Saturday, May 29, 2010

kadang-kadang aku terfikir..bagaimana aku kalau kamu tiada.

assalamualaikum

entah kenapa..rajinku berbloging kembali.haha
lantaklah.kenapa ya aku berfikir sedemikian? sebelum ini aku tak pernah terfikir sebegitu.malah..tak terlintas.aku ini memang seorang yang tak tahu diuntung!
ya..sebelum ini aku tak pernah rasa untuk mengambil berat kepada sesiapa yang tiada kaitan denganku.
ya..sebelum ini aku memang tak peduli kamu sedih atau gembira, yang penting life goes on dan aku mantain sahaja cool.
ya..sebelum ini aku memang tak kisah!lantak kau lah nak buat apa, yang penting, aku perlu kejar matlamat hidupku.
selfish right??

yap!ananiyah. itulah aku.tapi aku yang dulu.terutamanya kepada golongan lawan jantina.teruk betul aku ni!huh!

tapi sekarang...ada sesuatu.ya..sesuatu!entah..aku tak tahu.aku masih lagi tak mampu nak analisis perasaan ini.kenapa tetibe aku kisah pulak kalau kamu sedih? kenapa aku kisah kalau kamu kecewa dengan aku? kenapa aku kisah dan sempat lagi fikir, kamu sihatkah? kamu gembira? kamu sedih? kamu kecewa? kamu marah? haip??? apekes lak??? lantak kamu lah.ananiyah ku melawan.haha..masih dan masih lagi..

tapi semalam..aku benar2 tersentuh.sebab kamu jarang marah.kamu jarang kecewa. dan semalam...aku rasa kamu benar2 penat dengan sikapku.ya.benar.sebab kamu terlalu baik.aku takut.kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku? otakku mahu jadi gila bila fikirkan itu.kamu tahu?? dan selalu aku fikir...eh..kenapa kamu tahu apa yg aku rasa?kasyaf eh?? huhu.. dan kalau aku sedih, kamu ada-ada sahaja idea utk buat aku gembira.

bagaimana kalau kamu tiada???
aku tiada jawapan itu.terima kasih sebab hadir dlm hidupku.

No comments: