Saturday, December 25, 2010

cerita sibu!=)


22 dis 2010

11 pagi bertolak ke sibu.sampai dlm 1.30 kat sane.check in hotel.letih siot naik bas.melompat-lompat!ptg ni alice yg take part jadi tourist guide kami.baik betul.kesian die.tunjuk bank tu, bank ni.masuk parkson.round2 sibu.then 6 ptg gtu kami pon naik hotel.letih sgt2.rehat.mlm tu kua balik.pegi makan.n round2 lagi.

23 dis 2010.
jam 9 pagi annie n alice take part lagi.round2 cari baju kurung.kipas n barang2 keperluan.kalau kat bintulu memang agak mahal.bila macam ni kita baru banyak berfikir dan bersyukur.bayangkan jela, kalau tgk org pakai tudung dlm mall pun rase yg teramat hepi-hepi hepi! majoriti bkn islam kat cni.betul2 rase mcm berada kat bumi asing.

pusing-pusing sampai tercabut kaki.mmg puas hati!

24 dis
pg tu kami bersiap2 utk pulang.naik bas pukul 12.30.sampai dlm pukul 4.hujan lebat pulak.adesss..hari ni 25hb.krismas.bising gile orang kat cni main mercun.aii..then aku pulak demam.haish!demam lagi.pening kepala.xleh nak angkat kepala.sakit badan naik bas loncat.thanx syida tolong masakkan bubur.sedap!mmg betul2 rindukan shbt2 di semenanjung.alhamdulillah.shbt2 kat cni pon baik2 jugak.syukur.

arini aku tido je.mlm ni sikit baru boleh angkat kepala dan tulis blog.rindu kat blog.30 hb tgu nk pindah rumah lain.cuak je bile pk pasal rumah sewa.sabar jelah!
biaselah..kat tempat orang.tapi, mmg aku dah nekad pada diri sendiri.jangan buat begitu kat adik2 yang bakal datang kat tempat kami nanti.mmg agak terkilan dan sedih.

alhamdulillah, kwn2 semua jenis kuat n tabah semuanya.so...aku tak la cuak sgt duk jauh2 ni.kadang-kadang malu jugak.rase mcm aku tak cukup kuat dan mcm lemau je.
arghhhhh!!!aja-aja fighting!kuat!kuat!kuat!

kalau nak balik semenanjung cepat, satu aje syaratnya.kawen!ade sape2 nak kawen ngan saye tak?? sy terime je sape2 pon.. hahaha...=)just joking!
oke then..bubai.

cerita sekolah bakal menyusul selepas ni,wait ya:)

Monday, December 20, 2010

hey...its so sweet..;)


Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one girl
My wife, my angel

(What Single Muslim Brothers Say)

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, December 14, 2010

cerita bintulu =(

salam.

semalam pergi bintulu.ah, aku nak cerita satu je.
memang takleh lupa.
mase pergi pasar bintulu, nak pergi cari ikan.
kami tersilap pergi kat pintu belakang.

pastu nampak kaki binatang tergantung.
nampak macam lembu, tapi bukan lembu.
tengok betul-betul.
syida pun cakap.."eh, tu bukan ba** ke?"
a'ah la!! adoih, macam nak muntah kat situ je rase.
kemudian ade budak-budak yang kat situ perasan muka kami yang cuak.
diorang terus panggil kami dengan name binatang kegemaran diorang tuh.
ya Allah, meletup-letup rase nak marah.
tak ke diorang menghina diri sendiri bila diorang sebut name makanan diorang!
cuak gile!

tempat orang, ade manis, ade pahit.
semua kene tulis.
pengalaman tu penting.
tambah-tambah kita tinggal kat tempat yang ramai non-muslim.
kita alien.

ya Allah, kuatkan langkahanku.

Saturday, December 11, 2010

berdikari dan kuat selalu!

assalamualaikum.

telinga masih tak berapa sihat.
nak tido pon xselesa lg.
hari ni 12.12.10
kejap je kan?
haih.
masih di tatau.

berdebar-debar tunggu masa nak masuk skolah.
berdikari.
apa maknanya?
actually aku seronok nak explore dunia baru.
pengalaman tu penting.
memang rase nak balik tu ade jugak.
tapi kalau tak diberi peluang sebegini, aku takkan dapatnya di mana-mana.
semoga yang aku cari aku temui.
pengalaman yang berharga.
sebelum aku pulang ke halaman.
syida dan dila...terima kasih.
rase selamat dan hangat berada di perantauan bersama kalian.

pendidik bumi kenyalang.
aku cuba realisasikan!

Friday, December 10, 2010

tiba-tiba sy sgt sedih T_T

salam.

wah.
sangat sedih.
td saya dan dila ke klinik tatau.
sy tibe2 telinga bernanah..panas sgt kot.
dila sebab tangan luka...kene 2 jahitan.
tadi sy oke je, ntah kenapa skrg rase mcm nk nangis je.

rindu mak.
rindu ayah.
rindu family n shbt2 di semenanjung sgt2.
subuh2 td mak telefon.mak mmg call tiap2 hari..huhu
ah...xcakap lg sy g klinik td.
wat rilex je la.
bajet tabah sket.
tp sgh..hari ni sy terasa sgt2.
rindunye!!

selalu emosi camni kalau sakit.huh!

Friday, December 3, 2010

ha..ha...tatau..;)


arini 4hb disember.start 1hb aritu pengetua bagi cuti dekat kami semua cikgu2 baru.wah!!sebulan tu...dalam hati mmg nak nangis rase nak nangis sgt2.nak balik.tapi fikir2 balik susahkan mak pulak kalau nk minta duit dulu utk byr tiket flight.k.suzi, nisa' dgr2 nye nak balik.. waaaaa T_T

tp sebenarnye oke la duduk cni kalau aku nak bandingkan dengan tempat lain mcm baram ke..kapit ke...sudah sangat-sangat bersyukur.tatau ni pekan gak la.walaupun takde mesin ATM...haha...jarak nak gi bandar bintulu dalam 45 minit.naik van mcm naik kuda.betul2 nk luruh jantung ni sbb jalan berlubang2..agak-agak dapat pahala tak kalau kami naik van pergi bintulu niat naik kuda? haha..

makanan kat cni mmg pyh nk cari yg halal.harge ayam dalam RM20 seekor...tupun kami xpasti la diorang sembelih ke tak.mula2 datang cni mmg maggi la hari-hari sampai loya tekak.

alhamdulillah.dekat cni ade kwn dari semenanjung 2 org.yang perempuan.dila dari kedah dan syida dari perak.dua2 sgt baik dan selesa la utk duk skali.kalau dtg sorg2 mmg terkial2 gak la.okeh,ni nak crite time pergi bintulu sbb nak dptkan cop sumpah tu.after siap cop, kami igt nak g cari barang sikit kat bandar.jauh gak dari imegresen.konon2 nk ambil jalan shortcut..last2 kaki aku tersepak batu kat ctu.berdarah hujung kaki.alahai.....pastu nak pusing balik...termasuk pulak dalam dalam lubang yang ade lecah.cukup korum dua kaki!wahhhh...kotor betul dua2 kaki...sabar jelah...tak habis2 kene gelak ngan kwn2 yg gi skali...kenangan........

awal2 kami datang mmg risau pasal rumah sewa.asal2 kitorang dah janji dgn tuan rumah tu sorang.then, dia dah bagi kat org lain pulak.adehhh...last2 terpaksa jugak kami berpisah...sorang2 masuk rumah senior yang ade bilik kosong.sedih jugak.takut pon ade.stakat ni kami menumpang dulu la rumah senior.diorang semua kat semenanjung.kene tunggu la.rumah ni pon best!siap ada astro!haha...alah...rumah panjang pon ade astro kat cni.

sedikit sebanyak tentang cerita Tatau.belum tahu macam mana student.subjek dan masenye.takut la.semoga Allah mudahkan urusan kami, lancarkan perjalanan kami dan rahmati apa yang dilakukan kami.semoga Allah membetulkan niat kami.lindungi kami...Amien ya Rob!

p/s: doakan kemudahan perjalananku.=)

Saturday, November 27, 2010

carita tatau, sarawak.

arini 28 nov.dah hari ke 4 aku berada di bumi asing dari kamus hidup.sampai je kat pekan bintulu, terus ade coaster ambil kami dan hantar ke sekolah.

tentang sekolah, sekolah aku majoriti non muslim.dalam 1800 student, 200 org je muslim.ade sorang je ustaz asal kat situ.dan aku adalah satu-satunya ustazah.berat jugak la kotnye.

lupe lak nak crite, skali ngan aku ade lg 4 orang chinese lady, 1 chinese lelaki, 3 melayu islam lelaki, 2 pompuan semenanjung.okela kirenye...alahai...byk yg terjadi sbnrnye aku nk story nih.tapi cam kelu je kejap.nnti la aku smbung balik ek.
oke..doakan aku, salam.

Monday, November 22, 2010

last entry sblm ke seberang laut.



salam.
sekarang ni aku kat hotel goldcourse sblm fly ke sarawak.7.40 pagi.sadis sangat!pukul 10 nnti bertolak ke KLIA.ya Allah, takutnye.

entry ni just nk wish thanx untuk kengkawan yg menghabiskan mase dgn aku sblm aku fly ke sana.mukminah sakinah aka meen, mekasih ajak aku jenjalan yep.thanx utk mija juge sbb mai umah aku n jalan2 skali ngan meen.(xdan nk upload gmbo...hehe)

utk sakinah n syu..thanx jugak...sicret recipe pon aku akan igt jugak,wakaka!haila..xtaulah camne..tawakal jelah nanti.berdebar, takut n excited!

ya Allah, permudahkan urusanku.

Tuesday, November 9, 2010

terjawab sudah

salam
kegelisahan yang dialami dari pagi semalam terjawab.
dalam tengahari k.suzi mesej, suh call kpm.
aku balas la balik msj tu ckp kene tgu 15hb.
then k.suzi cakap, k.suzi da call zah, dapat sarawak, k.ida pon, da call cakap la.

walaweh..debaran mula terasa.nak call xde kdt.mintak adik share die pon xde.last2 call kinah mintak tlg die belikan kdt.thanx kinah.
call kpm.then pegawai die call balik.sah!aku dapat sarawak jugak.
fuh!

tepon mak..aku buat rilex n hepi2 je.adoih.hanya tuhan je tau camne la rase mak aku ye.
rasa aku pon Tuhan je yg tau jugak.then call kinah, aiseh...tumpah jugak airmate ni.ntah kenape.lps tu abg akak n segala bagai call.

after that buat status sket kat fb.

sbnrnya aku xtau ape yg aku rase skrg.sadis jugak la sikit.but excited pon banyak jugak.ade jugak terdetik mahu ditenangkan.tapi..terbalik pulak, terpakse pulak menenangkan orang lain.walaweh!

bingung jugak sikit2.huhu.ah...nak tak nak kene lalui jugak.so...hadapi dengan senyuman.best gile pujuk diri sendiri!

ya Allah, mudahkan langkahku, luruskan niatku, lapangkan dadaku.
ya Allah, apa yang Kau kurniakan adalah yang terbaik utk hidupku dan matiku serta akhiratku.maka bantulah aku ya Allah.
tetapkanlah langkahanku.

Sunday, October 31, 2010

lagilagi demam T_T


mudah sangat sakit kebelakangan ni.
paling simple batuk teruk.
selsema.
then demam.

antibodi tak kuat ke nih?
kenape ek?
sape2 ade cadangan ambik supplement ke hape ke?
makanan yang kuatkan antibodi ke?
anything la...ikhtiar utk body lebih sihat dan kuat.

kadang-kadang tak paham jugak.
tanye adik, apesal hah?
die jawab selalunye kalau demam ni homesick.
homesick apenye, mmg dah kematu duk kat umah ni hah.

ape makanan yang baik untuk badan lebih kuat melawan penyakit?
ke memang musim?
tapi aku tgk org len takde pon mudah sakit cam aku nih.

paling tak tahan kalau sejuk sgt or panas sgt
mmg efek terus la.

ade sesape yg ade cdgn tak?
tolong la...
T_T

Thursday, October 28, 2010

sebiru hari ini ^^ hari ini yang biru.^^


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah



Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


p/s: demi Allah, aku rindu shbt-shbtku!yang bertebaran di mana-mana.
yang tidak lagi berada di sisiku.
ya Allah....
rindu sgh..........................T_T

Sunday, October 24, 2010

jalan-jalan bangi!


assalamualaikum.

eheh.
baru semalam sampai dari bangi.
jalan-jalan bangi.
best.

sbnrnye aku p ujian personaliti utk cikgu mara.
actually mmg aku xnak pergi pun.

tapi keadaan yg sgt mengizinkan, maka aku pergi.haha
ahad sekolah cuti sbb mukhayyam.
so..mmg aku xde masalah kalo pergi.

abang n mak aku suruh pergi.
tambah-tambah transport cam senang.
so...warghh...seronok sgh jalan-jalan bangi.
thanx a lot k.jie n sakinah.
saye sgt enjoy jalan-jalan beranang n putrajaya.

putrajaya, pergi wedding kwn k.jie.
mak oi...wedding org kaya.bayangkan jelah.
terkial2 jugak dlm hall.
tapi seronok.
dpt pengalaman.biase pergi wedding ala-ala kampung je.
xpernah pergi wedding lam hall.wallaweyh!

kalau xposting lagi.
aku igt nak g jalan-jalan pas raye haji ni kat langkawi.
sape nk ikot angkat tangan?
yeyey! =)

Friday, October 15, 2010

kasih sayang yang aneh.



sekali lagi aku stuck dengan kebaikan orang.adeh.
sayang sangat-sangat.
dulu mase praktikal aku dah kene camtu.
kakak2 kat situ sangat2 baik pada kami.
sampai sekarang, diorang kontek.
sampai aku pun naik malu.
nak tak nak aku kene jugak kontek diorang,
nampak tak beradab sgt bile org yg lebih tua tanya kabar kami dulu.
adeh.
sekarang, kakak-kakak yang mengajar kafa ni.
macam ade gaye yang sama.
macam taknak lepas je aku nak posting ni.
aku pun sedih sangat-sangat gak.
aneh kan?
sekejap je aku duduk kat situ.
ngajar 3 kali seminggu.baru 2 bulan lebih
hurmmm.....
aneh kan?
macam mak aku sendiri.
wah....
kenapa selalu macam ni?
sedihnye.
oh...oh...

bestnye kalau dapat mertua yang penyayang mcm diorang syg aku kan?
hehehehe....

Tuesday, October 12, 2010

kita buka buku baru!



warghhhhhhhhh!hehehe....gaye baru bangun tido yg buruk.oke.kita kembali kepada dunia nyata.semalam aku terbaca sal penempatan posting ni akan tau 21hb dan 26hb kena daftarkan di penempatan masing2.oh!aku tak boleh tidur semalam!haha

rupenye ade jugak sikit debaran dalam hati aku ni.(sila jgn percaya aku tak boleh tidor oke, bab tido aku mmg takde poblem)yelah,ntah ape yg aku fikirkan semalam.pasal mak kot.lepas aku tgk sal maklumat tu, terus rase cam nak nangis.sebab aku rase cam tak buat yg terbaik spnjg aku duduk rumah.dahla semalam mak suruh aku masak...then aku lengah2..last2 mak dah tido....oh....T.T.sedih plak rasenye.

terkenang-kenang kenangan kat pangkor.aku tak tau ape yg aku ingatkan..huhuhu...pelik jugak.ape yg besntye pangkor tu? mungkin sebab itu satu-satunya kenangan bersama teman satu fakulti.hurmmm....kadang-kadang rase jugak rugi sebab tak rapat mane dgn kawan2 satu fak.ade jugak kerinduan tu kat lubuk hati...sob...sob....korang sayang saye tak kwn2 fak? hahaha...ntah ape2..saye sayang korang sangat tau!(tetibe je)

yg satu lagi kan, pasal sekolah yg aku tgh ngajar skrg.w.pun ngajar kafa je, jujur aku sangat selesa.sayangnye!sekurang-kurangnya aku sangat-sangat berharap dapat habiskan bulan ni je.sayangnye nak tinggal.

last-last pg td aku tgk balik maklumat tu...rupe-rupenye tu maklumat tahun lepas!adeh...kurang sikit beban kat bahu.ade harapan lagi aku nak tebus mase yg berbaki.ya Allah, berikan aku ruang utk aku lakukan yang terbaik.

minggu ni budak-budak exam.bizi la konon2nye tanda paper exam student.haha...bizilah sangat.buat2 bizi je sbnrnye.

okelah...actually...aku nak cakap..


aku sayang mak aku, ayh aku, famili n shbt2 aku.
aku sayang budak-budak fakulti pendidikan batch 06-10 sangat-sangat.(tetibe aku sgt2 rindu korang...kenape ni wei??ke korang ade teringat kat aku?haha)
teringat kenangan pangkor.
kenapa?
ntah!

tolong rungkaikan masalah aku...haha(masalah la sgt...saje je)

Friday, October 8, 2010

kuat, kuat dan kuat.adeh....



ah...alhamdulillah, kembali dapat kekuatan.
fuh...agak sukar sbnrnya mahu bangkit kembali.
gelap, kosong, rasa macam blackout!

ade satu kata-kata yang aku baca kat mane entah,"kalau berhenti di tgh2 jalan tu mesti ade something wrong pada permulaan" gtu la lebih kurang makne die.so...keep it up!

hurm...
kembali mendapat cahaya.
alhamdulillah.
apepun jgn putus asa.

satu aku igt jugak mafhum hadith lebih kurang macam nilah "kalau kiamat hampir sgt2 tapi kat tgn kamu ade biji benih maka semailah" its mean that never give up walaupun nampak cam takde harapan lagi dah.

so....wahai diri yang mengaku hamba.bangkitlah!bangkitlah!bangkitlah!!!

p/s:sangat susah nak bangkit bila down rupenye...huhuhu...=)

Tuesday, October 5, 2010

boleh jadi gila...

assalamualaikum

seminggu dua ni minggu tak sihat.adehh...
demam pening batuk cukup pakej.

dah la nak kejar puasa enam tak lepas lagi ni, urghhh...sy sgt hampeh orgnye.

warghh....keputusan temuduga dah keluar, skrg tinggal penempatan.xtau feeling ape.
actually syg nk tinggal ngaja kafa tu.sgt syg.kakak2 tu semua baik.student pon quite oke la.hurm....duduk rumah plak..mmg betul2 rase syg nk berhenti awal2 ni.owhh...

betulla org ckp kalau pikir sgt mase dpn boleh jadi gila kan? bkn bermaksud xpyh merancang..rancang tu mesti tapi yang penting jangan terlalu tertekan dengan mase akan datang.nikmati saat2 proses yang sedang dilalui.uhhh.....(ayat org tertekan nih..waka2)



hurm...

perempuan....
perempuan....
perempuan....

its being hard to be a perempuan.
huhu..
ye ke??

hurmmm................................malas nak pikir!

Monday, September 27, 2010

muhasabah~ a mere person.


assalamualaikum.

tak habis habis aku layan blog hlovate skrg ni.

http://hlovaterror.blogdrive.com


bila perasaan dihenyak, dihenyak dan di henyak, barulah kita sedar, kita ni hamba yang tak punya apa-apa.arghhhh!!heartless!baru aku paham maknenye 'bile Allah takdirkan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita jumpa' memang aku tak mampu, akhirnya demam!

ape yang menarik tentang blog hlovate aku suka tentang contengan ramadhan.ada watak akmal cakap" kita selalu letakkan kita sebagai watak putih, yang beriman, yang muhsinin, tak pernah kita letakkan watak hitam kita dalam ayat tu.yang diazab, yang lalai, yang lemah.sedar tak kita ni penuhi kriteria ke utk watak putih tu, sedangkan watak kelabu pun tak berapa nak layak!" fuhhh~~~memang pon, insaf betul.

solat fardhu pon xkemas elok-elok, solat dhuha 2 rakaat je pon, solat sunat lain tah ke mana, baca Quran tak hayati makna, nak baca banyak-banyak pon malas, hafalan ntah ke mana, ya Allah, aku ni nak jadi ape???

aku kena buat mutabaah balik la camni.biar badan ade biological clock.sampai masa bila dah dilatih dia akan pandai bergerak sendiri.tak boleh malas-malas.kat rumah, kat mane2 pon sama. aku tetap hamba Allah.

semoga Allah temukan aku dengan seorang yang mampu aku temui selepas ini....
live well or live hell..i choose well!!no matter what.

Saturday, September 25, 2010

demam...oh...


salam...

huu....dah lame x sakit.apakah??
semalam start pening, arini tmbah2 selsema plak.huh.
bila jiwa sakit..hohoho...demam terus!cam tak caye jer.adoih.

hurm....
nothing to say, just...
fa'iza maridtu fahuwa yashfiien.

semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.
mood letih pujuk diri sendiri....oh...

kadang-kadang rase nak give up dan malas pk ape-ape lagi dah.
rasa macam mayat bergerak je nih.
lantaklah.

~Ya Allah Engkau Maha Tahu Kesedihanku, mudahkanlah langkahku untuk menyempurnakan hidupku.~

Friday, September 24, 2010

rahsia Allah.

assalamualaikum.

hurm....tajuk semacam jek.
yeah, memang semacam.actually tadi aku de sembang-sembang ngan mak.
pasal salah satu rahsia Allah.nak tau x ape??? fuhhh...tajuk hangat nih.

jodoh.
yeap jodoh.adoyai.aku tak tau camne lah leh terlencong ke arah tu tadi, xleh nak return balik dah.but, really, sungguh bermanfaat la.nyesal aku tak sembang awal2 pasal ni ngan mak.haha...

hurm...mak aku open minded jugak rupenye.kirenye bukan org kampung punye minded la.mungkin nampak anak die ni semakin banyak berfikir kebelakangan nih."akak takyah risaulahhh....xpayah fikir-fikir sangat...." kata beliau.

jujurnya aku fikirkan perasaan mak aku.tapi dia yang tenangkan aku balik.aku tak kisah sangat sebenarnya.mungkin belum tiba waktu aku.memang aku tak sedia lagi pun.usaha?? itu rahsia antara makhluk dan hamba lah aku kira.tapi yang buatkan aku tersentuh....kata-kata mak "apa apapun kita serahkan saja pada Allah, kadang-kadang kita rasa macam dah oke dah, tapi yang terjadi terbalik terus.kadang-kadang menepati apa yang kita rasa, kadang-kadang tersekat, kadang-kadang dihalang, macam-macam kadang-kadang di sepanjang jalan ni kakak...mak tak kisah...kita serahkan saja pada Allah" wahhhh...ayat ni betul-betul buat aku lega.thanx mum! love u much!

aku bimbangkan mak sebenarnya.betul, sebab aku tau dia mahu yang terbaik untuk anak-anaknya.terima kasih mak sebab memahami.kakak pun tak tahu lagi macam mana masa depan kakak.siapa bila dan bagaimana, namun, kakak rasa sangat lega sebab mak tak pernah memaksa.mak tak pernah mempertikai, mak tak pernah membebankan, terima kasih mak.kakak sayang mak.

betullah, orang tua memang makan garam dulu dari kita yang budak-budak ni.tengok sekilas dah tau dahh...huhuhu..tapi betullah, aku rase sangat seronok.bincang-bincang apa aku nak buat, cita-cita aku, nak smbung blajar nak bantu keluarga, nak jaga mak...macam-macam!wahh...sampaikanlah niatku yang banyak ni ya Allah.aku perlu usaha lagi.Rahsia Allah itu kita serahkan pada Tuan punya Dunia yang menentukan.bila siapa bagaimana n so on...just leave it to God.ahhhh....feel release!!

Wednesday, September 22, 2010

i love hlovate!

salam...

oh..oh...gotta new hobi...hahaha...=) oleh kerana aku tidak punya wang utk beli novel hlovate...aku tibai bace blog die.oh...dh macam addict dah ngan blog hlovate.
walaupun ade gak yang kosong2..but still best!waah!aku nak kumpul duit nak beli novel dielah.dah sangap ni....huhuhu...

ape reason aku suke bace story die?
hurmm...rasenye same ngan org len kot.xmeleret2...cool gile and ade matlamat.
then..takdelah story die mcm org dari kayangan mane ntah.huh!so cool.story about life and life purpose.best!dakwah yang santai.

mungkin ini cara terbaik untuk memujuk hati sendiri? yeah!wahai diri, jadilah bidadari besi!! kuatkan hati.walaupun dah hampir mcm xboleh nak bangun...bangunlah.masa depan tu ade.jangan bimbang.usaha yang terbaik oke!aja-aja fightinggggggggg.....(ayat org tertekan gile) haha...

hlovate, thanks much.

May Allah bless.....=)

Tuesday, September 21, 2010

mati rasa.

ah, patutlah orang boleh gile sebab cinta.
ah, patutlah orang boleh putus asa sebab cinta.
ah, patutlah orang boleh taknak kawen terus sebab cinta.

hahaha...cinta tu apa?

entahlah, aku pun xtahu apa maknanya.
cuma bile dengar-dengar cerita dari kawan2 yg cakap pasal kesan cinta ni aku jadi pelik.
boleh ke sampai tahap macam tu,ai..cinte bebenor ye??
now i understand.cuma aku faham jelah.hehehe..nothing else.

bagaimana dgn masa dpn aku sendiri?
oh..xtaulah.
tapi aku mcm xbimbang pon.
boleh ke macam ni?

teruk jugak penyakit aku ni.
huhu..
ah...doakan la semoga urusan aku dipermudahkan.
pernah dengar perkataan 'mati rasa'??

mungkin aku sedang menghadapi krisis itu sekarang.
bila penyakit ini akan sembuh??
masa akan menentukan.
ya Allah, sembuhkanlah kesakitan ini.
hanya itu yang ku pohon.

Monday, September 20, 2010

banyak yang saya belajar dan mahu belajar lagi.



assalamualaikum.

tibe-tibe terasa sangat bebas.
seolah olah berlari seorang di padang yang sangat luas.
berlari sampai penat dan terlentang seorang diri sambil mengadap langit.

hidup memang begitu.
bila kita terasa begitu pasti.
terbalik pula jadinya.
dan kali ini...
Allah benar-benar mengajar aku erti kehambaan.
Allah know best.

dan kali ini, aku hanya tersenyum
tanpa rasa.

betapa payahnya aku untuk menerima sebuah kenyataan.
fitrah manusia,bila ianya tidak sebulu dengan apa yang kita inginkan.
tapi kali ini Allah ingin mengajarkan aku hakikat redha.
dan, hidup ini bukan sekadar di dunia.
betapa berat, tetap harus dilalui.

senyum lagi.
dan lagi.
dan sekarang aku memahami.
benar-benar faham.
bahagia itu bila tunduk pada ketentuan Tuhan.
seiring atau tidak dengan kemahuan fikiran,jika mahu bahagia tundukkan hati.
bila, di mana, siapa, bagaimana tidak penting.
yang penting hati kita sendiri.

Allah sangat tahu apa yang aku mahu.
Namun Allah lebih mengetahui apa yang aku perlu.

Alloh......
Alloh......
Alloh......

aku serahkan hidup dan matiku hanya untukMu.

p/s:sedang memahami hakikat kehidupan dan makna sebuah redha.

Saturday, September 18, 2010

saya tak faham..masih mencari makna.

~kata-kata hamka~

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

p/s: sukar dimengerti, perjalanan hidup masih panjang...tiada airmata yang menitis, cuma suatu rasa yang sangat sukar diterjemahkan.
Allah know best!saya pegang yang itu!

Friday, September 17, 2010

::lucky::


Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh, ooh

ahh....addict kejap ngan lagu nih!ntah kat mane aku terdengar..then terus cari lam tenet...huu...cam sweet jeh....sekarang aku tgh searching about hlovate.hurmm..ramai yg cakap novelnye pergh...yg aku penah bace cume Aa plus Bb tu jeh.yg laen xtau.tupun aku xbace elok-elok.better aku search and kaji2 sikit.ade something yg menarik ngan hlovate ni.huuuuuuuuuuu.......=)

p/s: mood bunge2 ....wakaka.....

Thursday, September 16, 2010

Islam itu oksigen.



assalamualaikum.

rindu ruh dakwah dan tarbiyah.
rindu semangat juang.
rindu kelembutan hati.
rindu sifat mengalah.
rindu sifat berkorban.
rindu sifat tak pentingkan diri.

ah, saya memang tak boleh hidup tanpa itu semua.
rasa macam oksigen saya hilang.
tak boleh bernafas.

kenapa saya perlu jadi pentingkan diri jika org lain pentingkan diri?
tak perlu.
saya kene hidup dengan oksigen Islam.
ah, sukarnya bernafas tanpa ruh itu.
sempit dada.benci dan pentingkan diri.

saya menyeru kepada diri saya.
kembalikan diri kepada fitrah.
Islam tak perlukan saya.
tapi saya memang tak boleh bernafas tanpa Islam.

buang segala yang merangkai di jiwa.
tanam biar subur.
ah, dakwah dan tarbiyah.

semoga ia benar-benar sebati.
semoga kehidupan saya kembali bermatlamat.
hidup untuk akhirat.
insya Allah.

mari sama-sama kita suburkan iman di dalam jiwa, sahabat-sahabat.
jangan biar saya makin jauh.
Jauhkan aku dari futur ya Allah.
sendiri atau ramai, biarkan aku tetap teguh berdiri.
amien ya Rob.

Wednesday, September 15, 2010

matahari.


~Heaven's sun is shining down upon you.
I don't know why, but this line strung through my head.
..... The Sun~


semalam saya sangat seronok.keluar bersama sahabat2 saya.kinah,teha syu..oh!sangat suka hati!saya tak dapat membayangkan sunyinya hidup saya tanpa kalian.ya, saya memang tamak kerana saya ingin mencintai segalanya.

semua saya nak.teruknya saya kan??bila bersama shbt2 saya, memang kadang-kadang buat saya terfikir.oh, saya memang masih tak bersedia.saya masih mencintai kehidupan saya yang begini.saya takut!

tiada siapa yg memusnahkan kehidupan saya.
tiada siapa.
tiada siapa.

sekarang memang saya sedar, menerima lebih sukar dari memilih.

ya Allah, lembutkanlah hatiku yg sekeras batu ini.lapangkanlah dadaku.ya Allah, kenapa aku begini?

Monday, September 13, 2010

khadijahku, selamat hari lahir =)


assalamualaikum.

hari ini datang lagi.
masih tidak mampu untuk meraikan di hadapan tuannya sendiri.
hari lahir sahabatku yang teristimewa.
ah~~
kita sudah tua.
tahun lepas aku menuliskan kisah kita di hari lahir kamu.
tahun ini mungkin impian masa depan kita.

khadijah rasyidah...selamat hari lahir.
terima kasih kerana tetap berkeras dan degil utk terus bersahabat dgnku.
terima kasih kerana terus menjadi sahabatku.
terima kasih kerana banyak mengajar aku tentang bersahabat.

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan saya seorang khadijah.
khadijah sungguh-sungguh melengkapi saya.

khadijah yang degil.oh...saya sangat suka seorang yang degil! ahahaha...saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk seorang khadijah rasyidah.semoga Allah memberikan khadijah rasyidah kebahagiaan di dunia mahupun akhirat.ya Allah, sucikanlah ukhuwah kami.jgn Kau biarkan kami bermusuhan di akhirat sana dan berbaik-baik di dunia ini.redhailah persahabatan ini, semoga kami tetap berkasih sayang di akhirat kelak!

khadijah rasyidah, saya sangat sayangkan kamu! eid milaad saed.semoga kamu bahagia selalu, kerana saya hanya akan bahagia apabila insan-insan yang saya sayangi bahagia.

Saturday, September 11, 2010

selamat kembali kepada fitrah.eid mubarak!

raya tahun ini.
seperti biasa.
bezenye..ade penceria yang dah mempunyai kaki.
ammar!kan best kalau ade ramai-ramai budak kecik dalam rumah ni?
oh~~~saya nak baby!

semalam, alhamdulillah, pertunangan abg aku encik taufieq dan kakjie berjalan lancar.
penuh rumah k.jie.aku xleh bayang betape nerbesnye beliau.
kalau aku kene camtu kompem dah pengsan.
oh.....

ah...raya.
kenape rase ade sesuatu yang kurang.
entahlah.
betul-betul rasa tak lengkap.

ramadhan.
aku tak tahu setakat mana aku laluinya dengan baik.
aku harap aku betul-betul dapat meraikan hari kembali kepada fitrah.
eidul fitri.menghayati maknanya.
ah!

semoga gurauan di majlis pertunangan semalam menjadi kenyataan."selepas ini turn adik taufieq pula" wakakakakakaka....

oh lupa, tahniah aniem untuk kelahiran baby hadeef.aku dah dapat anak saudara baru.sedang merancang untuk ke rumah aniem ni.maybe pergi seorang je.org laen masih sibuk beraya.malas nak kacau.lagipun umah aniem tu dekat sgt ngan aku.wajib aku pergi secepat mungkin.

okelah, selamat hari raya aidilfitri.moga sepanjang tahun kita semua berada dalam kebaikan.kullu aam waantum bikhair.aku mahu memohon maaf atas segala kekurangan dan kepelikan yang terjadi.berusaha untuk kembali kepada fitrah.memerlukan kekuatan dan doa kalian.maafkan aku. assalamualaikum.oppss...tertinggal, aku sayang kalian.

Wednesday, September 8, 2010

barang hantaran.


~sekadar gambar hiasan~

tajuk kemaen gempak!haha..
actually mak aku suruh aku buat gubahan hantaran utk pertunangan abang aku.
wah!tension...tangan aku macam kayu ni nk buat gubahan hantaran??
aiyok!
tp sebab dah memang takde mase nk upah2 orang terpakse jugak aku meng kera aktifkan diri.
waaa!tapi seronok jugak try test perkara baru.
hurmmmm...hasilnya macam takde la kayu sgt.
telekung sembahyang dah jadi pokok, jubah manik dah jadi macam ape pon aku xtau...haha
lantaklah....nampak oke je tuh.

waaaa!nak jugak....nak jugak...kekekekekeke....
actually kemeriahan hari raya tertutup dengan majlis ni.
dalam 10 buah kereta jugak nak pergi kat belah perempuan.
uihshhh....aku pulak naek seram.
kalau aku nanti jangan datang ramai-ramai sangat ye?
takut weyh!

sekarang baru paham kenapa orang berdebar-debar.
hahaha...
dulu takde perasaan.
blurrr je.
bila dah gubah-gubah sendiri.
tengok-tengok cincin sendiri.
woowwww....
menyeramkan.
haha...
dulu yang kakak aku, mase tu aku kecik lagi.
kalau pergi yang rumah saudara xdelah macam ni.
entahla...
aku pulak yang terlebih seram.
by the way...
maybe aku berbakat jugak buat barang hantaran ni....!waakakaakaka~perasan!

p/s: agak seronok mood sekarang!yeeha!

Sunday, September 5, 2010

lompang diketahui, masa utk penuhkan!


assalamualaikum.
alhamdulillah.
dah tahu kenapa.
rupanya sebab saya rasa kosong sbb sy mmg duk sorang-sorang.
sekarang adik saya dah balik, yeay!
skrg sy lebih sedar, pentingnya bi'ah untuk charge balik apa yang kurang.
bagaimanalah masa depan saya slps ni.
oh...mohon diberi kekuatan oleh yang Maha Kuat.
saya takut.

Ramadhan yang berbaki.
saya masih mahu menghayatinya.
Raya, jangan datang lagi.
saya tak layak meraikannya dulu.
saya masih mahu bermanja dengan ramadhan.
Raya, jangan datang dulu.
Biarkan saya bersama Ramadhan!

Saturday, September 4, 2010

saya rindu.



entah kenape.
malam ni feeling.
air mata mengalir sorang-sorang.
tak pasal-pasal.
women cry for no reasons? aiyak!xbest..
aku ni dah jadi women ke ni? haha...rase mcm xcukup umo lg nih.

ah, rindu.
xtau ape yang aku rindukan.
yang pasti macam ade lompang.
apakah?
adoi!

mungkin rindu untuk jadi budak-budak.
hampeh!ade plak...yelah!
best la buat ape-ape xpikir pon feedback.
tapi bkn la buat something yg teruk pon.
just nakal-nakal.
ah!saya rindu nak jadi budak balik.

hujan.
sekarang hujan.
rintik-rintik.
sayu.
mak and ayah dah tido.
tinggal saya terkontang-kanting.
ngadap encik laptop.
sekadar tengok.
jam 12.05 a.m
skali ngan instrumental yiruma-moonlight!perghhh!!
woi3.....baek pasang fahd kanderi ke..masyari ke....hape da!

mungkin malam ni saya begini sebab saya sunyi.
ah, baru hari ni nak rase sunyi.hampeh sgh!
xdelah, esok bangun sahur okela balik.

entah apa yang saya rindukan.
oh Tuhan!

Thursday, September 2, 2010

jadikan aku wanita syurga.



assalamualaikum.
akhir-akhir ni suka sgt layan lagu saat lafaz sakinah.
sedap woo!sedih semacam je dengar.terbayang-bayang suasana tu.mesti syahdu kan?

semua insan ingin jadi yang terbaik.
tinggal saja usaha ke arah itu.
aku juga mahu berusaha ke arah yang lebih baik.
aku sedar, aku bukanlah insan tanpa kelemahan.
namun, aku masih dalam usaha ya Allah.
kirakanlah usahaku ini juga sebagai ibadah.

jadikanlah aku wanita syurga ya Allah.
bantulah aku dengan persekitaran yang mendorong ke arahnya.
bantulah aku agar istiqamah ya Allah.
bantulah aku ya Allah.
walau manusia ada yang silap memahami tingkahku.
bantulah aku ya Allah.

katakanlah amin wahai pembaca.
katakanlah..

Wednesday, September 1, 2010

saya garang dan keras kepala.



salam.
nak berubah lagi.
jadi yang lebih baik.
yang lebih baik.

ah...banyak yg perlu sy belajar dari hidup ni.
hari-hari ade perkara baru.
seronok!

I break tradition
Sometimes my tries
Are outside the lines, oh yeah yeah
We've been conditioned
To not make mistakes
But I can't live that way!

Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
drench yourself in words unspoken
live your life with arms wide open
Today is where your book begins
the rest still unwritten
~unwritten~ n.b

Monday, August 30, 2010

kad raya, rasa macam jadi budak balik.



assalamualaikum.

adeh,baru balik dari mengajar.minggu depan dah start cuti skolah.esok cuti merdeka.
so....cerita menarik hari ni? haha...budak2 kelas aku bagi kad raya."ustazah, ustazah wajib balas tau!" hahaha...adoih...ade plak mcm tu.nak bagi, wajib pulak kena balas.bertuah betul!

rupenye baru aku perasan, budak2 suka menomborkan ustazah kegemaran mereka.aduh...macam2!aku dulu xde pulak main nombor2 camtu.cuma kalau suka, suka jelah....takdela maen bagi nombor kat ustazah febret aku.maybe aku xpernah ade ustazah febret agaknye? haha..

apepon, mmg tgk budak2 ni aku akan hilang duka lara.bercerita ngan diorang, kena keliling penuh...rase mcm semua anak2 aku.haha...seronok tgk muke diorang.seronok dgr celoteh diorang.seronok dgn pandangan budak2...soalan2 dan mcm2 ragam.kelakar! aku senyum jelah kalau yang pelik2 sgt tu.

ustazah...tunang ustazah nama ape? ustazah, ustazah nak kawen bile? ustazah ade anak tak? ustazah nak anak berape orang(paling xleh blah).....senyum jelah senang.dulu praktikal sekolah menengah dah lali soalan camtu.

ustazah...nak biodata ustazah...hahhaha...aku jawab pesal? nak mai meminang ke? xpelah...dah tunang!hahahaaha....adoih....sakit perut la aku ngan budak2 ni.but its really make me smile! n hepi.mmg xpikir berat2 duk ngan budak2 ni.sangat seronok!=)

Thursday, August 26, 2010

contoh surat tak rasmi....hurm..boley try ni kot..=)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.

Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

p/s: hehehhehee.....bagus dop surat x rasmi mohon kawen awal ni? boley la nak praktik utk yg masih student or yg family xbg kawen awal....mane tau....terbuke hati! haha..

Tuesday, August 24, 2010

Allah manjakan saya.



oh, betul-betul menangis lagi.
Ah, apa lagi yang saya mahukan dalam hidup.
oh Tuhan....
sungguh saya tidak layak.
saya tak tau nak fikir apa lagi.
terasa lengkap.

ada apa dgn saya?
sungguh saya hanya hamba.
hamba dan seorang hamba
hamba yang Esa.
terasa seperti Allah sangat manjakan saya.

Sunday, August 22, 2010

tenang-tenang saja.


hurm.
hari yang tenang.
ntah,rilex je.
bukan mati rasa oke??
best!

sampai satu tahap kita rasa nak ignore je!haha

teringat ayat novel tuh, IGNORE WHAT YOU SHOULD~~
hurm, let it be naturally.
tenang-tenang saja oke?
lalui fasa maghfirah dengan best!
yeah!
jom tadarus!

Saturday, August 21, 2010

saya seorang manusia.

ya.
saya seorang manusia.
yang kadang-kadang saya sangat-sangat terasa jauh hati.
sangat.
sangat.
sangat.

tapi saya bukanlah jenis sukar menerima.
cuma, kadang-kadang, saya rasa macam,
ah, entahlah.
mungkin saya perlukan masa.

saya kesal dengan diri saya.
sebab saya tak mampu nak menjauh.
walaupun saya sangat berkecil hati.
ah!

teringat kata-kata pahrol mohd juoi,
orang baek selalunya ditindas?
saya bukan baek sangat pon!
hurm....
hurm....
hurm....

semoga kata-kata orang yang melihat saya macam tiada masalah adalah doa yang makbul!

rasa disayangi itu satu keperluan?


fuh....rajinnya saya sekarang ni kan??? suka berteori dan berfalsampah sorang2 lak tuh!huhuhu

wah, saya rasa macama nak ambil teori keibubapaan la pulak.haha
saya baru sedar satu perkara lagi, iaitu keperluan untuk rasa disayangi dalam hidup.
mempengaruhi tingkahlaku manusia.eceh......betul tak?

entahlah, saya semakin suka perhatikan orang kebelakangan ni.bukan untuk menghukum.tapi berfikir dan cuba memahami.

ah, saya sangat-sangat bersyukur.banyak yang saya punyai daripada orang yang tiada dari saya.saya sangat bersyukur.dan kalau boleh, saya mahu sekeliling saya turut bahagia.saya mahu semua orang rasakan kecukupan,kenyamanan, dan rasa selamat.

ya Allah, saya benar-benar berdoa, jika saya diizinkan mempunyai anak,
saya mahu menyayanginya dengan seluruh hati dan kehidupan saya.
biar anak saya tidak merasai kekurangan.
biar anak saya rasa gembira.
biar anak saya sangat bahagia.
sungguh-sungguh saya mahu menjaga dan menyayangi anak saya.
ah..hairan, bagaimana orang boleh melakukan sesuatu yang boleh membuatkan anak-anak mereka rasa tak selesa.
bukankah anak-anak itu anugerah dan amanah?

Allah, saya mahu jadi ibu yang baik.
terbaik untuk anak-anak saya.
supaya anak saya bisa menjadi Qudwah.
kabulkanlah ya Allah.
kabulkanlah.

p/s: nak tergelak pulak bila baca balik, sejak bile aku dah kawen ni? haha=)

Tuesday, August 17, 2010

banyak yang saya mahu sampaikan.



Ahhh....banyak, sangat banyak.
kiranya nanti saya juga akan mengkisahkannya dalam 10 hari 10 malam juga~balas dendam...haha
saya kira saya tak perlu lagi kisahkannya pada yang tidak memahami.
mungkin natijahnya akan mengundang keburukan.
dan lebih baik saya diamkan saja.

ah!banyaknya saya mahu kisahkan.
banyak.
banyak.
banyak.

semakin hari jantung saya semakin tak stabil.
dan seperti cerita korea kegemaran saya itu
"jantungku dah rosakkah?" haha...
aduh.....sakitnya.


Tuhan..banyaknya yang aku mahu kisahkan.
tapi ia sekadar terhenti di lautan hati yang dalam.
oh...kiranya saya masih perlu sabar.
waaaaaaaaa.....cepatlah masa.
cepatlah.
cepatlah.
saya mahu bercerita dan berhikayat! haha
bergetar dan terus bergetar.
apakah?
fuhhhh~~~

teringat cerita my boss my hero.sakaki makio.hahaha....adakah aku dah jadi 'sebodoh' sakaki makio bila berhadapan dengan fenomena ini???aiyak!

Sunday, August 15, 2010

saya tak kisah kalau orang tak faham saya, yang penting sy cuba memahami.

assalamualaikum.

saya dah tegaskan pada diri saya.
dari awal2 lagi.
dari dulu lagi.
dari dulu lagi.
dari dulu lagi.
semenjak saya faham erti taklifan seorang da'ie.
maka saya tak paksa sesiapa memahami saya.
asalkan saya berusaha untuk memahami.
walaupun apa yang saya hadapi tak mampu difahami mata kasar seorang teman.
maka saya tegaskan pada diri saya.
saya tidak kisah!
saya tidak kisah!

saya diciptakan oleh Allah.
maka Allah mengetahui setakat mana saya mampu menghadapi taklifnya.
kerana...saya adalah ciptaanNya.
maka kenapa saya mahu memaksa ciptaanNya yang lain untuk memahami bebanan jiwa saya?
bukankan saya ada yang Maha Tahu dan Memahami?
bukankah saya telah biasa menghadapi semua ini?
makanya...tugas saya hanyalah meneruskannya.
teruskan.
teruskan.
dan jangan berhenti.

saya dah biasa begini.
ah~~~seronoknya menerima taklifan dari Allah.
kerana Allah tahu saya mampu.....oh...oh.....T.T

dikala saya rasa saya dah tak mampu nak meneruskan kerana kesendirian saya,
Allah menghadirkan kekuatan.
makanya saya perlu faham, bahawa Allah tetap mahu saya terus berdiri.

saya bukan tidak perlukan manusia lain.
bukan begitu, saya bukanlah begitu.
namun, saya mahu memutuskan harapan saya terhadap makhluk.
kerana saya tidak mahu menyalahkan manusia lain atas apa yang berlaku pada diri saya.

sungguh....kadang-kadang saya tak mampu nak tanggung lagi.
tapi semalam...
eceh....hepi ni...saya berbicara soal masa depan saya dengan ibu.
dan.....jeng, jeng, jeng.....
mungkin, masa saya dah tiba! =)

Saturday, August 14, 2010

jantung yg meletup-letup.

assalamualaikum.


hurm....tajuk pon semacam je.kenapa dgn sy ni? mcm nak marah je....ish.
saya kena uzlah.
kalaulah semua boleh menjadi sahabat yang menyenangkan kan bagus?
apa guna merapat kalau tidak cuba memahami?
apa guna merapat jika hanya mahu menyakiti?
apa guna merapat jika hanya mahu membebani?

saya ini.....apakah saya lupa saya seorang da'ie????
saya kena sabar.
saya kena sabar.


ah....

tahap sabar saya masih di tahap rendah rupanya.
oh...kena baiki diri.
kena baiki diri.
kena baiki diri.

Allohu robbi.
tarbiyahlah aku dengan sebaik-baik didikan.

Friday, August 13, 2010

ramadhan...ramadhan..ramadhan....mcm mane nak jaga?


assalamualaikum.

hari ini dah masuk hari ke 4.alhamdulillah.sangat seronok.berada di sisi mak ayah macam anak tunggal.hahahaha...xpelah..kasi can sikit, nanti dah tak boleh macam ni lagi.

bertadarus, berteraweh, dan malaluinya seorang, sebenarnya agak janggal.sebelum ni selalu ramai-ramai.tapi yang hairannya, tak pula aku rasa sedih.seronok jugak sbnrnya.mungkin sebelum ni adalah latihan untuk menghadapinya bersendirian.

kenapa seronok? sebab tak payah dengar kalau orang cakap tak elok dalam kuliah.tak payah nak pk macam mana nak jaga ikhtilat ke..tak payah risau perkara-perkara yang membabitkan persekitaran yang boleh menjejaskan puasa.wah!seronoknye!huhu....jahat betul la aku ni.

bolehkah kalau aku beruzlah lagi? untuk menjaga?? aku betul2 mahu ramadhan yang terbaik.yang boleh memberi kekuatan untuk masa-masa hadapan.bolehkah?

Wednesday, August 11, 2010

1 ramadhan di kampung yg seronok!




tahun ini, rasenye satu ramadhan yang dah agak lama aku tak menjejak kaki di rumah.dah agak lama aku pertama puasa di perantauan.yelah, dari sekolah menengah.walaupun tak jauh dari rumah, tetap tak boleh puasa kat rumah.then masuk ukm, rasenye 4 tahun xpernah aku puasa first kat kampung.alhamdulillah.tahun ni kat kampung.

hurm....rumah takde orang.ibarat anak tunggal la aku.mujurla dapat jugak ngajar kafa tu.takla saje2 sgt tenage muda ni.nak cari kerja kat luar, aku dah nekad tak mahu tinggalkan parents lagi sebelum dpt tawaran posting yg sbnr.biarlah aku teman mereka sementara takde orang ni.kelakar pon ade, sbb mak layan mcm la aku ni budak kecik.haha....naseb badan...

tadi entah mengapa, seronok betul pergi mengajar.then ambik gambar ngan budak-budak.balik pulak berhujan.fuh....sampai2 kene la bebel ngan mak sekarung.apesal pergi redah hujan tu...huhuhu...aku masih lupe yg aku berada di rumah.mak ade!haha..sblm ni kalau pergi kuliah or balik kuliah aku mmg biasa je redah hujan..ni lupe nk cover!ades!aku tahu mak mmg bimbang sgt dgn aku,sbb aku suka selesaikan sendiri kalau ade ape2 problem.dia mmg marah sgt kalau tak cakap.tapi....huhuhu....aku masih begini.walaupun ade famili yang aku tahu pasti akan tolong aku in whatever condition, aku lebih senang cuba selesaikan sendiri.bukan apa, aku takut aku tak reti berdikari.semua benda nak kene orang uruskan, nanti takkan anak aku pon orang yang kene uruskan?? aishh...xbley..xbley...hehe...


semakin rajin la plak aku menaip sejak akhir-akhir ni.takpelah.tulis demi anak-anakmu.hehehe..kate ust hasrizal.so, nanti aku nak bagi anak aku bacelah semua2 ni.biar die jadi lebih baek dari aku.terbaek, dan mampu mengislah ummah! fuh~~


just that for today~~selamat bertadarus, jaga diri, jaga iman, kejar fadhilah ramadhan untuk beramal 11 bulan yg berikutnya!salam ramadhan mubarak~~~

Tuesday, August 10, 2010

malam berkah menjengah~1 ramadhan



assalamualaikum.

selesai satu episod mahasiswi degree.xtaulah jadi mahasiswi lagi ataupun tak...hehe..terima kasih kpd shbt2 yg meraikan.sbnrnye aku rase tak layak pon diraikan sbb aku tak blajar sgh2 pon...huuuuu....apepon syukran awi!

malam 1 ramadhan, selesai teraweh.sbnrnye dah lama aku nak tulis pasal matlamat dan cita-cita yang dirangka, namun seringkali terbantut.kali ini aku tak kira, aku nk tulis jugak...hehehe...

aku ada masa 2 tahun yang aku target untuk diri sendiri supaya balas jasa ibu bapa aku dengan hasil titik peluh aku sendiri.aku mahu memberi dgn sesungguhnya tanpa prejudis jika Allah mengizinkan aku dapat kerja dalam masa terdekat.i.Allah.

then after that, just leave it to God.jujurnya aku tak mahu bekerja.nak jaga anak dengan hasil tangan aku sendiri.sepenuh mase aku tumpu untuk tarbiyah anak2.semoga dipermudahkan cita-cita aku yang sangat simple ini.aku rase dah jarang makhluk ade cita-cita macam aku ni.ni pon cita-cita ke?? haha...

jadi dalam masa ini, aku mahu kerja sungguh2...didik anak didik aku sungguh2...tarbiyah diri aku sungguh2...i.Allah...tu pun jika dipanjangkan umur.jika umur ditarik sebelum tu, semoga cita-cita aku ini Allah kira sebagai ibadah.

yang lain-lain tu, kita tunggu lepas 2 tahun kalau umur panjang.
salam ramadhan karem.
moga jadi hamba Allah sepanjang tahun, bukan sepanjang ramadhan sahaja.
asif jiddan silap salah.

Friday, August 6, 2010

berusaha menjadi pendamping yg menyenangkan.



assalamualaikum.kepada diri saya.sila belajar untuk berjiwa besar mulai dari sekarang!ya sekarang.sekarang bukan masa main-main lagi.bukan masa nak jadi budak kecik yang tak matang, yang mudah jatuh dan rebah.bukan!bukan!

kena jiwa besar.untuk menghadapi sesuatu yang besar.bakal memegang amanah yang besar.bukan main-main.rasional dalam setiap perkara.matang dalam bertindak.oh~~~


semoga Allah redha.semoga Allah menetapkan hati.

Thursday, August 5, 2010

cerita temuduga.

assalamualaikum.

hehehehe....rajin gile skrg nih berblogging....kan aku dah cakap...semakin banyak tekanan semakin rajin aku menulis.haahaaha...berkadar terus!tulah...orang suke bercerite, tapi xtau nk cerite kat sape...takut orang muak pulak kan...so...aku bercerita pada encik blog ku sayang yg sgt setia dan penyayang makhluknya...wakaka..

semalam, bertolak pukul 4 pagi.dahla xleh tido, then sampai sane tepat2 pukul lapan. kalut gile masuk dewan nak exam insak.tp buat2 cool jelah..tp alhamdulillah, sempat tarik nafas.dia buat ujian tu 2 sesi.sempat la aku sembang-sembang dulu ngan kengkawan bile sampai sane.

then abis ujian insak.penyelia tu cek ape yang patut ade dalam fail kami lah untuk diintebiu.ade ke aku boleh lupe yg paling penting nk fotostat ic dan sijil2 salinan.nak pengsan la jugak time tu.sebab org laen lupe pengesahan senat n surat beranak, aku boleh lupe mende simple tuh.

dalam hati macam nk gugur je jantung.tp wat rilex je dulu.pergi tgk giliran.Alhamdulillah.ade mase!fuh....cepat2 pergi fotostat semue2 tuh then rembat je sain pengetua sekolah tmpat aku intebiu tuh.Alhamdulillah.alhamdulillah.
Allah jualah tempat bergantung.

interbiu oke je...ntah...xkene tye banyak pom.i.Allah oke je kot.

ya Allah, kenape sejak akhir-akhir ni aku sensitif sgt? aku sensitif atau apekah? hurm............xbest langsung la macam ni.kembalikan aku yg dulu.sob sob...T.T

xsemangat langsung nk berkonvo sbnrnye.tp demi meraikan, ku semangatkan jua diri ini.oh...meraikan famili yg sgt excited.huhu...aku perlu semangat lebih dr diorang!yeah!aja-aja fighting..

Wednesday, August 4, 2010

bila mata tak mengantuk.

assalamualaikum.

jutaan terima kasih kepada encik blog kerana menjadi makhluk yang paling setia untuk menjadi tong sampah luahan rasaku.terima kasih kerana tak menjerit-jerit menyampah kepadaku.haha....kalaulah blog ni boleh menjerit jugak aku dah tak tau nk mengadu nasib kemana...oh.....sgh sadis hidupku ini....hahaha...

minggu ni aku start mengajar kafa.Alhamdulillah, penerimaan yang baik drpd guru dan pelajar2...sangat seronok! boleh gelak2 ngan budak2 ni mmg menghilangkan tensen.mengaji, menyanyi, berbual dan macam2...mmg tiap kali aku pergi mengajar semua rasa gundah hilang...nak2 bile ngadap muke suci budak2 yg innocent tu.really make my burden away!

yang kelakarnya semalam bile aku cakap nak pergi konvo minggu depan, xleh datang ngajar la...terus diorang mintak no. telefon~rase sangat2 disayangi....huhuhu...w.pun baru 3 hari mengajar, aku mmg rase sgt seronok.

cume mengajar darjah 3 mmg perlukan frekuensi suara yg tinggi..diorang ramai sgt.xpe...slow2 la....i.Allah.Alhamdulillah, Allah yang menyusun jadual hidupku, tau apa yang terbaik untukku.selalu tepat pada masanya.Alhamdulillah.

sekarang jam 1.49 pagi.aku jarang mengadap laptop waktu ni.maklumlah, perempuan melayu terakhir suke tido awal...hehehe...tapi entah, malam ni xleh tido.actually esok temuduga untuk mengajar ni kat klantan.bukan aku nerbes pon...tp ntah...xleh tido...byk sgt pk.menyampah betul bile xleh tido.sebab aku mmg sgt3 jarang xleh tido.tahap tenang yg sgt tinggi la katekan..wakakaka..

ntahlah, bila sampai satu tahap di mana aku sudah malas untuk pikir ape2.just leave it to God.sedih, gembira, menangis, menyampah, sayang, benci, dah bercampur baur.manusia normal rupenye aku nih? hahaha...ingatkan takde perasaan.dah ramai sgt cakap macam xde perasaan.xde masalah.cool and steady la kekononnye.huihh...berjaye jugak lakonan menjadi seorang yg cool rupenye.woha!



Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang lemahnya kekuatan diriku dan remehnya aku di mata manusia. Wahai Zat yang Maha Penyayang di antara para penyayang. Engkau adalah Tuhan orang-orang yang lemah dan engkau jualah Tuhanku, kepada siapa pun engkau serahkan diriku ini selagi Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah (peduli) dengan hal itu. Namun keampunan-Mu lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari semua kegelapan dan urusan dunia dan akhirat menjadi baik kerana cahaya-Mu. Engkau jangan menurunkan kemarahan-Mu kepadaku atau Engkau menimpakan murka-Mu kepadaku. Untuk-Mu keredhaan hingga Engkau redha. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan-Mu, ya Tuhan."

p/s:cool and steady mood =)

Tuesday, August 3, 2010

tinta khas buat teman.


assalamualaikum.

jujurnya aku kurang enak bicara soal rapuhnya ukhuwah.terujinya ukhuwah.kerana aku rasa aku masih lemah dalam berukhuwah.siapa aku untuk membicarakan soal2 hati masing-masing.
namun...aku harap tinta ini bisa memperbaiki keadaaan.

aku sayang kalian.
tetap sayang.
aku tak minta kalian untuk memapahku ketika aku rebah.
jangan meminggir!
aku tak salahkan sesiapa ketika tiada siapa disisiku kala aku memerlukan.
kerana aku faham...Allah sedang menguji tahap pergantunganku padaNya ketika susah.
jangan meminggir.
aku tak salahkan sesiapa.
kalian kan tahu aku ini sangat kuat kan??hehe....
jangan meminggir.
jangan rasa bersalah.
aku tak pernah salahkan sesiapa.
jika aku mengadu.
aku mengadu pada yang Maha Tahu.
ya....
jangan rasa bersalah padaku.
tak apa.
aku faham.
tak salahkan sesiapa.
siapa aku untuk menyalahkan orang lain atas takdirku.
jika aku menyalahkan...
itu bermakna aku menentang Qadha Tuhan..
tidak redha dengan ketentuan.
jangan salahkan diri kamu.
tak apa jika kamu ingin berusaha menjadi sahabat yang baik padaku.
teruskan, jangan meminggir.
hubungan aku denganmu, tanggungjawab aku dengan Allah.
hubungan kamu denganku, tanggungjawab kamu dengan Allah.
aku hanya cuba menyempurnakan tanggungjawabku dengan Allah.
bukan sebab lain.
jangan rasa bersalah.
jangan rasa bersalah.
jangan rasa bersalah.
kembalilah.
kembalilah.
kembalilah.
tangan aku sentiasa terbuka.
Demi Allah....aku bukan siapa2 untuk kamu rasa bersalah.
aku hanya hamba Allah.
hamba.
hamba.
hamba.
yang menurut titah Tuhannya.
sama ada takdir buruk atau baik.
tetap menjadi hambaNya.
kembalilah.
aku sayang ukhuwah ini.
sayangkan kamu keranaNya.
kembalilah.
aku sayang kamu.
aku mahu membesar bersama kamu.
kembalilah.
aku sayang dan tetap sayang.
itu janjiku.

Monday, August 2, 2010

ketika Allah memilihmu untukku...ya..ini untuk kamu!


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)


p/s:ini benar-benar dari lubuk hatiku jua.bukan meminta, bukan mengharap....sesungguhnya aku hanyalah copy paste!ekekeke;)

cukup Allah sebagai penolong =)


assalamualaikum.

heheheheheehheheh.....senyum3....
dah sihat dah...
bangkit makin kuat dan gagah
dengan bantuan yang Maha Melindung dan Menolong...
yeah!

cukup Allah sebagai pelindung.
cukup Allah sebagai penjaga.
cukup.
cukup.
cukup.
tak perlu yang lain.

sangat indah hidup jika bergantung pada yang sepatutnya.
bahagia
bahagia
bahagia

peace no war!


calling You_outlandish


I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't nobody but you
all i need in my lifee