Monday, September 20, 2010
banyak yang saya belajar dan mahu belajar lagi.
assalamualaikum.
tibe-tibe terasa sangat bebas.
seolah olah berlari seorang di padang yang sangat luas.
berlari sampai penat dan terlentang seorang diri sambil mengadap langit.
hidup memang begitu.
bila kita terasa begitu pasti.
terbalik pula jadinya.
dan kali ini...
Allah benar-benar mengajar aku erti kehambaan.
Allah know best.
dan kali ini, aku hanya tersenyum
tanpa rasa.
betapa payahnya aku untuk menerima sebuah kenyataan.
fitrah manusia,bila ianya tidak sebulu dengan apa yang kita inginkan.
tapi kali ini Allah ingin mengajarkan aku hakikat redha.
dan, hidup ini bukan sekadar di dunia.
betapa berat, tetap harus dilalui.
senyum lagi.
dan lagi.
dan sekarang aku memahami.
benar-benar faham.
bahagia itu bila tunduk pada ketentuan Tuhan.
seiring atau tidak dengan kemahuan fikiran,jika mahu bahagia tundukkan hati.
bila, di mana, siapa, bagaimana tidak penting.
yang penting hati kita sendiri.
Allah sangat tahu apa yang aku mahu.
Namun Allah lebih mengetahui apa yang aku perlu.
Alloh......
Alloh......
Alloh......
aku serahkan hidup dan matiku hanya untukMu.
p/s:sedang memahami hakikat kehidupan dan makna sebuah redha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment