Monday, September 13, 2010

khadijahku, selamat hari lahir =)


assalamualaikum.

hari ini datang lagi.
masih tidak mampu untuk meraikan di hadapan tuannya sendiri.
hari lahir sahabatku yang teristimewa.
ah~~
kita sudah tua.
tahun lepas aku menuliskan kisah kita di hari lahir kamu.
tahun ini mungkin impian masa depan kita.

khadijah rasyidah...selamat hari lahir.
terima kasih kerana tetap berkeras dan degil utk terus bersahabat dgnku.
terima kasih kerana terus menjadi sahabatku.
terima kasih kerana banyak mengajar aku tentang bersahabat.

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan saya seorang khadijah.
khadijah sungguh-sungguh melengkapi saya.

khadijah yang degil.oh...saya sangat suka seorang yang degil! ahahaha...saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk seorang khadijah rasyidah.semoga Allah memberikan khadijah rasyidah kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.ya Allah, sucikanlah ukhuwah kami.jgn Kau biarkan kami bermusuhan di akhirat sana dan berbaik-baik di dunia ini.redhailah persahabatan ini, semoga kami tetap berkasih sayang di akhirat kelak!

khadijah rasyidah, saya sangat sayangkan kamu! eid milaad saed.semoga kamu bahagia selalu, kerana saya hanya akan bahagia apabila insan-insan yang saya sayangi bahagia.

No comments: