assalamualaikum.
rajin la pulak aku posting memosting ni..huhu..takpelah...hurm...menerima offline msg melalui ym dr seorang sahabat.ya.sahabat...yang aku sayang.terkedu seketika.
aku silap tingkah lagi.aku silap sangka lagi.maafkan aku.
mungkin kerana terlalu bersedia menghadapi kesunyian lantaran sikapku berubah menjadi begitu.ah!aku yang mahu jadi setia.rupanya aku yang menyepikan diri.mungkin boleh aku sifatkan sebagai overprotected!haha...entahlah..aku ingin menyembunyikan rasa sebenarnya.ya!mahu sembunyikan rasa sunyi itu.lantaran aku pula yang menyepikan diri.ya..aku takut.aku sangat takut menghadapi hari-hari yang mendatang.itulah yang sejujurnya.
aku masih begini.cuba bersabar dengan sebaik mungkin.aku mungkin fikir terlalu jauh ke hadapan.bila sahabat-sahabatku sudah mempunyai hidup masing2 kelak, aku akan tenggelam dalam suasana itu.hilang..aku? entahlah..kelam je rasenye.bila kesedihan itu diluahkan sahabat lantaran kerapuhan ukhuwah ini..aku jadi kelu.ah! aku masih perlu banyak belajar.aku yang melarikan diri.aku yang bersalah!maafkan aku.sekarang juga aku jadi kelu untuk kembali seperti dulu.ya..aku kelu.kenapa aku begitu??
pengalaman juga mengajar aku bertindak begini.mungkinkah aku sudah penat? aku akan cuba memujuk diriku.i.Allah..aku akan kembali.cuma perlukan masa lagi.Tuhanku..jangan Kau biar egoku mengatasi warasku.ana mush ananiyah!
kesunyian ini akan berlalu.
ia akan pergi.
ia akan pergi.
ia akan pergi.
p/s: bulan enggan melayan diriku lagi lantaran sikapku ini!
~tetap mahu menjadi bidadari bulan~
No comments:
Post a Comment