Monday, May 31, 2010

keyakinan..siapa yang benar-benar yakin?!!



assalamualaikum.
semakin rajin la pulak.ingat nak tutup je blog ni kejap aritu sbb dah blur sgt.haha
bukan blur sbnrnya.takut dan tak yakin.ya...itu dia.

yakin??kamu yakin ada Tuhan? semua akan jawab.ya...ya yakin...bila berlaku sesuatu yang pelik atau ajaib...banyak la suara-suara sumbang yang akan sebut..inilah dia kuasa Allah..hah!org kafir..tengok ni org kafir..Tuhan dah bersuara..mampus la kau. tapi, keyakinan kita sekadar menanti perkara ajaib dari Tuhankah??? sekadar itu??
mari muhasabah balik! mari...aku mmg tgh marah dengan diri sendiri ni.

kejadian 31 mei 2010 memberi kesan.sebab?? org malaysia ada kat dlm mavi marmara tu.betul..kalau tak, aku sendiri pon tak berapa nak sedar hakikat ni.siapa yang yakin? siapa yang tenang menghadapi laknatullah itu!aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri.yakin bahawa maut itu memang di tangan Allah.kafir mahupun siapa jua tak mampu menarik nyawa jika Allah tak izin.siapa percaya???tapi kita takut.ya..takut!

kesungguhan kita memegang Islam bagaimana? kesungguhan kita membentuk biah solehah macam mana? kesungguhan kita untuk mengejar redha Allah bagaimana? Allah...jauhnya.
bosan sikit, mengeluh.lambat sikit nak marah.tak cukup sikit, banyak komplen. tak selesa sikit kutuk mengutuk.cacat sikit, benci...kutuk kat belakang.aishhhh!!! percaya dengan Allah ke akhlak dan akidah macam tu?? percaya dengan pembalasan ke buat jahat macam tak ingat ade yang tengok!Allah..Allah...Allah....

bersihkan akidah kami...muliakan akhlak kami.kami akan berusaha untuk mendapat Izzah Islam itu...kami akan berusaha!

ghazzah....ghazzah...kali ini aku memang terkesan!



assalamualaikum..

oh...terkesan..terkesan..dari bangun pagi sampailah sekarang..aku memang tak tenang. ya..sebelum ni aku cuba untuk menanam perasaan peduli pd saudaraku di ghazzah. sekejap2 sahaja aku terkesan.tapi kali ini...ya Allah..terasa terlalu berat tanggungjawabku jika aku tidak bersuara.yahudi laknatullah!israel memang dah gila dan bukan manusia.mereka pergi bukan untuk berperang.mereka pergi memberi bantuan!Allahu robbi!perasaanku tercalar!israel...yahudi!!aku mahu perang cara hidup kalian.aku mahu mulia dengan Islam.aku mahu bangkitkan jiwa2 yg tidur!tapi mampukah aku? bantu aku ya Robb...

wahai penduduk Palestin..aku sungguh takut andai kalian mempersoalkan aku di hari akhirat kelak..aku sungguh takut jika kau mempersoalkan kebisuanku!aku ingin bersuara!ya..aku ingin bersuara...Allah...berat sungguh rasa hati ini...

betapa aku lemah dari jiwa juang.betapa aku cintakan kesenangan.betapa aku cintakan dunia.ahhh!!!!!bagaimana untuk membentuk jiwa mujahid pada anak-anak sedangkan ibu mereka masih terleka dengan dunia??? Allahu Robbi...aku ingin membentuk diri...berusaha lagi...ya berusaha dan terus berusaha untuk bersedia.

Tuhanku...pandanglah secebis rasa kepedulianku terhadap saudaraku sebagai suatu ibadah.Allahu Robbi..ampunkan kelalaianku..aku mahu kuat!

Saturday, May 29, 2010

kadang-kadang aku terfikir..bagaimana aku kalau kamu tiada.

assalamualaikum

entah kenapa..rajinku berbloging kembali.haha
lantaklah.kenapa ya aku berfikir sedemikian? sebelum ini aku tak pernah terfikir sebegitu.malah..tak terlintas.aku ini memang seorang yang tak tahu diuntung!
ya..sebelum ini aku tak pernah rasa untuk mengambil berat kepada sesiapa yang tiada kaitan denganku.
ya..sebelum ini aku memang tak peduli kamu sedih atau gembira, yang penting life goes on dan aku mantain sahaja cool.
ya..sebelum ini aku memang tak kisah!lantak kau lah nak buat apa, yang penting, aku perlu kejar matlamat hidupku.
selfish right??

yap!ananiyah. itulah aku.tapi aku yang dulu.terutamanya kepada golongan lawan jantina.teruk betul aku ni!huh!

tapi sekarang...ada sesuatu.ya..sesuatu!entah..aku tak tahu.aku masih lagi tak mampu nak analisis perasaan ini.kenapa tetibe aku kisah pulak kalau kamu sedih? kenapa aku kisah kalau kamu kecewa dengan aku? kenapa aku kisah dan sempat lagi fikir, kamu sihatkah? kamu gembira? kamu sedih? kamu kecewa? kamu marah? haip??? apekes lak??? lantak kamu lah.ananiyah ku melawan.haha..masih dan masih lagi..

tapi semalam..aku benar2 tersentuh.sebab kamu jarang marah.kamu jarang kecewa. dan semalam...aku rasa kamu benar2 penat dengan sikapku.ya.benar.sebab kamu terlalu baik.aku takut.kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku? otakku mahu jadi gila bila fikirkan itu.kamu tahu?? dan selalu aku fikir...eh..kenapa kamu tahu apa yg aku rasa?kasyaf eh?? huhu.. dan kalau aku sedih, kamu ada-ada sahaja idea utk buat aku gembira.

bagaimana kalau kamu tiada???
aku tiada jawapan itu.terima kasih sebab hadir dlm hidupku.

Wednesday, May 26, 2010

akukah yang terlalu bersedia?

assalamualaikum.
rajin la pulak aku posting memosting ni..huhu..takpelah...hurm...menerima offline msg melalui ym dr seorang sahabat.ya.sahabat...yang aku sayang.terkedu seketika.
aku silap tingkah lagi.aku silap sangka lagi.maafkan aku.

mungkin kerana terlalu bersedia menghadapi kesunyian lantaran sikapku berubah menjadi begitu.ah!aku yang mahu jadi setia.rupanya aku yang menyepikan diri.mungkin boleh aku sifatkan sebagai overprotected!haha...entahlah..aku ingin menyembunyikan rasa sebenarnya.ya!mahu sembunyikan rasa sunyi itu.lantaran aku pula yang menyepikan diri.ya..aku takut.aku sangat takut menghadapi hari-hari yang mendatang.itulah yang sejujurnya.

aku masih begini.cuba bersabar dengan sebaik mungkin.aku mungkin fikir terlalu jauh ke hadapan.bila sahabat-sahabatku sudah mempunyai hidup masing2 kelak, aku akan tenggelam dalam suasana itu.hilang..aku? entahlah..kelam je rasenye.bila kesedihan itu diluahkan sahabat lantaran kerapuhan ukhuwah ini..aku jadi kelu.ah! aku masih perlu banyak belajar.aku yang melarikan diri.aku yang bersalah!maafkan aku.sekarang juga aku jadi kelu untuk kembali seperti dulu.ya..aku kelu.kenapa aku begitu??

pengalaman juga mengajar aku bertindak begini.mungkinkah aku sudah penat? aku akan cuba memujuk diriku.i.Allah..aku akan kembali.cuma perlukan masa lagi.Tuhanku..jangan Kau biar egoku mengatasi warasku.ana mush ananiyah!

kesunyian ini akan berlalu.
ia akan pergi.
ia akan pergi.
ia akan pergi.



p/s: bulan enggan melayan diriku lagi lantaran sikapku ini!
~tetap mahu menjadi bidadari bulan~

Monday, May 24, 2010

huurul ain;)




assalamualaikum...bila nak tukar layout ni?? huhuhu....sayang la plak kat pinky2 ni..tgk lah..nanti dah sampai seru aku tukar..siap dengan semua skali aku tukar..buat blog baru..ade cadangan name baru tak??? dalam kepala aku ade satu name yg sgt2 aku suke utk blog baru ni...(kalau rajin la...tunggu something happen baru aku tukar semuanya..haha)juga ade iras2 ng huurul ain ni...hoho..;))

apesal plak hurul ain ni?? sebenarnya lately aku suke sgt duk bace blog zaujah ust zaharudin.subhanallah....malu aku dibuatnya.baik sungguh orangnye(dlm pndgn aku..aku rase mmg dia baek sgt pon)bace2 zaharudin.net pastu terbuke link zaujahnya...ade satu post pasal kecemburuannya pada bidadari syurga...iaitu hurul ain...yg akan bersama dgn suami di syurga kelak.subhanallah...aku juga tiba-tiba jadi cemburu(w.pun takde calon..haha)dia berusaha menjadi bidadari utk suaminya. melalui pembacaanku aku tahu dia sangat baik orangnya.adoi...aku lagi cemburu padanya..belum pd hurul ain lagi..huhu

rupanya aku ada model utk aku jadikan contoh secara live kat atas muka bumi ni. sbnrnya aku sedang mencari model yg realistik utk dijadikan contoh.Alhamdulillah...ketemu sudah..;))

sudah cukupkah usaha aku? sudah sabarkah aku? sudah bersediakah aku? tanggungjawab ini bukan main-main..ia satu peringkat ujian yang besar.perlu lebih mantapkan usaha...demi sebuah kata yang bernama REDHA!

bantu aku ya Allah.aku mahu menjadi bidadari itu.yang dicemburui para bidadari syurga.aku akan terus berusaha.ya..aku akan berusaha!

~impian bidadari bulan:)~

Saturday, May 22, 2010

zaman gelap vs ehsas jaded perlu bertukar!

assalamualaikum.

sedar tak sedar dah 3 minggu aku menjadi surirumah sepenuh masa.alhamdulillah, setakat ni tak rase bosan lagi.syukur sgt2;) menurut pengalaman orang yang melalui zaman gelap ni mase ni adalah mase kriktikal dalam hidup.zaman gelap ni aku istilahkan sebab zaman dah habis belajar, pastu duit dalam poket tak ade, pastu jauh dari kawan-kawan(xleh kacau dan bersama macam dulu sebab masing-masing ade hidup masing-masing), pastu sorang-sorang plak kat rumah, then masalah paling besar orang laen dah ade pasangan hidup masing-masing.haha

tapi syukur pada Allah, setakat ini aku masih rasa oke lagi dengan keadaan ni.tak rase gelap sangat kot.mungkin sebab dah lama didik hati sendiri yang aku akan hadapi keadaan ni suatu hari nanti dan dalam masa yang sama aku berjanji pada diri akan menghadapi zaman gelap ini dengan sebaik mungkin.semanfaat mungkin.semaksimum mungkin.masing-masing tak sama.doakan aku dapat melalui proses 'tarbiyah lonely' daripada Allah ini dengan sebaik mungkin.pray for me!

kenapa tak kerja??hurmm...ramai yang tanya.tak mati boring ke duk kat rumah tu?? kalau ikut aku memang aku nak kerja sangat-sangat.sedangkan mase aku belajar dulu pon aku kerja.ni kan pula masa ni.nak sangat.tapi priority aku skrg taat kpd ibubapa aku.dah lama aku stay hostel..dari tingkatan 1 sampai habis jadi seorang mahasiswi. memang aku jarang duduk rumah.sekarang lah masanya aku mahu bersama mereka.menjaga mereka sebelum aku diposting atau disunting atau anythinglah.haha.

tahan ke?? i.Allah..aku tak duduk diam kat rumah ni.lagipun aku memang dah biasa sorang-sorang kat rumah.takde masalah kot.Aku rindu sangat pada adik kesayanganku sorang tu.aku jeles betul kalau call die mesti ketawa je dgr.nampak sangat seronok betul duduk dalam bi'ah solehah tu.zaman aku dah berakhir dan aku perlu bina suasana tu di mana aku berada.hatta di facebook sekalipun! haha

okelah...itu cerita zaman gelap.ni cerita ehsas jaded plak.hurmm..aku rase dah lame sgt aku tak tukar layout cik ehsas ni.mungkin perlukan wajah baru.link yang perlu diupdate serta buang lagu dalam page cik ehsas ni.perlu nampak kematangan page cik ehsas seiring usia cik ehsas yang semakin tua.mungkin warna pun dah perlu kepada ketenangan yang abadi sikit.takleh pinky2 sgt dah...tua dahh...haha

doakan aku.tolong doakan aku.tembak doa itu tembus ke hatiku.i.Allah.aku akan tenang =) aku sayang kamu.

Tuesday, May 18, 2010

setitis air mata seulas senyuman.

assalamualaikum.setelah ditegur syu barulah aku sedar bahawa dah lama sgt aku tak hapdate blog.betulla....semakin byk tekanan semakin byk posting.duk kat umah ni w.pun tekanan ade tapi tak sehebat di sana.jauh dari orang.cepat sikit aku reda kalau stress or whatsoever.

take me away.kadang-kadang aku rase nak lari!sungguh!tapi aku dah janji dengan diri sendiri takkan berpaling lagi.ya Allah.kadang-kadang bila teringat aku boleh mengalirkan air mata dengan sendirinya.bukan tak redha.bukan tak sabar.cuma mengadu bahawa sesungguhnya aku memang lemah dan tak ada apa satupun jika tidak dibantu Allah.Arghhhh......tapisan demi tapisan.ujian demi ujian.takkan berhenti sampai mati.sekarang baru tersingkap hikmah segalanya.subhanallah!Allah menyediakan sesuatu yang terbaik buatku.cuma......mungkin perlu sedikit masa untuk aku analisis dan menyedari bahawa itu memang untukku...atau tidak.

rindu.ye....aku rindu.siapa tak rindu.tapi....mungkin ada hikmah tersembunyi.semoga dia terus maju.aku sangat gembira melihat kemajuan dan kebahagiaan orang yang aku sayang.bila aku dah buat keputusan, aku takkan berpaling lagi.semoga Allah redha dengan keputusanku.

takdir.takdir.takdir.hurmmmmmm......biar Allah yang selesaikan untukku wahai kamu!jika memang kamu, hatiku takkan teragak-agak lagi.yakinlah!

Monday, May 3, 2010

mengertilah!

assalamualaikum..
hari ke tiga menjadi surirumah sepenuh masa.sweet! mmg bizi la jugak sbb macam mak plak uruskan adik aku nan seorang tu.td pergi amik die kat IQT sbb die nk test motor.then ajak makan2, pastu balik rumah sekejap sbb nak amik brg2 die tertinggal..lastly hantar die kat IQT balik.

Alhamdulillah.dia lulus td.aku hepi..sebab dpt mengurangkan kerunsingan mak aku yg selalu risaukan adik.mak senyum td.aku hepi giler!ah....moga jalan adikku makin terang slps ini.aku akan cuba jadi kakak yang terbaik untukmu!

ah....langsung takde kaitan ngan tajuk kan? entahlah...ketakutan makin terasa.aku takut!aku takut! ya Allah...mudahkanlah....manusia takkan faham.itu aku sudah biasa.si polis cinta! ah! pegangi hatiku ya Rab...aku takut untuk melukakan. tolong jaga aku!permudahkanlah agar semuanya terlerai.kadang2 aku pk...aku tak sanggup lg...oh...oh...;(