh? kerana itu akan memudahkan proses untuk aku menjadi solehah.itu sahaja.semua itu bermula daripada batasan kita menjaga syariat Allah.kenapa aku tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki ajnabi sebelum ini? kerana jika aku berbuat demikian, mesti peribadi anakku akan terkesan dengan tingkahku yang melanggar syariat.bukankah aku yang akan melahirkan salahudin al-ayubi? bagaimana peribadi ibu salahudin al-ayubi? kawan-kawan boleh cari sendiri bagaimana bersihnya peribadi ibu salahudin al-ayubi yang berjaya menawan constantinople.

jujurnya aku gembira kerana berjaya melepasi satu fasa di mana aku tidak perlu untuk memikirkan tentang sedapnya kapel..bersembang berdating dan yang sewaktu dengannya.Alhamdulillah aku dikelilingi sahabat yang sama fikrah denganku. membantu aku untuk kekal menjaga diri.Alhamdulillah..aku sangat menyayangi teman-temanku.

kenapa bila sebut berumahtangga, orang hanya memikirkan tentang pasangan yang ideal? aku juga hairan dengan situasi ini.kenapa? nak kawen sehari je ke? dah kawen tu kire happy ending macam dalam novel ke? kenapa aku tak berfikir macam tu ye? apa yang aku nampak..kalau kawen..bermula satu fasa tarbiyah baru dalam hidup.cabaran menjadi lebih besar.bakal mempunyai anak yang perlu dididik dengan sepenuhnya.maka persediannya perlu dari sebelum kawen.

peribadi perlu dijaga sebelum kawen.gaya hidup mesti dijaga sebelum kawen.hubungan dengan sahabat mesti dijana sebelum kawen.semua ini perlu dilakukan untuk melatih diri lebih matang bila berhadapan dengan masalah-masalah rumahtangga yang mancabar. ingat senang ke nak hadapi kalau tak matang???

entahlah..mungkin pendapat aku ini mengguris hati sesetengah pihak.aku minta maaf.aku minta maaf aku minta maaf.mungkin ada yang menyatakan syadid dan sebagainya. lantaklah.aku memang perlu syadid untuk peribadi anak-anakku.

aku juga tidak tahu sama ada akan mendapat yang soleh menepati apa yang aku idamkan ataupun tidak.kerana yang maha Tahu tentulah Pencipta. aku hanya berusaha. dapat atau tidak bukan menjadi persoalan.yang penting usaha. itu pada pandanganku.semuanya aku serahkan kepada Allah yang maha Tahu.

duhai bakal peneman hidupku.
terima aku apa adanya aku.
aku mahu berusaha menjadi lebih baik.
aku mahu berusaha menjadi sederhana.
kerana kata Rasulullah...
sederhana itu sebaik-baik urusan.
aku harap kamu selalu mendoakan aku.
agar kita kan tetap dipertemukan..
walau tidak di dunia...di syurga sana....
aku sangat-sangat mencintaimu sayangku.

with love,
bidadari bulan.

3 comments:

puteri bulan said...

izzah aku kagum pada katamu ini....sangat2 kagum pada insan bertuah yang akan mendamping dan memimpin mu ke jalan syurga...;)

Dyana said...

yana doakan yg terbaek buat izzah..
jgn putus asa, pasti tersedia yg terbaek buat mu..
antara lmbt n cepat, saatnya pasti tiba..
sesungguhnya, daku mulai kagum dgnmu shbt..
krn daku xmmpu sepertimu..
daku tidak bersama teman sefikrah..
alhamdulillah...
Dia benar peliharamu...

ehsas jaded said...

sahabat2...aku bkn minta kagum...sgh ni...tapi minta doa supaya kita semua berusaha nk lahirkan generasi al-ayyubi...