Wednesday, April 15, 2009

::SETIAP KALI::

video


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
LERAIKANLAH AKU DARI KELUH KESAH
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan


oh tuhan yang maha penyayang
LERAIKANLAH AKU DARI KELUH KESAH
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah INSAN YANG TERPILIH
PIMPINI HIDUPKU

P/S: DIDIKLAH HATI JAUH DARI KELUH KESAH..KURNIAKAN KAMI KELAPANGAN DADA DAN HATI YANG SENTIASA TERSENYUM..LAGU NI BAGUS UTK MENDIDIK JIWA HAMBA..AMBILLAH MANFAAT:)

No comments: